Thursday, November 28, 2013

Kisah AKU n Happy Birthday To Me!!

Assalamualaikum, terlupa pulak nak buat entri wajib ni. Since aku pun dah set nak tidur pukul 3 ni, ada masa lagi nak update satu lagi entri.
Walaupun dah dua hari berlalu, masih tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat hari lahir kat diri aku sendiri. Tahniah, dah 21 pun. Banyak benda nak buat since dah masuk 21 ni, nak apply rebat..lol
Nampak sangat tak ramai kawan or kawan yang tak ambik kisah pasal kau Farid..haha. Ini je yang mampu aku kutip dalam masa 24 jam tu. But, ada lah beberapa orang kawan yang wish kat message and whatsapp. Yang pertama wish ialah kakak aku, diikuti ayah and mak hampir serentak,then followed by kawan-kawan. 
Ini malam aku nak isi borang..yeah!! dah lama aku tunggu saat ni..:-)

So Farid, tahniah sebab berjaya menginjak ke umur 21 ni - bersyukur kepada Allah kerana masih memberi aku peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini. Diharap dapat terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Amin

Kisah AKU n PROMA Trip to INTAN

Assalamualaikum semua, hari ni aku dan rakan-rakan seperjuangan BAS Part 5 berpeluang untuk menghadiri seminar berkaitan Project Management di INTAN Kampus Utama Bukit Kiara.
Seawal pukul 7 pagi lagi kami dah berkumpul kat bus stop Fakulti Pergigian. Since hari ni hari kerja, so jalan agak sesak tadi but kami selamat tiba sekitar pukul 8.45 pagi.
Seminar yang bertajuk "Doing Right Project Rightly" ini disampaikan oleh YB Datuk Nur Jazlan, MP Pulai, rata-rata audience seminar ini ialah penjawat awam, academia dan juga pelajar-pelajar universiti khususnya yang mengambil bidang Pengurusan Projek macam kami. 
Seminar ini mengambil tempatnya di Auditorium INTAN, since yang bawah dah penuh dengan civil servant and officer, kami yang dari UiTM (to be exact the only wakil universiti) dapat duduk kat level 2 which is sangat sesuai..sebab most of us memang tak cukup tidur kan..haha
Seminar ini bermula pada pukul 9.30 sehinggalah 11.30 pagi - seperti yang aku jangka, rata-rata kami memang agak sleepy. Ada yang tidur, yang dengar mp3 pun takde - tak kurang jugak yang baca novel serta melakukan aktiviti bebas yang lain..haha. Even aku pun tertidur time setengah jam yang pertama. :-p
Waktu dah habis semua pakat aktif..lol
Sebelum pulang ke UiTM Shah Alam, ada jamuan ringan untuk tetamu yang hadir. 
Lain kan aku tak pakai spec..?
Tisu ni aku simpan tau..haa, sengkek betul..
Bersama lecturer Project Management FSPPP, Pn Aini dan Dr. Aliza. 
Dalam pukul 12.30 tengah hari, kami pun bergerak pulang dari INTAN. Nasib baik takde kelas, so boleh rehat, and topup tidur balik. Malam ni nak push untuk Project Management, kalau boleh nak prepare untuk Event III, since Evemt I dah 90% completed.

Sunday, November 24, 2013

Kisah AKU n Dokumentari Public Finance - GST

Assalamualaikum semua, seperti yang dijanjikan tempoh hari, aku nak share pasal dokumentari yang kedua untuk semester ni - iaitu - Public Finance. Dokumentari kali ni, banyak berjalan sikit compare dengan yang Malaysian Economy tu. Tapi, part expert tak dapat nak ke LHDN lah pulak, atas masalah prosedur. Erm, takpelah, let's check it out our field trip untuk dokumentari ni.
Welcome back people, bagi episod kali ni - EXO TV akan mendedahkan tentang apa itu GST. Goods & Service Tax in Malaysia.
Dalam dokumentari, wajib diselitkan highlight berkaitan masalah yang ingin kami pertontonkan dalam dokumentari ni, dan aku memilih untuk meletakkan sneakpeek GST didalam Bajet 2014 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abd Razak.
Kemudianya, kami memasuki Phase II iaitu public opinion - unlike dokumentari Malaysian Economy - public yang diinterview terdiri daripada kami semua yang mengambil watak masing-masing. It's more to role play.

Untuk tambahan, ada lah sikit gambar time kami di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam. Semua gambar ni from henset Aisyah, so - bagi menghormati tuan empunya gambar - so, aku tak edit, ataupun letak watermark aku kat blog ni..:-) 
Nampak ni, best kan..henset canggih ada fish eye technology..huu :-)
Tapi, memang semua gambar dia amik pakai mode ni..lol. Nampak macam kat 7e pulak..kii
Zaza, and the boys. 
Peace no war - dah macam budak sekolah pulak. Mentang-mentang time kitorang pergi hari tu memang penuh library ni dengan student-student SPM. So, nak jugak rasa macam diorang..haha
Lawa perpustakaa ni, canggih pulak tu. Tak sangka aku ada tempat macam ni kat Selangor..lol
EXO TV Crew
Before balik, kami singgah makan kat kafeteria library tu. Memang tempat yang agak pleasant, makanan pun okay walaupun variety tak banyak. Overall, this library memang s best!!
\
Bagi menutup dokumentari kami kali ni, macam biasa lah ada expert opinion. Oleh sebab our letter kena reject by LHDN and Custom Department, so kami cukup bernasib baik sebab Prof Raufu sudi meluangkan masanya untuk ditemu ramah. Thank You Prof!!

So, dah habis lah dokumentari semester ni. Pasni kalau video pun cuma tinggal projek Third Language je. Pastu, boleh fokus untuk Project Management & Research pulak. Diharap semuanya berjalan lancar bagi semester ni dan yang akan datang. Amin

Kisah AKU n 23rd November 2013

Assalamualaikum semua, mata dah ngantuk sebenarnya - tapi tu la, tak boleh nak tidur pulak. Banyak beb kerja nak fikir sekarang ni, Project Management Bidding Session tinggal lagi dua minggu, but project kelolaan aku ni baru ada progress dalam 35-45 %, risau gila sebab memikirkan aku yang hold position as Project Manager - kot la, kena hentam dengan panel time bidding nanti. Kesian kat project team aku..huk

Well, ni cerita semalam sebenarnya. Lepas je aku balik from PROMA Day, tidur jap. Pastu dalam pukul 5.30 petang tu family aku except adik datang ke Shah Alam, tujuannya nak melawat aku sebab last aku jumpa diorang ni time Raya Haji hari tu. 

Atas nama family, aku tolak tepi komitmen aku untuk SAF semalam dimana upacara penutup telahpun berlangsung. Bukan apa, akak aku selalu kata kat aku yang mak dan ayah kadang-kadang kecil hati dengan aku yang lebih pentingkan organisasi daripada family sendiri. So, aku pun menolak sebarang kerja semalam. Alhamdulillah, aku telah pun dilepaskan dari segala jawatan kat fakulti dengan pembubaran MPP dan SMF minggu lepas.
Jadi, petang tadi sebenarnya mereka bukanlah sekadar datang melawat tapi hendak meraikan hari lahir aku in advance, yang bakal tiba pada 26th November ni..see, mana mungkin aku tolak pengorbanan family aku demi organisasi yang dah banyak aku berkorban tu. 
Terkejut jugaklah sebab aku pun tak berapa sedar yang hari lahir aku ni memang around the corner je - so, ayah bawa kami makan di Vichuda Seafood Restaurant, highly recommended jugak sebab time asasi aku pernah makan kat sini dengan Abg Nezam Crew. 
Kakak aku ni, balik rumah jap sebab ada urusan praktikal katanya. By the way, family aku ni baru je lepas jumpa adik aku kat SBPI Rawang tu, sekarang ni dia tengah SPM kan. Mesti lah kena support :-)
Mak cakap aku dah kurus balik..yeke? Tak tau lah. Mungkin jugak rasanya sebab minggu ni aku agak kurang sikit makan sebab banyak kerja. 

Apa-apa pun, tahniah untuk rakan seperjuangan di fakulti, Athari Tharwan yang sudahpun bergelar suami semalam. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Saturday, November 23, 2013

Kisah AKU n FSPPP Project Management Day

Assalamualaikum semua, berjumpa lagi kita didalam blog ni ye. Baiklah, tak nak cakap panjang and of course, aku ni sucks sikit bab-bab introduction ni..haha. Hari ni aku menghadiri satu event kendalian Jawatankuasa Perwakilan Student BAS Part 5 yang dinamakan Project Management Day. Program ni dikhaskan untuk pelajar-pelajar part 5 BAS yang mengambil subjek Project Management dan aku pun, tak terlepas lah daripada menghadiri event ini.
Event yang bermula pada pukul 8 pagi ni sebenarnya bermula dengan syarahan pertama oleh Professor Stephen M. Kajewoski from Queensland University from Australia, beliau menyampaikan syaraan yang bertajuk The Role of Owner in Project Management, untuk pengetahuan beliau merupakan Head of Architecture School di QU, dan juga supervisor untuk pensyarah aku disini, Dr. Aliza. Speaker yang kedua ialah Dr. Farazi from INTAN, menyentuh tentang cabaran didalam pengurusan projek.
Dalam pukul 11 pagi, majlis berehat sebentar - attendee diberi peluang untuk melihat pameran-pameran yang disediakan di ruang belakang Dewan Al Ghazali, FSKM. Mostly, apa yang dipamerkan ialah buku-buku berkaitan Project Management.
Hasil kerja senior-senior yang terdahulu didalam melaksanakan RFP mereka. Seriously, this subject is one of the most interesting subjek sepanjang aku menuntut kat UiTM ni - seperti yang aku dah mentioned hari tu, nature subjek ni ialah untuk menyediakan seorang student itu untuk menjadi Project Manager yang efektif dan efisyen.
Ustaz Helmy dan juga Mr. Joe. Macam biasalah, mesti nak ada gambar sikit kan - bukan selalu nak update blog ni sekarang.
Lol, simple pulak aku hari ni - sepatutnya event-event yang formal camni, tak lengkap kalau tak pakai tie, blaer semua tu.. Actually, aku terbangun lewat pagi tadi. So, ini je yang sempat nak sarung pun..:-)
Speaker yang ketiga, Dr. Haniff Zainal Abidin, juga from INTAN menyampaikan syarahan bertajuk nilai-nilai pengurusan projek didalam sektor awam. Dan bagi melengkapkan acara, speaker terakhir, Pn. Wan Siti Hajar Bt Omar from Perunding Alam Bina Sdn Bhd, menyampaikan syarahan bertajuk Risk Management dan juga Project Management in Architecture Firm which is berkaitan dengan RFP aku..:-)
Santai je baju Yasin tu..haha, memang kena bahan je hari ni..:-p
Ni muka tak cukup tidur katanya..:-) Yang tak boleh blah time tayangan video pelajar, ada ke video time diorang interview aku jadi opening, memang rasa nak letak je muka dalam beg jerut aku tu..lol

So, lepas habis je tayangan - ada sesi bergambar. Lunch and then terus balik. Sampai-sampai rumah je, takde letrik pulak. Tapi sebab kengantukan, aku pun tidur tanpa menghiraukan keadaan sekeliling..haha.

Friday, November 22, 2013

Kisah AKU n Dokumentari Malaysian Economy - Inflation

Assalamualaikum semua, sihat ke? Semoga sihatlah hendaknya. Ok lah, since SAF pun dah nak dekat habis, cuma tinggal esok je untuk upacara penutup yang maybe aku tak dapat nak hadir. But, overall dan so far, Team FSPPP SAF 2013 kini berjaya mengutip sebanyak 8 pingat emas, 5 perak dan 3 gangsa, 4 sukan ke quarter final dan selebihnya di peringkat grouping. Tapi hari ni, aku bukan nak bersembang pasal SAF - but, nak cerita lah sikit pengalaman buat dokumentari untuk subjek Malaysian Economy. In sya Allah, kalau tak busy, aku update pasal dokumentari Public Finance pulak..:-)
Welcome to EXO TV..haha, ini lah rancangan TV kami yang memaparkan isu-isu semasa berkaitan ekonomi dan finance.
Dalam dokumentari dimana aku jadi caretaker untuk kumpulan ni, aku meletakkan 3 phase iaitu - role play, public interview and expert interview. Dalam role play ni, Zaza sebagai Host EXO TV, Kak Shafa sebagai middle-income people dan juga Faiz, Managing Director untuk Krupp-Hansard Steel (M) Sdn Bhd, mewakili high-income people. Role play ini bertujuan untuk menggambarkan situasi yang dialami golongan-golongan ini didalam menghadapi masalah inflasi di Malaysia ini.
Phase yang kedua ialah Public Interview, dimana kami keluar bersama-sama untuk menemuramah orang awam berkaitan inflasi. Bagi menyenangkan kerja memilih responden, kami memilih untuk melakukan sesi itu di Plaza Alam Sentral. Dapat lah jugak tiga orang - but mostly, the public does not aware about the true color of inflation.
Phase III ialah dimana role aku dimainkan..haha, apa ayat tunggang terbalik tu bro. :-p Untuk expert opinion, aku berjaya mendapat seorang contact from my uncle dan, expert yang dimaksudkan itu bekerja di sebuah syarikat yang aku pernah memasang impian untuk menjadi as one of its team - company yang dimaksudkan ialah DRB Hicom.
En Yusra B. Mat Aris, seorang Senior Manager didalam DRB Properties ni merupakan graduan Master of Business Administration di UKM dan kini dalam proses menghabiska PhD, juga didalam bidang yang sama. A very expert man in Economy, beliau boleh jawab semua persoalan yang aku ajukan tanpa sebarang skrip. Dan sudah tentu, lecturer Economy kami memberikan respons yang agak baik atas effort kami, terutamanya pada sesi expert interview ni. Tak sia-sia sesat dengan Faiz hari tu semata-mata nak ke Glenmarie tu..haha
Aku sebagai reporter EXO TV..haha, macam haram je kalau tengok balik video ni..lol

Ok lah guys, aku pun nak sambung buat Project Management ni, bidding day dipercepatkan lagi - so, maknanya jadi lagi tension aku nak memikirkan event-event ni. Nantikan pula, dokumentari Public Finance kami pulak..till then, take care!!

Monday, November 18, 2013

Kisah AKU n SAF 2013 - Lawn Bowls

Assalamualaikum semua, maaf yang banyak sangat sebab dah lama tak update. Minggu ni ialah minggu paling busy aku - dengan assignment yang tengah take turn untuk disiapkan, plus ada dua dokumentari, dan juga yang paling penting - Sukan Antara Fakulti 2013. Seperti yang korang sedia maklum, aku memegang jawatan Timbalan Pengarah Projek untuk temasya kali ni dan pada masa yang sama, tak nak terlepas peluang untuk menabur bakti untuk FSPPP dengan menyertai acara sukan Boling Padang. 
Perlawanan pertama kami pada pukul 5.30 petang ialah menentang FSR (Sains Sukan & Rekreasi),  memang bila time undian hari tu pun aku agak goyang sikit. Gambar kat atas ni, our Lead - Azidi, sedang menyasarkan target. 
This is our Second - Afzan, dia yang request nak posisi ni so aku pun bagi je lah..:-)
Ni pulak Adzhim, or nickname "Chor", bermain sebagai Third or Vice Skip - dia ni aku baru je train malam sebelum game - unlike Afzan and Azidi yang selalu turun training dengan aku. But, Chor ni ternyata seorang fast learner jugak..:-)
Siapa ni? huu, mesti lah aku yang bermain sebagai Skipper FSPPP sepanjang kejohanan belangsung. Mula-mula berat jugak nak galas posisi tu, sebab tanggungjawab agak berat - mana taknya, kalah atau menang bergantung kat Skipper.
Bermain menentang FSR memerlukan fokus dan juga moral yang tinggi.
Skipper meninjau keadaan..:-)
Suasana ceria di kem FSPPP apabila team lelaki berjaya mengalahkan FSR dengan jumlah mata 16 berbalas 7. Serius aku tak expect untuk menang pada mulanya..:-) 
 \
Malam pulak, team wanita menentang FPA. Next game kami pada hari Jumaat tu ialah pada pukul 9.45 malam - so, kami tunggu and menjadi supporter untuk team wanita.
Biasanya lengang je tempat ni malam-malam. Bak kata Pn. Haslah, gelanggang ni hidup time SAF je.
Berita baik lagi untuk kem FSPPP dengan kemenangan team wanita keatas FPA.
Team lelaki meneruskan rentak kemenangan dengan mengalahkan EDU dengan mata 16-3, sekali gus layak ke suku akhir. Alhamdulillah, aku memang tak percaya betul dapat bawa team SAF kali ni lepas daripada grouping. 

Untuk game 16 November, manager belum send gambar kat aku lagi - but hari Sabtu ni nampaknya hari yang agak kurang bernasib baik bagi team lelaki dimana kami kalah dengan FKE dengan jumlah 15-5 didalam game untuk menentukan juara dan naib juara kumpulan. 
Pada pukul 9.45 malam, game kalah mati peringkat quarter final pun bermula dengan kami menentang FKK. Dalam banyak-banyak game bowls yang aku main, perhaps ini lah game yang paling epik dan mendebarkan - kedua-dua pasukan saling bertukar mata sehinggalah FKK mendapat mata 10-6 meninggalkan FSPPP pada 2 ends yang terakhir. Pada ends terakhir apabila hon dibunyikan, FSPPP berjaya kembali dalam perlawanan dengan mendapat 4 ahead dan menjadikan mata 10-10. Perlawanan dibawa ke sudden death, satu end terakhir untuk menentukan pemenang.

Aku berjaya meletakkan bowls dihadapan, but skipper FKK, Budriz yang jauh lagi berpengalaman - state player untuk Selangor, berjaya menolak jack dan menidakkan kemenangan kami - keputusan akhir 10-11 memihak kepada FKK. 
 
Dengan itu, maka berakhirlah perjalanan kami untuk SAF 2013. Thank you untuk manager Syikin yang selalu turun untuk memberi sokongan moral kepada kami semua. Nanti, kalau boleh kita gather sekali dengan team wanita, En Zul ada bagi duit hari tu.
Apa pulak nasib team wanita kami? Haa, tahniah untuk Skipper, Asmida dengan team kerana berjaya merangkul Emas untuk FSPPP. Kami amat berbangga dengan korang semua. Tahniah. Tahniah juga kepada FKK yang berjaya mendapat Emas bagi kategori lelaki. :-)

Overall, aku sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan kontinjen boling padang FSPPP pada tahun ni - to be exact, ni lah tahun terakhir kami hantar team sebab mulai semester depan - yang junior akan berpindah, dan aku pulak In Sya Allah akan grad pada tahun depan. 1 Emas, dan tempat ke 5 merupakan pencapaian dan penamat yang agak baik untuk kami. Majulah Sukan FSPPP, The Power of Policy!!!

p/s: Sedikit sebanyak mengubat kekecewaan pada temasya yang lepas, SAF 2012 - Lawn Bowls