Saturday, November 30, 2024

Kisah AKU n Happy Birthday 2024

 Assalamualaikum,


Alah, lambat 4 hari pulak. Nevermind, tengah free ni baik update cepat. Karang dah start busy, minggu depan pun belum tentu mood menaip tu nak datang. Okey, malam ni nak berkongsi cerita pasal entri penting untuk diri aku dalam blog ni.
Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini.  Syukur kepada Allah aku panjatkan kerana telah menganugerahkan kesabaran untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan onak ini. 26 November 2024 ialah hari ulangtahun aku yang ke 32. Untuk tahun ni, yang pertama wish tentunya cik isteri dan anak-anak (tepat pukul 12 tu, haha!), followed by Along (7.34 pagi), mak (8.05 pagi), ayah (11.30 pg) dan adik sekitar jam 3 petang. Other friends termasuklah dari group Lepak Saje, Balai Rangers dan Penyet Deq.
So, 32. Apa je pencapaian dari last birthday?Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun ke-lima di Touch 'n Go dan of course dengan macam-macam role yang aku undertake dalam tahun ni. Memori dalam hidup aku tahun ni semestinya banyak dihabiskan bersama isteri, Ija dan dua orang anak kami, Fariq dan Iman. Semoga rumahtangga yang kami bina ni sentiasa berada dalam lindungan Allah..:-)

Anyway, a very Happy Birthday to Mr. McBride! Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang sudi wish dan mendoakan kebaikan dan keberkatan hidup kepada aku. Allah sahaja yang dapat membalas budi dan doa you all semua. Amin In Sha Allah.

Monday, November 18, 2024

Kisah AKU n Little Caliph Fun Explorace 2024 @ JL99 Wonderland Park Selayang

 Assalamualaikum,

Baiklah, ni merupakan entry sambungan from my family staycation di Selayang. Seperti title entry diatas suka aku nak share pengalaman aku join Little Caliph Fun Explorace where my firstborn, Fariq mewakili Little Caliph Bandar Sungai Buaya 
Seawal jam 8.15 pagi aku dan family dah gerak from hotel ke venue majlis yang bertempat di JL99 Wonderland Park @ Selayang since dalam tentatif majlis start pendaftaran pukul 8.30 pagi. 
Ada empat branch Little Caliph yang terlibat iaitu LC Reef Rawang, LC Rawang Idaman, LC Wangsa Maju dan LC Bandar Sungai Buaya, kesemuanya dibawah seliaan Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad or secara ringkasnya KOBIMBING.
Okay, abang Fariq dah masuk jumpa kawan-kawan. Iman relax dulu je lah kat luar ni
Event bermula dengan bacaan doa, disusuli dengan lagu Negaraku, negeri Selangor dan juga lagu sekolah, Khalifah of Allah. Selepas bacaan ikrar oleh wakil pelajar dan juga ucapan perasmian from wakil KOBIMBING, majlis diteruskan dengan sesi senamrobik led by the kiddos before memulakan acara sukan pada hari itu.
Okay, unlike sports day tahun lepas kali ni konsep Fun Explorace dimana student bersama parents kena pergi each checkpoint yang disediakan. Ada 10 checkpoints in total. Minggu lepas time teambuilding kat PD pun main Explorace, kali ni main lagi. Huhu
Antara checkpoint yang mesti diselesaikan. Student je main, parents and siblings boleh tolong sikit-sikit lah..:-)
Ni pun checkpoint jugak. Pandai diorang kawtim, untuk students FOC. If ada parents or ahli keluarga lain yang nak join kena bayar RM5/pax.
Walaupun cikgu ada bagitau awal-awal yang Explorace ni santai-santai and kami diberi masa 2 jam untuk habiskan kesemua 10 checkpoint. Tapi macam biasalah aku ni mana boleh santai. So aku cakap kat Fariq, since main objective dia habiskan game, so let's quickly do it.
In less than 40 minutes, kami berjaya completed semua checkpoint dan berada dalam first batch yang habis awal. Then baru lah aku bagitau kat Fariq, apa lesson learn if kita keep our focus towards the objective.
Habis awal bolehlah kita round satu taman ni secara santai tanpa perlu nak kejar cop dekat checkpoint tu.
Dapat bagi makan kat binatang-binatang yang ada kat sini..:-)
Iman bercakap dengan Tapir. Huhu
Sun Bear pun ada kat sini.
Ni bukan panda betul tau. Patung je..:-)
Melawat Ostrich park. Fariq tutup hidung, katanya busuk bau taik burung unta. Haha
Iman tengok guinea pig. Dia teringat toy hamster kat rumah tu..:-p
Haha, berlari Iman kena hambat dengan Capybara.
Dok tengok apa tu?
Yeah sudah tentulah our mascot for Bandar Sungai Buaya - Crocodile!
Finally, melawat section marine yang menempatkan hidupan laut such as Arapaima dan pelbagai jenis ikan yang lain.
Dalam jam 11 tu kami dah berada di area Seafood Restaurant 99 yang akan menjadi venue for closing ceremony.
Before penyampaian hadiah untuk student. Ada ucaptama from wakil KOBIMBING, dan juga pertunjukan ular oleh tim JL99 Wonderland Park.
Gelagat Fariq dan rakan-rakan time beratur nak amik medal dan goodies.
Fariq bersama his second medal sepanjang dua tahun menuntut disin
Kontinjen team LC Bandar Sungai Buaya terdiri daripada student 4, 5 dan 6 tahun..:-)

Dah-dah jom balik. Nasib dah redup sikit. Phew~

Sempat lagi bergambar dekat sini. Macam pernah nampak kayu coklat ni, tapi kat mana eh? Ohh okay, cerita Ip Man tu yang dia tengah practice Wing Chun. Haha

Before balik rumah sebab menyinggah souvenir shop yang ada kat sini. Asalnya nak beli air je. Tapi kena pau dengan budak dua orang ni. Haha
Gerak dalam jam 1 petang, sampai rumah kira-kira sejam jugak. Yang penting budak berdua ni tidur dalam kereta, and bersambung lagi kat rumah. Boleh lah aku lelap jugak. 

So, that's the wrap for a fairly long entry. Memang tepat decision aku split dua entry ni. Kalau tak mau 10 minit tak habis skrol kebawah. Okaylah, nak tidur esok ada analysis nak kena buat. Semoga berjumpa lagi dilain entry.

P/S: England Vs Ireland. Tiga player Newcastle in the first eleven. Gordon, Hall dan Livramento. 

Sunday, November 17, 2024

Kisah AKU n Staycation @ Mercure Selayang

Assalamualaikum,

Pagi buta ni aku nak share cerita semalam. Actually nak gabung dengan cerita event Fariq tu, tapi takut padat pulak so aku decided untuk split dua entries. 
Pagi semalam wife ada kelas sampai jam 12. So dalam jam 2 petang tu aku dan keluarga dah memulakan perjalanan kami ke Selayang. Tak lama pun, ada lah dalam setengah jam drive dah sampai. Tu Fariq pelik, kenapa cepat sangat sampai hotel ni. Huhu
For this time around, kami sekeluarga menginap di Mercure Selayang. Awat dekatnya dengan rumah? Haa ada lah sebabnya, yang tu lain entry nanti. Memang aku saja pilih hotel ni sebab lokasi yang agak strategik iaitu berhampiran dengan event's venue tu nanti, dan juga banyak fasiliti yang hanya walking distance sahaja.
Ni lah ritual budak-budak dua orang ni kalau masuk bilik hotel. Test katil dulu dengan melompat-lompat. Haha
Tengah syok selfie dengan cik wife tiba-tiba ada penampakan budak perempuan berambut panjang kat cermin. Huhu
Kebulur budak-budak ni. Haha. Nasib baik bawak bihun yang mak ada bekalkan pagi tu.
Pemandangan from bilik hotel kami. 
Phew, punyalah jauh aku menapak semata-mata nak cari ATM. Bayangkan berjalan kaki from Emerald Avenue ni ke Hospital Selayang. Ada lah dalam 1.4km pergi balik. Mana tau kena bayar deposit, ingatkan dah buat payment via credit card tak perlu deposit. A few hotel aku stay lately pun takde mintak cash deposit. Nevermind lah, dah polisi hotel begitu. Follow je lah. 
Sebelum balik bilik sempat merayau kat hotel ni. Lobi ada convenience store - MMart. Level 1 ada their in-house restaurant, The Meraki Bar & Restaurant. Yang ni pulak level 25, ada guest lounge.
Di tingkat yang sama jugak ada swimming pool dengan kedalaman 1.2m. So tak sesuai untuk the kids, since air paras dada orang dewasa jugak.
But ada jugak Kid Zone yang disediakan ditingkat yang sama, dan juga gymnasium on next door.
Plan asal nak keluar lepas Asar. Tapi delayed sebab letih. Haha. So stay kat bilik and layan Godzilla dengan budak dua ketul ni.
Malam tu lepas Maghrib we had our dinner dekat-dekat sini jugak iaitu di Richiamo Coffee @ Emerald Avenue.. Malas nak drive, buat pulak hujan memang lebat. Dah lah kereta park jauh, angkara cashless parking offline kat situ. Nak kena call Matrix Parking ni tanya apahal offline pulak.  
Selfie dulu before makanan sampai.
Eh ada dessert pulak ni, ada dua pulak tu. Ya betul, kita celebrate dua event ni Fariq. First, early birthday abah yang bakal menjelang 26 Nov ni.
and lagi satu of courselah wedding anniversary ibu abah yang baru sahaja memasuki tahun ke-enam pada tanggal 10 November yang lepas.
Okay-okay jom makan cepat. Kita ada benda lain nak buat ni.
Haa. Ni pun satu reason kenapa aku pilih nak duduk sini. Sebab ada KTV Firezone! Sebab ni birthday abah, so korang kena follow. Takde excuse dah, abah dah gian nak karok ni. Hari tu ingat time teambuilding dapatlah karok dengan member ofis, tapi tak jadi pulak. Kali ni kita kasi jadi!
Nyanyi lagu Dragon Ball. Fariq yang nak..:-p
Budak ni mengamuk tak dapat pegang mic. Habis kacau abah nyanyi dengar dia melalak. Huhu
Haa baru elok. Fariq je chill. Kasi lah budak-budak ni nyanyi lagu children/kids..:-)
Tapi cam biasalah dah nama pun perempuan. Kita bagi dia makanan, memang diorang lupa lah benda lain. Setengah jam terakhir boleh lah aku karok dengan penuh semangat. Hihi 
Dalam jam 9.30 malam, kami pun berjalan pulang ke hotel. Semuanya dalam kawasan yang sama je, tu yang setel awal. Ikutkan nak tambah sejam lagi, tapi budak-budak ni kena tidur awal sebab ada event kan pagi ni. Takpelah, next time aku pergi lagi..:-p

Itu je lah cerita semalam. Hari ni ada cerita lagi, stay tune dalam next entry. Till then, adios!

P/S: International break lah pulak. So takde EPL minggu ni.