Assalamualaikum,
Sebelum aku nak start buat KOPI report ni, elok aku update siap-siap blog ni. KOPI report kalau dah start memang memerlukan konsentrasi berpanjangan, mana taknya dah ada beratus site parking dan kena verify volume, value, commission dan sebagainya. Minggu lepas aku berkesempatan dinner dengan family di Kuala Lumpur bersama family Along. Jangan risau, diorang dah dapat permission rentas negeri untuk monthly checkup Along kat HKL. Biasanya memang akan datang satu hari awal dari tarikh appointment untuk avoid unnecessary issue mostly KL traffic jam lah.
Rabu lepas aku kena datang office pulak, ada kerja nak disettlekan. Sedih bro, dua staf parking resigned last week almost serentak. Memang nasib aku macam ni lah kot, dulu kat Quatriz pun sama jugak. Baru join sebulan dua, staf BD resigned tinggallah aku sorang-sorang. Well, tahan jugak aku empat tahun kat sana kan. Hopefully, I can survive this weather again. Amin In Sha Allah.
Aku sampai rumah sekitar jam 6 petang, mandi siap-siap then terus bergerak semula ke KL bersama ahli keluarga lain. Plannya jumpa Along di KL. Aku pulak memang dah siap booked for dinner dekat Yahala Restaurant @ Ampang ni.
Dengar nama pun dah tau ni restoran berkonsepkan Timur Tengah. Memang cantik interior design kat sini. Biasanya kalau nak makan nasi Arab ni aku selalu lepak kat Hadramawt or Al-Diafah je, yang ni wife aku yang recommend. Selfie bertiga sementara menunggu makanan sampai..:-)
Lapar beb, sebab aku memang kosongkan perut hari tu. Alang-alang baik puasa je. HahaFariq bersama atuk. Ayah layan Arabic Mint Tea malam tu, terkenang zaman duduk kat Sudan katanya.
Ni pun semua muka lapar jugak..:-P
For main course, aku pilih Lamb Sidr yang merupakan signature food Yahala Restaurant ni - nasi Basmathi dikukus bersama kambing, rempah special, kekacang dan mentega didalam bekas yang dinamakan tanjia. Memang terbaik beb, portion banyak kira berbaloi lah aku kosongkan perut hari tu. Licin. Haha Silalah menjamu selera. Aku kalau keluar makan ni tak gemar sangat pilih family set except restoran Melayu, kira macam bagi freedom lah kat diorang untuk pilih makanan sendiri. Macam hari tu ada yang order Mix Grill, Chicken Kebab, Lamb Mazmom, Lamb & Chicken Madghout etc.
Perut kenyang senang hati..:-)
Haha, si Mikail ni sikit je makan hari tu.
Haa, Fariq memang enjoy bab makan-makan ni.
Celebrate birthday Along dan Adik yang jatuh pada 30 Mac dan 1 April, respectively. Wife suruh arrange buat surprise dengan restoran, aku cakap malas lah. Haha
Try the famous Yahala Kunafa. It's basically a pastry with a rose syrup, topped with cheese. Okay lah, aku ni bukan makan dessert pun..:-)
Selfie seround bersama ahli keluarga, mana tah si Mikail tu. HahaSebelum beransur pulang, sempat bergambar dihadapan lobi restoran untuk kenangan.
Cantik building ni waktu malam, bercahaya macam kat tanah Arab. Huhu
Malam ayah yang drive, aku dah kelesuan. Rushing beb hari tu, dari office ke rumah. Sampai rumah, patah balik ke KL. Fariq excited tengok pemandangan Kuala Lumpur waktu malam. Ayah park sekejap dekat sini nak bagi Fariq tengok sesuatu. Apa tu?
The Pride of Malaysia - Petronas Twin Tower. Kat sini lah atuk kerja dulu Fariq, nanti dah besar Fariq join Petronas tau, baru masyukk. Haha
Bergambar kenangan before pulang ke Rawang. Plannya nanti lepas Ramadhan nak bawak Fariq pergi Aquaria, budak ni suka sangat dengan ikan. Lagi-lagi jerung, mungkin banyak sangat tengok video Baby Shark kot..:-)
Okaylah, itu sahaja entri tengahari ni, nak take a quick nap sekejap before start KOPI report after lunch break nanti. Kerja dari rumah pun mesti ada lunch break tuan-tuan. Progress Bannerlord aku nothing significant pun, Daenerys belum invade Westeros lagi. So mostly sekarang ni banyak habiskan masa manage fiefs je. Sekarang ni House Redfyre dah sampai Tier 5 which bestow new title to my character - Lord Fredrik of House Redfyre. Lord of Moat Cailin, Flint's Finger, Barrowtown and Saltspear.
P/S: Newcastle draw against Spurs, Selangor pulak kalah lawan Kedah semalam. Pfft.
No comments:
Post a Comment