Friday, July 8, 2011
Kisah AKU n Sniper Elite : Video Game Sniper Terbaik
Kegilaan terbaru aku sekarang ialah menembak kepala orang - sangat best sebenarnya menjadi seorang penembak hendap ni. Kisahnya bermula pada Isnin minggu lepas, lepas tengok Juvana at TV3 - macam biasalah ada movie kan - dan pada malam itu, aku menontonlah cerita yang diberi nama The Sniper. Best cerita ini - sampai puas aku mencarinya untuk didownload. Kalau korang nak tau sedikit sinopsis dan plot cerita ni :
http://en.wikipedia.org/wiki/The_Sniper_(2009_film) .
Tak habis dengan tu - aku still tak puas hati - "dah download movie, apa lagi yang tak lengkap ni??"..Fikir punya fikir, "Oh, patutlah rasa tak best - kena cari game sniper ni.." . Lantas aku pun mencarilah di setiap pelusuk Google untuk video games sniper yang paling best sekali. Then, aku shortlisted kan beberapa - Sniper : Ghost Warrior, Sniper Elite, Sniper : Art of Victory, Marine Sharpshooter, WW2 Sniper : Call To Victory dan juga Sniper : Path of Vengeance. Setelah membuat penilaian melalui video gameplay, walkthrough, user comments, review and rating from Metacritic, IGN and Gamespot. And finally aku berjaya juga mengeluarkan creme de la creme diantara mereka itu - Sniper Elite
Kenapa?? First, dulu waktu Form 5 tengah gila study sejarah macam orang mabuk - aku suka sangat pasal World War 2 dan diantara topik yang aku 95 % ingat sampai sekarang ialah Battle of Stalingrad. Waktu tengah study pasal battle ni pulak - aku didedahkan dengan kewujudan seorang lagenda penembak hendap Soviet Union bernama Vasily Zaitsev.
http://en.wikipedia.org/wiki/Vasily_Zaytsev
Kalau korang rajin pergi kat link yang aku bagi ni, korang akan tahu kehebatan beliau ni, kenapa beliau diangkat menjadi seorang lagenda oleh USSR. Tapi, waktu itu belum terdetik lagi hasrat nak jadi seorang penembak hendap - aku lagi suka ambil peranan sebagai infantri yang landing kat pantai, jadi airborne troop ataupun Rambo..ha3x, bukan apa, dulu kalau main game Call of Duty, Medal of Honor, Brother in Armed..aku main pakai rempuh je, takde strategi langsung. Tapi, baru sekarang ni rasa macam mana hidup sebagai seorang penembak hendap macam Vasily tu kan. So, Sniper Elite ini memang menepati ciri-ciri yang aku nak - bertemakan Perang Dunia Kedua yang semestinya sniper rifle yang wujud pada era itu especially Mosin Nagant yang juga digunakan oleh Vasily.
Sniper Elite juga mempunyai satu lagi ciri yang aku memang nak iaitu, simulasi mekanisme sniper riflenya dan kerealistikan gameplay nya. Jika didalam Call of Duty ataupun Medal of Honor, jika ada mission yang memerlukan kita menjadi seorang sniper - aku perhatikan kita bebas menyasarkan crosshair dikepala musuh dan kemudiannya kita dapat lihat ianya pecah bersepai. Tetapi didalam Sniper Elite, faktor kelajuan angin, daya graviti, degupan jantung - semuanya diambil kira.
Contohnya, jika kita nak headshot, kita mestilah menyasar keatas sedikit kerana jarak peluru itu bergerak dan juga graviti dimana berat peluru dan momentum akan diambil kira sebelum ianya mengena sasaran - same thing goes to, degupan jantung. Untuk menyasar dengan tepat, crosshair kita perlulah statik dan tidak bergoyang-goyang, ia menyebabkan kita sukar menyasar dengan betul.(gambar diatas ketika sedang menyasar kepala musuh - jika jarak kurang daripada 70 meter, rasanya tak payah sasar keatas sedikit - sebab lagi dekat, lagi cepat dan tepat target tu kena). One more thing, jika korang sniper yang pandai - pastinya korang akan mengambil kira faktor sekeliling such as bunyi. Didalam Sniper Elite - korang ingat korang boleh lari-lari macam tu je, try untuk bergerak dengan perlahan kerana setiap bunyi tapak kasut akan meng'alert'kan musuh, sama juga, korang pun boleh tahu akan the presence of the enemies jika terdengar bunyi yang sama.
Selain itu, menembak musuh ketika bunyi kapal terbang dan dentuman artileri juga merupakan taktik yang baik kerana ia dapat menenggelamkan bunyi tembakan maut korang tu.
Apa yang special tentang Sniper Elite ini ialah bila korang menembak musuh dari jarak yang jauh, akan ada cinematic view - iaitu kita dapat melihat peluru itu mengenai sasarannya dari sangat ia dilepaskan sampailah terkena organ yang kita sasarkan.
Didalam Sniper Elite juga, Artificial Intelligence (AI) iaitu musuh korang yang dikawal oleh komputer or sistem adalah lebih bijak ataupun terlampau bijak - mungkin ini yang menyebabkan Sniper Elite jadi best dan seronok untuk dimainkan. Kalau dalam game shooter yang lain - AI sangatlah bodoh, iaitu walaupun ditembak mereka akan kekal diposisi itu dan seakan-akan menunggu untuk dibunuh. Tetapi, didalam game ini, ianya menggabungkan elemen team work and self survive dimana jika salah seorang daripada musuh ditembak (tak mati, cedera - diorang akan meminta bantuan untuk dikeluarkan dari kawasan bahaya), jika ini berlaku, beberapa komrad mereka akan datang, salah seorang daripada mereka akan mengeluarkan kawan mereka yang cedera manakala yang lagi satu akan cover dengan memberi tembakan bantuan. Berlainan pula dengan taktik, jika kita menembak tetapi tersasar, salah seorang daripada musuh akan mengalih perhatian kita manakala beberapa orang lagi akan menyusup ke flank kita dan menyerang kita daripada arah yang kita tak jangka. Disebabkan itulah, kita dinasihatkan untuk switch ke third person view jika tersasar, rather than terus mencari musuh yang terlepas itu supaya dapat memerhati pergerakan musuh-musuh yang menuju kearah kita.
Health meter dalam game ini lebih kurang sama macam game shooter yang lain, cuma bezanya, kalau dalam game shooter lain, kena tembak banyak manapun kau mesti tak mati punya (kalau sempat take cover lah..), tapi, dalam game ni, beberapa butir machinegun bullet especially from MG42..you're dead men. Nak cari health pack or medic kit memanglah susah because ianya akan diprovide pada awal-awal game sahaja, cuma mungkin korang boleh cari kat mayat musuh, kalau-kalau ada bandage (boleh menaikkan health meter tapi tak sebanyak medic kit). Kalau ditembak sniper musuh memang lagi disaster, satu tembakan mungkin boleh membawa maut especially from NKVD sniper. Umumnya, kenapa game ni direka begitu ialah untuk kita belajar cara-cara menggunakan taktik penembak hendap sebenar - for example, menggunakan bayang-bayang, rumput, runtuhan bangunan, api dan asap untuk mengelakkan diri daripada ditembak curi. Game ini memang memerlukan kesabaran, sebelum bergerak kesatu lagi posisi yang selamat, kita dinasihatkan agar memerhati keadaan sekeliling dengan binokular - area clear/no sniper - barulah selamat untuk bergerak..begitulah taktiknya. Boleh je nak guna taktik Rambo tapi tak akan habis lah, asyik retry.
Unit pula, didalam game ini ada 3 factions - Germans SS, Soviet NKVD, dan juga German Resistance..Tactically, kita ialah seorang American yang berkhidmat untuk OSS yang bertujuan untuk menghalang NKVD untuk mengambil dokumen-dokumen saintis German yang berkaitan dengan atomic bomb. Background game ini ialah ketika diambang kejatuhan Berlin waktu Perang Dunia Kedua - seperti yang kita tahu, tentera Soviet dengan dashatnya menyerang Berlin untuk memastikan kejatuhan Nazi dalam Perang Dunia Kedua.Persenjataan didalam Sniper Elite pula kebanyakannya terdiri daripada senapang, pistol buatan Soviet dan German. Contohnya kita boleh menggunakan silenced pistol Walther P38, sniper rifle Gewehr 43, Tokarev SVT dan juga Mosin Nagant (favourite), submachinegun yang ditawarkan ialah PPSh dan juga MP40, machinegun pula semestinya MG42.
Overall, from 10, aku bagi 8 untuk Sniper Elite disebabkan idea baru yang diketengahkan didalam game shooter. Grafik pula tidak mengecewakan, audio memang menarik dengan dentuman bunyi artileri yang real dan juga jeritan musuh yang ditembak. Gameplay, aku memang puas hati walaupun agak susah sebenarnya menjadi orang yang sabar, at least, game ni train aku untuk jadi penyabar kan..betul tak??
nak tengok headshot - lihat gambar kat bawah ni, aku target mata dia..ha3x
beberapa milisaat sebelum impak.
bullseye..!!
nice article..game paling best di abad ini..
ReplyDelete