Assalamualaikum semua, hari ni nak buka entry pasal video games lah pulak. Dah lama rasanya tak buat entri pasal ni. Takpelah, sekarang ni sudut video games di diarimcbride nampaknya bakal bernafas balik. Dan game pertama yang bertuah menjadi pembuka episod ni ialah Mount & Blade: With Fire & Sword. Haha, kalau korang perasaan dalam entri aku baru-baru ni, dah berkali-kali aku mentioned nama game yang marvelous ni.
Mount & Blade: With Fire & Sword or senang kita letak MBWFS dalam entri ni lah, panjang sangat ..huu. Game ni dibangunkan oleh TalesWorld pada tahun 2011..haha, main game lama je lah aku ni, orang lain dah main GTA V aku still main ni lagi..:-p. Game ni pada perspektif aku menggabungkan elemen RPG dan RTS yang menjadi impian aku selama ni..:-)
Elemen RPG yang jelas aku lihat dalam MBWFS ialah ability untuk kita mengawal pergerakan karekter kita didalam open world dan juga battle which is a very nice combination. Total War kekurangan elemen ni dimana ianya hanya mampu bagi kita kontrol army tapi tak boleh join the battle. But, dengan MBWFS, player mampu buat dua benda sekaligus. Gambar kat atas ni dimana karekter aku mengetuai unit cavalry menyerang fort wagon.
Bukan itu saja, karekter kita juga mampu mengawal tentera-tenteranya dan GUI battle command sangat mudah untuk difahami. Even adik aku pun tau guna..:-)
Unsur RPG dapat dilihat dengan kelebihan karekter untuk communicate dengan NPC-NPC dalam open world. Ni waktu tengah lepak minum beer kat dalam tavern...haha
Dan tempat berinteraksi tak terhad kat situ je, malah ada banyak lagi venue seperti Prison, Fortress, Town Center, Armory, Tavern, Church, Weapon Shop, Bank, Academy, Merchant Guild, Mercenary Camp yang disediakan di bandar-bandar yang terdapat didalam map. Karekter mampu berinteraksi dengan Mayor, Lord, Mercenary Captain, Commander, Merchant, Village Elder, Commoner dan lain-lain untuk menyelesaikan quest. Inilah elemen yang menjadi essence dalam game MBWFS ni.
Karekter boleh membeli dan menjual inventori seperti armor, weapon, trade goods dan juga makanan untuk party. Noted that kalau kekurangan benda-benda ni, ianya dapat melemahkan moral party itu yang trigger revolt sesama sendiri.
Satu lagi elemen RPG yang dapat dilihat iaitu ability untuk upgrade skills. Dalam game ni, karekter kita boleh membina group of army yang dinamakan "party", saiz party dinilai berdasarkan jumlah renown. Lagi banyak point untuk itu, lagi besar saiz party yang dia boleh carry dalam open world.
Elemen RTS didalam MBWFAS ni dapat dilihat melalui role karekter dalam nation yang dipilih. Mirip Total War, MBWFAS membolehkan party yang diketuai karekter untuk attack, defend, reinforce, besiege atau scout open world. Konsep RTS atau Real Time Strategy dapat dilihat melalui tema game ini iaitu sekitar 17th Century, berlatar belakangkan konflik yang berlaku di Eastern Europe. Watak, tempat dan event yang wujud didalam open world ialah bukan rekaan semata-mata. Watak seperti King Carl Gustaf of Sweden, Elector Frederick William, Tsar Alexei of Muscovite Tsardom, Hetman Bogdan of Cossack Hetmanate dan lain-lain merupakan watak utama ketika era itu.
But, untuk karekter player ia boleh direka. Karekter aku, Frederick Graff Stauffenberg (kanan) didalam Lord's Hall di Warsaw.
Game ni memang menguji mental player dimana loyalty diangkat sebagai elemen utama. Kesetiaan karekter diuji dengan sikap acuh tak acuh Monarch terhadap karekter dengan unsur Nepotism dan Favoritism dalam pemberian tanah dan estate kepada Nobles yang lain. Pada masa yang sama, kewujudan claimant-claimant yang membolehkan player untuk betray the existing monarch apabila digelapkan dengan position sebagai Marshal of The Empire dilihat sebagai satu ujian kesetiaan.
Dalam game ni, karekter aku memilih untuk berkhidmat dibawah Kingdom Of Sweden yang diperintah oleh King Carl Gustaf. Sepanjang gameplay, kita dikehendaki untuk melaksanakan perintah King dan juga Nobles untuk meningkatkan point renown. Dalam gambar - mengetuai unit Infantri didalam battle.
Estate pertama yang aku dapat ialah Torma. A very poor village but bangga gila time tu, since title pun Lord of Torma..haha. Malangnya, Torma jatuh ketangan Ratsher Alexander Leslie, musuh ketat karekter aku ni walaupun sebangsa.
Dalam game ni, kita boleh appoint someone sebagai "Companion". Companion ni ada special skills such as Engineering, Surgery, Tactician dll. Companion aku tu namanya Fatima, seorang Surgeon. Dari awal aku main sampai sekarang, dia ni tak pernah lari. Dia suka kat aku kot..haha
Karekter juga ada ability untuk take prisoner yang membuatkan game ni bertambah fun. Prisoner boleh di ransom dengan harga yang reasonable, based on their titles. Dalam prison aku kat Warsaw ni ada Tsar Alexei, King Jan Casimir and Hetman Bogdan. Stail semua highest tier of Nobles..haha
Haa, mesti semua tertanya-tanya. Apa relation aku dengan Warsaw ni, bukan ke Warsaw tu capital untuk Polish Commonwealth? Kalau nak tau, tu la Designated Capital untuk region yang aku dapat
Diatas kesabaran dan kesetiaan yang tak berbelah bagi kepada King Carl Gustaf selama hampir 2 tahun, mengikuti kempen dan beberapa siri serangan keatas Muscovite Tsardom dan Polish Commonwealth. Frederick Graff Stauffenberg dikurniakan "Segi Tiga Emas" .
Tadaa!! I'm the Lord of Vilna, Warsaw and Minsk. With the addition of Kovno Fortress, dan juga dua buah village - Vendau dan Molodechnvo. See, bila kita setia - nampak tak permainan game ni. Walaupun tak dapat jadi Marshal of The Empire dengan menolak request by Former Queen Christina, still bila dapat jadi Nobles of The Empire pun rasa hebat jugak..haha
So korang, apa lagi. Jom lah main game ni.