Monday, September 28, 2020

Kisah AKU n Family Time @ Setia City Mall

 Assalamualaikum,

Petang ni aku nak update sikit cerita hujung minggu bersama keluarga kecilku. Semalam kami spend masa bersama di Setia City Mall. Satu lagi mall yang kalau boleh aku tak nak pergi, tapi macam orang tua-tua cakap. Yang lepas tu biarlah ia pergi. Huhu

Minggu lepas agak busy jugak dioffice nak menyiapkan GMR report. Balik lepas Isyak tu dah biasalah, camnilah nasib seorang report compiler. Huhu.

Tapi adalah pemandangan cantik sikit bila kerja balik malam kat Bangsar South ni. Dekat TPM dulu ada jugak pemandangan. Tapi pemandangan yang menyeramkan lah. Silap-silap, ada babi sekor follow kau nak pergi kereta. Haha
Kami gerak dari rumah dalam jam 11 pagi, sampai dalam jam 12 jugak. Jalan tak jem pun, maybe sebab Covid-19 kot. Dulu time tak kahwin lagi kalau brothers ajak lepak kat Shah Alam, aku paling pantang betul lalu NKVE sebab jem. Tu yang lalu GCE, lagi senang. Cuma kena bayar tol ekstra lah. 
Pergi mall dah tak payah bawak stroller, sebab anak teruna aku ni suka berjalan sendiri. Kalau penat je baru datang kat ibu ayah dia mintak dukung. Elok juga berjalan sendiri, at least dapat membina kekuatan otot kaki baby.
Sampai je, kami terus ke level P6. Kalau ikut directory ada Molly Fantasy kat sini. Eloklah bagi Fariq enjoy sikit main kat sini. Kalau zaman bujang dulu kalau pergi mall ni tak pergi karok, tengok wayang, takpun main bowling. Dah ada anak ni, memang kat sini lah tujuannya. Huhu
Amboi budak ni, bukan main berlari lagi bila nampak tempat permainan. Biasalah excited. Huhu
Dalam Molly Fantasy ni ada berpuluh arcade machine serta kid's playground yang dilengkapi slider, air-bouncer, ball pool dan bermacam jenis mainan yang unik untuk pembelajaran kanak-kanak. Yang hat mesin arked tu takdelah untuk education sangat, sebab aku tengok ramai bapak budak je yang main. Haha
Naik sorang-sorang jelah Fariq. Time MCO ni kena ada penjarakan sosial.
Seronok si kecik ni main belon semalam.
Vroom, vroom. Lengchai sudah mari. Haha
Anaknya takde main sangat benda tu, yang bapaknya pulak terleka main magnet tu..:-p
Main lah sekali dengan ayah ni Fariq. Huu
Melawat tempat kerja anak jap. 
Dah ada gaya doktor tu Fariq..:-)
Doktor baby merawat baby. Huu
Selfie sebentar while Fariq tengah syok main.
Before exit from Molly Fantasy, sempatlah enjoy  a few game arked yang ada kat situ. Kebetulan ada banyak lagi balance dalam membership card ni.
Mini train.
Silakan duduk..:-)
Okay, bagi ayah main satu game jap. Muka fokus tengah pilih kereta tu. Huhu
Huhu, lama dah tak main game arked cam Mario Kart ni. Syok beb!
Alamak Fariq, ayah ternampak something lah. Tapi rasanya tak boleh masuk pun sebab ibu tak bagi. Sobs
Memang taklah nak melawat tempat sacred ni sekarang. Mau tido luar nanti. Haha
Singgah Kaison jap cari a few barang rumah. Si Fariq tu bukan main rambang mata lagi cari teddy bear baru.
Had our lunch at Papparich 
Macam biasalah, amik turn jaga anak time makan. Buat pulak Fariq ni memang dah mengantuk. Maklumlah ligat sangat main, kan dah penat. Huu
Sekitar jam 3 petang, kami sekeluarga bergerak dari Setia Alam pulang ke Sungai Buaya. Fariq terpaku tengok ketampanan ayah dia tu. Huhu

Malam tengok Newcastle lawan Spurs. Okaylah dapat draw kat tempat lawan. Lawan Spurs kot, dapat pulak penalti last minute yang disempurnakan oleh Wilson. Memang mengamuklah si Mourinho tu. Haha. Hard luck uncle. Biasalah tu kalah, menang, seri adat pertandingan.

P/S: Tapi nyaris nak kalah je game semalam tu Bruce. Nasib baik ada VAR.

Saturday, September 19, 2020

Kisah AKU n Welcome Back EPL!

 Assalamualaikum,

Ni sebenarnya cerita minggu lepas tau, tak dan nak update minggu ni. Busy gila kat office, hari-hari balik jam 9 malam nak menyiapkan report Board EXCO. Okaylah, title pun dah clear kan. Ya, welcome back to the most weird football league in the world - English Premier League. 

Cam biasa let's start dengan story di office. Minggu ni aku secara rasminya menjalankan tugas as Deputy Floor Warden dekat Level 12 ni. Ingatkan ada lah dapat elaun tambahan ke, rupanya dapat lanyard baru ni je. Huhu. 

Ahad lepas, jam 3 pagi merupakan game pertama Newcastle untuk season EPL 2020 - 2021. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku memang tak pernah missed tengok first match.

Untuk game pertama Newcastle menentang West Ham di tempat lawan, Stadium London. At the early stage of the match, memang boring sikit. Dalam game ni jugak, ada empat debutants yang beraksi - striker Callum Wilson, goalkeeper Matt Gillespie, midfielder Jeff Hendrick dan defender Jamaal Lewis.

Final score: West Ham 0 - Newcastle 2. Memang terbaik chorr, first game menang. Main away pulak tu. Nak lagi boekk, gol-gol dijaringkan oleh two of our new player, Wilson dan Hendrick.

Happy guy. Huhu. Muka tahan mengantuk sebenarnya tu. Nasib baiklah esoknya cuti, bolehlah nak menyambung tidur.

Since entri ni pun cerita pasal Newcastle, ni aku nak share line-up yang aku berjaya kumpulkan dalam Dream League Soccer 2020. Berjaya jugak collect the real first eleven Newcastle United dalam game ni. Tapi still ada a few player yang aku still tengah tunggu dalam transfer market such as Ritchie, Wilson, Fraser etc.

500 game bhai, semata-mata nak kumpulkan player-player in one banner. As expected, bila aku restart ni memang payah sikit since takde star player macam dulu. But still winning rate maintained above 70%

Adam Armstrong merupakan player dari our Academy, in real life pun sama jugak cuma sekarang ni dia dah berhijrah ke Blackburn. Dekat game ni, he is our leading top scorer with 185 goals scored in 15 seasons. Not bad for injury prone player like him. That's why appearance dia tak banyak pun.

Until semalam dalam game ke 501 aku, Andy Carrol meledak hatrik sekaligus memintas Armstrong as all time top scorer Newcastle with 187 goals.

Itu je lah cerita pagi ni, jap lagi aku nak keluar beli barang dapur sikit. Ingat nak keluar sorang je, cari barang terus balik rumah. Cut cost sikit. Haha

P/S: Macam cibai lah bebudak ni, gua dah buat proposal tu nak mintak review pun payah. Camni baik tak payah buat business.

Thursday, September 10, 2020

Kisah AKU n Majlis Kesyukuran @ Serkam

 Assalamualaikum,

Hujan pulak petang ni, nak balik confirm jem. Elok rasanya nak update blog sekarang. Nak redah karang basah pulak. Maklumlah, dah parking kat open space sekarang. Tak larat bro nak bayar parking RM20 sehari kat building ni. Sudahnya decided park semula kat LRT Kerinchi, okaylah RM8 sehari. Banyak jimat tu. Boleh exercise sikit since nak kena menapak almost 800m dari office. Huhu

Okaylah nak story sikit cerita last week. Bulan September semua staf TNG kena pakai pin ni, countdown to celebrate Hari Malaysia iaitu tanggal 16 September.

Kuat menjerit budak ni sekarang. Haha

Farid never forget favor. Malam hari Jumaat aku meluangkan masa menolong Dolah pacakkan signage untuk ke venue wedding adik dan kakaknya. Yelah, 4 tahun lepas dia ni lah yang menolong buat benda sama time wedding kakak aku.

Adalah a few location yang sesuai kami pasang malam tu dalam range Plaza Tol Sungai Buaya ke Simpang 3 Sungai Choh. 

Last location di traffic light Koskan before balik, nak dekat jam 1 pagi jugak settle. Nak minum memang tak sempatlah sebab kedai banyak dah tutup.

Pagi Sabtu, aku dan family balik Serkam untuk menghadiri majlis doa selamat untuk kesyukuran atas rumah yang baru siap renovate dan juga majlis kecil ipar aku yang baru melangsungkan pernikahannya a few months yang lepas. Gerak dari Sungai Buaya dalam jam 7 pagi.

Since gerak awal pagi, budak kecik ni tak mandi pun. Huhu

Dah nak sampai Plaza Tol Jasin baru bangun. Huhu

Sampai jam 11.30 pagi, majlis dah pun berlangsung. Kami lewat sikit sebab wife ajak menyinggah kat Nilai nak cari karpet untuk rumah yang baru siap renovate tu. Layankan je lah. Memang sampai je terus bergerak ke kaunter masing-masing lah. Tengok lauk pauk cukup ke tak, bagi goodies, beramah mesra dengan tetamu yang hadir dsb.

Majlis selamat berlangsung dengan jayanya dan bersurai sekitar jam 3 petang. Acara yang ditunggu-tunggu, kemaslah apa lagi. Terduduk jugaklah sekejap lepas settle semua. Maklumlah, biasa kalau family aku terus hire caterer je buat majlis camni. Laa ni kena buat sendiri end to end. Huhu

Haa, nasiblah budak ni tidur belah petang time mengemas tu. Tau-tau dengar suara nangis dari dalam rumah. Nak berjalan rupanya..:-)

Esoknya dalam jam 11 pagi kami sekeluarga bergerak pulang ke Sungai Buaya. 

Itu je lah quick entry petang ni. Biasanya lepas Maghrib baru aku gerak balik, maklumlah jalan kat KL ni bukan boleh percaya pun. Kekadang tu elok, tapi bila datang gila dia sampai berjam sangkut, tapi bagus apa solat dulu. Huhu. Sampai rumah terus mandi, Isyak pastu makan. Kat TNG ni aku jarang bawak kerja kat rumah, kalau ada pun biasanya tak melebihi satu jam pun..:-)

P/S: Amboi Newcastle time transfer window ni, dah sign 4 new players - welcome to the Magpies for Jeff Hendrick, Callum Wilson, Ryan Fraser and Jamaal Lewis.