Wednesday, November 30, 2016

Kisah AKU n Revisit Shah Alam 3.0

Assalamualaikum,

Nak cerita sikit pasal aktiviti aku petang tadi. Ye betul, as the title suggested. Aku ke Shah Alam atas urusan kerja, on the way nak balik tu tergerak hati kecik aku ni untuk melawat kawasan rumah sewa aku di Flat PKNS ketika menuntut di UiTM dulu.
Pagi mesyuarat di Lembaga Lebuhraya Malaysia, lepastu singgah office TPM untuk siapkan a few pending works. Pukul 3 bergegas ke Shah Alam to attend a meeting+site visit bersama Kumpulan Perangsang.  
Lepas solat Asar, tengok jam dah 5.20 petang. Memang tak lah gua nak balik office. Since ayah pun naik bas 5.30, aku conclude yang dia akan sampai around 7 di Terminal Bukit Sentosa. So, aku decide untuk melawat destinasi ini to kill the time.
Kat sini lah tempat aku parking my CT100. Ingat lagi siap-siap pakai helmet dari rumah pastu turun, dah macam angkasawan. Haha
Setiap anak tangga yang aku daki, rasa sebak bila mengenangkan susah payah belajar demi mendapatkan segulung ijazah. 5 tingkat kesemuanya. Kira lah berapa anak tangga yang aku daki almost everyday dulu. Hidup sebagai seorang pelajar, seorang pemimpin pelajar, seorang atlet, seorang tutor dan segala macam lagi lah. Alhamdulillah, susah payah tu terbalas. Bila bekerja ni akademik bukanlah ukuran sangat, tapi soft skill yang kita semai di universiti. So adik-adik, tak rugi pun aktif bila belajar. It help you nanti, trust me!
Sampai tingkat 4, terkejut aku dengan kucing ni. Memang sahlah dia, kucing yang aku selamatkan dulu. Flashback sikit, tahun 2014 - Ingat lagi, aku baru je habis layan Selangor vs Sevilla dekat mamak depan padang time tu. On the way nak balik, nampak dia ni dah keras dalam kotak. Ada semut hurung lagi. Memang aku fikir dah mati kucing ni. Aku pun naik kerumah tapi hati tak sedap. Aku turun balik nak tengok. Ada pergerakan. Cepat-cepat aku terus bawak kucing ni pergi kat ibu dia yang selalu lepak depan rumah aku.
Just in case kalau korang nak tengok gambar kucing ni waktu hari last aku stay kat sini. Sedih beb nak tinggalkan diorang, kecik lagi time tu..:-(
Haa, ni lah rumah sewa aku dulu. Doa masuk rumah yang Mujahid letak kat pintu tu wujud lagi. Bagus betul. 
Pemandangan dari balkoni rumah. Dulu time stress selalu lepak sambil tengok budak-budak main bola. Malam-malam kalau nak bergayut dengan si Mas tu, ini lah tempatnya. Hehe
Selfie seround before pulang ke Rawang. Tu muka tahan sebak beb!

Ini merupakan visit kali ketiga sebenarnya setelah hampir 2 tahun setengah I left Shah Alam after completed my degree. Yang pertama time nak amik mini-transkrip, yang kedua pulak Ramadhan 2015 and the latest one, yang ini lah! Memang mengimbau kenangan menjadi penuntut UiTM dahulu dan yang paling penting sekali, ianya memberi aku pedoman yang kalau kita nak berjaya, kita kena bersusah-susah dulu. Kejayaan tak akan pernah datang bergolek, unless kalau korang menang loteri dengan sekali tikam. Haha

P/S: Apa khabar lah house-mate aku si Mujahid dengan Afiq Parthi tu. Sihat ke?

Sunday, November 27, 2016

Kisah AKU n Happy Birthday 2016

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini. Syukur aku panjatkan kepadaNya kerana mengurniakan aku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi liku-liku kehidupan ini. Okay, sebelum kita buka cerita pasal sambutan untuk tahun ni, macam biasa der. What's happened kat office?
For this week, I'm not too fit to work but still came to the office. Sakit perut beb! Tak tahu apa benda yang aku makan. Berapa hari skip lunch minggu ni. Dengan tak cukup tidurnya, belum lagi nak cite azabnya keluar masuk toilet. Rabak woo!  Haha
Orang pertama yang wish my ageing life tahun ni ialah Bro Afiq. Ye lah, kitorang berdua tengah melepak kat kedai Siam time tu. Elok je pukul 12 terus dia wish sambil ketuk-ketuk meja, orang tengok pelik je. Dajei sungguh! Then followed by mak, ayah dan Along (adik gua sombong der, ingat aku bila nak mintak topup je..:-p). Ada jugak rakan-rakan di FB yang sudi wish jugak..:-)
Haa, ni pulak cerita petang semalam. Memang terkejut jugak bila Brotherhood Shah Alam hantar gambar ni kat group WhatsApp. Katanya on the way nak datang rumah. Aku ingat diorang main-main, mana taknya datang Bandar Rawang pun tak pernah, tiba-tiba nak masuk Sungai Buaya terus. Haha
Ada lah dalam 2 jam bersembang. Tapi memang terlupa nak bawak korang keluar minum kat "Salam Hotel" yang famous tu. Takpe lah, nanti datang majlis kahwin akak aku boleh lah minum seround dua..:-)
Pagi tadi pulak kami sekeluarga (except adik) pergi melawat Bukit Beruntung Golf Club, venue untuk majlis kahwin Along yang bakal berlangsung less than 2 weeks lagi.
Best buat event kat sini. Pada masa yang sama boleh bawak family korang mandi pool, main bowling, badminton, tenis or golf ke..:-)
Since aku pun a part of multimedia coordinator untuk majlis ni, memang bagus sangat lah dapat melawat kawasan. Boleh dapat clear imagination sikit bagi perjalanan program pada hari tu.
Interior dewan. Tak terlalu kecil dan juga tak terlalu besar. Sesuai untuk private function yang santai. Penting tau nak tengok dewan, baru boleh match kan dengan pemilihan konsep lagu.
Coordinator visualizing hari majlis. Haha, poyos je..:-p 
Ni pemandangan luar dari dalam dewan. Memang cantik!
Selfie seround sebelum meninggalkan venue..:-)
Kalau ikut plan nak celebrate birthday dengan family kat Mohd Chan Muslim Restaurant, tapi lupa pulak diorang open belah petang. Sudahnya we had our lunch dekat Sukhotai. Boleh lah. Janji niat nak belanja tu dah ada. Huu

Untuk tahun ni, memang berbeza dengan sambutan 2015 dimana my office colleague celebrate siap buat surprise segala bagai, Brotherhood Sungai Buaya payung berjimba, family & bakal abang ipar belanja KFC. Tahun ni - ada surprise from rakan-rakan seperjuangan yang sanggup turun all the way from Shah Alam, dan juga a simple yet memorable lunch dengan family. That's all.

Dah 24 umur aku ni. Pencapaian so far? Alhamdulillah, kerja ada and I pledged to serve for a long term commitment with my current company. Next, kereta pun ada. 7 tahun lagi nak habis bayar, itupun still berkira nak merancang untuk tambah liabiliti. Hehe. In Sha Allah by Q1 2017, aku nak berumah. Bukan berumah tangga tau, tapi beli rumah. Yang berumah tangga tu, aku just go with the flow je. Ada jodoh tu datang lah dia. Apa-apapun, happy birthday to me. Thanks kepada rakan-rakan yang sudi wish dan mendoakan yang baik kepada aku. Semoga Allah bersama kalian juga. Amin In Sha Allah.

P/S: Newcastle kalah semalam, but still at the top of the league with 2pts advantage. Langit tak selalunya cerah..:-)

Monday, November 21, 2016

Kisah AKU n Piji's Wedding @ Lukut

Assalamualaikum,

Fuhh, seharian takde kat rumah semalam. Dah lama tak keluar merayau dengan Brotherhood lama macam ni. Rasanya last awal November tahun lepas when we had a quick retreat at Melaka & PD. Yesterday, kami bertiga ke Lukut untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan rakan kami disana. Tapi apa-apapun jom kita recap apa yang menarik minggu ni dipejabat..:-)

Everything is fine here. Minggu ni amazingly lepak kat HQ je for full one week. Huhu
Had a good lunch with akak-akak kat HQ ni..:-)
Hari Sabtu pulak ronda satu Mawarsari dengan ayah untuk send invitation majlis kahwin along bulan 12 ni.
Hari Ahad - seperti yang telah dirancang earlier last week. Aku dan Afiq gerak dari Rawang sekitar jam 11.30AM, pickup Dolah kat Shah Alam and made our way to Lukut.
Sampai around 1.15PM - kitorang sampai, pengantin pun sampai..:-p
OOTD Polka Dot shirt je semalam. Semak pulak nak pakai kemeja segala bagai. Dah tu Negeri Sembilan ni asal aku datang je panas, tak pernah nak hujan. Haha
Untuk pengetahuan korang, pengantin yang diraikan semalam Saudara Hafizi merupakan rakan kepada Afiq dan Dolah ketika menuntut dekat Politeknik PD dulu. As for me, memang sempat kenal si Piji ni. Tak percaya cuba selak entri quick retreat aku ke Port Dickson tahun lepas..:-)
Nama pun kawan-kawan Poli, memang gua tak berkait langsung semalam (gua kan UiTM Dihatiku..lol sangat). Tapi takpe, you guys want some pictures? Here I am. I can snap quality pics even though guna kamera VGA. Haha
Potong kuihnya..potong kuihnya..Haha, apo bondo lagu Indon pulok ni?
As being expected, bro ni kalau jumpa mic, memang tak pandang apa dah.
Pengantin pun join berkarok semalam. Tapi memang A+ suara diorang ni. Macam Achik & Nana..:-)
Bila ada majlis kahwin melibatkan batch ni memang waktu yang sesuai untuk berjumpa rakan-rakan seperjuangan dulu. Introducing from left to right: Wan, Afiq, Dolah, Ijat, Ajei & Megat. Yang aku pernah lepak dengan Ijat je, yang lain baru kenal tadi. Ceyh, rakan seperjuangan konon. Sedar lah kau tu tumpang je tadi, haha. Apa boleh buat, budak lelaki batch UiTM memang lambat sikit off market..:-p
Bergambar kenangan bersama Raja Sehari kita yang diraikan, Saudara Hafizi sebelum bergerak meninggalkan majlis dan pulang. 
Alang-alang ada dekat PD, si Afiq and Dolah ni sempat melawat Politeknik tempat diorang menuntut ilmu dulu. Singgah Asar sekejap sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Shah Alam.
Sampai Shah Alam sekitar jam 6.30 petang, dan seperti didalam plan. We made our way to Space U8 untuk satu lagi aktiviti sihat orang-orang bujang. Hehe
Haha, lama beb tak karok bertiga. Nak tahu bila last kami bertiga spend time karok bersama? Check this entry. It's fucking 6 months ago, lama gila..:-p
Memang cool! Dapat jugak aku melampiaskan nafsu karok yang terperap ni. 3 jam jugak kami bertempur dengan mic tu. Bila dah lama tak berkarok tu lah jadinya.
9.30PM, we had our light dinner kat Seksyen 7. Hantar Dolah kat rumah sewa dia and terus menuju ke Sungai Buaya.

Okay lah, nak tidur dah. Lupa pulak hari ni Isnin. Kerja der, awal pagi kena bangun. Buat Saudara Hafizi dan pasangan, selamat pengantin baru aku ucapkan. Semoga perkahwinan korang diredhai Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Ohh, dan semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan juga solehah. Amin In Sha Allah.

P/S: Newcastle United menang lagi and make it 8 wins in a row. 5 points clear now!

Sunday, November 13, 2016

Kisah AKU n RFID Production Center Launching @ TPM

Assalamualaikum,

Aik, awal update minggu ni? Bila dah takde program hujung minggu, duduk rumah je gamaknya. Alang-alang tengah free, datanglah mood nak mengupdate blog ni. Okay lah, quick one. Nak story sikit tentang sebuah event company kami yang berlangsung dengan jayanya minggu ni.
Hari Rabu lepas (9/11/16) telah berlangsungnya sebuah event organized by Quatriz dengan kerjasama Technology Park Malaysia Corporation. 
A day before the event kami buat final preparation untuk majlis yang sangat penting bagi company dan the Group. Event ni bakal dihadiri oleh several top management yang datangnya dari client dan juga partner kami. Overall, its all about prestige and pride. Huhu, memandai je buat self-analysis..:-p
Ensuring semua machine berfungsi dengan baik. Jangan bila buat demo depan VIP tu hang pulak. Haha
Ada full rehearsal jugak petang Selasa tu. 
Hari yang dinanti telah tiba. Semua staff mengambil duty masing-masing. Ada yang jadi usher, emcee, photographer, videographer, baca doa, technical demonstrator etc. Hang jadi apa Farid?
Hehe. Tengok pun dah tau apa duty aku sepanjang event tu. Bak kata bos "Take this gear and get us some good pictures.." 
Actually gambar-gambar yang aku snap hari tu ada dalam our Server. Aku sendiri pun tak sempat nak tengok or copy, so yang sesat dalam blog ni pun mana yang sempat aku snap pakai Lenovo je..:-)
Okay, mesti korang nak tahu kan apa yang penting sangat event ni untuk Quatriz kan? Program ni merupakan soft launch untuk Quatriz-MTDC RFID Center yang instrumental untuk the development of Multi Lane Free Flow (MLFF) kat Malaysia ni. In Sha Allah by 2020, our country will be fully expected to use this technology to remove the physical toll booth. So, nanti nak bayar tol tak payah perlahankan kereta dah, cuma lalu je then let the technology do the work. Tak faham? Takpelah, nanti keluar paper korang absorb pelan-pelan. Ohh by the way, this is the list of our VIP guests yang hadir meraikan program ini:
  1. Dato' Norhalim B. Yunos - CEO, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)
  2. Dato' Ir. Mohd Azman B. Shahidin, CEO, Technology Park Malaysia Corporation
  3. Dato' Nik Fauzi B. Tan Sri Nik Hussein - SVP I, AlloyMtd @ CEO, ANIH Berhad
  4. Radzimah Bt. Radzi - SVP II, AlloyMtd @ COO, ANIH Berhad
  5. Syahrunizam B. Tan Sri Shamsuddin - CEO, Touch n'Go
  6. Azmi B. Jaafar - Head of Urban Mobility, Touch n'Go
  7. Shinichi Masumoto - General Manager ICT Business, Mitsubishi Heavy Industries (MHI)

Event concluded sekitar jam 1 petang. Shortly after berkemas, kami yang based kat HQ ni terus balik ke Batu Caves. Apa korang ingat habis event boleh balik rumah? Hihi. Banyak kojo lagi nak kena settle - tu audit result atas meja tak berusik lagi. Minggu depan konusultan nak jumpa tengok progress..:-)
To conclude, a very special thanks I bid to pihak pengurusan dan juga rakan-rakan seperjuangan yang memberikan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung. Perjuangan kita belum selesai, ini baru permulaan untuk masa depan yang lagi cerah buat Quatriz dan the Group secara amnya.

Ermm okay, since hujung minggu ni takde plan nak kemana-mana. So, cerita minggu ni habis kat sini. Haha. See you guys in next entry. Till then, take care!