Thursday, May 30, 2019

Kisah AKU n Iftar @ Bukit Jalil Golf & Country Club

Assalamualaikum,

Semalam aku berkesempatan menghadiri undangan Iftar dari company tempat wife aku bekerja, Greencon Resources Sdn Bhd. FYI, wife aku bekerja sebagai Account Assistant dekat company yang berpangkalan di Arked Esplanade Bukit Jalil ni, less than 10 minutes from office aku di TPM. So, semalam diorang ni ada buat makan-makan sikit lah untuk staf dan juga keluarga.
Sekitar jam 6.30 petang, aku dan isteri sampai di venue majlis yang terletak di Bukit Jalil Golf & Country Club which is quite close dengan office kami. Aku plan nak keluar pukul 7, tapi Ija cakap takut takde parking. Sekali pergi punyalah bersepah parking..:-p
Walaupun dah nak dekat tiga tahun kerja kat Bukit Jalil, ni lah first time aku masuk kelab golf ni..:-)
Orang nak amik gambar pemandangan, dia boleh pulak nak enter-frame sekali. Huhu
Amik makanan siap-siap dulu, nanti orang ramai kena queue pulak. Disini ada menghidangkan lauk-pauk tradisi Melayu, Kambing Golek, Nasi Daging Utara, Bihun Soto dan banyak lagi jenis hidangan yang disajikan untuk tetamu yang hadir.
Menunggu azan Maghrib dengan penuh kesabaran..:-)
Jam 7.22 petang menandakan telah masuknya waktu berbuka bagi kawasan Lembah Klang.  
Pishang jugak mula-mula sebab tak tau nak menyembang apa. So, paling simple buat-buat main henset je lah..:-p
Yang ni syok lah jumpa kawan-kawan sampai aku pun kena tinggal. Huu
Sekitar jam 9 malam, majlis bersurai. Sempatlah join diorang ni bergambar. First time join, ada lah segan-segan sikit..:-p
Bergambar kenangan bersama isteri tersayang sebelum bergerak meninggalkan Bukit Jalil Golf & Country Club. Kecik je orangnya. Hii
Pukul 9.30, gerak dari Bukit Jalil menuju pulang ke Rawang. Singgah R&R tapau Sahur since sampai rumah pun dah lewat semalam. Kesian pulak si Ija ni nak bangun pagi prepare Sahur aku nanti. Aku nak masak pagi buta memang tak lah Jon. Haha

Dua majlis Iftar dalam masa dua hari. Boleh tahan aktif jugak buku Ramadhan aku tahun 2019 ni. Ingatkan dah kahwin jadi slow. Minggu depan, In Sha Allah ada satu lagi sesi bersama our most important client. Hopefully jadi lah. Yang bros-bros rasanya memang takde tahun ni. It's okay, no hal lah. People changes kan..:-)

Wednesday, May 29, 2019

Kisah AKU n Iftar @ Hadramawt Taman Melati

Assalamualaikum,

Sementara nak menunggu hujan berhenti ni elok lah kot aku nak update entri baru. As the title suggested, semalam aku sempat memenuhi undangan berbuka puasa rakan-rakan seperjuangan di Quatriz System Sdn Bhd. Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis iftar kat sini memang dijalankan secara informal in which staf-staf mengambil inisiatif sendiri untuk berkumpul beramai-ramai untuk berbuka puasa bersama.
Lepas office hour semalam, seawal jam 5 petang lagi aku dah bergerak dari office untuk menuju ke Gombak. Memang expected jalan sesak lah sekitar MRR2 ni. Yang lain mostly carpool, tapi aku lagi senang memilih untuk drive sebab nanti boleh terus balik. Kebetulan wife pun bercuti semalam, memang ngam sangatlah. Habis event terus balik rumah.
Against the odd, surprisingly aku sampai agak awal jugak di venue Iftar kami, Hadramawt yang terletak di Taman Melati. Ingatkan sangkut teruk, tapi sejam je dah sampai. Pishang jugak menunggu deme sampai semalam..:-p
Sekitar jam 6.30 petang, most of us berjaya jugak sampai. Tapi macam biasalah, diorang ni melayan Mobile Legend dulu, kecuali si Rizal tu.
Pukul 7.10, kesemua staf-staf yang diundang selamat tiba divenue. Memang ngam-ngam je dah nak masuk waktu berbuka. 
Jaba muka penat betul tu. Haha. Buat peace pun macam terpaksa je..:-p
Joining us semalam ada dua ex-staff, Ira dan Ima. Memang setiap tahun diorang ni tak terlepas dari join acara tahunan di bulan Ramadhan ni.
Semalam aku order Lamb Madghout, yang ni baru pinggan pertama. Rasanya dua pinggan jugak aku makan. Huhu
Terletak strategically berhampiran MRR2, restoran ni juga bakal menikmati tempias yang akan dibawa mall KL East ni nanti once the construction complete. Dah nak naik bangunan ni, dulu hari-hari lalu nak ke TPM, satu apa struktur pun tak mandang..:-)
Yang lelaki sambung menyembang kat sini, complying to zon larangan merokok/vape katanya.
Antara muka-muka yang berjaya menghadirkan diri untuk iftar Ramadhan 2019 kami. Dari kiri - Rizal, Ima, Jaba, Ira, Nik, Yol, FG, Tengku, Melati & husband (Jamal) dan juga Azhar. Tiada dalam gambar - Hazim, Arep & Syah.
Sesi kutipan wang sumbangan untuk majlis Iftar Ramadhan Quatriz 2019. Haha
Sebelum balik, sempatlah jugak bergambar kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan dipejabat ni. Dengan diorang je lah tempat nak berhibur pun kat sini. Maybe sebab julat umur pun lebih kurang je, tu yang boleh tag along..:-)

Sekitar jam 9 malam, kami bersurai menuju ke rumah masing-masing. Unlike tahun lepas pergi berkarok kat Melawati Mall. Tahun ni tak dapat since orang kuat, Syah dengan Yol ada job kat Kuantan and diorang kena bertolak malam tu jugak. It's okay, next time boleh lagi kot. Huu. Itu sahajalah cerita petang ni, okaylah got to go now nak join my wife untuk majlis berbuka puasa company dia pulak hari ni..:-)

P/S: Betul ke ada Pak Arab nak beli Newcastle ni? Ke hoax je.

Sunday, May 26, 2019

Kisah AKU n 2nd Fitment Run @ Guthrie Corridor Expressway - Second Day

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan pagi tadi, malam ni nak menyambung cerita Fitment Run @ GCE kita untuk hari kedua. Since semalam pun sambutan kurang hangat, untuk second day ni kami tak expect banyak pun. Dapat bawak 50 fitment pun jadi lah. Cuma semalam before COB, both aku dan Afiq ada buat some marketing sikit dengan blast the poster advertisement dekat komuniti sekitar termasuklah Sungai Buloh, Rawang dan juga Pekan Subang.
Untuk second day ni, seawal jam 9 pagi lagi aku dan Afiq dah bergerak dari Sungai Buaya menuju ke venue event yang terletak di R&R Elmina (Selatan). Cuma ada 4 orang staf sahaja bertugas termasuk aku hari ni. Macam biasalah perlukan khidmat staf -staf HCD kita yang komited ni. Nak buat macam mana, ada staf fulltime pun hampeh. Pfft
Crowd hari ni boleh tahan jugak, tak seramai our first visit kat sini bulan April yang lepas tapi cukuplah membuat aku dan Badri kat kaunter pendaftaran ni tak berganjak dari kerusi kami. Kantoi menguap, lesu chaa! Haha
Di bahagian pemasangan, Afiq berjaya control trafik dengan baik. Maybe sebab customer yang datang bukan dalam group macam bulan lepas. Dulu, ambik kau sekali 10 orang queue nak pasang. Hat tadi, ada lah satu dua je.
Bro Hafiz yang komited membuat bacaan optimum RFID di kereta customer..:-)
Sekitar jam 4.30 petang, kami menutup kedua-dua kaunter dan memulakan workscope terakhir iaitu tag validation dan reporting.
Serius lemau gila. Kehausan sebenarnya sebab mulut je yang banyak bercakap tadi menjawab soalan-soalan yang diajukan interested customer.
Hari ni was a success day for us dengan fitment sebanyak 75 kereta menjadikan a total of 100 fitment sepanjang 2 hari kami disini. Okaylah kot, considering bulan Ramadhan kan. Tapi, rasanya quick marketing yang kitorang buat memainkan peranan jugak. Hihi. Nak jugak amik credit..:-)
Around 5.30 petang, kami berempat bergerak meninggalkan R&R Elmina dan pulang menuju ke rumah masing-masing. Sampai Sungai Buaya dalam jam 6 petang, drop Afiq then pergi tapau makanan kat kedai Mamak. Ingat nak pergi Bazaar, tapi malas pulak sebab mata dah lesu betul.
Ni je juadah berbuka puasa aku tadi. Maklumlah, orang "bujang". Pekena Samosa & Murtabak Daging dan juga segelas air Milo. Jadi lah, bukan lapar pun..:-p

That's the wrap untuk our second Fitment Run @ GCE. Tak sesuccess bulan lepas dengan closed to 400 fitment untuk 2 hari, compared to bulan ni with 100 fitment for 2 days. No worries, we will bounce back. Let's make RFID great again!

Kisah AKU n 2nd Fitment Run @ Guthrie Corridor Expressway - First Day

Assalamualaikum,

Entri kedua pagi ni, korang jangan ingat aku mengular pulak. Draft untuk dua entries ni aku dah taip semalam, cuma pagi ni baru berkesempatan nak publish since line Maxis sucks. Okay, nak share sikit pengalaman buat Fitment Run dalam bulan puasa. Kat mana pulak kali ni? Yes, dekat R&R Elmina (Utara) di Guthrie Corridor Expressway (GCE),
Seawal jam 9 pagi lagi kami bertiga bertolak dari TPM, untuk kali ni aku disertai Afiq, Hazim dan juga Wan Faisal. Ada juga dua orang tenaga tambahan, Hafiz dan Badri dari our MTD Group Human Capital Division. Bukan main ramai lagi, dulu 3 orang je. Laa ni, 6 orang aku bawak. Semuanya gara-gara numbers yang dijangka pihak GCE katanya yang saing-saing fitment bulan lepas which is around 120-220 per day.
Afiq as our main driver untuk hari ni.
Sampai venue sekitar jam 9.45 pagi. Macam biasalah setup counter, tapi time ni aku dah rasa lain macam. Sebab lengang betul R&R tu, compared macam bulan lepas. Time kami tengah setup tu orang dah start queue. Tapi still fikir positif, maybe datang lewat sikit.
Tempat pemasangan yang dilengkapi dua buah khemah. Untuk operasi Mobile kami di bulan Ramadhan, waktu business adalah pada jam 10 pagi ke 4 petang sahaja.
Customer pertama kami semalam tak lain tak bukan ialah En. Gani Daud. Haha. Katanya nak pasang RFID sebelum gerak ke rumah Along di Port Dickson..:-p
Untuk kali ni, aku still retain duty yang sama iaitu di kaunter pendaftaran. Cuma this time, aku monitor staf je. Tak heavily involve sangat macam dulu. Maklumlah, ada staf lebihan semalam.
Afiq dan Badri pulak in charge dekat tempat pemasangan pelekat RFID, while Wan Faisal buat some marketing untuk TNG E-Wallet. Kira keadaan terkawal dengan every staf ada role masing-masing.
Tapi tulah, memang sendu kat Elmina semalam. Tengok gambar ni pun dah tau kepishangan team aku kat sini. Haha
Sampai tertidur pun ada tau..:-P
Overall, memang mengecewakan Fitment Run untuk hari pertama di GCE ni. Total fitment 25 kereta je. The lowest I ever had sepanjang leading the Mobile team ni. Dulu kat JB dan GCE semuanya exceed target. Maybe bulan puasa kot, apa jadahnya nak pergi R&R. Huhu
Sekitar jam 5 petang, kami tutup both kaunter dengan aman dan menuju pulang balik ke TPM. Huhu
Singgah Bazaar Ramadhan USJ 4, tapau makanan kat sini dulu. Plannya nak makan kat office je.
Haus je semalam, takde lapar mana pun. Ni je aku beli semalam buat berbuka, Jacket Potato with Beef Mushroom Cheese dan juga satu jug air tebu yang awesome gila!
Jam 7.21 petang, menandanya telah masuk waktu berbuka bagi Lembah Klang dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Okaylah, nak beraksi untuk hari kedua ni. Hopefully, ada lah numbers hari ni untuk cover loss semalam. In Sha Allah, kalau tak penat malam ni aku update hari kedua Fitment Run kami disini. Till then, take care semua!

Kisah AKU n Iftar @ Babah & Co. Shah Alam

Assalamualaikum,

Before start beraksi untuk second day Fitment Run @ GCE ni, aku rasa nak berkongsi sikit pengalaman shopping raya untuk kali pertama dengan isteri tersayang. Maklumlah, ni kan tahun pertama kami berkahwin. So, feeling shopping tu pun lain lah compared to tahun-tahun sebelumnya.
Let's start dengan cerita dipejabat dulu. Minggu ni kerja tiga hari je, Isnin cuti Wesak dan Rabu pulak walaupun kami kerja, tapi memang tak buat apa pun. In fact, hari Khamis tu baru nak start panas enjin pun with a meeting and site visit di Petrofac HQ. This one untuk our Mobile RFID Fitment service kami.
Petang tu teman Azhar ke TNG Bangsar South untuk tag delivery dan juga penghantaran hamper Raya ke klien-klien kami disana. Sekali sekala ikut bro ni, boring beb dok office. Huhu
Petang Jumaat seperti yang dijanjikan, aku pick up wife sekitar jam 6.15 petang dan terus menuju ke IOI Puchong. Plan asal nak shopping plus melayan John Wick kat sini. Tapi on second thought, terus tak jadi sebab takut takde apa kat sana. Tu yang terus decide nak ke Shah Alam, shopping kat Jakel je. Yang wayang tu lain kali je lah..:-p
Tapi ni lah harga yang dibayar kalau tukar plan last minute ni, sudahnya berbuka dalam kereta je. Haha
Reached Shah Alam sekitar jam 7.45 petang. Since sampai pun time orang berbuka, so kami pusing pusing pusat Komersial dulu. Majoriti kedai/butik tutup seketika untuk memberi laluan waktu berbuka puasa.
Around 8pm, menyinggah dekat Babah & Co. Shah Alam untuk iftar lewat kami. Dulu time beli kain baju nak nikah pun beli kat Jakel dan dinner kat sini jugak. Nak throwback lah konon. Puihh
Kesian wife dah lapar tu, tapi takpelah. You bukannya puasa pun. Hihi
Haa, yang brader ni memang lapar betul. Tapi as usual, amik gambar acah model jangan dilupakan..:-p
Lepas berbuka, kami berjalan kaki ke Jakel Shah Alam since kawasan tu dah mula padat dengan kenderaan. Karang elok dah ada parking, dok cari yang dekat tak jumpa pulak.
Happy Hour beb! Memang ramai orang, nak berjalan pun susah tapi objektif kenalah dicapai. As for tips kepada sesiapa yang baru berkahwin, pergi cari baju wife dulu baru korang yang laki ni cari baju.
Takut kalau kita cari dulu, kaler pun ngam. Tang kat diorang takde size lah, kaler tak matching lah. So, kenalah cari balik. Huhu
Nasib baiklah cik wife ni senang nak cari baju. Tapi nak dekat sejam jugaklah melilau..:-)
As expected, aku cari baju tak sampai 10 minit pun. Hat ni tengah pilih sampin free gift.
Seronok ye dah shopping baju raya. Tu lah, kalau ikut plan asal nak pergi hujung minggu ni. Tapi aku pulak kena kerja, tu yang pergi jugak hari Jumaat. Takut pergi minggu depan dah tinggal yang design hampeh je.
Mencari tudung pulak. Punyalah berlambak butik yang ada kat sini, and again nasib baiklah cik wife memang dah target nak beli kat mana. So, takdelah pergi each butik yang ada.
Kat sini adalah menunggu dalam 20 minit. Untuk seorang wanita, kira laju jugaklah. Haha
Sekitar jam 11 malam, we made our way back to Bukit Jalil. Traffic jammed dikedua-dua arah untuk laluan ke KL dan Shah Alam. Aku rasa memang ramai dok pulun nak shopping minggu ni. Sampai Bukit Jalil nak dekat pukul 12 jugak tu. Hantar wife ke rumah kawan dia then terus menuju masuk ke TPM. Bangun Sahur dalam jam 4 pagi, sahur sorang je semalam kat Al-Madina. Sobs. Afiq sampai office dalam pukul 6 pagi, kitorang buat checking barang untuk tugasan kami di GCE before power nap.

That's the wrap untuk cerita pengalaman pertama shopping raya bersama isteri tercinta. Memang lain, sebab biasanya sebelum ni mak ayah yang pergi Jakel. Aku jadi driver drop diorang je, tapi this time bila masuk dalam tu memang terasa vibe Raya tu. Apa-apapun, kita ada less than 10 days lagi untuk menutup Ramadhan 2019 ni. Semoga kita terus diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa ni dan juga diberi peluang untuk bertemu Malam Lailatul Qadar. Amin In Sha Allah.