Thursday, June 30, 2011
Kisah AKU n Topik : Teman Wanita Lebih Tua??
Pernahkah anda berpasangan dengan wanita yang lebih tua daripada anda?? Bagaimanakah perasaan anda - senang hati atupun sebaliknya?? Apakah kelebihan dan kelemahan berpasangan dengan perempuan yang lebih tua ni??
Ok, topik hari ini simple. Sebab kenapa aku raised this issue adalah kerana, aku hampir mengalami keadaan seperti ini. Ceritanya bermula di satu laman sosial iaitu Juzfrens. Oleh kerana Facebook aku macam "Lamebook", so, aku dengan rela hati activated account Juzfrens lama aku yang dah tak aktif sejak bulan Mac tahun lepas. Honestly, aku cakap, laman sosial ini yang telah banyak membantu aku meningkatkan skill berinteraksi dengan wanita, bukannya "Lamebook". Kebanyakan budak-budak kat sini berumur dalam lingkungan 15-25 tahun, dengan pelajar sekolah mengisi hampir 75 % jumlah membernya (main pakai tibai je aku ni - tapi, lebih kurang la)
Sangat best chatting dengan budak sekolah, sebab boleh tolong diorang dari segi pembelajaran, sembang-sembang pasal pengalaman lampau, bagi motivasi kat diorang dan banyak lagi, punca aku tertarik dengan laman sosial ni ialah ia FREE. Malah, aku boleh online waktu dalam bas on the way nak balik rumah, at least tak tidur la kan..Bila bersembang dengan budak sekolah, kita tak boleh terlalu serius, sebab diorang tak suka, kena happy go lucky lah. Alhamdulillah, aku lagi senang mengumpul adik angkat, dan jika dulu - aku punya motif lain, err..tau2 je la.
Nak dijadikan cerita - ada seorang perempuan mesej aku, muda mukanya macam budak-budak sebaya aku. Introduction dah buat then aku tahu yang dia ni tua setahun daripada aku - macam kakak aku lah. So, aku sedar jika berkenalan dengan orang yang lebih tua, cara approach pun mestilah lain. Aku ambillah pendekatan serius - matured sikit, aku expect yang dia ni matured juga tapi sebaliknya, malah aku yang lagi banyak bagi pendapat yang bernas sampai dia pernah cakap "Sumtimes, i rse u lg matured drp i.." .Aku nak termuntah kalau ada budak-budak junior yang nak mengayat kakak aku, panggil dia baby,sayang..woi, kau tu sebaya aku, jangan nak mengada dengan kakak aku boleh tak??
Dia ni ambil course nursing kat SEGI, so, tempat dia belajar dekatlah jugak dengan tempat aku kerja, because aku akan lalu Masjid Jamek punya. So, timbul idea nak lunch sesama nanti, sekarang dia posting kat Johor (praktikal). Err, goyang ke Farid, perempuan ajak lunch. Mana ada, kau ingat aku gay ke takut perempuan. Aku pun balas "If u feel comfortable with that, let it be lah.."
Sampai sekarang kami masih keep in touch..aku takut juga kalau tersangkut dengan dia ni, jilat ludah sendiri beb.
So guys, apa pros and cons mempunyai teman wanita yang lebih tua ni, mari kita start dengan kelebihannya dulu. Buat research, kebanyakannya jawapan semua sama, so, aku conclude je lah..
Kelebihan : Bila bersama dengan wanita yang lebih matang, kita rasa diri kita pun matang jugak. By contrast, if kita bersama dengan wanita yang lebih muda atau sebaya, kita merasakan diri kita sebagai seorang bodyguard - dimana kita bertanggungjawab untuk melindungi dan membimbingnya. Tetapi, jika bersama dengan wanita yang matang, mereka mungkin telah memiliki banyak pengalaman dalam hidup - disini bimbingan daripada mereka amat diperlukan. Walaupun kematangan berfikir tidak dapat diukur atas faktor umur, tetapi kecenderungan mereka ni dalam mengawal emosi adalah lebih baik daripada perempuan yang muda.
Kelemahan : Wanita yang lebih tua dan matang cenderung untuk menjadi queen control. Itu je kot. Tapi, alhamdulillah, setakat ni, aku takde masalah pun.
in conclusion, aku yakin jodoh kita ditangan tuhan, Allah yang tentukan apa yang terbaik untuk kita.
Its so common these days, nothing shocking anymore, watch the Cougar serial and probably easier to understand this trend now.
ReplyDeletedesperate housewives too..enjoyed watching bree van dekampf and her young partner..
ReplyDelete