Monday, July 1, 2024

Kisah AKU n Hafsah's E-Day @ Serkam Pantai

Assalamualaikum,

Hari ni suka aku nak share cerita majlis pertunangan adik ipar aku, Hafsah dan juga pasangannya, Amin Farhan yang telah berlangsung semalam di rumah keluarga di Serkam Pantai. Okay, tanpa membuang masa, jom selak sikit apa yang ada untuk entri malam ni.

Hari jumaat tu lepas Asar je aku terus gerak ambil Iman dan Fariq, kami sampai Rawang dalam jam 5.30 petang, singgah 7e beli stok makanan dan terus ke office wife.

Tepat pukul 6.30 petang kami memulakan perjalanan ke selatan tanah air. Jalan agak jem jugak due to hujan lebat. 
8pm - Singgah dinner dan solat Jamak di Lay-by Nilai. Dapat jugak aku makan Nasi Lemak Manjo ni. Huhu
Menyambung perjalanan, masih lagi hujan + ada few accidents yang menambahkan jam perjalanan kami malam tu.
Alhamdulillah, selamat tiba di kampung halaman jam 11 malam. Oleh sebab letih sangat, aku suruh wife and the kids masuk rumah dulu while aku chillin dalam kereta nak menghabiskan cerita Dragon Ball tu. Haha.
Since majlis berlangsung lepas Zohor, so pagi Sabtu kami sekeluarga ada lah buat preparation sikit untuk menerima rombongan meminang yang juga datang dari Melaka.
Ketibaan rombongan meminang keluarga belah lelaki sekitar jam 2.30 petang.
Barang-barang hantaran dari kedua-dua belah pihak.
Jam 2.30 petang, rundingan meminang dimulakan untuk mencapai persetujuan tentang tarikh, belanja, mas kahwin etc..
Nasib baik Iman tidur, kurang sorang budak aku nak tengok semalam.
Kalau tanya aku, agak lama jugak sesi perbincangan hari tu. Mungkin ada a few things yang belum conclude kot.
Sesi menyarung cincin pertunangan sebagai tanda ikatan level 2..:-p
Aku dan Zed bergambar bersama our new recruit. So far aku tak dengar cerita lagi bila tarikh nikah akan berlangsung, either bulan November tahun ni or Februari tahun depan katanya.
Shortly after rundingan selesai, sedikit jamuan makan disediakan dari pihak kami untuk keluarga belah lelaki dan juga sedara mara yang hadir memeriahkan majlis.
Yang bagusnya boleh pulak dua orang ni behave, mungkin nampak orang ramai kot..:-p
Sekitar jam 4 petang, majlis selesai dengan jayanya. Apa kena si Fariq tu? Tak boleh tengok ibu dia dukung baby lain ke. Haha
Malam tu seperti biasa, solat jemaah di Masjid ar-Rahman Pulai before ngeteh with bro Zed dan bro Zakaria di Serkam Darat.
Hari Ahad tu aku tak balik pagi seperti kebiasaanya since wife ada kelas sampai jam 1 petang. So, petang tu anak-anak sempat ke Pantai Siring. Tapi aku tak join pun, nak rehat malam tu nak drive. Huhu
Tadi balik Rawang dalam jam 9 malam. Jalan ada jem pun, tapi agak banyak kereta so around 12am jugak sampai. As expected, semuanya ketiduran meaning bolehlah aku tengok England vs Slovakia malam ni dengan aman. Haha

Itu sahaja cerita untuk malam ni.

P/S: Macam biol je Southgate ni. Pfft

No comments:

Post a Comment