Saturday, June 18, 2011
Kisah AKU n Kenapa Anjing Kencing Macam Tu??
Kenapa anjing kencing diorang angkat kaki belakang??
Agak-agak korang kenapa ek diorang buat macam tu??
Nak tau satu cerita rakyat tak yang berkaitan dengan asal-usul kenapa
doggy-doggy kencing macam tu..
Ok.. entry aku hari ini diekstrak from satu cerita rakyat Singapura.
Begini ceritanya, pada zaman dahulu ada seorang nelayan yang tinggal di
pesisiran pantai Temasik. Dia ini hidup sorang-sorang je, takde kawan, takde
family dan mahupun haiwan peliharaan.
Di satu hari, ketika dia pulang dari laut menangkap ikan, dia ternampak
seekor anjing yang tempang(kaki anjing ini probably pendek sebelah)
terhinjut-hinjut berlari kearahnya. Lalu, si nelayan pun merapati anjing
itu, dibawa anjing itu kerumahnya untuk diubati, disamping memberi makan.
Kemudiannya, anjing itu dijadikan haiwan peliharaannya.
Si nelayan pun menyimenkan kaki anjing itu agar kakinya pulih dan mampu
berjalan seperti biasa. Dia berkata kepada anjing itu..
"Ingat, kalau kau nak buang air, angkatlah kaki kau, supaya ia tak basah.."
Anjing tu macam acuh tak acuh je dengan nasihat tuan barunya itu. Bukan nak
ikut cakap si nelayan itu, malah, si anjing dengan girangya bermain air dan
juga bergaduh dengan anjing-anjing yang lain.
Si nelayan pun pulanglah dari laut seperti biasa, dan ketika itu terlihatlah
dia akan anjingnya menjadi tempang semula..Lalu, disimennya lagi dan diberi
nasihat yang sama. Tika ini, anjing itu menyalak tanda setuju.
Sejak dari itu, anjing itu pun mengangkat kakinya jika dia mahu membuang
air. Maka, begitulah kisahnya..
Anjing memang terkenal dengan kelicikannya dan juga special characteristic
mereka yang awesome ; deria bau yang kuat, kepantasan mereka (alah, hari tu
kejar aku x dpt pun..) That's why, polis-polis di serata negara banyak
menggunakan anjing, malah, di USA, anjing-anjing mempunyai kompeni mereka
sendiri.
Walaupun, aku berdendam dengan anjing pasal diorang ni banyak membunuh
kucing-kucing kat back alley rumah aku, termasuklah seekor kucing peliharaan
aku, tetapi, aku cukup respect anjing polis dengan anjing kat kutub sana
(comel - penuh bulu) because walaupun garang, diorang ni ada gunanya jugak.
Anjing gila and ragtag aku tak pernah suka - kalau dapat maunya aku cincang
diorang jual kat uncle Cina belakang rumah..
kalau binatang ni tak haram, aku dah bela seekor buat jadi bodyguard..
cat : boys, get ready
doggies : .......
p/s: ada dengar tak skuad kucing kat police department.
No comments:
Post a Comment