Wednesday, August 15, 2012
Kisah AKU n Shocking Moment on Modern Warfare
Salam semua,
Call of Duty, francais game yang aku main since yang pertama sekali tapi yang awal-awal tak bagi kenangan sangat, but bila masuk Moden Warfare 1 adalah sikit, sebab sequelnya ada MW2 diikuti MW3. Sepanjang main krtiga-tiga edisi ni, ada sedikit memorable event yang bukan sahaja mengejutkan aku tapi pemain-pemain yang memang follow story Modern Warfare, lets check it out.
1. The Destruction of American Forces by Khaled Al-Asad
Ini merupakan kejutan pertama sepanjang aku main Call of Duty Modern Warfare 1. Waktu ni, Sgt Paul Jackson baru sahaja menyelamatkan juruterbang USAF - Lt "Deadly" Pelayo yang terhempas didalam kawasan musuh, yang juga berada dalam zon nuklear Al-Asad. Lt.Vasquez and his team included Jackson berjaya mengeluarkan juruterbang tu dan kemudiannya keluar dari kawasan itu. Akan tetapi, Al-Asad terlebih dahulu berjaya meletupkan nuklear dan memusnahkan semua benda yang berada dalam perimeter itu termasuklah tenteranya sendiri. Letupan itu mengakibatkan seramai 30 000 tentera Amerika Syarikat termasuk Jackson mati, samada heli mereka terhempas, ataupun kesan radiasi.
The Death of Gaz, SSgt Griggs by Imran Zakhaev
Kejutan kedua, ini misi terakhir SAS iaitu keluar dari kawasan yang telah dipenuhi tentera Zakhaev. Waktu ni aku ingat "Soap", Price, Gaz, Griggs dan juga beberapa lagi SAS bakal diselamatkan bila tentera bantuan sampai tapi tiba-tiba arus berubah, semakin ramai tentera Zakhaev yang mara - seingat aku Griggs tarik Soap(player) sambil bagi covering fire lepas tu dia pulak yang mati kena tembak. Bila semua reda, Zakhaev turun daripada heli dia and personally tembak Gaz yang tengah mengerang kesakitan..huu, sadis. Then, Zakhaev menuju kearah Soap yang dah tak berupaya nak bangun. Suddenly, bantuan dikepalai Makarov tiba dan mengalihkan perhatian Zakhaev. Price kemudiannya menolak M1911 kepunyaanya kepada Soap dan Soap menggunakannya untuk menembak mati Zakhaev dan 2 orang kanan dia.
The Betrayal of US Gen Shepherd - Death of Ghost and Roach
Ni lagi satu moment yang mengejutkan. Task Force 141 yang diketuai Lt. "Ghost" bersama Sgt. "Roach"(player) dan several men bergerak ke safehouse Makarov untuk retrieve DSM. Waktu nak balik, Shepherd tunggu kat heli untuk evacuate TF141 ni, bila Roach serahkan DSM tu, Shepherd tembak Ghost dan kemudiannya Roach. Kemudiannya, badan mereka dicampak bersama gasolin untuk dibakar, tambah menyedihkan. Roach ketika itu masih hidup dan dapat melihat Shepherd dengan selambanya hisap rokok dan mencampakkan puntung rokok tu sekaligus membakar kawasan itu.
The Death of Soap by Vladimir Makarov
Waktu ni Soap dan Yuri sedang dalam misi untuk membunuh Vladimir Makarov. Kemudiannya mereka dikesan, Makarov's men then menyasarkan tembakan mereka kearah mereka dan mengenai kawasan dimana Soap dan Yuri (player) berada. Kesan dari letupan yang kuat itu, Soap dan Yuri terjatuh dari tempat yang tinggi. Soap kehilangan banyak darah, kemudiannya diusung oleh Yuri ke tempat yang selamat. Lebih tragis, ketua Soap sejak MW1, Cpt Price menyaksikan sendiri anak buah yang dipimpinnya sejak awal penglibatan Soap dalam SAS mati. Sangat sedih, sebab character pertama kita main dalam MW1 ialah Soap, dalam MW2 juga selepas kematian Roach. Sekali lagi kita menggunakan character Soap dalam misi membalas dendam. Tak dapat dinafikan, ramai peminat MW terkejut dengan kematian ikon MW ni, termasuklah aku.
No comments:
Post a Comment