Tuesday, October 27, 2020

Kisah AKU n CMCO @ Lembah Klang - Wk2

 Assalamualaikum,

Minggu lepas merupakan minggu kedua aku bertugas dari rumah. Tapi, ada lainnya dari minggu pertama yang lepas. Bila CMCO diumumkan, antara perkhidmatan yang terpaksa tutup sekejap ialah taska. Wife aku pulak memang kena kerja hari-hari cuma dibenarkan balik seawal jam 2 petang. So siapa lagi yang kena menggalas tugas menjaga Fariq tu? Mestilah aku. Haha

Sebagai langkah pertama aku mengalihkan workstation aku dari bilik atas ke ruang tamu. Harapnya, time aku kerja Fariq bolehlah tengok tv or bermain dengan minimal supervision.

Wife biasanya pergi kerja dalam jam 7.30 pagi, aku tak hantar pun untuk mengelak unnecessary query dari polis/army yang buat roadblock. Rutin pertama aku adalah bagi si kecik ni sarapan pagi

Lepas breakfast, and Fariq pun dah berak. Aku mandikan, bagi susu then cuba untuk tidurkan lah. 

Kalau nasib baik dia memang mengantuk, senanglah tidur cam gambar atas ni. Dukung jap, nyanyi lagu Anuar Zain then terus tertidur. Hahaha

Semuanya jadi mudah kalau anak korang memang dah mengantuk, then bolehlah memulakan kerja aku pulak sekitar jam 9.30 pagi. Biasanya pagi aku takdelah busy sangat, mula-mula buat sales report, pastu biasanya ada short meeting/discussion dari HOD untuk progress kerja. 

Fariq ni range tidur berterusan dia biasanya dalam 1-2 jam. Pastu aku bagi makan bubur (pre-made oleh wife before dia pergi kerja)

Kalau setakat buat kerja takde masalah sangat. Boleh je working sambil pangku Fariq ni, yang problemnya kalau aku tengah Teams meeting or conference call dengan client.

Masuk case macam tu, terpaksalah aku menghantar Fariq ke "kampung". Haha

Ya betul, ke rumah atuk dia. Kat sini mak ayah yang tolong jagakan cucu diorang yang aktif ni. Kira orang cakap, adalah jagaan yang proper sikit. Sebab aku ni nama je kerja dari rumah, tapi kerja memang non-stop. Ada masa tu nak curi masa lunch pun tak sempat, nasib baiklah duduk dekat dengan orang tua. Kot emergency camni, bolehlah mintak tengokkan sekejap.

Habis kerja, barulah aku pick up balik Fariq or stay sana dengan laptop. Biasanya half an hour before wife balik, kami berdua dah pun ada kat rumah.

That's the entry untuk malam ni. Harapnya CMCO ni sampai hujung bulan jelah. Aku nak kerja kat office balik. Haha. Payah bhai nak balance anak dan kerja, aku salute lah bapak-bapak kat luar sana yang WFH dan at the same time nak kena menjaga anak kecik tanpa bantuan orang lain. You sir, deserved my respect (tabik spring sikit)

Sunday, October 18, 2020

Kisah AKU n CMCO @ Lembah Klang - Wk1

Assalamualaikum,

PKPB datang lagi tuan-tuan. Walaupun bukan total lockdown, tapi ianya memang bagi impak buat negara lagi. Walaupun sektor ekonomi tak tutup, tapi secara logiknya bila ada conditional movement control order camnimemang akan effect jugak, especially kepada small/medium business owner. IMO, PRN Sabah hari tu elok delay pun takpe. Letakkan negeri tu under MKN buat sementara waktu. PRU time Covid ni is really not a clever idea. Sudahnya, rakyat marhaen yang merana. Sebab tu orang cakap PKPB ni sebenarnya membawa maksud Poltikus Kita Paling B (boleh lah nak pilih bodoh ke, maybe bangsat or bebal, atau buto, bangkai pun boleh or yang paling femes - babi) Haha, kuat carut lu ni brader.

Dah lah, malas aku nak menyembang pasal politik kat sini. Untuk pengetahuan, aku pun dah start kerja dari rumah minggu ni. Back to my home workstation dekat bilik minggu ni. 

Welcome back, tapi sekejap je. Minggu depan aku kena pindahkan ofis ke ruang tamu pulak. 

Minggu ni Fariq dah layak untuk upgrade ke kelas baru sebab dia dah terlampau advance dekat group baby tu. Haha

Dalam jam 5.30 petang, aku pick up Fariq dekat taska before bergerak menuju ke Rawang ambil cik isteri pulak.

Malam sebelum CMCO berkuatkuasa, aku dan family sempat menyinggah di AEON Rawang lepas pickup Ija di pejabat. Ada nak mencari barang sikit dan berjalan-jalan before perintah awalan pergerakan berkuatkuasa tengah malam tu.

Budak ni nak mencari mainan. Huu

Asalnya tak bawak kasut Fariq sebab memula tak plan pun nak keluar. Singgah cari selipar si kecik ni barulah mau berjalan. Haha

Eh macam kenal je tempat ni Fariq, nak masuk tak?

Sempat melawat Molly Fantasy dekat sini, maklumlah hari tu pergi Setia City Mall ada buat membership. So, boleh pakai kad tu dan main kat mana-mana branch yang ada.

Cam biasalah, ayah dia yang melebih main kat sini..:-P

Before balik rumah dinner di The Chicken Rice Shop. Ingatkan nak pergi JM Bariani, tapi Fariq tak makan lagi. So, kami decide makan kat TCRS at least bolehlah dia makan ayam hainan tu..:-)

Ibu cepatlah bukak kotak mainan Fariq tu. Huu

Hari ni takde plan nak keluar rumah, just standby je kalau ada instruction dari bos untuk improve deck / computation sebab esok kami ada meeting dengan Board EXCO. Hopefully semuanya berjalan lancar lah gamaknya. Amin In Sha Allah.

P/S: Newcastle kena bantai semalam dengan MU. Aku tengok dari minit first sampai 85 still 1-1, pastu terbukak cerita Cina. Bila on balik channel bola tengok-tengok final result 1-4. Haha. Cam bodo je.

Sunday, October 11, 2020

Kisah AKU n Happy 23th Birthday, Dear

Assalamualaikum,

Dua minggu bersawang blog ni. Maaflah, busy yang teramat sekarang. TNG dalam proses restructuring dan kami ada new CEO masuk last week. Sudah tentunya aku sebagai report compiler bagi CCO division ni nak kena menghadap pelbagai jenis reporting baru. Maklumlah, lain orang lain lah format reportnya.
Entri hari ni bermula Ahad lepas, early birthday celebration untuk cik isteri di A&W Rawang. Tarikh sebenar jatuh hari Rabu, aku pulak memang dah tau yang last week memang bertimbun kerja tu yang tak berani nak janji celebrate pas office hour. Anyway, selamat hari lahir yang ke-23. Semoga dikurniakan umur panjang yang diberkatiNya. Amin In Sha Allah.
Dan semoga maju jaya di company baru..:-)
Minggu ni hujan aje. Hari Isnin tu nak dekat jam 10 malam sampai rumah. Sebabnya terkandas kat LRT Kerinchi. Sudahnya jam 9 baru boleh meredah sikit hujan nak ke open parking tu.
Tak payah cerita minggu lepas, almost everyday balik 8.30 malam. Kira aku ni orang lastlah kat Level 12 tu. Hari Jumaat dapat arahan kerja dari rumah sebab ada kluster baru dekat Lembah Pantai. Much worst, ada sorang staf TNG Digital yang bekerja di Level 5 ada kontak rapat dengan Covid-19. Start minggu depan, kami akan memulakan semula WFH yang tak silap aku, pause dari bulan 6 yang lepas.
Pagi Sabtu, balik kampung. Takde majlis apa pun, cuma orang kata bila terasa nak balik tu. Baliklah..:-p
Penumpang tidur, so kita selfie sendiri jelah. Haha
Sampai dalam jam 12.30, bukan main excited si kecik ni sampai kampung. Mentang dah boleh jalan..:-)
Petang main.
Malam pun main. Apa boleh buat dah nama pun kids. Takkan nak buat kerja kot cam bapak dia ni.
Pagi tadi sekitar jam 10.30 pagi kami berangkat pulang ke Sungai Buaya.
Before balik singgah Bukit Beruntung jap nak restock barang Fariq. Haa, tengok budak ni buat perangai main tingkap. Cam dalam cerita Senario pulak. Huhu
Jangan tiru aksi ni Fariq. Orang ada bulu dada je yang boleh pamerkan aksi kasanova sebegini rupa. Bhahaha

Itu je kot untuk cerita minggu ni. Kes Covid dah naik balik beb. Risau pulak, nasib baiklah kerja dari rumah balik. Huu. Jimatlah sikit belanja nampak gayanya camni.

P/S: Selangor bantai Felda 6-1 semalam. Dah last game liga baru nak perform. Takpe, repeat lagi time Piala Malaysia. Minggu ni Newcastle takde match since tengah international break. Yang penting, last week menang 3-1 lawan Burnley. Nice one Brucey lads!