Sunday, November 27, 2011

Kisah AKU n Anugerah Kekeluargaan

Celebrate birthday dengan kawan memang best but lagi best kalau sambut dengan family. Setuju? Hari ni, tanggal 27.11.2011, family aku - mak ayah, along and adik datang ke Shah Alam, semuanya sebab nak sambut birthday aku yang ke 19..wu3x, terharunya cheq.. Sebelum keluar, aku telahpun menyiapkan ADS Log Report which is very good sebab aku target esok baru nak start buat, itupun sebab family aku agak terlewat sikit keluar dari rumah.
Untuk sambutan kali ni, aku memilih Plaza Shah Alam. Sebab? Entah.
KFC? Tak, sebab dah tukar dengan premis lain. So, my dad suggest Nando. I'm thinking - It should cost double expenses you know..But, he said, "Nah, your birthday son - I'll pay la.."

Family Platters. Aku pun tak faham sangat sebenarnya makan kat Nando ni, but it's pretty much like Kenny Roger Roaster but a lil bit complicated..kot.
Cik Darina - juga student UiTM but bukan kat Shah Alam, but at Kampus Bandar Melaka. Tak habis dok sembang pasal life dia kat sana. Err, sama la macam aku waktu masuk asasi dulu...hu3x, like sister, like brother eh?
Bro Faris - PMR result nak keluar 22.12 ni - mesti kau boleh score and kalahkan result aku and along punya.
Hu3x, sape ni?? Jangan cakap korang tak kenal. Budak loser yang tak dapat sambung law, but now happy with his performance kat FSPPP..In addition, our birthday boy.
Next stop - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Buat pe??
Potong kek rupanya, but kenapa kat sini?? (just curios)
Mereka ini sebahagian daripada tulang belakangku, tanpa mereka yang membantu dan menyokongku selama 19 tahun hidup didunia ini - siapalah aku sekarang.
Potong kek - aah, ni memang menyentuh perasaan betul. 
Haa..korang ada?? - saya sayang ibu saya!!

Pukul 6.30 diorang hantar aku balik Perindu, di masa ni - aku nekad mahu  memeluk ibu bapaku dan alhamdulillah tiada aral melintang dan aku berjaya mendapatkannya. Walaupun pelukan kasih seorang isteri kepada suaminya saat si suami memerlukannya, tidak bisa ia mengalahkan pelukan seorang ibu terhadap anaknya.

Hadiah daripada family yang tercinta - sehelai tali leher hitam (tie lagi..hu3x), wallet baru (yg lama dah terkoyak sikit..), dan frame gambar. 

Keluarga itu satu anugerah, peliharai mereka - perbetulkan yang salah, jangan biarkan yang lalai terus terleka, hargai mereka sebelum terlambat. Jangan malu dengan mereka, kerana mereka itu tiada gantinya.

"Bila kita meletakkan family above all things, motivasimu hanya daripada mereka dan kejayaanmu hanya buat mereka." - ayat ni reka sendiri tau..

Saturday, November 26, 2011

Kisah AKU n 26.11.2011


26.11.2011 - alhamdulillah, aku masih diberi peluang oleh Tuhan Maha Pencipta untuk terus hidup diatas bumi mengecapi segala nikmat dan limpah kurnianya. 19 tahun kehidupanku penuh suka dan duka - jatuh bangunku didalam kehidupan penuh ranjau dugaan. Kupanjatkan syukur kepadaNya kerana memberi ketahanan dan kesabaran kepadaku dalam menghadapi dugaanNya.

So, ape cer sambutan hari jadi yang ke 19 ni. Best? Lame? Haprak? Erm..bagi aku kali ni biasa-biasa je sebab tak dapat nak celebrate puas-puas pun. Gambar kat atas ni, selepas detik 12 malam, lepas dapat wishes from the boys of P3115 aku terus bergerak ke badminton court kat atas, walaupun sakit kecewa disebabkan sistem kroni ****** yang dilakukan oleh diorang terhadap selection, minatku terhadap badminton masih bergerak seiring peningkatan umurku.
Pagi tadi - aku mendapat hadiah yang bermakna daripada penceramah KESATRIA NEGARA UiTM, pada mulanya ianya berkaitan Modul Patriotisme yang memang sudah tersemat didalam jiwaku. Kepentingan Ketuanan Melayu, asal usul Melayu dan juga isu yang dibawa oleh beberapa Malaysian yang tidak berpuas hati dengan "Entrenched Clause" yang mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.. Sangat menakjubkan, semangat kebangsaan yang sedia ada jadi bertambah, kebencianku terhadap golongan tak sedar diri lagi menular. Aku berjanji, takkan kubiarkan "mereka" menghalau dan memijak bangsa Melayu ni.

Modul kedua - Personaliti. Maybe ini yang paling menyentuh hati. Tidak kusangka saat muhasabah diri dilakukan didalam aspek rakan seperjuangan. Hampir menitis air mata - bahu berganding bahu, tangan mereka erat kugenggam, perjuangan kami belum selesai. Kemudian, ia menyentuh aspek kekeluargaan - ibu bapa. Air mataku turun mengalir tak mampu ditahan dek kerana memikirkan akan dosa yang dilakukan, pengorbanan ibu bapa yang membesarkanku. Apatah lagi, ceramah ini genap dijalankan diusia aku memasuki 19 tahun. 19 tahun keluargaku mengenaliku, mana mungkin aku membelakangi mereka. Egoku tak berupaya menahan saat telinga mendengar akan hancur luluh hati ibu bapa pabila anak yang dibesarkan membelakangi perintah mereka - mengingatkan aku tentang tanggungjawabku sebagai seorang anak. Mungkin ini hadiah paling bermakna buat hari lahirku tahun ini.

p/s: Esok ada kawan yang ajak gi Sunway, aku cakap tak boleh join sebab parents and adik beradik aku nak datang. Korang tau dia cakap apa - dia kata 'Kesian, tak dapat join' .Dalam hati aku, korang lagi kesian, at least aku dapat luangkan masa dengan keluarga..

Tamat je Ceramah. Dua orang rakan asasi yang menuntut di UKM tiba di UiTM - Faris Afiq dan Aslah. Teruja, Aslah mengajak untuk celebrate hari jadiku bersama-sama. Mungkin bersimpati dengan sambutan yang tidak semeriah semester lepas - ye dop??

Aslah and Khaliq, ex roommate yang masih setia mengekalkan tradisi brotherhood P1213..

Aku and Yasin. Terbalik kan, biasanya Yasin yang akan buat "Peace"

Aslah the Awesome, still awesome macam zaman asasi dulu - he treat me today. Insyallah, hari jadi kau nanti aku belanja pulak..

Nostalgia asasi, naik bas sesama..

Last but not least, untuk hari ni - aku meluangkan masa untuk menunjukkan hadiah yang aku terima tempoh hari daripada seseorang.

Baby Domo, fuuhhh..nampaknya Domo aku dapat adik lagi..

Tali leher, I have no idea what actually the price is??
and finally, nota ucapan.. By the way - thank you very much - rasa takut pulak nak guna semua benda ni. Macam biasa, kiraan terakhir pukul 12 malam tadi - statistik menunjukkan pengurangan jumlah wishes yang diterima.
2010 : 60 Facebookers
2011: 35 Facebookers
Maybe ada kaitan dengan penurunan drastik friends, kan aku remove a total number of 300 strangers dulu...

p/s: tak payahlah sampai nak masak-masak ayam masak merah tu - hadiah-hadiah ni pun dah cukup. btw, now we're clear with our mission and objective sebagai harapan ibubapa - See You at The FSPPP Hall of Fame..

Friday, November 25, 2011

Kisah AKU n The End of Hectic Week

Hello guys, seperti tajuk diatas - korang dah serba maklum dengan keadaan minggu yang agak busy dilalui oleh aku dan rakan seperjuangan yang lain. Seriously, aku tak pernah rasa sepenat macam ni, boleh dikatakan setiap hari, mata aku ditutup pada pukul sekitar 2-3 pagi..
Rutin biasa waktu malam, this is not an exam week but keadaannya lebih kurang kan?? Erm, sebenarnya minggu ni kami melalui minggu yang penuh dengan test dan quizes - and it included the notorius subjects of Accounting and Mathematic, which I never liked it..I guess you know what are the reason..right??
Test 2 for Business Mathematic, how can I describe it. It's just involved  3 questions from 3 topics but it really challenge both mental and physical..
Quiz Accounting - this is quite chaotic. Tak sangka Journal keluar, aku fikir just masuk Trial Balance, Final Account and Capital-Revenue Expenditure. But, luckily I did have a knowledge about it before.
Balik malam adalah satu perkara biasa buat minggu ni..

Dan pagi tadi. It's Quality, not Law anymore, dah macam Quality Consultant pulak..hu3x - presentation for Introduction to Public Sector Quality Management - for me, this is my finest english presentation after what have I experienced during my asasian day. Sangat berterima kasih kepada Mdm Carol yang banyak beri nasihat dan tunjuk ajar dalam presentation skill dulu. Thank You, Teacher. Ini juga kali pertama aku diberi peluang menjadi Group Leader dan alhamdulillah aku hampir berjaya melaksanakan tugas, cuma perlu improve teamwork - kata Madam Farihah.
After presentation - with Helmi from Group 1 yang juga berjaya menamatkan minggu penuh aksi ni.
 Bersama Yat yang menjadi cameraman yang merakam presentation aku..biasalah tu, adat kalau presentation mesti aku nak evaluate performance..Tadi Faisal cakap Madam Farihah ada puji aku punya presentation, sangat berbangga dengar walaupun dari mulut orang lain..
Just a random snap..
Kami belum present lagi, maknanya still ada kerja yang kena buat..yea2x
Petang tu, aku dan Deq Joe pergi Kompleks Sukan, macam biasalah main badminton then dikejutkan dengan satu message yang amat menyedihkan (tengok riak muka pun dah tau), Senior FSPPP dah select player for SAF tanpa pengetahuan kami, ye memang betul waktu first selection kami datang but diorang mentioned akan ada second selection which we did not have any idea about it. Suddenly, the recent news shattered our hope to represent Faculty for SAF..sangat sedih sebab aku dan Joe boleh dikatakan setiap hari training in order to improve our skills and gain chemistry..(kitorang partner for double waktu First Selection) Down, maybe pasni kita fokus kat SUKOL..nak tak??
Helmi and Idzard pun tumpang simpati..sangat lah??

In conclusion, walaupun minggu ni hampir berlalu, aku still ada benda yang perlu disettlekan untuk minggu depan ;
a) ADS Log Report
b) Report for ADS Presentation
c) Prepare untuk Quiz Business Mathematic.




Wednesday, November 23, 2011

Kisah AKU n The 26th SEA Games Football Finale - Malaysia VS. Indonesia

Mungkin lambat sikit update pasal ni, but eventhough dah beberapa hari berlalu - event ni la jugak yang selalu disebut-sebut oleh rakyat Malaysia di facebook, blog, newspaper and by mouth. So, hari ni seperti yang dijanjikan - aku nak story tentang pengalaman aku dan roommate dalam menyaksikan perlawanan final diantara Garuda dan juga Harimau Malaya.
P/S: kebanyakan gambar tak sempat dicensorkan, viewer discretion is advised.

Disebabkan ada Prinsip Akaun keesokan harinya, aku memutuskan untuk study sambil dengar je ulasan commentator tu - alah, macam orang zaman dulu-dulu nak tau keputusan Olimpik. But, pas half time je, temptation tu tak dapat dinafikan - aku decide untuk tutup buku pelan-pelan then join diorang. Err, lupa nak inform, kami tengok match tu from Syamyl, CSL yang ada function TV..
 Dah ramai pulak yang nak join - kotak air mineral aku tu bukanlah perfect spot untuk tengok ramai-ramai, so - misi mencari signal.
 Bro Ijat, photographer bersama malam tu..
 Menunggu wisel penamat, still terikat sehinggalah perlawanan dibawa ke ET. Debaran penalti menyusul..
 Komited betul Ijat ni, sampai keluar bilik nak amik gambar kitorang..
 Penerangan from Bro Aqi tentang sudden death, seingat aku la..ha3x
 Fakri Saarani tak masuklah pulak..adoyai..
Baddrol Bakhtiar, kapten Harimau Muda menjaringkan gol kemenangan. Gegak gempita jeritan anak-anak muda yang menyokong dari bilik P3115 - walaupun tak mampu nak ke Gelora Bung Karno - kami sebagai rakyat Malaysia dan pelajar UiTM yang berwawasan sentiasa menyokong skuad Malaysia walau dimana kami berada..
Dah habis..riak muka yang exaggerated..abaikan yerp. Happy sangat tengok skuad Malaysia kita menang Ibu Segala Emas..

- Bilik lelaki, normallah keadaan macam ni..bukan cam dulu...hu3x

Tahniah untuk skuad bimbingan Ong Kim Swee dalam mempertahankan pingat Emas yang dituai sejak  edisi 2009 dan diharap dapat mengekalkan status kita sebagai raja kat Asia Tenggara ni..Amin.

Ooops, tak habis lagi ni - aku nak menempelak sikap dan atitude kurang ajar segelintir rakyat Indonesia terhadap rakyat Malaysia. Dah lah, tak payah nak ngade-ngade nak bid lagi - dah terbukti anda semua memang tak layak nak jadi tuan rumah. Korang bakar bendera kami, ejek pemain kami, hina lagu kebangsaan kami, bagi "special" treatment kat kami..lepastu tuduh player kami guna bahan larangan...WTH??

"All I said was, they don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what beng Malaysian is all about" Ong Kim Swee

Cuba fahami dan dalami kata-kata jurulatih Harimau Muda itu - sangat patriotik dan juga secara automatik membangkitkan semangat kebangsaan didalam diri aku..

p/s: Bangga menjadi rakyat Malaysia, hidup didalam suasana aman damai dan harmoni, tengah pasang impian nak menghadiahkan sekalung pingat emas untuk Malaysia..ye tak, Joe??

Tuesday, November 22, 2011

Kisah AKU n BCAC FSPPP

BCAC ?? Ape bendeee tu..hu3x, err it's stands for Breast Cancer Awareness Campaign..lepas kelas TITAS tadi aku dan some of colleagues from BA1E sempat lah jugak meluangkan masa untuk melawat kawasan program ini yang bertempat di Policy Square FSPPP, yeke??, main bantai je..but nama tu agak sedap jugak...thihihi, marah budak MASSCOMM and FSR.
 Como 2 dengan cabutan bertuahnya..hu3x.
 Kami menang moto..err silap, goodies bag.
 Seni warisan etnik dan kaum di Malaysia.
 Memikir untuk main skipping getah..
 "Michelle Wie" on the green.
 Sayangi "hati" anda..
 Jangan buang baby, tau buat - tau-tau lah jaga..pesanan penaja ni..haa
 Zhafir tunjuk skill menembak..
 Cowboy..from 3 just kena 2..ok tak??
Patutlah tak keluar, mana peluru pistol kau..Pok Jad..
 Main teddy bear - err..Joe??
 Wildlife Campaign - but they're more focus on the Malayan Tiger - notably the Harimau Malaya.
 Tunggu diorang solve puzzle - lama betul.
 Dapat bagi autograph kat situ..hu3x, femes pacek tadi..
 Akak Kura-Kura..
 Harimau Malaya, mentang-mentaglah Harimau Muda menang semalam..cepat weyh, panas gila niyh..
 Tourism Malaysia's booth - dapat poster and artikel..ok lah, at least tak balik tangan kosong..ye dop??
 Tak habis-habis lagi ke diorang ni solve puzzle.
Bergambar kenangan sebelum masing-masing ikut haluan sendiri..err, apakah itu..erm, aku, wan and faiz dah habis kelas - selebihnya ada kelas CSC petang ni...wawawa3x

In conclusion, event yang dianjurkan FSPPP ni memang best walaupun kurang publisiti, even kitorang pun baru tau tadi..sangat hebat berbanding dengan PC Fair yang dianjurkan FSKM, harapkan banner je penuh satu UiTM - last-last macam hampas (Wan dengan Faiz yang cakap, bukan aku..). One more thing, walaupun kami takde Taman Babylon yang cantik macam kat FUU, but at least kami enjoy berada di FSPPP sekarang..

p/s: Lepas ni nak update pasal story aku and roomate layan final Malaysia vs. Indonesia semalam..tunggu ek..