Sunday, November 25, 2018

Kisah AKU n Hidayah's Wedding @ Shah Alam

Assalamualaikum,

Wuu, esok start kerja balik. Malas pulak rasanya nak masuk office setelah almost 9 hari bercuti. Okaylah nak story sikit event petang tadi yang aku joined dengan family. Ceritanya berkisar majlis persandingan anak ex-bos ayah di Shah Alam. Yang interestingnya, Ija pun ikut sekali tau. Kira macam first wedding yang kami attend lepas dah jadi suami isteri ni. Huu

Bergerak dari Rawang ke Shah Alam sekitar jam 12.15 tengahari. Kami naik satu kereta je, ayah yang nak drive. Katanya kereta aku dah jalan jauh minggu ni. Maklumlah, baru balik dari Cherating, pastu ke Serkam pulak before back to Rawang. Almost 900km journey jugak Myvinum Falcon aku beraksi minggu ni..:-)
Event yang menyatukan pasangan mempelai, Hidayah dan Haziq ini berlangsung di Dewan Orkid, Wisma PKPS Shah Alam. Hos majlis pada hari ni ialah Tn. Haji Yazid yang merupakan bekas bos ayah di PETRONAS.
Kami sampai dalam jam 1 petang. Masuk je dewan punyalah ramai orang. Sampai nak kena queue nak dapatkan meja..:-)
Sedap lauk-pauk yang dihidangkan tadi walaupun dah tak banyak tinggal. Yang paling best Terung Crispy/ Serius sedap!
Eh, si Debot pun ada jugak. Tahu pulak diam budak ni tadi.
Hai, cik isteri..:-)
Kami pun pengantin baru jugak, inai kat jari pun tak hilang lagi. Hii
Selfie sikit cik suami. Teh tarik ni pun layan jugak. Kira overall memang smooth lah majlis Tn Yazid ni tadi. Venue event yang cantik dan kemas, superb foods and yang paling penting free parking. Huhu
Biasanya acara melibatkan rakan sekerja ni memang mengumpulkan ramai bekas rakan sejawat ayah ketika berkhidmat dalam industri gas dan minyak ni. Kira kami ni tadi dok menunggu ayah bersembang je. Haha
Mak dan ayah bergambar bersama hos majlis pada hari ini, Tn. Hj Yazid dan Pn. Hjh Laila. Thanks for the great food!
Bergambar di photobooth yang disediakan. Mak with Along dan menantu baru. Huhu
Mikail with atok dan opah. Muka tak senyum langsung. Ingat bapak dia kot sorang-sorang kat PD tu..:-)
First wedding yang kami attend bersama as husband and wife..:-)

Around 2.30 pm, kami sekeluarga made our way back to Bandar Sungai Buaya dan sampai sekitar jam 3.30 petang. Nasib baiklah jalan clear. Aku ni dah lalok sebab injection kat bontot pagi tu. Memang sampai rumah je tidur sampailah jam 6.30 petang. Yang tak menahannya, tidur kat rumah ayah. Huhu. Itu sahajalah cerita malam ni, nak kena tidur awal. Esok dah start kerja balik. Apa boleh buat, kerja makan gaji. Hii

P/S: Hari ni expecting birthday gift paling special. Hehe (gelak jahat)

Friday, November 23, 2018

Kisah AKU n Travelogue Cherating - Day 3

Assalamualaikum,

Okay, ni merupakan entri terakhir bagi honeymoon vacation aku dan isteri di Cherating. Seawal jam 7.30 pagi lagi my wife dah kejut. Katanya nak jalan-jalan kat pantai menghirup bayu laut pagi. Tapi aku nak breakfast dulu. Huu
Makan lah puas-puas, pasni nak terus shoot balik Melaka kan?
Layan betul sambal Nasi Lemak kat sini. Sampai menambah jugaklah hari tu..:-)
Lepas makan, seperti yang dijanjikan aku menemani Ija berjalan-jalan sepanjang pantai.
Muka asal kena paksa, tapi syok jugak dapat main air laut. Huu
Peace yoo!
Eh, siapa yang berjalan tu. James Bond ke?
Laa, Fred Bond rupanya. Haha
Selfie berlatarbelakangkan Laut China Selatan.
Since badan pun dah berlengas kena air laut, we decided untuk berendam kat pool pulak.
Fewitt, ada awek teman mandilah. Huu
Haha, muka cam model majalah Mangga. Sekitar jam 10 pagi kami balik ke bilik. Take a shower and ready to check out. Nasib baiklah dah packing malam sebelum tu.
Double check. Jangan elok dah drive halfway tetiba hotel call kata ada barang tertinggal. Haha. Masaklah nak..:-p
Check out sekitar jam 11 pagi.
Cik isteri bergambar kenangan dihadapan lobi hotel before meninggalkan Cherating.
Another 450km journey back to Melaka. Memang ikut plan balik sana sebab ada orang homesick..:-p 
Honeymoon dah habis. Wuu

Sampai Serkam dalam jam 4.30 petang. Memang lemau gila. Dah tu cuaca panas je sepanjang balik, dibuat pulak dengan kesesakan normal di MRR2. Silap timing sebenarnya, elok pukul 1 petang aku dekat Flamingo. Memang jem lah Jon. Huu

That's the end of my honeymoon vacation with beloved wife di Cherating. A very simple yet memorable trip we had together. Hopefully more trip to come in near future. Thank you very much juga bagi pihak The Holiday Beach Villa Cherating untuk layanan tip top sepanjang kami menginap disini. Memang highly recommended!

Kisah AKU n Travelogue Cherating - Day 2

Assalamualaikum,

Hari kedua kami kat Cherating bermula dengan hujan renyai yang menambah dingin dipagi hari.
Sarapan pagi di Beach Restaurant.
Take a walk di Pantai yang terletak di compound Resort. Elok je masuk bilik, hujan lebat sekali lagi menyirami Cherating.
Sekitar jam 1 petang, kami berdua keluar exploring pekan peranginan ni. Cherating ni sebenarnya tak besar pun compared to pantai peranginan lain yang ada kat Malaysia ni. Tempat tarikan yang ada pun tak lah banyak mana, dan juga semuanya dekat-dekat je..:-)
Destinasi pertama yang kami nak lawat ialah Cherating Turtle Sanctuary. Tapi tutup pulak since Maulidur Rasul. Dapat snap gambar depan ni pun jadilah.
Quite frustrated tak dapat tengok penyu, kami meneruskan aktiviti petang kami di Limbong Art.
Ianya merupakan salah satu tempat tarikan yang wajib dikunjungi bila dah sampai kat Cherating ni.
Limbong Art menempatkan produk-produk batik dari hasil mencanting yang dibuat oleh pakar-pakar seni canting ini. Produk seperti kain, baju boleh didapati dengan harga yang berpatutan
Alang-alang dah sampai beli lah sepasang dua baju buat kenangan.
Bukan main happy mem kita ni..:-)
Lepas tu ke Cherating Lama pulak sementara menunggu jam 4, kat sini kami meluangkan masa bershopping. Ada beberapa kedai yang menjual barang-barang kraf, baju dan sebagainya dengan harga yang affordable.
Yeay, dapat topi satu. Huhu
Sekitar jam 4 petang, kami berdua menuju ke Hafiz Water Activities yang terletak tak jauh dari lokasi kami.
Kat sini kami join aktiviti menyusuri Sungai Cherating yang kaya dengan flora dan fauna. Sedikit info tentang Mangrove River Cruise ni. Mengambil masa hampir sejam setengah, kita akan dibawa menyusuri Sungai Cherating yang dipenuhi dengan pokok bakau. Entrance bagi seorang dikenakan RM35.
Huu. Mamat poyo beraksi lagi. Kali ni dengan spek hitam pulak.
Selfie seround bersama cinta hati..:-)
Perkampungan nelayan di Cherating.
Fokus betul mem ni. Haha
Disamping dapat melihat keindahan paya bakau sungai ini, kita juga berpeluang untuk mendekati fauna yang hidup disekitar kawasan ini seperti ular, monyet, ketam, ikan-ikan, biawak dan banyak lagi.
Memang enjoy, buat pulak cuaca redup ditambah pula dengan bayu yang bertiup nyaman. Ternyata menambah lagi suasana ketenangan yang ada kat sini.
Sekitar jam 6 petang kami melawat the nearest kedai perusahaan makanan laut dekat sini. Nak cari keropok lekor buat bawak balik Rawang.
Bagi wife je lah pilih, cik abang ni tahu makan je. Huu. 
Berbondong jugak plastik beg hari tu. Maklumlah, bukan selalu datang sini. Tapi serius lekor rebus dia padu. Dah lah time tu kebulur, sampai dua biji aku makan..:-p
Jam 7 petang kami singgah early dinner di Restoran Sri Rampai, yang terletak tak jauh dari stesyen minyak Petronas.
Nak order apa eh? Order semua boleh tak, lapar ni. Huhu
Nyum-nyum sedapnya. Menu dinner kami malam tu ialah Ikan Tombak Masak 3 Rasa, Kangkung Belacan, Tom Yam Daging. Time menaip ni lapar pulak rasanya..:-p
Sampai hotel nak dekat jam 8 jugak.
Malam tak buat apa pun. Ingat nak karok kat hotel. Tapi fully booked pulak, sudahnya lepak kat bilik tengok TV je sambil pekena Nescafe panas.

So guys, itu sahajalah entri bagi hari kedua kami di Cherating ni. Tak banyak sangat aktiviti, but truly a very nice experience ditempat orang. Good people, nice foods and excellent crafts & arts..:-)