Friday, April 30, 2021

Kisah AKU n Ramadhan 2021 - Wk2

Assalamualaikum,

Dah nak masuk minggu ketiga Ramadhan nampaknya, kes Covid semakin bertambah dengan jayanya sekarang. 3,000 kes sehari dan konsisten dalam masa 2-3 hari ni bukanlah satu statistik yang baik bagi kita rakyat Malaysia. Terus ikut SOP dan elakkan keluar rumah jika tak perlu.
Seperti biasa, ni cerita minggu lepas. Aku masih berkampung di rumah Ayah. Buat kerja pun dekat ruang bawah. Sejuk sikit.
Fariq pun dah tak kekok dok sini..:-)
Main kat luar sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa bagi kawasan sekitar Hulu Selangor.
Alhamdulillah, masih berpeluang menunaikan solat Terawih di surau bersama jemaah yang lain.
Malam Jumaat lepas join geng Otai pekena Sup Pak Bodin kat Sg Choh. Memang terbaik Sup Kambing dia, minggu ni diorang plan nak pergi lagi. Ingat nak try Sup Rusa pulak.
Tidur time. Huhu
Dah menumpang kat sini kenalah rajinkan diri tolong memasak. Hari tu aku tambah satu lauk. 
Haha, the famous Farid's Daging Masak Merah ala Thai. Tapi tak nerah pun sebab tak letak pewarna, tapi rasa memang macam makan kat kedai Siam. Huu
Sambil tu melawat progress kerja dirumah kami. Bahagian bawah dah hampir siap.
Atas pun sama jugak dah nak settle. 
Bilik air yang sekarang tunggu untuk cat epoxy. Aku ingat esok In Sha Allah boleh siap, hujung minggu ni memang siap sedia untuk cuci dan kemas rumah la.

Itu lah cerita minggu kedua Ramadhan aku tahun ni. Tak berani pulak nak keluar bila tengok kes 3k, bayangkan lah wei tahun lepas kes 300 pun semua dah panik. Ni pulak tengok dah four figure tapi rakyat rilek je pergi mall, bazaar, Jalan TAR, etc. Habis-habis pun maybe beli KFC tapau makan dengan family je lah. Haha

P/S: Nasib baik lah before puasa hari tu dah beli baju raya Fariq. 

Friday, April 23, 2021

Kisah AKU n Ramadhan 2021 - Wk1

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk hari ke-12 umat Islam menunaikan ibadah puasa, walaupun masih dalam CMCO. Tahun ni dapat jugaklah keluar buat aktiviti berbanding Ramadhan tahun lepas. Dalam entri pagi ni aku nak story sikit lah kisah Ramadhan minggu pertama aku untuk tahun 2021 ni.
Last Saturday, kami sekeluarga start berkampung di rumah ayah sebab sekarang ni rumah aku dalam proses minor renovation sikit. 
Seronoklah Fariq duduk lama kat kampung, sekarang ni pun aku masih lagi stay kat sini. Dijangka siap Ahad ni kalau ikut schedule lah.
Fariq pergi taska macam biasa, cuma aku akan pick up awal sikit.
Tahun ni dah boleh Terawih kat surau. Alhamdulillah, setakat ni belum miss lagi solat berjemaah dengan jiran tetangga.
Kekadang kalau tak ngantuk, join lah sekali moreh pekena kopi O. Tapi sekejap je lah, karang tiba-tiba polis datang tak pasal kena kompaun.
Lepas moreh, around jam 10 malam tu aku dan ayah biasanya menyinggah rimah aku jap. Kemas apa yang patut, at least nanti cepat sikit kontraktor tu buat kerja. Renovation apa bro? Aku plan nak cat satu rumah dari atas, bawah, depan, belakang dan juga install toilet bowl dan sinki baru. 
Sebelum balik rumah, layan PS3 dulu seba balik rumah confirm tidur punya. Haha

That's the wrap untuk cerita minggu pertama Ramadhan 2021 aku. Let us pray yang wabak Covid-19 ni berkurang dari semasa ke semasa, sebab tengok trend naik balik, almost 2k kes sehari. Memang quite alarming jugak.

P/S: Both Newcastle dan Selangor menang 3-2 against their opponent. Great job guys!

Friday, April 16, 2021

Kisah AKU n Bannerlord - The Long Night v4.4

Assalamualaikum,

Aku restart balik Bannerlord - The Long Night since ada version baru yang lagi tempting. Biasalah, mod kan sentiasa berubah tapi version kali ni memang terbaik dan wajib apply. Banyak penambahan armor, weapon, dragon, dan most importantly, game optimization. Bagi aku, game optimization yang paling penting sebab dapat reduce loading time yang ridiculous from the previous version. Bayangkan, korang nak masuk town - loading time sampai 10 min. Maknanya lima kali enter town, loading time cumulative 50 minit! Lepas tu, time battle kekadang crash to desktop sebab tak optimize. 

So, bila The Lone Warrior announced yang version 4.4 dah keluar kat Discord, aku memang terus download beb! 8 GB jugak size dia but what the hell, mod ni lah the reason aku main Bannerlord dan sanggup upgrade RAM. Haha

So, start from the scratch balik. Sebab new version requires new game. Boleh je main save game tapi optimization takde effect lah. Again, aku pakai model character yang sama - Ser Fredrik of House Redfyre. Journey dari bawah balik - clan Tier 1, no fief, kena gather companion untuk buat caravan party dan juga beli businesses semula. Tapi for the start, aku cheat sikit lah guys. Bagi extra 100,000 gold untuk rebuild semua tu. Haha

Lepas berjaya rebuilt House Redfyre dan its business foundation, Ser Fredrik pledged his allegiance to King Joffrey Lannister of the Southern Kingdom.

Unlike game lepas aku banyak fokus dalam peperangan menentang the North, kali ni Ser Fredrik banyak habiskan masa against the Baratheon's invasion. Walaupun army Stannis Baratheon tak sebesar Robb Stark, tapi most of them are made up from a professional soldiers unlike the North yang kebanyakkanya militiamen. So, ada fight jugaklah sebab war party aku mostly elite cavalrymen, bila lawan shield spearman ni kena tukar taktik sikit. Dulu lain, kita unleash cavalry charge bertempiaran orang hutan tu lari.

Tak banyak progress pun sebab baru je main, as for now Ser Fredrik berjaya recaptured Pinkmaiden from Stannis and the castle was made the new seat for House Redfyre by King Joffrey. The war is evenly balanced at the Southern theatre as Ser Jamie Lannister's army managed to maintain the defense and now waiting for reinforcement from Lord Randyl Tarly's army to push the Baratheon from Rook Rest.

Ser Fredrik led a successful vanguard attack to relief Lord Mace Tyrell at High Garden whom being under siege by Ser Davos Seaworth and guess what, shortly after that Lord Mace offered his daughter Lady Margery Tyrell to wed Ser Fredrik. Perggh, bersatu kembali beb! So lesson learned from the previous game, aku dah tak nak bawak wife dalam war party lagi. Eloklah duduk dekat castle tu, karang mati macam hari tu. Haha

Yup, here we go again Margery. Takpe, you stay dekat our castle je.

Habis-habis pun bawak Lady Margery keluar melawat villages sekitar Pinkmaiden, such as Hollow Hill and Mummer's Ford yang juga merupakan a part of Redfyre's fiefs.

Since peperangan pun masih berlangsung, Ser Fredrik decided to raise his banner to support the imperial army. Castle governorship was being handed to his brother, Nathanos while our hero himself rode eastward as a part of Lord Mace Tyrell's army to bolster Jaime's invasion of Stormland. 

With the capture of Blackwater Watch, Stannis sued for peace and moved his seat to Dragonstone Island. The victorious imperial's army marched back to King's Landing with its supreme commander, Ser Jaime Lannister was given a military triumph. 

Aku plan malas nak involved perang lawan The North, ingat nak fokus dalam Redfyre caravan & workshop businesses dan juga fief management while at the same time guarding the southern frontier against possible Targaryen invasion. Jangan main-main, Daenerys tu ada naga tau. Dalam version baru ni, ada a few mythical creatures such as dragon, giants, mammoth dan undead wight horses. Thank god aku belum jumpa deme ni lagi. Haha

If Robb Stark's army crossed The Twins baru lah aku akan mobilize troops to assist Lord Paramount Tywin Lannister but as for now, the imperial army supported by our ally, The Riverland still considered a formidable force at our northern frontier.

Ser Fredrik sekarang banyak handle urusan keluarga such as recently wed his younger sister, Alea to Ser Loras Tyrell dan juga train his younger brother, Phasos to familiarize himself with military command to lead House Redfyre's banner suatu hari nanti. His older brother, Nathanos now proven a capable adminstrator with his role as Governor of Pinkmaiden. 

Itu je lah update Bannerlord untuk hari ni, memang agak sucks sebab kena restart campaign. Tapi, memikirkan game optimization yang berupaya merubah the whole gaming experience. Aku sanggup. Huhu

Thursday, April 15, 2021

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2021

Assalamualaikum,

Hari ini tanggal 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadhan 1442 Hijrah merupakan hari permulaan bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya bulan ni merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam sebagai medan untuk menzahirkan rasa syukur dan tawadhuk kepada Tuhan Maha Pencipta diatas nikmat kurniaan yang diberikan selama ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan penuh rendah diri mengucapkan selamat datang Ramadhan 2021!
Untuk Ramadhan kali ni, aku berada didalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah, masih lagi didalam workforce dan memasuki tahun keenam aku berpuasa sebagai seorang yang berkerjaya. Seperti tahun sebelumnya aku kerja dari rumah, cuma ada kekadang tu kena datang office untuk meeting penting, internal testing etc.
Tahun 2021 merupakan Ramadhan kedua aku yang disambut bersama anak dan isteri.
Eh pergi mana malam-malam ni?
Unlike tahun lepas, Ramadhan kali ni aku berpeluang menunaikan Terawih di Surau Mawarsari ni. Alhamdulillah. Dah tak payah jadi Imam macam tahun lepas. Haha. Lepas solat memang terus balik rumah je, malas lah nak bermoreh tahun ni. Tiba-tiba polis datang ke, dah melayang 10k..:-p
Wife kata si Fariq ni nangis tak dapat ikut ayah dia pergi surau. Bukan tak nak bawak, tapi Sultan Selangor dah bagi amanat, karang Sultan murka habislah kita kena buang negeri. Huu
Hari pertama Ramadhan tadi disambut dengan sederhana di rumah ayah. In Sha Allah, setiap hujung minggu kami sekeluarga datang balik kampung..:-)
Menutup entri pertama Ramadhan 2021 di Diari McBride ni, suka aku nak mengucapkan selamat mennempuhi ibadah puasa. Tingkatkan amalan serta hindari aktiviti yang boleh mencalarkan keberkatan puasa kita ni. Aku berharap agar Ramadhan tahun ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam usaha meraih keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

Tuesday, April 13, 2021

Kisah AKU n Happy Birthday Mak Ayah

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari pertama Ramadhan bagi tahun 2021 ni. Cuma entri ni aku belum nak cerita pasal bulan puasa, tapi more to family event pada minggu terakhir sebelum umat Islam menunaikan ibadah puasa. Event apa? Kalau hari tu celebrate birthday Along dan Adik, kali ni kita sambut birthday mak ayah pulak. Diorang berempat ni semua dekat-dekat, aku je yang tercampak bulan November. Huhu

Sabtu lepas aku dan keluarga berkumpul, tapi kali ni family Along takdelah join sebab tak boleh nak rentas negeri. Kami pergi celebrate di AEON Rawang je hari tu, ingat nak pergi Melawati Mall tapi keluar pun agak lewat, karang belum sampai lagi si Fariq tu dah tidur. 

Before makan, kami split dulu. Mak ayah bershopping kat Daiso, adik rasanya pergi tengok game PS4 baru, aku dan family pulak pergi Molly Fantasy. Saja nak bawak Fariq main game arked before puasa ni..:-)

Yang ni bukan produk anti-bakteria ye. Haha
Selfie seround, fokus Fariq driving tu.
Sekarang takpe lagi senyum time Fariq drive, nanti besar time ajar bawak kereta betul-betul cubalah tanya ibu macam mana rasanya belajar drive dengan ayah. Haha
Naik bot pulak.
Kat rumah suka sangat bergendang, haa ketuk la puas-puas..:-)
Mengenal bunyi-bunyi haiwan.
Okay, turn ayah pulak nak enjoy satu dua game. Hihi
Menunggu masuk waktu Maghrib, elok solat dulu before makan.
Belanja brader ni FIFA21 sempena birthday dia last week. 
Makan malam di Mee Tarik Warisan Asli. Ingat nak dinner kat JM Bariani, dah tutup rupanya. Mungkin sebab Covid-19 ni kot. Sewa besar, customer pulak tak seramai time normal day. Tu yang lingkup, or berpindah ke tempat lain kot.
Mee Tarik pun on je, ni pun favourite lunch aku time kerja AlloyMTD kat Batu Caves dulu.
Sebelum balik singgah Popular, nak cari a few books untuk Fariq.
Haha, jumpa jugak buku ni - Fire & Blood karangan George R.R Martin, if korang peminat Game of Thrones macam aku, memang korang akan familiar dengan buku ni. Tahun depan ada prequel GoT - House of Dragon yang berkisar cerita 300 tahun sebelum event GoT. So, inilah buku dia. 719 pages yang menceritakan latar belakang the famous Targaryen dynasty and event seperti Aegon's Conquest of Westeros, Dance of the Dragon dan banyak lagi. A totally must read book for me!
Sampai rumah, layan bola Selangor lawan Perak. Menang 3-1, okaylah tu. Lagi manis, esoknya game Newcastle vs Burnley, pun menang jugak. What a good weekend, huu.
Semalam mak ayah dapat kejutan dari Along yang hire surprise planner untuk hari jadi diorang. Rider datang bawak jambangan bunga, berserta kek dan coklat. Memang suasana penuh emosi lah, cuma aku takde semalam sebab kena pergi office ada UAT. 

So, itu sahaja cerita petang ni. In Sha Allah, aku akan update dan buka diari Ramadhan 2021 aku dan keluarga by this week. Till then, take care semua.