Saturday, July 27, 2019

Kisah AKU n My Beloved MFI

Assalamualaikum,

Malam ni aku nak berkongsi sikitlah entri berkenaan anak teruna aku yang sorang ni, Seperti dijanjikan, dalam entri ni aku sebagai bapa proudly want to announce his name lah..:-)
Sabtu lepas, Ustaz Rahim ada datang rumah untuk menjalankan upacara tahnik dan mencukur rambut untuk si kecik ni.
Bukan main bingit lagi menjerit tak nak botak cam Atuk dia. Haha
Sapu minyak Zaitun bagi lega sikit,
Haa, nampak tu bukan main rileks lagi tidur cam orang besar..:-p
Pagi Ahad aku ke UTC Keramat, untuk urusan pendaftaran nama anak aku ni sebagai seorang rakyat Malaysia yang sah. Sekejap je queue sebab yang panjangnya dekat Imigresen. Kaunter JPN tak ramai orang pun.
Tak sampai sejam dah siap surat beranak dan juga MyKid. Eh apa benda hang merahkan surat tu, kata nak announce nama? Huu
Ini lah dia nama anak lelaki aku. Nama diberi Muhammad Fariq Ilham Bin Muhammad Farid. Ada kombinasi dua bahasa yang dipilih. Muhammad dari Bahasa Arab maksudnya Yang Terpuji, Ilham juga didalam bahasa yang sama membawa maksud Wahyu / Isyarat Yang Baik. Manakala, Fariq diambil dari bahasa Parsi yang membawa maksud Jeneral @ Panglima Tentera. Jadi, maksud nama keseluruhan ialah Jeneral terpuji yang membawa isyarat baik.
Semoga anak ini diberkati namanya dan menjadi insan yang berguna seiring dengan namanya yang memberi erti kekuatan dan kecerdasan minda.
Belum sampai rumah, aku dikejutkan berita oleh ayah. FYI, mak ayah bawak Fariq pergi checkup kat Hospital Kuala Kubu Bharu pada pagi yang sama. Katanya, kena tahan wad sebab kuning naik balik. Aku pun bergegas balik kerumah, pick up Ija dan terus ke KKB. Kesian tengok anak kena tahan lagi kat hospital. Buat pulak cuti dah utilize untuk bulan Julai ni. Nasib baiklah Izuwan, kasi greenlight cabut awal sikit. Sempatlah jugak melawat anak dan isteri.
Alhamdulillah, pagi Selasa discharged. Hopefully pasni Fariq terus sihat lah ye. Boleh ayah hantar ke Melaka pulak. As for now, Ija berpantang di Rawang dulu sementara baby okay. Lepas keadaan beransur baik, baru aku decide untuk hantar Ija sambung berpantang dengan family dia di Melaka.

So guys, itu sahajalah cerita entri malam ni. Nama pun dah announce, In Sha Allah lepas ni nak buat Aqiqah pulak. Tapi kena tunggu si kecik ni fully recover dulu, lagi elok bila wife pun dah habis berpantang..:-)

P/S: Newcastle had signed Joelinton from TSC Hoffenheim for a smashing 40mil transfer fees. Next, get Allan Saint-Maximin pulak. Baru boleh link dengan Almiron dan Ritchie kat center..:-)

Saturday, July 20, 2019

Kisah AKU n Welcome My Dear Son

Assalamualaikum,

Alright, petang ni aku nak menaip satu entri yang sangat special dan bersejarah dalam blog ni. Introducing to you guys, anak lelaki pertama dalam keluarga kecilku. Huu. Basically, aku suka nak share lah memori sebelum dan selepas hari kelahiran budak hensem ni..:-)
 
Nak dijadikan cerita, Sabtu lepas aku dan isteri keluar dinner bersama. Korang bayangkan time tengah makan tu, air ketuban pecah. Tapi yang funnynya, kami habiskan makanan dulu then terus menuju ke Hospital Sungai Buloh. Ija masuk dewan bersalin sekitar jam 10.30 malam. Aku pulak setia menunggu kat luar sampailah..
Sekitar jam 4.30 pagi, aku diminta oleh nurse yang bertugas untuk masuk ke labour room untuk memberi sokongan moral kepada isteri yang sedang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kami kedunia ini. Alhamdulillah, tepat jam 4.57 pagi, 14 Julai 2019. Putera sulung kami selamat dilahirkan dengan normal. Thank you Allah atas nikmat kurniaanMu yang tidak terhingga ini..:-)
Sampai jam 8.30 pagi jugak aku stay kat sini nak menunggu wife masuk ke wad. Sempatlah explore fasiliti yang ada kat hospital ni. Maklumlah, first time datang at least nak jugak tau kat mana kafeteria, kedai serbaneka dan sebagainya.
Wife selamat masuk wad dalam jam 9 pagi. Tapi staging ward dulu, sebab dalam perhatian. Baby tak cukup bulan, kurang 2 hari nak ke minggu 37. Around 10am, aku balik rumah dulu untuk ambil barang-barang yang tertinggal.
Jam 4 petang, aku datang balik ke HSB dengan mak ayah. Nak tengok cucu nombor dua katanya. Pelik je muka si kecik tu tengok atuk dia. Huu
Our first selfie, yang si baby tu buat peace ke jari tengah. Haha. Time ni Ija dah dipindahkan ke wad biasa. Lega sikit..:-)
Hari Isnin aku datang sorang je. 
Assalamualaikum sayang ayah. Baru bangun tidur ke tu? :-p
Muka tak percaya dah jadi bapak orang tu. Haha
Tengok wife beransur sihat pun dah cukup buat aku happy. Okaylah tu dah boleh duduk, hari first tidur pun kena mengiring. Sampai aku cakap, pasni tak payah buat baby lagi. Serik aku tengok dia bersalin hari tu. Live beb!
Nak suruh baby jadi apa eh besar nanti? Huu
Since aku datang sorang seharian, malam tu aku lepak lama sikit kat HSB. Waktu melawat sampai jam 7.30 sahaja. Tapi husband or penjaga boleh naik just in case ada emergency but in 10 minutes only.
Hari Selasa, kereta aku buat hal lagi. Kalau minggu lepas, minyak enjin bocor. Laa ni, minyak gear pulak. Hari tu jugak aku hantar ke Perodua demand explanation, sebab benda ni jadi just after diorang servis kereta aku hari tu..:-(
Terpaksa lah pergi dengan mak ayah. Dapat satu lagi dugaan, anak kena tahan lagi di HSB sebab diagnosed jaundice. Kesiannya tengok kena jemur dalam tu.
Hari tu memang mencabar kesabaran jugak, dah tu ramai pulak yang chase aku pasal kerja. Dah bagitau tengah on leave pun ada yang bingai tak faham bahasa. Tu lah, bila aku nak brief kerja dulu kau bukan main busy dengan kerja lain. Dah sekarang ni menyusahkan aku pulak. Pfft
Sedih tengok wife terpaksa bermalam satu hari lagi nak menjaga si kecik ni. Hari Rabu buat rutin yang sama jugak, cuma aku stay lewat since kereta dah okay.
Hari Khamis akhirnya both of my love ni dapat discharged. Alhamdulillah. Kuning baby pun dah semakin berkurang, cuma still kena refer ke KKB untuk tindakan selanjutnya.
Mak ayah pun ada jugak hari tu. Nasib baiklah dapat parents supportive camni. Huu, biasalah aku kan bapa baru, kena lah bagi sokongan moral sikit.:-p
Seronok eh tido kat rumah. Eh jap, apa nama anak kau ni Farid? Tak nak share ke. Next entry please. Nak tau, stay tuned lah ye..:-)

That's the wrap untuk entri pagi ni. Memang perasaan bercampur baur - terharu, happy, excited. Ini lah permulaan bagi aku dan isteri dalam perjuangan membesarkan anak kami ni. Semoga kami terus kuat untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah ini. Amin In Sha Allah.

Saturday, July 13, 2019

Kisah AKU, False Contraction & Myvi Sakit

Assalamualaikum,

Ingat tak Sabtu lepas aku dan wife keluar dating seharian? Malam tu, ada something happened tau. Haha
Pukul 4 pagi, tidur lena aku dikejutkan dengan rentapan kasar dilengan oleh cik isteri. Sakit perut yang menekan katanya. Aku yang half panic time tu terus bawa dia ke Hospital Sungai Buloh. Nasib baik barang-barang memang dah standby dalam kereta.
Sekitar jam 8 pagi Ahad, wife kata kena tahan dekat wad since dah ada bukaan 2cm. 
Malam tu aku datang semula melawat, Isnin pergi kerja macam biasa. Selasa kena discharged since bukaan kekal 2cm tanpa ada further contraction. So, dapatlah balik rumah.
Hari yang sama aku terpaksa menghantar si Myvinium ni ke Service Center since memang dah buat appointment untuk servis kebocoran minyak enjin
So, yang kereta ni pulak kena tahan sampai Khamis. Pfft. Lepas satu-satu jadi.
Nasib baiklah ada bro Afiq, dia lah yang tumpangkan aku pergi kerja minggu ni. Tapi syok jugak carpool. Cuma tak mobility terhad sikit lah.
Rabu tu kami berdua cover di SHELL Puchong Permai since dapat complaint dari client. Mana taknya, staf dah takde. Center tak bukaklah. Nasib lah ada orang yang sanggup turun padang nak tutup non compliance tu.
Haha. Buat thumbs down. Sebab hari tu ada 2 je fitment kat sini. Baru tau perasaan budak site tunggu customer datang. Pishang beb!

Khamis aku kerja cam biasa dipejabat. Dah time aku takde kat office, punya ramai yang mencari. Bila ada kat sini, takde pulak..:-p 
Jumaat ikut bro ni pergi MTD nak consolidate report untuk invoicing to TNG.
Sempatlah melawat workstation lama. Rindu pulak meja ni. Huu
Ke TNG Bangsar South, hantar invoice. Walaupun collection tak banyak, tapi cukuplah nak menampung operasi kami yang semakin mengecil ni. In Sha Allah, bulan Ogos ni kita rebuild our doomed business unit ni. Let's Make FCO Great Again!
Malam tu, ada badminton session dengan colleagues. Mula-mula rasa tak nak join, tapi kesian pulak kat si Afiq tu nanti dari Puchong nak ke TPM semula pick up aku. Sudahnya join je lah. 
Memang aku ada simpan baju/seluar extra dalam locker.Dua jam game dengan dua court. Ramai jugak join semalam - Helmi, Azrul, Saukani, Hafiz, Ridzuan, Hazim, Afiq dan aku.
Aksi kepit jangan dilupakan. Huhu. Trademark tu, ingat boskur je boleh ke?

Sekitar jam 12pm, session ditamatkan. Minum sekejap dengan diorang before pulang ke Sungai Buaya. Since kami berdua pun tak dinner lagi, singgah makan R&R Sungai Buloh dulu sambil menyembang operational issue unit kami yang dilanda masalah ini. Dari dulu nak taip entri pasal RFID Fitment Center, next post lah kot. Huu

P/S: No Pak Arab takeover, Rafa's gone.
, Perez & Rondon pun dah kena jual. Now, dengar si Steve Bruce tu appointed to be manager. Apa ke hee nya dengan Newcastle sekarang. Wuu

Sunday, July 7, 2019

Kisah AKU n Saturdate with Wifey

Assalamualaikum,

Awal pagi ni ingat nak cerita sikit pasal riadah hujung minggu yang aku dan isteri buat. Tengahkan masih berdua lagi ni, kita date sampai lebam. Nanti si junior ni keluar, tinggal lah aku kesorangan kat rumah since Ija planned berpantang di Melaka. Huu
Okay, jom selak cerita dipejabat dulu. Minggu ni RFiD PMO menerima kunjungan hormat dari Malaysian Flying Academy yang datang melawat fasiliti RFID kami.
Attended beberapa meeting di Putrajaya. Alhamdulillah, hasil daripada initial contact with some Ministries time bulan Ramadhan dulu dah start membuahkan hasil. Penuh jugak schedule mobile kami ni..:-)
Jumaat ada Quatriz Durian Feast, dihadiri oleh our top management, staff dan juga key personnel from MTD Group led by Dato Nik Fauzi.
Malam hari Jumaat tu paling kelakar. Dua orang ni sepatutnya nak join yang lain main badminton. Tapi aku racun dua ketul ni race LAN Need For Speed Underground 2. Sudahnya sampai jam 11 malam kitorang berlumba. Haha
Perghh, ada Myvi siaa! Baru semangat sikit. Hehe
Sabtu pagi cam biasa lah. Tapi tak buat apa pun, lepak main game je. Kerja banyak dah settle.
Pick up Ija kat Esplanade around 1pm before bergerak pulang menuju ke Utara. Balik kampung ke? Eh tak lah, Rawang kat belah Utara KL..:-p
Petang semalam kami ke AEON Anggun Rawang lagi. Ada misi lagi yang tak settle ni.
Had our lunch dekat port biasa, Spices of Penang. Wife suka sangat makan kat sini. Tapi memang berbaloi pun, makanam sedap with good service and price. Tu yang dah sampai 3-4 kali jugak singgah makan kat sini.
Ija kata dah booked tiket Spiderman: Far From Home. Patutlah beria nak sampai before 3 petang. Walaupun cik abang tak layan Marvel, demi isteri dan anak dalam perut. Kita layankan je lah..:-)
Verdict? Memang fun. Tak rasa bosan pun. Jalan cerita yang kemas dan tak meleret. Banyak jugak adegan funny yang natural. Tom Holland sebagai Spiderman pun tak mengecewakan. Overall, bro bagi 4 out of 5. Star Wars je yang deserved 5 star. Haha
Habis movie, solat Asar dan start shopping barang cik isteri. Hari tu beli barang baby, sekarang ni mummy punya pulak. Adalah beli baju 2-3 helai untuk pakai time pantang nanti.
Haa, ayah pun nak beli jugak baju office. Bukan selalu, kadang setahun tu tak beli langsung.
Nak aiskrim? Boleh je sayang. Anything for you. Huhu
Around 7.30, we left AEON. Tapi aku cakap kat wife cam ada lagi yang tak lengkap ni. Haha
Macam kenal je tempat ni. Yes, betul tu. After Maghrib, menyinggah KTV ni jap tengahkan ada kat Rawang ni..:-p
Tempat ni dah renovate. Memang cun lah dalam dia. Sistem touch screen dan masih mengekalkan wired mic, lagu pun update jugak..:-)
Yang ni syok merakam je cik abang nyanyi. Yelah, boleh tengok kot lah rindu kat Melaka nanti. Hii
Selfie before performing lagu wajib, Keabadian Cinta. Awat camera cam flawless je..:-p

Before balik, singgah makan malam di KFC. Sampai rumah dalam jam 10 jugak. Satu hari keluar tu. Apa salahnya, dah kahwin kot. Nak balik time Subuh pun takpe. Okaylah guys, nak Subuh dulu ni, pasni nak sambung beradu balik.

P/S: Ate bilanya pak Arab tu nak close deal Newcastle ni. Berapa minggu dah dok tunggu. Jadi ke idok?