Saturday, November 26, 2011
Kisah AKU n 26.11.2011
26.11.2011 - alhamdulillah, aku masih diberi peluang oleh Tuhan Maha Pencipta untuk terus hidup diatas bumi mengecapi segala nikmat dan limpah kurnianya. 19 tahun kehidupanku penuh suka dan duka - jatuh bangunku didalam kehidupan penuh ranjau dugaan. Kupanjatkan syukur kepadaNya kerana memberi ketahanan dan kesabaran kepadaku dalam menghadapi dugaanNya.
So, ape cer sambutan hari jadi yang ke 19 ni. Best? Lame? Haprak? Erm..bagi aku kali ni biasa-biasa je sebab tak dapat nak celebrate puas-puas pun. Gambar kat atas ni, selepas detik 12 malam, lepas dapat wishes from the boys of P3115 aku terus bergerak ke badminton court kat atas, walaupun sakit kecewa disebabkan sistem kroni ****** yang dilakukan oleh diorang terhadap selection, minatku terhadap badminton masih bergerak seiring peningkatan umurku.
Pagi tadi - aku mendapat hadiah yang bermakna daripada penceramah KESATRIA NEGARA UiTM, pada mulanya ianya berkaitan Modul Patriotisme yang memang sudah tersemat didalam jiwaku. Kepentingan Ketuanan Melayu, asal usul Melayu dan juga isu yang dibawa oleh beberapa Malaysian yang tidak berpuas hati dengan "Entrenched Clause" yang mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.. Sangat menakjubkan, semangat kebangsaan yang sedia ada jadi bertambah, kebencianku terhadap golongan tak sedar diri lagi menular. Aku berjanji, takkan kubiarkan "mereka" menghalau dan memijak bangsa Melayu ni.
Modul kedua - Personaliti. Maybe ini yang paling menyentuh hati. Tidak kusangka saat muhasabah diri dilakukan didalam aspek rakan seperjuangan. Hampir menitis air mata - bahu berganding bahu, tangan mereka erat kugenggam, perjuangan kami belum selesai. Kemudian, ia menyentuh aspek kekeluargaan - ibu bapa. Air mataku turun mengalir tak mampu ditahan dek kerana memikirkan akan dosa yang dilakukan, pengorbanan ibu bapa yang membesarkanku. Apatah lagi, ceramah ini genap dijalankan diusia aku memasuki 19 tahun. 19 tahun keluargaku mengenaliku, mana mungkin aku membelakangi mereka. Egoku tak berupaya menahan saat telinga mendengar akan hancur luluh hati ibu bapa pabila anak yang dibesarkan membelakangi perintah mereka - mengingatkan aku tentang tanggungjawabku sebagai seorang anak. Mungkin ini hadiah paling bermakna buat hari lahirku tahun ini.
p/s: Esok ada kawan yang ajak gi Sunway, aku cakap tak boleh join sebab parents and adik beradik aku nak datang. Korang tau dia cakap apa - dia kata 'Kesian, tak dapat join' .Dalam hati aku, korang lagi kesian, at least aku dapat luangkan masa dengan keluarga..
Tamat je Ceramah. Dua orang rakan asasi yang menuntut di UKM tiba di UiTM - Faris Afiq dan Aslah. Teruja, Aslah mengajak untuk celebrate hari jadiku bersama-sama. Mungkin bersimpati dengan sambutan yang tidak semeriah semester lepas - ye dop??
Aslah and Khaliq, ex roommate yang masih setia mengekalkan tradisi brotherhood P1213..
Aku and Yasin. Terbalik kan, biasanya Yasin yang akan buat "Peace"
Aslah the Awesome, still awesome macam zaman asasi dulu - he treat me today. Insyallah, hari jadi kau nanti aku belanja pulak..
Nostalgia asasi, naik bas sesama..
Last but not least, untuk hari ni - aku meluangkan masa untuk menunjukkan hadiah yang aku terima tempoh hari daripada seseorang.
Baby Domo, fuuhhh..nampaknya Domo aku dapat adik lagi..
Tali leher, I have no idea what actually the price is??
and finally, nota ucapan.. By the way - thank you very much - rasa takut pulak nak guna semua benda ni. Macam biasa, kiraan terakhir pukul 12 malam tadi - statistik menunjukkan pengurangan jumlah wishes yang diterima.
2010 : 60 Facebookers
2011: 35 Facebookers
Maybe ada kaitan dengan penurunan drastik friends, kan aku remove a total number of 300 strangers dulu...
p/s: tak payahlah sampai nak masak-masak ayam masak merah tu - hadiah-hadiah ni pun dah cukup. btw, now we're clear with our mission and objective sebagai harapan ibubapa - See You at The FSPPP Hall of Fame..
No comments:
Post a Comment