Assalamualaikum,
Malam ni aku nak berkongsi sikit cerita pasal satu business trip yang baru je aku attend minggu ni. Trip ni semestinya berkenaan dengan RFID Fitment Center operation yang dikawal selia oleh aku sekarang.
Aku dan rakan sekerja, Afiq bergerak dari Sungai Buaya sekitar jam 9.30 malam. Takde singgah mana pun, direct je drive sampai Penang. Plannya nak makan kat sana.
Sampai Plaza Tol Cassia, gerbang ke Jambatan Kedua Pulau Pinang around 1 pagi.
Untuk kali ni, kami check in di OYO Hotel Bayan Lepas since keesokan harinya kami akan visit first site di kawasan ni.
Letak barang dulu, sambil meregangkan badan.
I Love OYO! Haha, memang kalau outstation duduk kat network hotel OYO ni je. Kat mana-mana diorang ni ada.
Pagi Jumaat kami melawat center kami yang pertama di Bayan Lepas.
Afiq terlibat untuk buat stock count exercise.
While aku pulak conduct training session untuk SOP baru berkenaan document handling ke staf yang bertugas di kaunter.
Habis satu center, pergi ke another center di Gelugor. So, settle di Pulau. Kami naik Rapid Ferry crossing Laut Andaman untuk ke Tanah Besar
Excited first time naik feri yang bawak kenderaan ni. Huu
Settlekan satu lagi center di Bukit Mertajam dan terus ke Jawi untuk completekan kerja kami. Elok sampai sini sekitar 5.30 petang, network dan system down concurrently. Buat pulak staf in charge EL. Memang tak boleh nak settle time tu.
So, kami pun takde choice terpaksalah bermalam satu hari lagi di Pulau Pinang ni. Untuk hari kedua, menginap di PICE Hotel. Memang elok hotel ni, Wi-Fi laju gila. Syok je download game. Tapi atas keletihan terlelap jugak. Bangun je tau-tau dah jam 9 malam!
Malam tu kami food hunting sikit. Dah alang-alang kat BM ni agak rare lah kalau korang tak pekena Nasi Kandar Hameediyah ni.
Selalu tengok je YouTube orang review, laa ni dapat jugak merasa. Memang terbaik naa, lain betul rasa dengan nasi kandar yang ada kat Lembah Klang.
A closer look of my Nasi Kandar Rendang Kambing. Nyum-nyum..:-)
Pagi Sabtu seawal jam 10 pagi kami dah check out dan menuju semula ke Jawi untuk menyiapkan kerja yang tertunda.
Done! Jom balik bro. Esok aku nak gerak JB pulak. Pfft
Gerak balik dari Penang around 1pm, singgah late lunch di Ulu Bernam dan selamat sampai di Sungai Buaya sekitar jam 5 petang.
Itu je lah cerita yang aku nak kongsikan malam ni. Okaylah, nak ready tengok EPL. Tonight, Newcastle menentang Leicester. Hopefully we can find the winning rythm back. HTL!