Monday, August 25, 2014

Kisah AKU n Job Interview Perodua - Executive

Assalamualaikum,
Nampak title macam aku ni dah kerja Perodua je, tapi sebenarnya aku ni tanam anggur lagi kat rumah..haha. Okaylah, minggu lepas saja dah dua orang personally contact aku, tanya tentang interview Perodua ni untuk any position of management executive, bukannya technical tau.

First of all, masuk je kat HQ Perodua tu korang semua akan diminta tunggu kat guest lounge dan dalam setengah jam macam tu akan ada representative from Perodua yang akan fetch korang.
Then, akan ada English Test - 50 soalan objektif merangkumi verb, grammar, professional communication etc. dan juga short essay. Yang ni setengah jam rasanya masa yang diberikan.

After that, korang akan diberi Personaliti Test - 28 question total untuk menilai personaliti dan kualiti yang ada dalam diri korang.

Lepas settle dua-dua benda ni baru korang akan diminta take turn untuk Individual Interview. Mengikut sumber, for Executive position ada 3 stage katanya. Yang first interview mostly tanya tentang korang punya background - personal, family, education, career, achievement dan sebagainya. Pastu, soalan tentang kekuatan dan kelemahan korang, mungkin ada melibatkan situasi. Plus, ada jugak yang bertanya tentang plan masa depan korang dengan Perodua dan juga yang paling penting - kenapa korang pilih Perodua?

Untuk second dan third interview - aku tak sure sebab aku pun belum dapat call untuk next session. So far, itu je info yang aku boleh supply buat masa ini. Insya Allah kalau ada rezeki dapat lepas second and third, aku akan keep this post updated.

By the way, best of luck untuk siapa-siapa yang ada dapat call for interview dengan Perodua.

Update on 4 September 2014

Second interview pulak untuk position Executive ni, korang bersama candidate lain akan dibawa ke sebuah bilik - ada lah briefing sikit from HR Executive kat Perodua tu, tadi ada tunjuk sikit video korporat Perodua, briefing tentang culture dan sebagainya. Kemudian korang akan dibawa ke tempat Individual Interview - ada 4 orang panel, HR Manager, Department Manager (depends on kat mana department korang apply), dan juga untuk case aku tadi - ada 2 lagi interviewer from Jepun..haha. 

Soalan mostly berkaitan dengan job scope dan juga nature position yang korang apply. Ada jugak general knowledge dan isu semasa, pandangan tentang industri automotif dan juga ulangan untuk soalan-soalan time first interview korang. So, make sure jawapan tu sama dengan apa yang korang bagi time yang first dulu, plus sekarang ni Interviewer akan bawak result Personaliti test dan juga bandingkan dengan personaliti korang. Kalau betul, okay lah. Kalau ada contradiction memang kena soal jugak lah..

Okay lah guys, itu je update tentang Second Interview. Oh terlupa pulak, stage interview berakhir disini, nampaknya sumber tu tak boleh pakai..huhu. Ada dua stage je sebenarnya, so goodluck ye kawan-kawan yang dapat..:-)

1 comment:

  1. Macam mana result after second interview? Dapat ke keje di Perodua?

    ReplyDelete