Aku cukup pantang kalau orang buat meeting petang Jumaat ni, dah tu buat pukul 4.30 pulak. Come on lah, weekends dah memanggil tu. So sementara menunggu ni elok lah aku habiskan apa yang dah drafted semalam. Wedding lagi? Ya betul, hujung tahun ni memang banyak pasangan yang off-market. Huhu
Sabtu lepas, aku dan ayah ke sebuah majlis perkahwinan di Taman Melati. Eh tapi apa gambar kat Kuala Lumpur ni? Sebelum ke wedding tu, aku hantar bro Faris untuk buat project shutdown di Menara LPPKN di Jalan Sultan Ismail. Tu yang masuk bandar KL jap, tapi korang tengoklah bukan main jem lagi. Huh
Dalam jam 2 petang barulah kami sampai di venue event yang terletak di Kayangan Hall, M3 Mall. Ni mall aku selalu lepak lunch time kerja kat MTD dulu. Kali ni wedding siapa pulak?
Sudah tentulah anak kepada rakan sekerja ayah di Petronas dulu, Tuan Jefri.
Tengah menjamu selera tetiba nampak CCO Touch 'n Go, En Halmi pulak. Haha. Sempatlah bersembang dengan dia, hos majlis tu kenalan wife dia katanya..:-)
Dalam jam 3 petang kami meninggalkan majlis. Eh macam kenal je menara ni. Rindu pulak kerja sini dulu, santai-santai je..:-p
Singgah Celcom jap dekat area Taman Prima Gombak, ayah nak menyettlekan bil. Tengok bukan main gelap awan tu, confirm lebat ni.
Around 4pm, kami dah standby kat Terminal Gombak nak menunggu si Faris tu. Elok pun dia offer naik LRT, kalau nak pickup dia kat KL memang bercinta lah dengan traffic jem. Huhu. Seperti yang dijangka hujan memang lebat.
Dua-dua passenger ketiduran. Yang kat belakang tu penat kerja, yang sebelah tu kekenyangan. Haha
Sekitar jam 6 petang, kami dah sampai area Rawang. Lepak kat Medina Sg Choh dulu since member tak makan lagi.
Haa, ni pulak cerita selingan. Hari Selasa tu tayar pancit pulak kena skru. Nasib baik cepat perasan, kalau dah masuk highway baru perasan melingkup lah aku. HahaDua jam jugak tersadai kat sini. Dah la takde customer lounge, sudahnya buat kerja atas kerusi plastik merah yang takde sandar tu. Haha. Cramp kaki bhai~
Okaylah, ngam-ngam aku nak masuk meeting ni. To conclude the entry, sekali lagi tahniah kepada Sarah dan pasangannya Syafiq. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berada didalam rahmatNya. Amin In Sha Allah.
P/S: STRESSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!