Thursday, June 30, 2022

Kisah AKU n Kak Amy's Open House @ Ulu Yam

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas aku sempat meluangkan masa menghadiri jemputanopen house terlajak dari ex-colleague di Quatriz. Katanya nak buat time Raya hari tu tapi tak sempat, sudahnya dah nak masuk Raya Haji pun jadilah. Haha

Minggu lepas cam biasalah, ada dua hari je aku masuk office untuk meeting dengan bosses. Selebihnya WFH or WFC.
Berkat KPI review awal bulan hari tu, dapatlah aku nego dengan bos untuk kerja fleksibel. Biasanya jam 4 petang aku dah gerak balik, so escape jem lah ceritanya. Tapi as promised, bila aku sampai rumah biasanya aku akan spend at least satu jam untuk cover balik..:-)
Apa saja lah yang si Fariq tu tunjuk dekat adik dia. Buat costing ke tu? Huhu
Malam hari Jumaat tu aku ke Bukit Sentosa nak repair phone. Si Fariq tu boleh campak phone aku, habis crack camera. RM200 jugak melayang nak tukar baru. Wuu
Tengok tu buat muka tak bersalah. Mentang-mentang atuk ada backup dia. Kat sini jugak kebetulan aku terjumpa Afiq. Tu yang kami sempat discuss untuk plan nak pergi rumah Kak Amy kat Ulu Yam.
Seperti yang dirancang, lepas Zohor aku pickup brother ni kat rumah mertua dia di Bukit Sentosa then kami berdua terus ke Ulu Yam since majlis pun start pukul 2 petang.
Sampai dalam jam 2.30 petang, after escaped jem teruk yang melanda both highway dan jalan lama. Katanya ada accident di Bukit Tagar, tu yang ramai lari ikut jalan dalam jugak. FYI, majlis ini dihoskan oleh Kak Amy, bekas rakan sekerja aku di Quatriz dulu. Since aku pun janji nak datang, tu yang gagah jugak pergi. Cuma datang sorang je, sebab Iman dan Fariq selsema dan tak sihat sangat..:-p
Sempatlah berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Macam si Ridzuan ni, dah ada anak sorang pun. Beza berapa minggu je dengan anak perempuan aku tu.
Selain hidangan utama, petang tu jugak ada mini "kendurian". Tapi aku mampu tengok je lah, kalau makan karang berbuih mulut. Huhu
Sekitar jam 4.30 kami pun ready untuk balik. Amik gambar dulu sebagai tanda kenangan. Geng BD Quatriz - cumanya dua orang dah resigned, dua orang je lagi yang tinggal. Takpe kumpul pengalaman kat sini dulu, ada better offer time tu baru fikir. Sekarang fokus apa yang ada depan mata..:-)
Mini love lah sikit tuan-tuan. Haha
Antara yang hadir memeriahkan majlis hari tu. Dari kiri - Afiq, Amy, Ridzuan, Sarah, Azhar, Syikin dan Farid.
Hantar brader ni balik. Muka resah je sepanjang jalan, tengah dok pikiaq excuse lah tu kot wife tanya kenapa balik lambat. Been there, done that. Haha
Dalam jam 6 petang, ada orang aircond datang. Ada minta tolong ayah call member dia untuk servis aircond plus nak pasang satu lagi dekat bilik belakang tu. At least boleh lah tukar-tukar bilik time nak tidur..:-)
Eh budak ni yang terlebih. Panik tengok rumah kena drill. Haha
Petang Ahad, aku dan family seperti biasa keluar with original plan nak isi minyak dan cari dinner.

Tiba-tiba tahu dah ada kat Parkson Rawang, memang dah lama aku nak kesini cari baju kerja. Maklumlah badan dah berkembang, ada lah 2-3 helai je baju yang boleh pakai. Yang lain semuanya dah ketat. Akhirnya setelah beberapa tahun, aku masuk jugak geng saiz M. Haha

Ayah pun ada join jugak asalnya nak tumpang pergi D.I.Y je. Last-last kena heret sampai Rawang. Okaylah, ada orang boleh tengokkan si Fariq tu

Dapatlah cari baju baru untuk budak-budak ni. Reason pergi Parkson ni sebab tak crowded macam AEON Rawang. So senanglah sikit nak berjalan, walaupun kalau ikutkan dah takde apa sangat dalam ni. Sobs

Wife pun cari jugak a few baju kerja. Pendek kata, memang sesi family shopping lah hari tu.

Haa, nak pergi mana tu?
Sebelum balik, singgah makan di Yazid Uptown Station @ Bukit Beruntung. Member yang recommend, katanya western food kat sini exceptional.
Food kat sini memang terbaik. Portion pun banyak dan tak bland. Dari segi decoration, boleh improve sebab nampak sangat kosong. Maybe baru bukak kot so diorang lagi utamakan kualiti makanan dari presentation. Overall, okay dan boleh repeat lagi.

Alright lah geng, dah nak pukul 2 pagi ni. Tidur dulu lah, karang nak drive pergi kerja tersengguk-sengguk pulak dalam kereta tu. Huhu

P/S: Newcastle akhirnya signed my favourite GK, Nick Pope from Burnley dengan yuran perpindahan 12m GBP. Cunz!

No comments:

Post a Comment