Saturday, September 13, 2025

Kisah AKU n TNG Leadership Bootcamp 2025

Assalamualaikum,

Sementara layan Newcastle lawan Wolves ni elok aku menaip sikit entri berkaitan sebuah event company, to be precise our TNG Leadership Bootcamp 2025 yang berlangsung di Port Dickson pada 10 - 12 September 2025

Hari Rabu tu seawal jam 6.15 pagi aku dah bergerak from Rawang ke Bandar Sri Damansara. Pick up Irfan kat rumah dia before driving for another 1 jam setengah to our event's venue iaitu Avillion Admiral Cove Port Dickson
Snap gambar dulu before starting the program.
Event bermula sekitar jam 9 pagi dengan pendaftaran. Btw ni program apa Farid? Leadership Bootcamp ni merupakan a part of Top Talent program brainchild by our HR Division. Aku, together with another 24 colleagues merupakan the first cohort untuk program ni. Kiranya macam satu sekolah tu ada 400 pelajar, yang 25 ni kira student A+ lah. Haha 
Lepas tu macam biasalah ada sesi pembahagian group dan juga briefing oleh our external trainer, BridgeICD
Trainer bagi each of us sebiji telur and kami kena jaga telur ni sampailah habis program. Kalau pecah, team's point kena deduct..:-p
Time break baru lah boleh berjalan-jalan sekejap dekat area hotel ni. Tengok apa tu bro? Nak beli yacht ke. Haha
Outdoor area of the restaurant, Trader's Food Shop yang menghadap Selat Melaka.
Ada Art Gallery jugak untuk korang yang penggemar seni.
After lunch, ada classroom session berkenaan Trust kemudiannya bersambung dengan Explorace. Ni bukan setakat treasure hunt dalam area hotel, tapi bandar Port Dickson! Nasib lah aku ni selalu jugak datang sini time Along dok PD dulu.
Pukul 5.30 petang baru lah kami dapat check-in bilik after menamatkan aktiviti outdoor. Satu bilik dapat 2 orang, tapi tu lah sepanjang 3 hari 2 malam ni memang bilik untuk mandi, solat dan tidur. Takde lah dapat nak tengok TV ke, menyembang main poker dengan jiran ke etc. Memang pack jadual training kali ni.
Okaylah dapat bilik menghadap laut..:-)
Akhirnya, dapat jugak rest. Phew~
Untuk hari pertama ni we had our dinner di Sri Pantai Ria Seafood Restaurant @ PD Waterfront.
Member jadi pelayan meja kami hari tu. Tolong potongkan ikan-ikan. Huhu. Malam tu kami ada program lagi dan habis dalam jam 10 malam. Habis je tak balik bilik pun, kami kena meet our Business Team pulak untuk brainstorm proposal untuk business presentation untuk hari terakhir bootcamp ni.
Hari kedua, seawal 6.30 pagi lagi kami dah berkumpul untuk aktiviti pagi. Buat apa kat pantai ni?
To be a good leader, kita kena sentiasa cargas! Lari sejauh 250m dengan tangan diikat bersama team member yang lain. Nampak macam senang, tapi payah beb! Ada yang terjatuh, tak kurang jugak semua berhenti berjemaah amik nafas. 
Second activity is push-up. Haha. Ni tak boleh blah, bayangkan aku tak pernah buat lebih 20 pun in 1-minute. Alih-alih kat sini boleh buat 40+. Tapi tu lah, at what cost? Sakit satu badan. Haha
Time datang tadi kering lagi, time nak balik habis air pasang.
Program hari kedua bersambung dengan classroom activity yang menyentuh topik berkenaan communication dan decision making skills. Time game Arctic Survival tu aku kena bahan sebab took the game seriously, siap draw trigonometry lagi nak decide whether leave or stay dekat crash site tu. Haha. Ceritanya in reality kalau kapal terbang korang terhempas. Just stay and wait for the help. Tu pendapat from pakar.
Bersiap untuk dinner sekitar jam 7 petang. Turun bawak laptop terus, since malam tu nak terus wrap business proposal. So, apa-apa berkaitan deck, revenue projection, GTM semua kena settle. Kalau tak berhuhu je lah depan TMC.
Second day kami dinner di The Yacht, sebuah restoran berkonsepkan Chinese-Muslim style. 
Main teka umur. Member tak caya umur aku 33, mostly parked 35 to 37..:p
After dinner ada one last classroom activity before kami diberi peluang untuk get back to our business team for final preparation.

Aktiviti hari terakhir teambuilding kami bermula sekitar jam 9 pagi, so sempatlah breakfast dulu. Untuk morning session, ada session mentor-mentee. All of us yang 25 ni ada our own mentor, so diorang kesemuanya datang untuk final day ni. Lucky for me, my mentor is Mr Tan Chor Min, TNG Head of Business Data Intelligence. Sebab waktu interview Top Talent hari tu aku memang ada menyuarakan hasrat nak learn more about Data and incorporate it in my daily work. So, sesi pagi tu more to sesi suai kenal dan juga moving forward discussion. 
Dalam jam 1.30pm, aku bergerak ke Masjid Kariah Telok Kemang untuk menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah, khutbah yang short dan juga concise, so dalam jam 2.10 petang tu dah settle solat semua. 
Sesi penutup yang dinanti-nantikan. Business presentation. 5 business group bersaing untuk menambat hati panel-panel yang terdiri daripada our TMC. Ada yang touch about the entire ecosystem, ada jugak yang play safe by tackling customer pain point and think a solution for it. But whatever it is, congratulation to the winner..:-)
Around 6.30 petang, teambuilding kami ditamatkan dengan jayanya. Nanti kalau ada gambar yang diorang share, aku masukkan lah ye. Sekitar jam 6.45, aku dan Irfan memulakan perjalanan pulang ke KL. Jalan strangely tak jem nak ke rumah dia, tapi elok je aku masuk highway PLUS nak balik Rawang terus jem. Cb betul. Last-last exit Rawang Selatan then lalu jalan lama je before selamat tiba tepat jam 10.

Okaylah, that's the wrap for a fairly long entry malam ni. Got to go, our new striker, Woltemade dah opened his goal account yaww!!

P/S: Awat rasa nak demam ni..:-(

No comments:

Post a Comment