Wednesday, October 31, 2018

Kisah AKU n The 10th Malaysian Road Conference & Exhibition @ SPCC

Assalamualaikum,

Entri kedua untuk malam ni nampaknya. Selagi tak ngantuk ni, kita taip mana yang boleh. Okay, this time aku nak story sikit pengalaman join sebuah exhibition yang dianjurkan secara kerjasama oleh Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan juga Road Engineer Association Malaysia (REAM). The 10th Malaysian Road Conference & Exhibition ni disertai oleh ratusan syarikat yang related to road dan highway, be it in safety, manufacturing, system integrator dan sebagainya.
Apa-apapun kita start dengan cerita sehari sebelum event, hari Ahad tu aku kerja. Biasalah dah transfer ke department lain pun still kena attend BD punya duty since belum ada replacement untuk post yang aku tinggalkan tu. Kali ni nak menyiapkan tender SKVE pulak. Sibuk sangat nak masuk kan? Pukul 2 pagi jugak aku wrap document yang berkaitan. Si Zaaba pun kerja malam tu buat tag production, dia lah yang snap gambar ni. Haha. Siot je..:-p
Isnin - seawal jam 6.45 pagi aku dah bergerak dari TPM ke venue event yang terletak di Sunway Pyramid Convention Center. Since datang awal, aku parking betul-betul tepi entrance. Haha
Untuk exhibition ni, Quatriz tak bukak booth sendiri. In fact, kami just tumpang our sister company, ACP-DMT Sdn Bhd. Yelah, since tema event berkenaan road safety memang elok sangat ACP yang lead sebab produk diorang berkait dengan keselamatan di jalan dan lebuhraya. Apa-apapun we decided to name our booth as MTD Group to honor our parent company..:-)
Walaupun takde kaitan dengan safety, Quatriz still nak promote our RFID Fitment Center ni. Ada lah bawak sample RFID Tag dan RFID Scanner untuk tatapan public. Siap buat reading demo lagi tau. Haha
Lengkap bertali leher putih, serta blazer hitam digayakan dengan MTD Group cufflink bagi menonjolkan imej korporat. Dah lama tak dress camni. Huu
Sekitar jam 9 pagi, pengunjung yang terdiri daripada delegation  syarikat dalam dan luar negara mula memenuhi kawasan exhibition.
Staf-staf MTD dari anak-anak syarikat yang lain pun ada datang melawat booth semalam. Mereka terdiri dari delegasi ANIH Berhad, Alloy Toll Management, Alloy Maintenance, Terratech dan sudah tentunya Corporate Communication Division.
Big Boss ACP-DMT, Haji Bakar entertaining potential client yang interested dengan produk inovatif kami..:-)
Ketua Pengarah LLM, Dato Sr. Aziz Abdullah melawat booth MTD Group diiringi oleh CEO ANIH Berhad, Dato Nik Fauzi dan juga Executive Director Quatriz System, Pn. Noorzihan.
Kunjungan dan penyampaian plaque penghargaan dari Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian kepada wakil MTD Group, Dato Nik Fauzi.
Nak tau apa yang YB tulis - "All the best for RFID" . Haha. Dah dapat blessing ke apa ni? :-p
Sesi petang takde benda sangat. Tapi, surprisingly walaupun takde kaitan dengan event. Memang ramai jugak yang bertanya pasal RFID kami ni. Yang mintak register dalam whitelist pun ada tau. Yang request tu pulak bukan calang-calang orang. Haha
Fuuh, boleh tahan penat sebab banyak berdiri kan. Aku rasa last jaga booth lima tahun lepas rasanya. Time tu kena jaga booth FSPPP di Ekspo Selangkah ke UiTM 2013.
Sekitar jam 6 petang, exhibition untuk hari pertama berakhir dengan jayanya. Untuk hari kedua dan ketiga aku tak dapat join atas kekangan kerja. Maklumlah, Izuwan pun belum balik Malaysia. Banyak lagi kerja pending yang nak disettlekan. Nak mengejar launching November pulak. Sekitar jam 7 petang aku selamat tiba dirumah. Ingat nak exit Subang je, tengok merata jem. Last-last lalu Guthrie, tahu-tahu dah tembus Rawang Selatan. Haha

Kisah AKU n Steamboat @ Santai Klasik

Assalamualaikum,

Lambat lagi nampaknya update minggu ni. Apa boleh buat, baru nak gain momentum lepas minggu yang busy dipejabat. Sepanjang keberangkatan Izuwan ke Solomon Island, I've been tasked to lead our Fitment Center Division kat sini. 6 successful ORT for the past two weeks! 6 new Fitment Center launched. Quite a success jugaklah kan? Kudos to our team for their relentless effort to make that happened. Tak payah cerita lah busy dia camna, rasa tiga malam jugak aku tidur office minggu lepas. Huhu
Bergambar bersama wakil Go Exim , En Rafpi yang menyerahkan 3 unit truck Mobile Fitment Center kami.
Sebanyak enam lagi Fitment Center kami berjaya dilancarkan minggu lepas. Mobile Fitment Center - TESCO Kepong, PETRON Batu Caves dan SHELL Federal Highway Shah Alam. Another three operate by our authorized partner di Taman Permata, Klang dan USJ.
Eventhough busy dengan kerja, persiapan hari penting jangan dilupa. Sabtu lepas aku bawak Ija balik Rawang, since ada final fitting untuk baju nikah dan bersanding. Less than 2 weeks lagi beb! Nervous pulak..:-p
Malam Sabtu kami sekeluarga meluangkan masa dinner bersama di Santai Klasik. Sebuah restoran yang dimiliki oleh Udaimatunnur Bukit Sentosa. Yang bestnya malam tu semua ada. Mak ayah dan adik ada, family Along pun sama. Bukan selalu dapat gather ramai-ramai camni..:-)
Brother ni cuti sekejap. Syazwan pulak memang ada je kat KL since ada seminar. Ni pun baru je habis katanya. 
Tn. Gani kita yang sempoi..:-)
Mak bersama the first cucu dalam family kami, si Debot Mikail. Huu
Dengan serendah RM 20 per plate (macam kat atas ni), memang berbaloi sangat kami makan. Malam tu kami amik 2 plate, ditambah dengan set Siakap 3 Rasa. Memang betul-betul makan malam tu..:-p
Bab-bab steamboat ni bagi kat aku. Suka betul tengok benda-benda tu mengelupur kepanasan. Huhu
Cik tunang pun join jugak. Apa je lah yang digelaknya tu? :-)

Sekitar jam 9 malam, kami sekeluarga pulang kerumah. Semua pakat tido awal malam tu. Aku pulak macam biasalah, keluar jumpa bros sekejap. Hujung minggu ni plan nak berkarok tiga jam. Haha. Yelah, minggu ni je lah last jadi orang bujang pun..:-p

P/S: Draw pulak lawan Southampton. Bila lah Newcastle ni nak menang. Haishh.

Tuesday, October 23, 2018

Kisah AKU n Bachelor Trip @ Krabi - Pop Kan Mai Krab!

Assalamualaikum

Sorry late update entri last ni. Balik Malaysia je tau-tau dah kena masuk ofis. Masuk office, perghh dia punya kerja tu bertingkat-tingkat. Laa ni baru lah boleh nak mengupdate last entri untuk my bachelor trip di Krabi ni. Okay, tak nak cakap banyak. Esok pulak ada ORT nak kena attend, jom kita selak sikit aktiviti hari terakhir aku dan rakan-rakan berada di Thailand ni.
Kami check out dari tempat penginapan kami sekitar jam 1 petang. Plannya nak shopping di Krabi Town dulu before pulang menuju ke Malaysia.
Panas beb cuaca hari tu. Bergambar kenangan didepan bilik hotel dulu..:-)
Kalau ikut plan Dolah katanya nak shopping di Ao Nang. Aku pulak after considering masa dan juga lokasinya yang dah jauh dari Route 4 (Lebuhraya Utama Thailand), memilih untuk shift our focus di Krabi Town yang tak jauh dari highway.
Lunch di Abdullah Halal Food. Memang orang Malaysia lepak sini je. Pagi petang siang malam ada. Huhu
Shopping bermula. Kami menyasarkan dua jam sahaja limit. Nak tak nak, pukul 3 petang kena chow jugak since esoknya aku kerja. Tak nak lah sampai lewat sangat.
Dolah mencari souvenir tekstil untuk mak katanya. Siap buat video call lagi. Haha
Bersiar-siar mencari souvenir di Uttakit Road. Sini memang banyak jual souvenir yang mur-mur. Jauh lagi murah dari Ao Nang.
Aku pun tak terlepas jugak nak menghabiskan saki baki Baht yang ada kat sini.
Si Hariz ni banyak snap gambar je hari tu. Tak taulah apa benda yang dia beli..:-)
Sekitar jam 3 petang seperti yang dirancang, kami memulakan perjalanan 5 jam menuju ke sempadan Malaysia-Thailand di Sadao. Dolah dan Hariz sebagai driver in charge untuk perjalanan kami petang tu.
Sekitar jam 8 petang, we successfully crossed the border. Tapi jangan seronok sangat, ada beratus lagi kilometer nak sampai rumah ni. Huu
Singgah makan dekat Changlun. It's good to eat Nasi Kandar again. Huhu
I took the wheel untuk perjalanan 450KM dari Changlun ke Bandar Sungai Buaya. Just like old time! Huu. Sekitar jam 1 pagi, kami berempat selamat tiba di rumah Dolah sekaligus mengakhiri trip kami. Memang pishang jugak sebab aku almost non-stop driving semalam. Berhenti pun sebab nak tuang minyak and cari stok Nescafe. Haha
Haha. Berhabuk sia! Tapi serius yang "I Love Thai" tu bukan kitorang yang buat. Tah awek Siam mana yang menconteng tu..:-p
Walaupun travel bajet gila. Tapi still boleh spend some Baht beli souvenir untuk family. Bak kata Afiq, a quality of family man. Huu

So guys, that's the wrap untuk 4 entries aku di bumi Thailand ni. A very enjoyable quick retreat + bachelor trip, I would say. Hoping for more trip camni to come, tapi bila tengok calendar. Perghh, dua minggu je lagi nak kahwin beb! Haha. Memang tak mendapat lah. But aku cukup puas sebab time bujang ni banyak masa diluangkan dengan rakan-rakan baikku ni. Kira no regret lah kenal diorang since sekolah. Thanks for the memories bros, I'll always cherish the moment kita spend bersama..:-)

P/S: Pasni berdating dengan wife je lah. Huu

Sunday, October 21, 2018

Kisah AKU n Bachelor Trip @ Krabi - Phuket's Time!

Assalamualaikum,

Okay, hari ni letih. Letih atas jalan. Haha. Seperti yang dirancang semalam, today kami decided untuk push north to Phuket. Sebuah lagi bandar peranginan yang terkenal dekat Thailand. Entri malam ni will cover the whole activities untuk hari kedua kami kat negara Gajah Putih ni.
We all bergerak meninggalkan Krabi sekitar jam 10.30 pagi. Another 170km perjalanan menanti kami before sampai ke Phuket. Kira-kira 3 jam perjalanan jugak tu. Pfft
Memasuki Patong City sekitar jam 1.30 petang. Muka bengkek je. Haha
Bersiar-siar di sekitar Patong. Cuaca memang terik hari tu. Topi aku pulak terkena teh tarik malam semalam, dok keringkan kat hotel je.
Tak dapat pergi shooting range, kat sini pun jadilah. Huu. With only 100 Baht, boleh lah rasa menembak pakai Colt ni. Ini Pistol betul tau, cuma dia re-fabricate jadi Air Gun..:-)
Of course, memang banyak kedai jual souvenir kat sini. Cuma kena pandai cari yang murah je. And one more thing, kita ni pulak mestilah tahu haggling. Kalau tak memang kena lauklah dengan penjual kat sini..:-)
Brader ni dari tiga tahun lepas dok mencari jersi Buriram United. Haha
Bangla Road ni if you can remember, a great place of sin - semua jenis dosa ada kat sini. Huu. Dia punya nightlife. Masha'Allah. Teruk benor beb, patutlah kena badai Tsunami tahun 2004 dulu. Aku pernah tengok dengan mata aku kedahsyatan suasana malam kat sana.
Ternyata, Bangla Road time siang lagi sihat daripada malam. No stripper, no pondan, no drunkard, no judi. Pendek kata, memang tenang lah lalu sini tadi.
Banglaman at Bangla Road. Haha, gurau bro..:-p
To The Beach!
This is Hat Patong or Patong Beach. Kaw-kaw kena hentam Tsunami dulu, tapi cepat jugak bandar ni recover.
Bergambar kenangan before bergerak pulang menuju ke Krabi. Memang terik gila, habis burnt aku tadi. Jaga sikit Farid, awak tu lagi tiga minggu je nak naik pelamin ni..:-p
On the way nak balik singgah Patong City Sign. Kalau datang sini singgahlah, amik gambar buat kenangan.
Sekitar jam 5 petang, kami bergerak pulang menuju ke Krabi. Sampai around 8 malam tak silap aku since hujan agak lebat tadi. So, Afiq tak boleh nak speeding sangat..:-)
Singgah Maghrib dan Isyak di Masjid Ao Nang Al-Munawarah before meneruskan aktiviti malam kami disini.
Haa, baru boleh strolling a lively and vibrant Ao Nang Beach. Banyak kedai bukak, orang pun ramai lagi. Tapi tak seramai time New Year yang aku pergi beberapa tahun lepas. Nak jalan pun berlaga bahu.
Dah sampai sini pun tak habis-habis dengan henset. Aku campak sorang-sorang masuk Laut Andaman karang baru tau. Haha
Kat sini aku shopping sikit sebab dah ternampak baju baby. Boleh lah beli untuk si Mikail tu..:-)
Had our late dinner at Lobster Restaurant. Tapi tak makan lobster pun, huu. Nasi jugak yang dicari. Tekak Melayu. Haha
Macam biasa lepak kat pool dulu before masuk tidur..:-)

That's the wrap untuk entri hari kedua aku di Thailand. A very rushed trip we had here. Kalau perasan unlike percutian kami tiga tahun lepas, kali ni kami kurang sikit buat aktiviti laut, pantai, hutan etc macam dulu. Sebab apa? Sebab aktiviti banyak dalam kereta! Huu

P/S: Seronok betul bila off WhatsApp nombor Maxis aku ni. Sunyi je takde gangguan. Tapi confirmed beratus mesej masuk nanti..:-p