Assalamualaikum,
Entri ketiga dan terakhir untuk melengkapkan Diari Syawal aku bagi tahun 2023 ini.
Pagi hari kedua Syawal aku bermula sekitar jam 8 pagi. Hari Ahad aku dan Along akan pulang ke Rawang untuk menamatkan cuti Raya kami di Perak. Pagi tu aku breakfast dengan Syazwan dekat Al-Bayan.
Check out from D'Hotel sekitar jam 12.
1.30pm - Lepas lunch, Along terus gerak balik Johor. Aku pulak planned nak gerak lewat sikit since tak rushing pun. Tapi tulah, elok time nak gerak dalam pukul 3 petang tu, ada orang datang beraya pulak. Tak manis pulak nak chow time tu.
Bawak family naik rumah atas sementara nak tunggu tetamu balik
Sempatlah bercerita kenangan aku beraya zaman kecik-kecik dulu. Huhu
Kalau belakang tangga merah, yang depan ni tangga hijau pulak.
Cubaan kedua nak balik dalam pukul 4.30 petang Tak jadi jugak, baru nak drop handbrake family Acik Joe pulak sampai. Huhu. Kebetulan ada bilik kosong kat atas, sudahnya aku extend satu malam lagi kat kampung. Fariq pun time tu baru nak rapat dengan uncle dan aunty dia..:-p
Petang sikit aku train sepupu, Rayyan dan Iman main bola. Fariq pun join jugak.:-)
Penatlah abah, Iman dok sini dulu okay. Huhu
Ni bilik Acu Nani time dia bujang dulu. Memang biasa takde orang duduk pun, kalau ada pun orang masuk time nak tukar baju. Huhu
Dua beradik ni dok kira collection duit raya..:-)
Pagi Isnin, aku dikejutkan dengan tangisan baby seawal jam 7.30 pagi lagi. Anak aku si Iman tu macam manalah tidur sampai termasuk bawah katil. Haha
Buatlah kerja amal sikit menyapu daun kering dan sampah bunga api depan rumah.
Bersih kan? Hihi
Tak sah balik kampung kalau tak pekena segelas Teh Tarik opah ni.
Haa, bangun jugak korang. Seronok kan tidur kampung?
Dalam jam 10.30 pagi, aku dan Acik Joe ready untuk pulang ke KL. Kali ni kasi jadi jugaklah.
Sempat bergambar kenangan bersama isteri dan anak-anak dekat photobooth ni.
Alhamdulillah, jalan memang clear, aku pulak drive lalu jalan lama je. Tak masuk highway pun.
Sampai rumah dalam pukul 2 petang. Home Sweet Home.Yang si kecik ni sampai-sampai je nak nangis. Huhu
After unpacking barang, lepak tengok TV before terlelap sampai jam 5 petang. Maklumlah baring kat sofa baru, tu yang elok terlelap..:-p
Okay lah guys, nampaknya dengan berakhirnya entri malam ni. It came to the conclusion of my Diari Raya bagi Syawal 2023 ni. A very thank you so much untuk rakan-rakan blogger dan juga reader yang sudi menyinggah dan membaca Diari Raya aku yang sederhana ini. Menutup kata, aku dengan rasa rendah diri ingin meyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas kekhilafan yang ada baik tanpa sedar atau tidak. Selamat Hari Raya Aidiliftri Maaf Zahir Dan Batin!