Sunday, February 26, 2017

Kisah AKU n ANC's Mini Reunion 2017

Assalamualaikum,

Haa, camni lah bagus. Takde cerita jangan dok diam je, do something. Kebetulan sebenarnya ni, one of my friend invited me for a quick mini reunion for our 7 years anniversary of Abang Nezam Crew. Untuk sesiapa yang don't have any idea apa yang aku mengarut malam ni. Let me brief you guys, Abang Nezam Crew or ANC ditubuhkan pada tahun 2010 ketika kami menuntut pengajian Asasi Undang-Undang di UiTM Shah Alam. Bermula dari sebuah study group, ianya berkembang menjadi satu fraternity diantara 10 group members yang masih connected hingga ke hari ini.
Dan untuk sepanjang hari ni, 4 of us managed to reunite again selepas hampir satu tahun tak bertemu. Well, the last time we had our reunion was on March 2016. Seawal jam 11AM lagi aku dah ke KTM Rawang, malas beb nak drive. Haha
Our meeting point is located here, KLCC. Tapi tiba-tiba bertukar ke Pavillion.
Ni time guna Uber. Semua tak nak jalan kaki punya pasal. Huu
Since most of us tak breakfast and its already 1PM, we decided to have our lunch first at Suki-Ya. Japs lagi! Hari tu pun makan makanan Jepun..:-p
I hate chopstick. Pfft
Konsepnya sama macam typical steamboat restaurant. Bezanya, it's originated from Japan. Ada 4 soup bases yang boleh kita pilih. As for us, we chose Sukiyaki (soy-sauce) dan Kimochi (spicy kimchi-base). Highly recommended by Rizki, yang selalu makan kat sini.
Haa, yang spacky tu lah Abg Nezam. Our godbrother dulu, kini dan selamanya. He's already a living legend for both Law Faculty and UiTM respectively. Sebelah dia is our hot-stuff, Rizki Faruzzi. Our Prince of Setiawangsa..:-)
Aku bersama Afiqah. Our Kak Yong, orang Batu Gajah. Hidup Perakian! Hehe
Muka penuh konsentrasi tu..:-p
Time lunch ni kami banyak bersembang pasal isu semasa je especially when it comes to isu-isu berkaitan perundangan yang hangat diperkatakan sekarang. Of course, kita ada Abg Nezam in the house yang bagi penerangan terhadap misconception kita tentang several law yang wujud di Malaysia ni.
Picture credit to Rizki..;-)
Lepas makan aktiviti diteruskan dengan aktiviti photoshoot Rizki. Yeah, he's aspired to be a model katanya. Patutlah dressing bukan main, siap bawak blazer dalam beg. Anyway, pakej dah ada bro. Keep it up!
Iqa yang jadi photographer tadi. Aku tukang angkat beg, prop dan sebagainya..:-p
Sekali sekala nak jugak berangan jadi model walaupun tak cukup pakej. Huu
6PM - Since KL dilanda hujan lebat, we can't make it to the nearest monorail. So, we had another round of chit-chat at The Loaf. This time minum je lah. Nak makan apanya perut dah penuh.
Acah-acah macam kat Hadyai pulak. Tapi seriously Pavillion ni mengingatkan aku kat Lee Garden Hatyai. Hampir serupa je environment sini.
Kat sini baru lah kami bukak cerita pasal perkembangan hidup masing-masing. Plus, ada jugak update mengenai rakan-rakan seperjuangan kami yang lain especially the rest of ANC members yang tak dapat join. Susah nak gather semua sekali. Ada yang tercampak kat  Melaka, Sarawak, Terengganu, Pahang. Yang kami ni pun either memang menetap dan juga bekerja kat KL ni.  Picture credit to Rizki
Pukul 7 petang, we made our way back home. Abg Nezam balik ke Bangsar, Iqa pulak ke Pantai Dalam, Rizki ke Setiawangsa and yang paling jauh..hehe, aku ke Rawang. Another 1 hour KTM ride + 20 minutes of driving to Sungai Buaya..:-)
Naik KTM pukul 8, dan sampai sekitar jam 9. As being expected, safely arrived 20 minutes later.

Okay lah guys, time menaip ni pun memang mengantuk dah sebenarnya. Esok pulak ada meeting awal pagi. Nak tidur dulu, semoga berjumpa di lain entri. Till then, take care. Bye!

Saturday, February 25, 2017

Kisah AKU n Wedding @ Laman Cinta Nirwana

Assalamualaikum,

Perghh, ni lah rekod monthly update paling teruk dalam sejarah blog aku ni. It's nearing end of February, tapi cuma 2 je entries recorded termasuk yang ni. Seingat aku paling teruk was on June 2010 with 2 entries sahaja. Tapi takpelah, that was almost 7 years ago! Waktu mula-mula aku bertapak dalam industri blogging ni. Seriously beb, I don't like this habit. Takkan nak tunggu ada cerita baru update. Find one!
Well, let's start with update from the Office of Business Development. Several project proposal tiba-tiba on, plus I've been put under BRTKL team again selepas kena release last month.
Yeay, kad akses baru! Muka sombong benor tu. Haha
Melawat site highway baru  Eastern Klang Valley Expressway - This highway will be expected to disperse traffic from heavily congested MRR2. Highway sepanjang 37KM ni ada 5 plaza tol starting from Kajang to Ukay Perdana. Okay, tu je yang aku boleh share. Huu
Quatriz represented AlloyMtd for ITS Conference 2017 di Nexus Connexion, Bangsar South. Aku tak join pun expo ni, saja amik gambar nak penuhkan cerita entry ni. Haha
Pagi tadi aku ikut mak ayah pergi sebuah majlis perkahwinan di Ampang. Jadi penumpang je tadi, I hurt my knee semalam, so malas nak drive..:-)
Majlis berlangsung di Laman Cinta Nirwana, terletak di Ampang Hilir. Kawasan elit ni. Yang kahwin ni pun aku tak kenal siapa sebenarnya. Haha. Setahu aku ni majlis kahwin anak kepada sepupu Opah, Dato Harun. Takpelah, since dah dijemput. Datang makan je lah..:-p
Ikut pun sebenarnya mak ayah yang ajak, takde dalam my weekend plan pun. Kalau tau takde aku breakfast pukul 11 tadi. Buat apa datang orang kahwin kalau perut kenyang. Hee
See. Dah agak mesti pakai baju Melayu. Ni lah budaya yang patut kita amalkan dalam majlis-majlis camni. Ni aku tengok yang datang dressing serupa nak pergi kelab malam. Ohh lupa pulak, this is Ampang! Haha

Okay lah, menutup entri malam ni. Suka aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Khalis dan pasangannya, Filzah. Semoga ikatan yang dibina kekal dan sentiasa diberkati Allah. Amin In Sha Allah. Alright guys, gotta go now. Nak pergi lepak dengan brothers jap. Adios.

Sunday, February 12, 2017

Kisah AKU n Shahrul's Wedding @ Temerloh

Assalamualaikum

Haha. Nak dekat 2 minggu tak update. Ape cer bro?? Busy beb sekarang ni. Lagipun takde cerita menarik pun minggu lepas. Okay lah, semalam aku berkesempatan menghadiri majlis persandingan Shahrul, bekas rakan sekerja aku di Quatriz. Majlis berlangsung di Temerloh dan dihadiri oleh beberapa rakan-rakan office. Jom kita selak sikit cerita wedding kedua dalam blog aku tahun ni!
Plannya nak berkumpul kat Plaza Tol Gombak around 11.30, dari sana carpool. Yang on time nya aku dengan Azrul je. Yang lain semua sampai 12.30. Cibai sungguh. Haha
Ada 2 kereta semalam. Aku, Arif, Azrul Naik kereta Syah. While Zaaba dengan Azie carpool dengan Kak Nita.
Kami bertolak dari Gombak sekitar jam 1 petang. Sampai Temerloh pukul 2.30. Memang sampai terus makan dulu lah. Aku dah la tak breakfast pun semalam..:-p
Geng bujang Quatriz with exception for Azie. Rasanya dah boleh remove hang dari group WhatsApp. Haha
Bergambar bersama pengantin baru. Kahwin jugak diorang ni. Kapel clash, kapel clash. Tu orang cakap bila jodoh kuat, buat lah macam mana pun akhirnya bersatu jugak..:-)
Untuk sesiapa yang tak kenal bro ni. Dia dulu satu department BD dengan aku. Tapi sempat bekerjasama sebulan je before he left the company bulan 9 tahun lepas.
Ni first time aku tengok pengantin solat time majlis bersanding. Boleh pulak bersembang lepas tu. Haha. Sempoi..:-)
Dah jadi tradisi pulak datang majlis kahwin pakai baju Melayu ni..:-)
Dalam pukul 4 kami bertolak pulang ke Gombak. Singgah amik angin kat Esplanade Temerloh ni.
On the way balik si Zaaba suggest singgah early dinner kat the famous Lemang To'Ki yang terletak di Bentong. Katanya tak budak Quatriz lah kalau tak makan lemang ni..:-p
Boleh tahan lama kitorang melepak kat sini semalam. Ada 2 jam jugak rasanya. Sembang pun benda-benda mengarut, tau-tau jam dah pukul 8.30.
Tapi Lemang To'Ki ni memang sedap. Rasa dia cair dalam mulut beb! Tambah pulak makan dengan rendang tu. Highly recommended untuk pencinta lemang..:-)
Sampai Gombak pukul 9.30. Aktiviti bujang diteruskan dengan berkarok. Tapi group kereta satu lagi tu balik terus, mata dah rabak katanya. Tinggallah kami berempat.
First time karok dengan budak-budak Quatriz ni. Dulu kat Langkawi ada jugak, tapi sampai turn aku boleh terskip pulak. Merajuk terus balik hotel. Haha
Khairul (tengah) pun datang join the party jugak semalam. Dia tak ikut kitorang pergi wedding Shahrul semalam.
Karok pakai baju Melayu. Hang ada? Huu
Habis karok dalam pukul 11.40 malam, then we made our way to Haji Imran. Sambung ngeteh Nescafe sampai pukul 2 pagi. Tak boleh beb tak pekena Nescafe sehari, boleh gila aku nanti..:-p

So guys, itu saja lah cerita petang ni. Buat Shahrul dan Farah, selamat pengantin baru aku ucapkan. Semoga berbahagia ke anak cucu dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.Amin In Sha Allah.