Tuesday, April 26, 2022

Kisah AKU n Ramadhan 2022 - Wk3

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak update cerita minggu ketiga Ramadhan tahun 2022 ni. 

Macam biasa aku bertugas di office, cuma last week kena pakai smart sikit since banyak iftar session with clientele.

Kebanyakkannya buffet camni lah, company ada budget. So, memang gunakan untuk entertain client yang profil tinggi..:-)

Minggu lepas adalah sempat tiga kali solat Terawih di surau kami. Dah upgrade sikit pasang aircond, adalah nyaman sikit. Huhu

Jumaat kalau ikut plan nak balik Melaka, tapi otai-otai ajak pekena Sup Rusa dekat Kg Sungai Choh. Ni memang rutin kami setiap kali Ramadhan.

Memang padu sup kat sini, makan sup je tak perlu nasi pun.

Pagi Sabtu sekitar jam 9 pagi, aku pun bergerak ke Melaka. Jalan memang clear, pukul 11.30 dah sampai.

Sampai-sampai si Fariq ada dalam ni dengan adik dia. Huhu



Petang tu tengok lumba basikal..:-p


Bawak Fariq pergi Bazaar Ramadhan di Serkam Darat, then menyinggah Speedmart beli bubble ni. Melalak tengok sepupu dia ada, tapi dia takde. Haha


Ahad rutin yang sama je lah. Melayan anak main dengan sepupu.


Huhu..:-)


Beloved wife dan daughter. Bila nak balik Rawang ni guys. Kosong rasanya rumah kita tu..:-)


Apa cerita tersadai tepi jalan ni? Haa, ni lah highlight minggu ketiga Ramadhan aku tahun ni. Nak dijadikan cerita seawal pukul 4 pagi lagi aku dah bergerak pulang menuju ke KL. Plannya nak sahur di Bandar Putra Mahkota. Just between exit Nilai dan Putra Mahkota, aku terlanggar sebuah objek diatas jalan. Macam besi, tapi aku pun tak sure. Semuanya berlaku dengan pantas - lima saat selepas pelanggaran, aku terus lost control whereas kereta aku skidding ke kiri. Memang sentap jugak bahu nak regain control. Time tu aku pun realize memang dah lost one of tayar depan, terus pasang emergency light dan parking before call PLUS.


Pakai reflector vest TNG ni. Huu, biar driver lain aware. Bukan apa, sebab aku park kat sini betul-betul simpang orang nak ke ELITE.


Distress call jam 5.45 pagi, 7.30 baru sampai. Takpelah, diorang kata ada dua insiden yang sama jugak. Ada mangsa yang cedera, so diorang attend yang tu dulu.


PLUS towed sampai Lay-by Nilai Utara sekitar jam 8.30 pagi. Aku solat Subuh dulu before proceed untuk call insurans. Plannya nak tow sampai ke Rawang, since aku ada satu preferred tyre shop kat sana. Bukan apa, takut pergi kedai tak kenal karang kena ketuk pulak. Since ETIQA pun free towing untuk first 200KM, rasanya memang just nice lah.


Huhu, first time kena tow sepanjang 10 tahun pengalaman aku drive kereta. Tapi memang bumpy ride jugak lah.


Sampai di Tayaria Rawang dalam pukul 12 tengahari. Buat servis tukar tayar dan rim sekali dengan alignment etc. Pukul 3 petang jugak settle sebab kena queue, maklumlah ramai customer datang time nak Raya ni. Buat pulak deme baru dapat EPF. Haha. Aku punya tak masuk lagi. Sobs, terpaksalah pakai duit gaji dulu.


Sampai rumah dalam pukul 4 petang, what a hectic day. Sampai rumah tengok ada package from TNG. Yeay, akhirnya my EV2 card dah dapat. Kad apa ni Farid? Next entry nanti aku update lah ye.

That's the wrap untuk cerita minggu ketiga Ramadhan 2022 aku. Memang penuh cabaran betul. Okaylah nak tidur dah, penat wei. Esok pagi aku nak ke service center dulu, sebab kereta ada keluar notification "Electronic Stability Control Failure". Cuak jugak tu, kot la ada benda electronic yang damage ke time accident or towing tadi.

P/S: Newcastle menang lawan Norwich, sekaligus melonjak ke tangga ke-9 liga. HWTL!d

Tuesday, April 19, 2022

Kisah AKU n Ramadhan 2022 - Wk2

Assalamualaikum,

Hari ni suka aku nak update cerita minggu kedua Ramadhan tahun 2022 ni. Untuk pengetahuan, minggu ni aku dah balik Rawang, while leaving my wife dan kids dekat kampung. 

Isnin aku dah start bekerja di office semula. Biasanya lepas Sahur, aku mandi dan solat Subuh. Pastu terus gerak ke Bangsar South. Biasanya jam 7 pagi dah sampai. Sambung tidur before masuk kerja jam 8.30 pagi.

Di bulan Ramadhan ni jugak Surau kami akhirnya dibuka kepada staf-staf. Alhamdulillah. Dah tak payah berjalan ke Masjid bawah tu lagi. Huhu

Before balik rumah, my colleague - Shaza dan Irfan ada bagi gift for my daughter. Thank you guys, really appreciate it..:-)

Habis kerja pukul 4.30 petang, tapi aku biasanya kerja sampai jam 5.30. Sama je, balik 4.30 pun jalan jem. So biasanya aku tidur dalam kereta dulu, 6.40 tu baru aku gerak balik. Tapi hampeh, sama jugak jem. Cibai betul. So memang sampai rumah pun 7.30 petang keatas. Lewat sikit lah.

Kalau lewat sangat macam hari Rabu tu, aku makan kat R&R Rawang je..:-)

Wife pun ada hantar gambar anak jugak. Minggu ni sepupu Fariq tidur sama dalam bilik tu..:-)

Malam seperti tahun-tahun sebelumnya, aku berterawih di Surau Mawarsari. 

Cuma tahun ni aku macam malas sikit nak bermoreh kat sana, maybe sebab esoknya pergi kerja awal pagi kot. Sudahnya minum kat rumah ayah je, sebab aku memang tidur sini. Huhu
Jumaat lepas habis kerja around 5pm - aku, mak dan ayah bergerak ke Port Dickson. 
Singgah R&R Sungai Buloh beli makanan siap-siap kot lah jem.
As expected jalan sesak dari Istana sampailah ke Tol Sungai Besi.
Berbuka puasa didalam kereta di R&R Port Dickson Selatan. Dah nak sampai pun, tapi tu lah tak sempat nak sampai rumah Along.
Lepas Terawih aku pun ready for another 1-hour journey to Melaka. Nak jumpa anak bini, rindu. Huu
Sabtu kami sekeluarga jalan-jalan naik kereta. Asal nak ke farmasi, restock ubat-ubat wife dan anak. Pastu menyinggah butik nak mencari Fariq punya songkok dan sampin. Baju raya kami dah beli, cuma cam biasalah kena alter sikit. Tengok Fariq rindu abah kot sampai tidur pun nak peluk. Huhu
Ahad rutin yang sama je lah. Pagi main dengan anak, petang ke Bazaar Ramadhan di Serkam Darat. Fariq tu dah nak tidur time ni. Haha
Malam berterawih di Masjid, dan singgah minum dengan Zed before balik rumah.
Finally, dapat jugak aku merasa Mee Bandung ni. Memang terbaik pekena lepas sembahyang. Huhu
Isnin dalam jam 4.20 pagi aku bergerak ke Bangsar South, sampai R&R Serdang jam 5.50 pagi. Sempat sahur air mineral je. Huhu

That's the wrap untuk cerita minggu kedua Ramadhan 2022 aku. Okaylah nak tidur dah, penat wei. Nasib lah esok cuti Nuzul Quran. Bolehlah recover balik kelemauan yang melanda. Huhu

Sunday, April 10, 2022

Kisah AKU n Iftar Ramadhan 2022 @ Mohd Chan Bukit Beruntung

Assalamualaikum,

Sejuk je rasanya malam Ramadhan yang kesembilan ni. Nak kata hujan lepas Terawih tadi, takde pulak. Tapi yang pasti memang sedap tidur jap lagi ni. Hee. Seperti yang aku mentioned dalam previous entry, aku balik rumah after seminggu stay di Melaka, kebetulan Along pun balik. Tu yang plan beriftar sama-sama.
Since aku pun sampai rumah jam 5 pagi Sabtu tu, memang belah pagi dihabiskan dengan qada tidur. Lepas Zuhur tu adalah buat mini spring cleaning sikit . Maklumlah dah seminggu kena tinggal. 
Wife share gambar anak sulung aku ni. Sedih pulak tengok gambar ni, biasanya aku kerja dekat meja tu lah. Adakah Fariq tunggu bapak dia, or memang kebetulan melukis kat situ. Huhu
Takdelah, dia okay je kat sana. Elok je main-main dengan sepupu yang lain. Jumaat depan abah balik ye.
Anak dara sorang ni pun happy jugak. Tengok gambar tu, bukan main ceria lagi nak terbang. Huhu
Petang after packing, aku ke J&T Adenium nak menghantar set tungku dan robot vacuum ke Melaka. Yang set tungku tu wife lupa nak tukar delivery address. Tu yang diorang hantar ke Rawang. Robot vacuum tu pulak katanya mintak hantarkan sebab bebudak tu makan bersepah dalam bilik. Huhu
Seawal jam 11 pagi lagi aku dan Along call diorang for table reservation di Restoran Mohd Chan Bukit Beruntung. So, kami sampai je makanan semua dah terhidang. 
Tn Gani yang setia dengan telefon ditangan. Tengok result EPL katanya. Haha
Along with Syazwan, Mikail tinggal kat PD.
Haha, takdelah. Apa gila nak tinggal budak tu sorang-sorang kat sana..:-p
Ni lah antara juadah berbuka kami semalam - Siakap Goreng 3 Rasa, Lemon Chicken, Home Made Chicken RollSizzling TofuSalted Squid dan juga Spicy Eggplant. Meriah kan? 
Rasa tak cukup quorum pulak. Yelah, anak bini aku takde kot. Sobs
Lepas iftar, kami split. Mak ayah dan Mikail balik rumah, while kami berempat ada tempat lain lagi nak merayau.
Along nak makan dessert. Haha. So, sudahnya kami ke Mykori Bukit Sentosa yang terletak di area Lotus.
Ce korang tengok dessert diorang. Aku tengok pun dah seram..:-p
Minum Chocolate Frappe sahaja. Makanan time berbuka tadi pun belum habis hadam lagi, inikan pulak nak menambah dessert. Huhu
Selfie adik beradik..:-)
Sampai rumah dalam jam 9.15 malam, aku bersolat Terawih dirumah sendiri dulu before ke rumah ayah. Walaupun bulan Ramadhan, seeloknya jangan lah tinggalkan rumah tak berpenghuni. Kenalah jugak diiisi dengan amalan sikit. Baru takde jin melekat nak tumpang.
Dalam pukul 10.30 aku sampai. Tidur dalam bilik adik a.k.a ex-bilik aku. Huhu. Mak yang ajak tidur sini, katanya senang nak sahur. Dia pun tau anak jantan sorang ni memang liat bangun sahur. Nak kena orang kejutkan jugak. Huhu
Hari Ahad takde apa sangat. Menyembang pasal plan balik Raya, pastu ada main game sikit.
Buka puasa bersama-sama dirumah..:-)
Lepas Isyak, Along dan family bergerak pulang ke Port Dickson semula. Aku ni pun jap lagi tidur lah, sebab esok kena masuk office.

That's the wrap of today's entry. Selamat berpuasa aku ucapkan kepada visitors yang sudi menyinggah. Semoga puasa kita hari ini diisi dengan amalan ibadah yang diterimaNya. In Sha Allah.

P/S: Congrats Newcastle atas kemenangan keatas Wolves. HWTL!