Sunday, October 29, 2017

Kisah AKU n Hiburan Bajet

Assalamualaikum,

Tadi ada lah hujan sekejap, tak sampai 10 minit panas balik. Huu. Cam gitulah cuaca kat Rawang ni sekarang. Okaylah, nak cerita sikit aktiviti hujung minggu aku this week. Cam biasa, let's start dengan cerita di office.

After hampir sebulan duduk kat TPM, now aku pulang ke tempat asal. Selain bernarsis kat cermin, lama jugak aku tak memerut kat bilik air ni. Haha
Kebetulan ada meeting Rabu lepas kat TPM, I had a quick dinner with our future Mrs. McBride. Ada lah bincang sikit preparation menuju hari bahagia. Haha, ni ayat In-Team ke UNIC, ke Hafiz Hamidun? :-p
Haa, ni cerita semalam. Boring gila duduk rumah. Puas aku fikir apa nak buat. Tengok TV takde cerita best, nak main PS pun takde game baru. Sudahnya lepas Isya, aku grab kunci then pergi merayau.
Aku keluar sorang je, kawan-kawan semua takde. Afiq shift malam. Dolah pulak kat UNISEL. Bro-bro UiTM tu ada je kat Shah Alam. Mula-mula ingat nak melawat diorang, tapi memikirkan kalau pergi sama habis jugak 100+ km mileage. Nak kena tuang petrol, Touch n Go lagi. Sudahnya aku ke Rawang je pergi port biasa.
Mana lagi tempat berhibur kalau bukan kat KTV Rawang ni. Haha
No forum, no problem bro! Biar orang tengok pelik apasal brader ni karok sorang-sorang. Yang penting mic ni aku punya! Huu
Singgah makan malam kat kedai Siam before menamatkan aktiviti hujung minggu. Huu. Ni lah yang dinamakan hiburan bajet. Karok sejam RM 15, dinner RM 5. Sebenarnya ada lebihan sikit untuk bajet minggu ni, alang-alang ada lebih tu yang kasi habis je..:-)
Tengah breakfast kat Rahim pagi tadi, terserempak dengan bro Afiq ni. Elok-elok nak lepak sekejap , sudahnya sampai ke pukul 1 kitorang bersembang. Maklumlah, lama tak jumpa. Masing-masing busy.

Itu je lah cerita minggu ni. Cuma nak bagitau, try lah karok sorang-sorang. Kau rasa macam segala benda dalam bilik tu kau yang punya. Best!

P/S: Malam ni Newcastle lawan Burnley. Harap-harapnya boleh lah menang. Dapat pintas Liverpool, then naik nombor 6. Amin

Sunday, October 22, 2017

Kisah AKU n E-Day

Assalamualaikum,

Tempat korang panas tak? Kat Rawang ni dah rasa macam gurun pulak. Panas gila! Dulu biasa buka aircond tak sampai sejam dah off. Sekarang ni rasa macam nak biar on je sampai malam. Baru panas dunia bro, henti-hentilah mengomel tu. Haha. Aku sebenarnya baru je balik dari Melaka petang tadi. Saja lah berehat kat sana after sebulan berperang dengan tender.
Nak dijadikan cerita, Jumaat lepas aku amik annual leave. Tapi pagi tu aku still ke LLM, hantar tender then terus shoot ke Asahan dengan ayah. Mak memang ada je teman Along kat sana.
Singgah breakfast kat Nilai then sampai sekitar jam 1 petang. Sempatlah kami solat Jumaat dulu kat situ. Malam pertama tak buat apa pun. Qada tidur yang lepas-lepas. After a month of tak cukup tidur, akhirnya terbalas jugak minggu ni. Huu
Petang Sabtu kami sekeluarga ke Serkam. Sambil nak pekena fresh seafood, datang kami dari jauh ni ada hajatnya.
Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan 'berkenalan', kami memutuskan untuk membawa hubungan kami maju selangkah. Kalau mak ayah dah masuk, you guys already know how serious things will be.
Dia punya nervous lain macam. Haha. 
Ringkas je majlis semalam. Sekitar jam 6.30 petang, kami sekeluarga meminta izin untuk pulang. Eh, apa benda balik? Kata nak makan seafood.
Alang-alang ada kat sini, kami nak try makanan laut dekat the famous Ikan Bakar Klasik Terapung Umbai.
Berkonsepkan restoran terapung, disini juga menempatkan beberapa kiosk yang menjual produk IKS dan seni kraftangan Melayu Melaka dengan harga yang berpatutan.
Snap gambar dulu before makan. Pas makan dah tak boleh cover perut. Huu
Mak ayah pernah pergi makan sini dulu. Rasanya dalam 3 tahun lepas jugak.
Pasangan ni tengah menunggu masa je baby nak keluar. Macam mana lah rupanya anak diorang ni. :-)
Yang ni muka tak sabar nak try seafood segar dari Selat Melaka. Plus, muka lega since first step berjalan dengan lancar.
Antara hidangan makan malam kami semalam. Rasa sotong tu masam-masam manis, manis-manis lebaran. Buat pulak cicah dengan sambal kicap. Padu beb!
Lepas dinner kami terus balik ke Asahan. Malam tu tak buat apa pun, tengok cerita Kung Fu sampai pukul 12. Ingat nak tengok match Newcastle-Palace, tapi abang ipar aku tak subscribe channel sukan pulak. Line pulak slow. Sudahnya tengok live feed je. Nasib baik menang. Now we sit at 6th place. Yeay!
10am - kami bergerak pulang ke Sungai Buaya dan tiba sekitar jam 12.30. Esok kerja pulak. Huu. Bro, dah kena start double the savings ni. Tak boleh nak berjimba sangat, every RM is valuable right now. No, correction. Every cent. Make it count.

P/S: Doa yang baik-baik ye untuk kami. Semoga dipermudahkan laluan kami ke jalan itu. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

Sunday, October 15, 2017

Kisah AKU n Tender Oh Tender!

Assalamualaikum,

Tak cuti langsung minggu ni. Capek bangat! Rasa macam tak cukup pulak tidur aku tadi walaupun plus minus almost 10 jam jugak aku tidur. Haha. Ce cite sikit apa benda yang hang buat sampai penat sangat ni?

Anda kenal bendera ni? Haa, untuk siapa yang biasa baca blog ni tahulah yang asal bendera ni terpacak, confirmed aku tengah busy coordinate tender management. Yup, itu lah ceritanya. Aku dah berkampung dekat Bukit Jalil ni sejak awal bulan Oktober lagi. Tender ni agak besar. Walaupun working dengan partner tapi since portion kami dominant, memang ianya memerlukan kordinasi dan juga careful time management untuk ensuring timely preparation. 
Well, untuk sesiapa yang kenal memang tahulah aku ni tak berapa gemar kerja last minute. Since submission esok (Isnin), aku tetapkan semalam untuk wrap the whole thing. At least adalah sehari buffer. Preparation untuk wrapping bermula hari Jumaat tapi ada delay pagi tu since aku urgently kena pergi LLM untuk another tender briefing. Haha. Walaupun staf lain balik around 1 pagi, aku still work in my way dan akhirnya ketiduran jugak pukul 4 pagi.
Sabtu - Bangun pukul 8, breakfast baki KFC yang bos belanja semalam. Sebenarnya memang tak plan nak tidur office. Mana aku bawak barang mandi. Singgah petrol station beli benda-benda tu. Baju merah ni pun kebetulan sebab ada dalam beg reket badminton aku. Memang letak baju spare kot lah nak bersukan. Huu. Start finalize costing dari pukul 9 sampailah 2 petang. Petang tu ada 3 orang staf teknikal yang datang jugak untuk completekan part diorang.
Eh apa ni? Siot gila Nawawi. Share gambar ni siap buat caption "Haha, kena kerja". Tu lah, Rabu lepas ternampak flyers dekat TPM. Ada event KL Sci-Fi kat sini. Nawawi pulak tau aku minat gila Star Wars. Tu yang dia share, jeles beb tak dapat pergi. Wuaa!
Melepas nak bergambar dengan Queen Amidala and Kylo Ren. Time-time ni pulak ada event best camni. Time aku free tak nak buat pulak. Pfft
Selain cosplayer, ada jugak pameran Star Wars Lego. Yang best, charity sales pun ada. Memang teringin sangat nak cari light saber. Mana lah tau boleh dapat murah. Huu. Takpelah, takde rezeki nak join.
Haa, berbalik kepada cerita tender ni. Kami berempat bergabung tenaga lah menyelesaikan part masing-masing sampailah jam 10 malam. But still time ni aku belum boleh wrap sebab costing pending boss approval. Well, for those yang biasa involve dengan tender, korang pun tahu ni lah part paling hujung sekali dalam cycle.
11PM - Since part diorang already settled, plus semua pun dah berkeluarga. Aku minta diorang balik as I'll take care the wrapping. Alang-alang tengah keseorangan, tu yang bersinglet je. Haha.
Akhirnya pukul 1 pagi baru dapat approval untuk contract value sebenar from bosses. Tengah fokus buat CD copy, tiba-tiba Izuwan datang balik. Siap bawa kebab, thanks bro! Tau-tau je aku memang tak makan sejak breakfast Sabtu. Berapa jam perut kosong tu. Haha. Akhirnya kami sealed the tender around 3 pagi. Lega tak terkata time tu, walaupun belum submit. Tapi memang released habis lah!
This is one of the thing yang aku buat in managing the tendering procedure. Tengok berapa banyak kertas reject sepanjang proses printing. Not bad lah kot..:-P

Sumbatkan kotak-kotak tender tu dalam kereta, then sekitar jam 4 pagi. Kami pun bersurai. Singgah OBR Sungai Buloh, tapau KFC untuk lunch. Sebab tahu sampai rumah memang confirm lemau punya. Tunggu Subuh and as expected, aku tertidur sampailah pukul 3 petang. So, itu je lah cerita berkenaan kerja aku minggu ni. Next week ada satu lagi tender submission hari Jumaat, tapi tak lah sebesar yang ini. Okaylah, aku nak tengok EPL sekejap. Jumpa di lain entri ya! Till then, take care.

P/S: Hopefully Newcastle boleh menang malam ni. God Speed!

Sunday, October 8, 2017

Kisah AKU n The Foreigner @ Space U8

Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog ni. Rasanya dah masuk 2 minggu kan since last entri Krabi Trip tu. Memang busy seminggu dua dekat office, hujung minggu pun duduk rumah berehat je. Tak buat apa pun cuma spend time menghabiskan list cerita hantu yang aku saved dekat my favourite Arkib Angker Negara, Seramlicious dan Pensel Studio di Facebook. Huu
Sebenarnya aku dihantar bertugas kat Bukit Jalil since 2 minggu lepas lagi untuk sebuah tender yang agak besar untuk kami. Dah nama pun besar, memang perlukan preparation yang awal as compared to previous tender yang kami bid selama ni. Kalau kerja kat TPM ni harapan lah nak balik on time sebab confirmed jalan jammed punya all the way from Bukit Jalil to Jalan Duta. So, sudahnya hari-hari lah aku balik pukul 10 malam. Nasib baik bos pun okay bagi aku masuk kerja lewat sikit.
Jumaat lepas baru aku sempat singgah HQ AlloyMtd untuk oversee preparation dokumen disini. Yang paling kelakar uncle parking tu ingat aku dah resign sebab petak parking aku kosong nak dekat 2 minggu. Haha. Submission tender ni 16 Oktober, jadi aku ada tempoh seminggu lagi bertugas dekat TPM before everything will revert to normal. No wake up pukul 8 dah pasni. Haha
So ceritanya Jumaat tu aku balik on-time, so sampai Sungai Buaya pun eloklah pukul 6.30. Tergerak hati nak roger bro-bro. Plannya ingat nak release tension sikit after 2 minggu berhempas pulak kerja. Plus, mood pun agak swing lately. Elok sangatlah pergi berhibur tenangkan fikiran. Pukul 9.30 aku pick up Afiq yang kebetulan balik awal hari tu. Plannya nak ke Shah Alam melawat si Dolah tu yang dah start semester baru di UNISEL.
As being planned, kami bertiga bertemu di Space U8, Bukit Jelutong. Yelah, takkan aku nak meredah masuk Seksyen 7 semata-mata nak pickup Wak Dol tu. Better dia yang drive sendiri kesini. Kami nak balik nanti pun senang..:-)
Penangan tender - serabai beb! Rambut panjang, misai tak trim. Baju pun main tangkap muat je. Haha. 
Since masing-masing sampai pun nak dekat pukul 10.30, plus Afiq pun kerja shift pagi esoknya. Kami decided to tengok wayang je. Aktiviti karok kami carry forward ke minggu depan. Haha, carry forward acik kau! :-p
Si Dodol tu dah tengok Kingsman which upset us. Sembang hari tu nak tengok sama-sama. Selalu dah kena dengan bro ni, Fast Furious 8 pun sama jugak dulu. Henet betul. Sudahnya kami layan The Foreigner which is awesome jugak. Filem lakonan Jackie Chan memang tak pernah mengecewakan. Padat dengan aksi walaupun JC dah tak selincah dulu, kena lah dengan role dia dalam cerita ni sebagai a 60 years old ex-US Spec Force. Cerita ni memang best dengan jalan cerita yang senang dihadam. Berlatar belakangkan isu penyatuan Northern Ireland didalam United Kingdom, ianya mengisahkan Quan (JC) yang ingin membalas dendam atas kematian anak dia didalam satu insiden pengeboman oleh separatist group (UDI). Untuk sesiapa yang minat cerita Jackie macam aku, memang highly recommended lah..:-)
Movie habis around 1 AM. Singgah Al-Ali mengeteh dulu. Dah lama tak kumpul bertiga, rasanya last before aku ke Krabi. Banyak benda kami sembang, punyalah leka tau-tau dah nak dekat pukul 3. Aku dan Afiq made our way to Rawang dan sampai rumah jam 3.30 pagi. 

So, hilang ke tension kau tu? Ada lah sikit. Bagi aku karok lagi efektif kalau bab stress management ni. Haha