Sunday, December 31, 2017

Kisah AKU n Memories 2017

Assalamualaikum,


Petang hari terakhir tahun 2017 ni seperti biasa aku nak share entri wajib bagi blog ni. Sebuah entri penutup yang menceritakan kenangan dan juga beberapa highlight yang terjadi kat aku bagi 2017 ni. Ada jugak terselit komen tentang azam 2017 yang telah diletak awal tahun. Nak jugak tengok tercapai ke tak. Baiklah, cakap banyak pun tak guna. Jom kita tengok sikit entri penutup untuk tahun 2017 aku. Let's Go!

January
Menamatkan solo retreat ke Alor Setar. My first ever solo trip and hopefully more to come this year.

February
ANC Annual Reunion 2017. 4 orang je yang managed to made it for this event.

March
Menghadiri majlis persandingan Helmy di Pasir Gudang, Johor. Dia dulu yang off market antara kami berlima ni. As for korang punya information, these guys are my bestie ketika menuntut di UiTM dulu. Just pagi dapat cerita yang Helmy sudahpun selamat menjadi seorang bapa. Tahniah bro!

April
Nothing.

May
First Ramadhan di AlloyMtd. Memang terasa lain suasana berpuasa kat sini compare dengan previous company.

June
Nothing.

July
Rescued and adopted Chico.

August
Nothing.

September
2 bulan je Chico sempat hidup lepas aku selamatkan dia. Sedih beb, aku tak pernah menangis macam tu seumur hidup aku ni. Yelah, dah kau sayang kucing tu. Memang lah sedih. 
Kenal dengan Cik K ni since 2015 dekat FB, tapi tak pernah bertegur sapa. Kebetulan office dia di Bukit Jalil, aku pulak memang selalu ke R&D Center kami yang terletak di TPM. 15 September we decided to meet each other and the rest is history. Huu
Quatriz Krabi Getaway 2017. Memang best!

October
Our very first step happened only sebulan after first we met at R&R Awan Besar. We decided to bertunang pada 21 Oktober 2017. She's partially mine now. Huu

November
Menyertai teambuilding AlloyMtd Batch 3, bertempat di Suria Hot Spring, Bentong.
First hangout with Team Bujang Quatriz di Pengkalan Balak, Melaka.
25 years old Farid. Happy birthday!

December
Biasa tengok Star Wars sorang-sorang je. Tahun ni ada yang sudi teman, siap belikan tiket IMAX lagi. Huu. Thanks dear. Alright, now jom kita komen sikit azam 2017 aku. Elok ke tak tu?
  1. Blog: Alhamdulillah, tahun 2018 bakal merupakan tahun kelapan aku dalam industri blogging ni. Ramai kawan yang dah tutup blog, tapi aku still bertahan. Entri memang nampak ada pengurangan dari tahun-tahun sebelumnya, but at least it's still hidup. Huu
  2. Kerjaya: Azamnya nak entitled to bonus dan increment. Yes, bulan 8 I received my first performance bonus dan increment. 
  3. Aset: Niat hati nak beli rumah sekitar Q2. But many problems dengan hartanah di Sungai Buaya. So, I decided to called off the purchase and look into other lot dekat area berdekatan.
  4. Family: No quick vacation untuk tahun ni. Maybe time aku free diorang banyak ke Melaka kot. Haha
  5. Certificate: No professional certificate this year. Hari tu ada proposed nak enroll for Lead Auditor tapi tak follow up. Langsung habis situ je.
Out of 5 resolutions, hanya dua je yang dicapai. But, ada jugak benda yang dicapai tapi takde dalam list. For example, my engagement with Cik K last October. What can I conclude is that my 2016 resolution was not that good. Aset for example hampered by problem due to property issue kat Bandar Sungai Buaya ni. Certification pulak controlled by the management. Sometimes you badly want it but you don't have control over these things. Above all, terima kasih untuk semua memori bagi tahun 2017 ni dan tentunya aku mengharapkan 2018 yang menjanjikan lebih banyak peluang yang much more better. Amin In sha Allah.

Saturday, December 30, 2017

Kisah AKU n Amir's Wedding @ Institut Kraf Negara

Assalamualaikum,

Hari ni start cuti panjang aku. Panjanglah sangat. 4 hari je pun. Haha. Okay lah tu, next week orang start kerja aku baru nak cuti sekejap. Maklumlah, dua minggu terakhir tahun ni memang quite hectic for BD office. Sejak last week lagi aku bekerja dari pagi ke petang menyiapkan beberapa new business development proposal untuk pemulaan tahun baru Quatriz.
Rabu lepas aku ke Shah Alam for a business appointment with partner. Alang-alang ada kat sana aku singgah sekejap jumpa bro-bro ni. Macam biasalah inform date siap-siap untuk VVIP ni..:-)
Okaylah, ni main story untuk entry petang ni. Yes, another wedding. I guess yang penutup lah untuk tahun 2017 ni. Tengok album this year memang banyak jugak aku attend wedding orang, rasa ada 10 majlis jugak aku pergi. Untuk kali ni the invitation came from one of my school frien, Amir. Dia invite aku personally through FB messenger last week, so I'm more than happy to attend lah. Lalu Rawang Bypass tadi, memang pantas beb! Less than 20 minutes aku dah sampai kat venue majlis.
This is the venue of the event - Dewan Cindai, Institut Kraf Negara yang terletak di Templer Park (bukan Knight Templar ye), Rawang. Budak-budak art & design kalau tak tau tempat ni memang utter failure. Huu
Majlis hari ni meraikan pasangan raja sehari, Amir bersama pasangannya, Izni. 
And of course, kalau majlis perkahwinan melibatkan kawan sekolah ni kira macam mini reunion jugak sebab memang akan confirm terjumpa bekas rakan-rakan seperjuangan dulu. Ni Alif dan Saiful..:-)
Aku bersama Si Kembar, Izzat dan Izuwan. Dulu selalu main bola petang-petang dengan diorang lepas sekolah.
Tunggu turn nak amik gambar. Haha
Eh lama pulak nak tunggu. Jom lah snap kita-kita dulu. From left to right: Daus Salleh, Husnor, Izzat, Izuwan, Alif, Syahir. 
Sesi bergambar bersama raja sehari yang diraikan tadi. Picture credit to Adah. 
Abang long kita, Dolah pun ada buat penampilan istimewa. Mula-mula ingatkan tak datang, dan-dan muncul time kitorang semua dah puas bergambar dengan pengantin. Tu lah, aku offer nak pick up hang tak reply, kan dah melepas..:-P
Bergambar bersama Amir sebelum pulang ke rumah. Amik berkat sikit beb! Huu
Eh, rilek lah. Takkan dah nak balik kot. Tak nampak ke Teh Tarik mendayu-dayu seru tadi. Sudahnya melepak lagi dengan Dolah kat tea corner sampai 4 petang.
Baru perasan, wedding kat Bangi baru-baru ni pun pakai baju ni jugak. 

Another wedding day dan juga seorang lagi rakan kami yang berjaya off market. Well, macam Afiq cakap, umur 25-27 ni memang kena be ready je dengan jemputan-jemputan camni. Anyway, tahniah aku ucapkan kepada Amir dan Izni. Semoga ikatan korang kekal hingga ke akhir hayat dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin In Sha Allah.

Monday, December 25, 2017

Kisah AKU n Christmas Eve

Assalamualaikum,

Selamat Hari Natal to my friends out there yang beragama Kristian. I wish you a very jolly day! Alright, malam ni ingat nak share aktiviti berkhasiat aku bersama bro-bro Sg Buaya semalam. Malam Sabtu hari tu aku berkesempatan mengeteh dengan Afiq. Tengah syok bersembang tu si Dolah called ajak lepak, tapi memang tak lah kitorang nak datang Shah Alam. Time tu pulak dah pukul 12. Kesian, kami pun promise lah nak datang esoknya. Huu
Aku pick up Afiq around 10.30 malam and then made our way to U8 Shah Alam. Plan malam semalam nak tengok Jumanji dan berkarok. Tapi punyalah penuh manusia dekat MBO tu, tak pernah dibuat Space U8 penuh camni. Kami canceled tengok movie, pergi karok pun full jugak.
Singgah minum kat Subaidah sekejap sementara tunggu bilik kosong. Almost 40 minit queue beb! Sanggup. Haha
Sesi karok bermula tepat jam 12. Dua jam setengah je kami beraksi semalam.
Dah lama tak berkarok dengan diorang ni. Ada nak dekat 3 bulan jugak rasanya..:-)
Dolah pakai smart siap berkasut tu nak pergi mana? Haha. Taklah, bro ni sebenarnya kerja part time call center kat HQ Domino's. Semalam shift dia habis jam 11 terus datang sini.
Ni namanya OOTD tangkap muat. Habis karok sekitar jam 2.30 pagi. Biasanya kitorang last customer kat sini. On the way nak keluar memang ramai lagi orang tengah berkarok.
Macam biasa singgah melepak plus late dinner kat Al-Ali.
Inform awal-awal pasal tarikh raja sehari aku November next year. Huu. Korang jangan mengada tak datang. Aku starlight dahi sorang-sorang nanti.
Ni pulak cerita petang tadi. Since aku already canceled beli rumah kat Sungai Buaya. Tn Mustam offer aku tengok rumah lain dekat Bukit Beruntung. Okay jugak ni, not bad lah. Cuma tambah kilo sikit lah nak pergi kerja.. Okaylah, nak main Rome Total War jap. Huu. Apa siaa main game 10 tahun lepas. Apa boleh buat, laptop dah tak power. Tahun depan genap 8 tahun dia berkhidmat dengan aku tau. Never underestimate the power of loyalty..:-p

P/S: Menang jugak Newcastle after four straight defeat. The season starts here. Howay The Lads!

Sunday, December 17, 2017

Kisah AKU n Wedding @ Bangi Avenue

Assalamualaikum,

Petang ni nak share sikit aktiviti hujung minggu aku dengan family. Semalam aku teman ayah attend dua majlis kahwin di Pinggiran Putra dan Bangi Avenue, respectively. Pagi tadi pulak ke Bukit Sentosa uruskan hal berkaitan aku ni. Nak tahu pasal apa? Bacalah, jangan malu-malu. Hee
Semalam aku dan ayah bergerak dari Sungai Buaya sekitar jam 12.40 tengah hari. Plannya kami nak ke majlis di Pinggiran Putra dulu, then baru shoot terus ke Bangi Avenue.
Sampai around jam 2 petang ke destinasi pertama. Ni best friend ayah kat PETRONAS dulu, Tn Hj Daud namanya. Kat Pinggiran Putra ni majlis meraikan anak dia lah. Aku datang sini makan je, bukan nak tengok pengantin pun. Haha
Haa, ni pulak majlis seterusnya di Bangi Avenue. Nampak macam familiar kan brader ni? This is En. Hazlan Shah or casually known as Abang Lan. Kira macam abang angkat jugak, dia ni lah yang tengok-tengokkan waktu aku mula-mula menjejakkan kaki kat UiTM Shah Alam dulu. Banyak jasa bro ni, lagi-lagi time laptop Compaq aku kena rembat. Sanggup datang teman aku buat report polis. Huu. Apa-apapun tahniah brother for your marriage. Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Semoga berbahagia ke anak cucu dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.Amin In Sha Allah.
Ayah bersama hos majlis, Tn. Hashim. Uncle ni duduk satu taman dengan kami dulu, baru je pindah Bangi ni. Mak aku pernah mengajar kat taska wife dia, Cikgu Izan. So, our families are quite close actually. Tapi tu lah, mak tak dapat join semalam since Along tu tunggu masa je nak bersalin, takkan nak tinggal dia sorang-sorang kat rumah. Bangi dengan Rawang boleh tahan jauh jugak. Huu
We left the event tepat jam 4.30 petang. Tengok map merah all the way from Bangi to Jalan Duta. So, satu-satunya jalan nak escape is to turn South ke Nilai, then masuk ELITE dari sana. Ingatkan tak jem, rupa-rupanya boleh tahan pishang jugak. Haha
Ni pulak cerita pagi tadi. Tempat apa ni? Haa, kalau nak tau ni lah Dewan Udaimatunnur. One of wedding planner services yang ada dekat Bukit Sentosa ni. Buat apa kat sini?
Apa lah boleh tanya lagi. Confirmlah nak discuss perancangan majlis aku tahun depan. Mak ayah yang ajak join.
Elok pun, boleh aku dapat exact figure untuk buat costing ni..:-)
Someone tolong punch my face jap. Biar betul kau nak kahwin ni Farid? Macam tak percaya pulak ni. Huu

Okay, itu je lah cerita petang ni. Debar tak habis lagi ni kawan-kawan. Haha. 10 months to go! Hopefully, everything will be fine lah hendaknya. Amin.

Friday, December 15, 2017

Kisah AKU n Karok @ Musizone Seri Petaling

Assalamualaikum,

Malam ni ingat nak story sikit cerita malam Jumaat aku dengan rakan-rakan ofis semalam. Relax, bukan buat benda mengarut pun. Huu. Ceritanya bermula jam 5.20 petang, time tu aku ready nak balik rumah from our Bukit Jalil office. Elok nak ke kereta lalu smoking area, nampak Arief KPOP and the geng tengah smoking. Dia ajak aku karok, tak tau lah untuk kali keberapa. Sebab budak-budak kat sini memang selalu ajak cuma timing tak cun. For this time, aku ingat dia ajak-ajak ayam je. Sekali ramai pulak dok pujuk aku join. Kebetulan semalam aku free, akhirnya aku tewas jugak dengan pujuk rayu diorang. Haha
Ni lah tempat kami berkarok semalam - Musizone Family Karaoke. Terletak di Seri Petaling, area ni memang padat. Nak cari parking punyalah payah, kalau nak senang boleh parking dekat area Pasar Besar. Tapi kena bayarlah. Nasib baik semalam aku tumpang kereta Azie. Huu
Cantik tempat ni. Lighting elok. Sofa pun tak cabuk. Haha.  Lagu memang update, tapi aku dok cari lagu Alif Satar tu still takde lagi. Tapi above all, AV memang padu! Overall, sangat sesuai lah untuk karok release tension kerja. 
Muka ada senyum. Mana taknya, dah 2 bulan aku tak berkarok ni. Seingat aku 2 bulan jugak after aku karok sorang-sorang kat Rawang tu, seminggu lepas bertunang. Haha. Selain aku, ada 5 lagi officemate yang join. Ingatkan diorang bergurau nak karok 3 jam. Sekali betul pulak. Haha. Elok pun, takkan 6 orang karok sejam je. Untuk RM60, memang berbaloi jugaklah, siap dapat refreshment lagi.
Memang enjoy semalam. Ni kali kedua aku join budak-budak ofis berhibur camni. Yang first dekat Gombak after attend majlis Shahrul. Yang kat Langkawi tu tak kira sebab insiden diorang skip lagu aku. Terus merajuk balik bilik. Maybe sebab tu kot diorang ingat aku tak nak join bila kena ajak. Hee
Ni pulak cerita tadi. Takkan asyik keluar dengan cik tunang dan kawan-kawan je. Dengan family tak nak ke? Petang tadi nak dijadikan cerita mak cakap Along mengidam nak makan BurgerByte. Aku pun on je lah, since schedule quite free tadi. Karang takut berbuih pulak mulut anak dia nanti tak dapat makan burger. Haha
Dengarnya hujung tahun ni bersalin. Tak sabar jugak aku nak dapat anak buah pertama ni. Excited ada, risau pun ada. Yelah, dah nama pun adik. Takkan lah tak risau kat kakak sendiri..:-)
Ada menu best kat BurgerByte, introducing Montreal Rice with Beef Patty. Mesti cuba, memang sedap. Aku ingatkan menu baru, ye lah sebab tak pernah nampak pun before this. Rupa-rupanya Google tengok since 2015 dah ada. Bapak ketinggalan aku ni. Haha

Okaylah, itu sahaja cerita untuk malam ni. Esok ayah nak aku drive dia for 2 wedding invitation. Satu kat Bangi, and another one kat Putrajaya. Ayat standard lah "Nanti turn kau kahwin, diorang tak datang baru tau.."