Tuesday, June 23, 2020

Kisah AKU n Ibrahim's Solemnization @ Sg Buloh

Assalamualaikum,

Entri kedua nampaknya hari ni, awat aktif pulak update blog ni? Biasanya sendu je. Dah ada cerita tu mestilah jari ni rajin nak menaip. 
Okay, nak story sikitlah cerita pasal hari penting untuk abang ipar aku, Ibrahim. Sabtu lepas, tanggal 20 Jun 2020 merupakan hari pernikahan dia bersama gadis pilhannya di kediaman keluarga pengantin perempuan di Sungai Buloh. Memang ngam sangatlah, tak jauh sangat dari rumah aku. Kami bergerak dari Sungai Buaya sekitar jam 11 pagi. 
Sampai dalam pukul 11.30, kedalam jugak rumah diorang ni. Ingatkan tepi highway je. Since kami yang paling awal, kena lah tunggu ahli keluarga yang lain. Plannya berkumpul dekat surau dalam kawasan perumahan tu before bergerak ke rumah pengantin.
12pm - majlis bermula. Nampaknya pengantin lelaki sabar menunggu bakal isteri didepan bilik..:-p
Dulang hantaran yang simple, sesuai dengan majlis hari itu.
Budak ni takut jumpa orang ramai hari tu. Apa lah Fariq ni, dengan tok nenek pun takut. Takpelah, dah berapa bulan tak balik kampung Serkam kan, biasalah tu takut-takut lagi.
Upacara akad nikah diwalikan oleh abang pengantin perempuan, bersaksikan dua orang saksi untuk memenuhi syarat wajib rukun nikah Islam.
Sesi membatalkan wudhuk oleh kedua-dua pengantin yang telah selamat bergelar suami isteri.
Potong kek kahwin lah pulak. Senyum lah sikit Baim..:-p
Pengantin yang diraikan bersama ibu dan ayah mertuaku. Ohh lupa pulak nak inform, abang ipar aku ni kahwin dengan wanita berketurunan Pakistan tau. Tu yang muka ala-ala Asia Selatan tu. Huu
Adik beradik pengantin lelaki pun tak nak ketinggalan bergambar dengan ipar baru mereka. Tiada dalam gambar: Hawa, sebab tak datang. Haha
Macam biasalah, bro pun nak jugak bergambar kenangan dihari besar dua orang ni..:-)
Raja Sehari bergambar bersama tetamu yang hadir dari ahli keluarga terdekat.
Makan time. Lauk-lauk Pakistan bhai. Memang kena lah dengan tekak aku yang suka lepak Mamak ni. Ada Briyani Ayam Kashmir, Kari Kambing dan juga Rendang Daging (haa, yang ni makanan Melayu lah)
Haha, kesian. Yang ni tak lalu makan katanya. Tak kena dengan tekak..:-p
Tepat jam 2 petang, majlis bersurai dengan sempurna. Budak ni dah nak balik baru start friendly dengan orang.
Nak pergi mana ni ayah? Balik lah apa lagi. Dah-dah, pergi duduk dengan ibu kat belakang. Fariq kecik lagi nak teman ayah drive kat depan ni..:-)
Before balik Melaka, family Ija singgah rumah kami dulu untuk berehat. Sempat menyinggah beli kuih muih buat minum petang.
Malam pulak setelah hampir 108 hari tanpa EPL, akhirnya it's back. Sebagai penyokong Newcastle United, tentunya berbaur perasaan nak menunggu takeover Pak Arab yang still tergantung. Apa-apapun let's enjoy malam gemilang kita dengan membantai Sheffield 3-0 hasil jaringan ASM, Ritchie dan Joelinton. Howay The Lads!

Okay, that's the wrap untuk entri kedua pada hari ini. Tahniah kepada Ibrahim dan pasangan diatas ikatan yang dibina. Semoga ianya kekal hingga ke akhir hayat dan juga dikurniakan zuriat yang Soleh dan Solehah. Amin In Sha Allah.

P/S: Esok Newcastle vs Manchester City didalam pertembungan Quarter Final FA Cup. Let's win this boys!

Kisah AKU n Back to the Office

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak update dua entri, rare kan? Okay, as the title suggested. Entri pertama nak meraikan aku masuk office balik. Haha. Ya, betul tu. Minggu lepas aku dah mula bekerja dipejabat. Memang lain rasanya bila satu minggu kerja full dekat ofis. Buat pulak kena drive all the way from Sungai Buaya to Bangsar. 
Seawal jam 7.30 pagi aku dan family keluar dari rumah. Destinasi pertama ke taska Fariq, pastu ke Sungai Buloh nak menghantar wife kerja dan last sekali sudah tentunya di Bangsar South, yang menempatkan HQ Touch 'n Go. 
Biasanya aku sampai ofis wife around 8am, redah jem sikit dekat area Istana Negara dan sampai Kerinchi dalam pukul 8.30 pagi. Kalau jem teruk pun biasanya interval dalam 10-15 minit je. 
Walaupun ada peruntukan parking bulanan, aku lagi selesa parking dekat LRT Kerinchi ni sebab senang nak keluar balik rumah. Kalau parking kat Bangsar South memang berkicap lah nak balik, belum keluar building lagi dah jem. Lagi satu bila parking sini, dapatlah exercise sikit berjalan kaki. Dapat jugak 700m, okaylah tu daripada takde..:-p
Kat sini boleh masuk paling lewat 9.30, so aku takde rushing sangat, boleh jalan slow-slow. Sebab sama je at the end of COB, aku ni sejenis yang balik pukul 7 jugak. Haha
Mewah stationery untuk new joiner kat sini. Huhu
Selfie lah dulu bro kat toilet, cam tak biasa pulak. Haha
7pm - balik lah chaa! Alhamdulillah, kat sini kerja masih boleh fokus lagi. Kalau takde urgent works, memang normally aku cabut je..:-p 
Untuk minggu lepas, wife aku ni saja nak mengikut balik sekali hari Isnin tu. Dari Sungai Buloh naik MRT sampai Pasar Seni, then LRT ke Kerinchi. Tapi katanya, ada kawan sekali satu jalan. Satu journey pun dalam 40 minit. Tu yang aku tak kisah sangat, tak nak susahkan mertua katanya. Sampai sekarang dok mengikut aku balik, tengahkan nak menunggu dia berani drive.
Biasanya jam 7.20 petang kami gerak dari Kerinchi sampai rumah dalam pukul 8.10 camtu. Kalau tak jem cam dalam gambar ni lah. Tak silap aku time ni dah lah hujan lebat, ada accident pastu orang balik kampung rasanya. Tapi kalau hari biasanya memang elok je jalan.
Hari lain rutin yang sama jugak. Memang lain rasanya, mungkin sebab dah lama tak kerja seminggu full kat office. Jam 11 biasanya mata dah layu, memang tak dan lah nak main game pun. Haha
Cuma khamis lepas ada meeting dengan Quatriz. Haha. As expected, mana ada bos diorang nak datang. Yang dihantarnya bro ni..:-p

Okaylah, tu je lah kot entri pertama untuk malam ni. To summarize, it's good to be back. Bila kat office ni, more focus dengan kerja yang ada. Masa bermalas tu memang kurang sikit lah compare bila duduk rumah. Huhu. Baiklah, next entri yang menyusul adalah hari besar ipar aku. Nak tau? stay tune lah ye.

Monday, June 15, 2020

Kisah AKU n Syawal 2020 - Day 22

Assalamualaikum,

Ada entri Raya ke ni bro? Biasanya title start dengan Syawal 2020 ni cerita pasal Raya je. Okaylah, dah habis kerja ni, sementara nak menunggu wife ni elok jugak aku update cerita Sabtu lepas. Ya, pasal Raya lah ni..:-)
Jumaat lepas I bid farewell to my home workstation yang telah berkhidmat sejak tiga bulan yang lepas. Starting today, aku dah pun bertugas full time dipejabat. Confirm akan rindu bahang bilik ni time cuaca panas, kekadang tu terlelap time division meeting dan juga banyak lagi lah memories kat sini. Haha
Okay, cerita Raya lah pulak. Hari Jumaat lepas family Along balik lepas sekatan rentas negeri dilonggarkan oleh kerajaan berikutan pengenalan PKPP yang menggantikan PKPB. Memang Sabtu hari tu Raya 2.0 lah geng. Dapat jugak kami semua berkumpul bagi Syawal tahun ni. Gambar keluarga kecil aku, untuk kali ni dressing baju yang sama je. Mana beli baju baru pun raya kali ni.
Mak ayah bersama tiga orang anak mereka yang mantap. Haha. Malas nak letak gambar formal, kita ambil yang freestyle punya.
Mak ayah bersama family Along. Mau pulak si Mikail tu amik gambar, kalau tak memang payah benar nak dapat gambar yang tak bergerak. Huhu
Mak ayah bersama family aku. Thumbs up sikit lah Fariq. Masam je..:-p
Adik bongsu bergambar dengan mak ayah. Bila nak makan Nasi Minyak ni bro? Dengar cerita duit dah berpuluh ribu. Takpe, baru 24 tahun. Muda lagi tu.
Faris bersama anak-anak buah. Yang si kecik tu kuat makan, yang banyak rambut tu punya lah payah nak makan.
Rasanya last ambil gambar bertiga time wedding Acu Keon kat Kuala Selangor. Tak masalahnya apa benda si Faris tu jelir lidah pulak. Hehe
Mak ayah bersama menantu yang dikasihi..:-)
Haa, tengok si Fariq tu. Biasanya kalau takde mood or dah mengantuk macam tu lah gayanya. 
The Jejans of Gani's Family.
Syawal ke 20. No problem. Raya kan sebulan?
Dikesempatan ni kami ramai-ramai sambut birthday Fariq jugak. Anak teruna aku ni bulan depan bakal masuk umur setahun dah. Besar dah si Fariq ni, dulu mula-mula lahir besar lengan aku je.
Menutupi sambutan Raya 2.0 kami tahun ni, ada makan-makanlah sikit. Mak buat Nasi Minyak, dimakan bersama rendang daging dan ayam cili. Ada jugak dua batang lemang untuk menyerikan lagi suasana Raya kami. 
Pagi Ahad bukak pool ni, budak dua orang tu teringin nak mandi kolam. Tapi time PKPP ni memang tak dapatlah nak menyinggah Bukit Beruntung Golf Club tu.
Haha, tah apa yang si Mikail dok judge si Fariq tu.
Sejuklah ayah, nak keluar. Dah habis kecut ni. Hihi
Mikail selagi tak kecut telur jangan keluar. Haha. Kalau tak acik shoot karang..:-p
Petang tu aku dan Ija ke Tesco jap, banyak groceries nak restock ni. Maklumlah dah lama jugak tak beli barang dapur.
Aku ni bukan main beli stok pasta, daging burger, cheese segala bagai. Tak sedar dah start kerja, tah bila nak masuk dapurnya. Huu
On the way balik, singgah Domino tapau dua xtra large Pizza, Chicken Wings dan lasagna. Alang-alang tengah ramai kat rumah tu boleh buat party sikit. Haha

Itu je lah cerita untuk Syawal kedua puluh dua aku. Memang cantik sangat PKPB ditamatkan, so anak-anak diperantauan yang terkandas sebelum ni boleh pulang kepangkuan ibu bapa termasuklah kakak aku tu. Bak kata Count Dooku, a surprise but a welcome one. Huu