Assalamualaikum,
Tanggal 21 Mac 2026, Muslimin dan Muslimat telah meraikan kemenangan menahan hawa nafsu dan kini sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri. Ramadhan yang baru sahaja pergi sudah tentunya akan menjadi asbab untuk kita terus menunaikan perintah Allah dengan penuh rasa rendah diri dan menjauhi segala laranganNya. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi aku panjatkan kerana masih diberi nikmat kehidupan untuk bersama-sama merayakan Syawal yang mulia ini.Okay, cerita hari pertama aku beraya di kampung isteri di Serkam. Kat sini seawal jam 6 pagi lagi aku dah bangun untuk menunaikan solat Subuh dan kemudiannya terus bersiap.
Rumah pertama yang akan ziarah sudah tentunya rumah Nenek. Sebelah rumah je, since abah baru sahaj pergi meninggalkan kami, memang hiba jugaklah suasana pagi tu. FYI, ni merupakan ibu kepada arwah abah.
Unlike tahun-tahun sebelumnya dimana aku bersembahyang raya di Pulau Besar. Untuk tahun ni, aku memilih untuk solat Hari Raya di Masjid Jamek Serkam. Saja aku pilih masjid ni, since ni merupakan masjid tempat jemaah buat solat jenazah kat abah minggu lepas, dan pusara abah terletak bersebelahan masjid ni sahaja.
Awal beb sampai. Aku pergi sorang je, yang lain semua ke Masjid ar-Rahman Kg Pulai.
Tekun mendengar khutbah Raya yang disampaikan dengan penuh semangat Syawal oleh khatib bertugas.
Seperti yang dirancang, lepas tu aku ziarah kubur abah dan sedekahkan bacaan surah Yasin dan tahlil ringkas. Kebetulan ada spray bottle RFID dalam kereta, aku guna buat siramkan air dipusara abah. Elok je habis, bukan main ramai orang menziarah terdiri daripada sedara mara, jiran dan sahabat abah.
Seperti biasa, bagi aku hari raya merupakan Hari Lemang. Aku memang takkan makan benda lain pun, pagi petang siang malam - ni lah makanan ruji aku hari tu. Haha
Baru ingat nak amik bergambar dulu, ni kira macam kes beraya kat Perak jugaklah. Tak dan nak amik gambar lagi dah ada orang datang.
Dalam jam 11, rumah kami menerima tetamu yang pertama. Memang expected pun yang ramai tetamu akan menziarah selepas abah meninggal. Kaum kerabat, jiran tetangga, rakan-rakan dan sahabat handai.
Concurrently, ahli keluarga lain pun ada share gambar. Mak dan adik tak balik Perak tahun ni atas masalah kesihatan.
Ayah pulak tahun ni beraya di kampung halamannya, Parit bersama kaum kerabat kat sana.
Along pulak tahun turn di Ayer Hitam.
Lepas Zohor ada quick chance untuk photoshoot Raya. Tengahkan takde orang ni, moh le kita...
Semua dalam gambar ni merasa kehilangan - mak kehilangan suami, anak-anak dan menantu kehilangan bapa, cucu-cucu kehilangan atuk. Tapi, yang masih bernyawa perlulah meneruskan kehidupan dan bangkit dari kesedihan.
My iconic pose terkangkang. Setiap kali raya mesti ada gambar camni, tak caya pergi lah check. Bhahaha.
Gambar bersama si Kelabu jangan dilupakan. Banyak jasa dia sebulan dua ni kat aku. Memang aku lenjan dia since tak nak pakai Axia yang dah lebih 1500KM from targeted service. Malas nak keluar duit before Raya, nanti lah minggu depan lepas dapat bonus aku pergi Perodua. Huhu
Around 3.45pm, tetamu yang datang dah mula berkurangan. Maybe sebab cuaca panas kot, takde tanda-tanda nak hujan langsung kat Melaka ni
Asal landing kat sofa ni nak review gambar dan share ke group family. Sudahnya boleh terlelap pulak, terbangun pun sebab azan Asar. Balik from surau, ada satu lagi batch datang beraya sampailah nak ke jam 6 petang.
To kill the time, aku dan Zed meronda kampung naik motor sambil bawak budak-budak ni lepak kat Pantai Siring.
Jadi, itulah cerita hari Syawal pertama aku untuk tahun 2026 ni. Dikesempatan ni sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan sekolah, UiTM, Touch 'n Go dan lain-lain
In Sha Allah jika tiada aral melintang, berjumpa lagi kita dicerita berikutnya. Till then, take care you all dan selamat beraya!




























No comments:
Post a Comment