Assalamualaikum rakan-rakan blogger dan juga pembaca sekalian. Asyik-asyik modul ja blog aku ni, dah jadi macam blog rasmi SMF pulak. Bukanlah apa, asal ada benda baru, aku update la. Modul 4 LPPKP ni mesti korang fikir untuk student Part 4. Tapi taklah, ia sebenarnya sambungan dari Modul 3 hari tu dan pengisian modul ini berteraskan semangat berpasukan dalam siri aktiviti yang dinamakan EXPLORACE.
Asalnya pagi ada slot ceramah tapi cancel, so terus dengan EXPLORACE tu. Dapatlah balik awal tadi, sekitar pukul 2 petang. Untuk slot EXPLORACE ni ada 10 checkpoint yang perlu dicari untuk menamatkan saingan diantara 9 group lagi. Grouping pulak mengikut group Modul 3 yang lepas.
Maaf ye takde pic waktu EXPLORACE tadi, sebab nak dapatkan mood busy tu..huu, takdelah. Sebabnya aku malas je. Tapi takpe aku cerita lah jugak event yang bikin gila tadi. Antaranya, cat muka pakai hampas kunyit mana tah, habis janggut aku ni..hii. Then, kena minum telur mentah plus jelly. Baru cium dah termuntah tahap gaban tadi, so escape la daripada minum. ramuan tonik tu.ngeh2x. Pastu, kena baca doa qunut. Bukan doa je, maksudnya sekali. Haa, amik kau. Biasa tau yang part arabic tu je. Selebihnya tu biasalah, tak la terrifying sangat.
Group kitorang last yang sampai tadi tau. Tapi seperti yang fasi cakap, bukanlah kepantasan yang dicari tapi markah terkumpul. Ni waktu tengah dok tunggu nak bagi hadiah.
Duduk kat atas dataran ni, dah rasa macam zaman aku kat sekolah dulu. Sebijik kot kaler batu-bata dataran ni. Kat sekolah kitorang panggil 7.20 Square, kat sini pulak Gunasama Square..tah pape la nama..:-)
Nampak tak yang macam penyapu tu? Tu la arca group kitorang, waktu pegang dah macam Crusader pulak. Sebab bentuk arca ni asalnya macam salib tau, pastu Ishak turun kan sikit nama kumpulan tu. Baru tak cam Crusader..:-)
Panas weyh, betul. Untunglah ada payung. Maybe sebab pagi tadi hujan kot.
Bekas Komander KESATRIA FSPPP, Syawal. Ni roommate aku waktu Part 1. Group 2 jugak brader ni.
Yang picture atas tu pemenang nombor dua, picture kat bawah tu pulak pemenang tempat pertama. Kitorang? Dapat nombor 3 je but OK apa, walaupun sampai last..hehe
Makan time, comel tak Ustaz ni..huu, ada student ingat dia ni lecturer CTU tau.
Dalam pukul 2 camtu, Modul 4 pun melabuhkan tirainya. Lepas ni dah takde join modul, kalau urus tu boleh je nak tolong nanti. Even esok pun kalau aku rajin and tak busy, boleh tolong Amirul conduct Modul 5. Tapi tu la pasal, assignment Accounting pun tak buat lagi.
Tu bukan sampah tau, ni bounty Joe untuk hari ni. Dalam tu macam-macam ada, nasi lemak, nasi dagang, karipap, air mineral, air kotak etc. Buat sedekah kat Perindu kot.
Tapau lah dua bungkus, yang bestnya pasal modul. Kita join, makan free. Kita urus, makan free plus duit..huu