Sunday, August 25, 2024

Kisah AKU n Adlyn's Wedding @ Bandar Baru Bangi

 Assalamualaikum,

Malam ni barulah berkesempatan nak menaip entri. Ni pun curi masa sementara nak tunggu  match EPL Newcastle lawan Bournemouth. Baiklah, seperti title entri ni yang tertera diatas, Tadi, aku dan keluarga sempat attend sebuah majlis wedding di Bandar Baru Bangi.
Kami bergerak dari rumah seawal jam 10.30 pagi ke venue majlis yang berlangsung di Dewan Adam & Hawa dan sampai kira-kira jam 12
Saja teman ayah, dah ada anak bujang yang tak nak join. Ni merupakan majlis perkahwinan anak kepada rakan sekerja beliau di Petronas dulu, Tuan Jefri.
Wife dan anak-anak pun join jugak hari tu.
Apa saja yang dibualkan dua orang ni.
Kasi chance lah amik gambar berdua..:-)
Memang layan makanan semalam. Banyak juadah sampingan yang enak such as aneka kuih muih Melayu, cendol, dan juga buah-buahan.
Yang penting ada teh tarik. Huhu
Takde lah lama pun lepak, dalam jam 1.30 petang tu kami dah keluar main hall.Tapi yang buat lama ni ayah dok berjumpa dengan kawan-kawan lama. Maklumlah reunion orang-orang pencen, banyak lah benda yang nak disembangnya. Hihi
Okaylah Fariq jom lah balik. 
Sebenarnya aku nak jumpa lawyer kat Bangi tapi somehow last minute dia kata tak dapat pulak atas urusan keluarga. Tengok map pulak jalan jem nak balik ke Rawang, tu yang terfikir nak ke Port Dickson menziarah Along. Maklumlah dah lama tak jumpa kakak aku ni.
Asalnya nak lepak sini sampai jam 6 petang camtu. Tapi tengok map tengok Seremban sampai ke Kajang jem. Sudahnya kami decided untuk bermalam kat sini.
Pas Maghrib kami sekeluarga ke Bandar Springhill cari barang keperluan. Tapi dah masuk D.I.Y ni memang kena pau dengan budak-budak ni lah. Menggelupur pergi section mainan tu. Haha
Had our dinner kat Mee Bandung Muo Udang Galah. Highly recommended by Syazwan.
Memang berbaloi-baloi makan kat sini. Portion banyak dengan harga yang berpatutan. Next time kalau datang PD dah tahu nak makan kat mana..:-)
Iman pakai baju abang Mikail. Besar je baju tu. Haha. Abah pulak pinjam baju lama Pak Long Syazwan.
Balik rumah dalam jam 9 malam. Budak-budak ni sambung bermain, while aku tengok Final Piala FA. Tapi tengok sampai 3-1 je, meluat dengan JDT sebab OP sangat. Bhahaha.
Pagi Ahad, we had our breakfast together. Aku pakai baju semalam je, tak kuasa aku pakai baju batik pagi-pagi buta ni..:-p
Dalam jam 8.30 pagi, kami memulakan perjalanan pulang ke Rawang dan sampai sekitar jam 10.

Okaylah, bola dah nak start ni. To conclude the entry, sekali lagi tahniah kepada Adlyn dan pasangannya Ashraf. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berada didalam rahmatNya. Amin In Sha Allah.

Saturday, August 24, 2024

Kisah AKU n TNG B&G Fun Wednesday

Assalamualaikum,

Barulah sempat nak update. Super busy minggu ni. A ton of analysis, fire-fighting and of course, meeting. Actually malam hari Rabu tu jugak aku nak update, tapi tak dan nak bukak laptop. Sudahnya delay lah sampai ke hari ni. Baiklah, saja nak cerita satu event company yang aku attend baru-baru ni dan ianya dinamakan TNG B&G Fun Wednesday. Nak tau apa yang kitorang buat, sambunglah baca. Huhu
Pagi Rabu tu seawal jam 6.30 lagi aku dah bergerak dari Rawang ke TTDI. Park kereta kat Rasta TTDI sambil menunggu Irfan dan Razif. Plannya carpool sekali untuk ke venue event yang bertempat di Berjaya Times Square. Event pulak start jam 9.30, memang eloklah gerak sekali. Aku ni dah lah buta jalan KL. Haha
Sampai ngam-ngam 9.30, tapi ramai je lagi yang tak sampai. Event apa yang kitorang nak buat ni? Masuk theme park ke? Semestinya tidak. Haha. 
Main event kami hari tu ialah Laser-Tag Battle! FYI, ada kira-kira 40 staf TNG dari Business & Growth Division yang terlibat bagi event ni dan of course aku yang berada dalam CET Dept pun dapatlah join sekali..:-)
Beratur ikut group yang telah disusun untuk mendengar briefing dari pihak Laser Battle. Ada empat squad (Alpha, Bravo, Charlie, Delta) dengan 10 players each.
Team Alpha with our Product Director, Mr Kunil as captain.
Leading Team Bravo is our TNG Director Expressway, Mr James Bond, eh silap James Wong. Haha
Our CCO, Mr Ming Luk captained team Charlie for this event
Last but not least, Team Delta led by Mr Mugilan, TNG Director, Parking & Transit
First match Alpha vs Bravo, so dapatlah tengok diorang berlawan from TV kat depan tu. Live stream tu. Huhu
Before masuk korang akan dapat laser gun + vest yang ada lampu dekat area shoulder, back dan ribs. Dari segi pemarkahan aku tak berapa ingat, tapi seingat aku kalau dapat tagged area ribs dapat high mark (200), shoulder (100) dan back (50). If dapat tembak enemy's gun pun dapat point 50 jugak rasanya. Okay, now our turn pulak. Let's spray and pray! Haha. 
Some screenshot dari video yang aku sempat record. Memang laju game ni, dua team akan dilepaskan dalam satu maze yang sederhana besar. Terpulanglah korang nak main jadi Rambo ke, Tom Clancy ke yang penting aim dia kutip mata lagi tinggi from other team. Macam aku sebab dah terbiasa main COD Mobile, so agak taktikal sikit lah. Guna cover yang ada untuk avoid curi tembak from belakang. Haha.
Ni scoreboard. Ada dua color je - red dan green. Kat sini boleh tengok individual score, accuracy dan juga xp. Okaylah nombor 7. Yang penting accuracy Top 3, macam main COD. Huhu
Satu round 10 minit, and kami dapat main 3 kali lawan different squad. Team Delta dapat no 3, cuma 10 mata je beza dengan Charlie yang berada ditangga kedua. Dalam jam 12pm, our laser battle ended dengan jayanya.
Okay jom balik office. Eh belum lagi, ada makan-makan pulak. Cuma lunch bukan kat Times Square ni, tapi dekat another shopping mall berdekatan.
Ya betul, kat The Exchange TRX. Tak tahu apa reason organizer split camni. Maybe nak tambah revenue parking kot since ticket size kat sini mahal sikit from Times Square tu..:-p
Venue lunch kami ialah di Chica Bonita - Elegante @ The Exchange. Sebuah restoran yang menyediakan authentic Mexican cuisine such as fajitas, burritos, tacos etc.
Ni apahal pulak? Maybe tengok portion banyak tu je kot. Haha
Hat ni senyum lebar walaupun makan La Bombas Nachos je, tapi portion bapak banyak. 
Around 1.30pm we have completed our first ever TNG B&G Fun Wednesday. Before balik sempat menyembang dengan our CCO yang pakai baju kaler hitam tu. Thanks boss for the treat, we will definitely give higher rating in survey later..:-)
Pukul 2.30 sampai TTDI. Terus masuk back to back meeting from 2.30 - 3.30, and later 4 to 5. Pheww. Malam pulak lepas Maghrib drive ke KLIA2 pickup bro Faris yang baru balik from Sabah atas urusan kerja. Mula-mula memang ingat nak suruh dia amik Grab or naik public je, tapi bila memikirkan kes bunuh, samun yang berleluasa kat Malaysia sekarang ni jadi risau pulak. Tu yang gagahkan diri jugak drive, nasib ayah ada ikut sekali teman. Ada lah member buat menyembang dalam kereta. Huhu

Okaylah itu sahaja cerita malam ni. To summarize, a very good event organized by the management yang terbukti dapat mengeratkan hubungan sesama staf dalam division kami ni, disamping dapat belajar teamwork, communication dan juga taktikal di lapangan. Perghh, macam army pulak. Hihi

P/S: Malam ni Selangor vs JDT untuk Piala FA 2024. Good luck and do us proud, let's bring the cup back to Selangor boys. Forza Selangor! Merah Kuning Lambang Kebanggaan!

Wednesday, August 21, 2024

Kisah AKU n Welcome EPL 2024-2025

Assalamualaikum,

Okaylah, title pun dah clear kan. Ya, welcome back to the most entertaining football league in the world - English Premier League.


Hari Sabtu, jam 10pm merupakan game pertama Newcastle untuk season EPL 2024 - 2025. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku memang tak pernah missed tengok first match. Untuk game pertama ni Newcastle menentang Southampton di tempat sendiri, St James' Park. 

Final score: Newcastle 1 - Southampton 0, hasil jaringan our Brazilian tanker, Joelinton. Game nampak balanced walaupun Newcastle bermain dengan hanya 10-players for over 70-minutes apabila defender, Fabian Schar dibuang padang. Despite that, the lads berjaya bertahan dengan disiplin yang baik and rely to quick counter-attack. Congrats to the gaffer, Eddie Howe dan juga his assistant, Jason Tindall for the first win. Semoga result-result macam ni akan terus membahagiakan malam hujung minggu aku..:-)

Current standing for MW1 as of 20/8. Okaylah kan nombor 8?

That's all for entry malam ni. Sabtu ni lawan Bournemouth pulak, let's keep our winning streak lads!

P/S: Bila nak settle transfer Guehi ni? Dah 4 kali bid pun kena reject lagi.

Sunday, August 18, 2024

Kisah AKU n Aida's Wedding @ Saujana Putra

Assalamualaikum,

Sementara melayan first match EPL untuk season baru ni, elok jugak aku mengupdate cerita semalam. Cerita apa? Cerita kahwin lah chor. Sekarang kan tengah musim mengawan. Merata majlis kahwin, on the way nak ke majlis tadi pun bersepah kenduri lain. Huu
Hari Sabtu, sekitar jam 11.30 pagi kami dah bergerak dari rumah ke venue majlis yang terletak di Bandar Saujana Putra. Sejam jugak drive, jem punya pasal. Tapi memang dah expect pun bila lalu ELITE, highway tu memang hari-hari jem..:-p
Ni dah kenapa? Haha
Dok melilau mata cari meja kawan-kawan wife. Ohh FYI, majlis ni merupakan majlis persandingan rakan wife ketika dia study kat IPB dulu. Dengarnya pengantin lelaki pun kawan-kawan diorang jugak. 
Makan keropok pulak budak dua orang ni. Ada lah makan nasi beberapa suap..:-p
Biasa kalau dah reunion ni memang lama lah kan. Tengok si Iman ni dah macam-macam gaya ada.
Takpe kita chill je. 
Wife bergambar bersama beberapa rakan seperjuangan IPB yang hadir memeriahkan majlis semalam.
Bergambar kenangan bersama pengantin yang diraikan. 
Dah jom balik. Abah dah mengantuk sebenarnya ni. Huhu
Memulakan perjalanan pulang ke Rawang sekitar jam 3 petang.
Haa elok pun tidur kat belakang tu. Aman sikit aku nak drive ni. Huhu. Sampai rumah tepat jam 4 petang, bukan main lebat hujan. Rasanya nak kena invest beli auto-gate ni, dah dua hari berturut lenjun semata-mata nak bukak pagar. Haha

Okaylah, ada satu lagi entri aku nak taip sat lagi. Apa-apapun, sekali lagi tahniah kepada Aida dan pasangannya, Syed. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berada didalam rahmatNya. Amin In Sha Allah.

P/S: Starting the season with a win! HWTL!