Monday, April 25, 2016

Kisah AKU n Setia City Mall 2.0!

Assalamualaikum,

Lambat lagi update blog minggu ni. Terbalik pulak, time kerja dulu on time je update. Dah tak kerja full time ni jadi berat nak update, Mana taknya, cerita pun tak banyak bila duduk rumah je. Pukul 10.30 pagi aku dah keluar dari rumah. Plannya nak ke Shah Alam, ada sikit urusan kerajaan kat sana
Haa, ini lah urusannya. Pergi SUK Selangor, nak hantar borang permohonan jawatan kosong Kerajaan Negeri. Maklumlah, aku kan baru je disahkan taraf penduduk tetap Selangor. So, apa salahnya memohon nak mencurahkan bakti kepada Kerajaan Negeri Selangor pulak.
Selesai urusan sekitar jam 12.30 PM. Then, move to my next destination. Banyak mall yang ada kat Shah Alam ni sekarang. The latest one is AEON Mall D'Kayangan. Mula-mula ingat nak kesana tapi bertukar last minute, sudahnya ke Setia City Mall je. Eh, hang nak buat apa sorang-sorang kat sini?
Karok je dekat sini tadi. Ingat nak tengok cite Huntsman Winter War, tapi terfikir pulak hari ni kan hari bekerja. Confirm kosong panggung which is exactly correct. Memang hambar depan kaunter tadi, adalah 2-3 orang je yang queue.
Late lunch di Food Channel. Dapat jugak meja tepi tingkap ni. Nampak tak ada tompok hitam kat padang rumput tu? Rupa-rupanya ada budak-budak yang baru konvo tengah photoshoot. Terlupa pulak sekarang ni tengah Istiadat Konvokesyen UiTM. Tahniah la ye, semoga selamat menempuh alam pekerjaan yang penuh pancaroba ni..hehe
Minta tolong seorang akak tu amik kan gambar. Hehe. Bro ni kalau dah bergambar memang tak ingat apa dah. Berangan nak jadi model, tapi tak cukup inci..hahaha

So, itu lah cerita hari ni. Simple je. Esok ada satu entri aku nak update, tunggu je lah. Till then, take care semua!

Wednesday, April 20, 2016

Kisah AKU n Temuduga PTD M41

Assalamualaikum,

Lama tak update blog En. Ferdi? 
Haa, ni lah sebabnya. Minggu lepas for the whole week aku diserang demam selsema. So, memang takde aktiviti sangat yang aku buat. Hujung minggu pun duduk rumah. Bernasib baik sebab dah tak payah pergi kerja so boleh rehat membungkang kat rumah. Minggu lepas jugak memberi aku ample time untuk membuat persiapan ke temuduga PTD M41 walaupun didalam keadaan yang kurang sihat. Seperti yang korang sedia maklum, aku telah pun melepasi dua halangan didalam kemasukan ke PTD tahun ni, peperiksaan online dan juga PAC dan alhamdulillah, aku diberi peluang untuk masuk ke halangan yang ketiga - temuduga. Jadi, di entri ni aku berhasrat untuk mengkongsi pengalaman aku bertemuduga untuk jawatan eksklusif dalam kerajaan ini.
Temuduga aku dijadualkan pada pukul 11 pagi, tapi seawal 6.30 pagi lagi aku dah keluar rumah. Tugas pertama, menghantar kakak aku ke pejabat dia di Bangsar. Kemudian aku bergerak ke Pejabat SPA di Jalan Cenderasari dimana temuduga itu dijalankan.
Sampai around 8AM, tapi tak nak register dulu sebab tak ready. So, aku lepak dalam kereta sampailah pukul 10. Lepas register, terus diarahkan ke Dewan Temuduga di Aras 2. Nervous gila beb! haha
Tapi nervous tu sekejap je, bila berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan ketika PAC di INTURA. Ada 6 calon dari INTURA, yang 2 lagi aku terserempak sebelum nak daftar. Perkenalkan dari kiri - Dhiyauddin (room-mate), Ashraf (bestfriend kat sana) dan Iqmal (group-mate)..:-)

Okay, jom kita ke main content dalam entri ni - apa yang ada dalam temuduga aku ni?

Walaupun sesi pukul 11, nombor aku dipanggil sekitar jam 1 petang. Ye lah, nama pun interview. Takkan lah 10 minit je, mesti habis-habis pun setengah jam satu calon. Buat pulak register lambat, memang dapat nombor last lah untuk Panel 06 tu. Masuk je bilik interview, aku menyerahkan required document kepada Panel. Ada dua orang, satu dari SPA dan another one from JPA. Selepas itu bermula lah sesi interview aku bermula dari soalan:
  1. Pengenalan Diri - Simple je. Kenalkan nama, umur, tarikh dan tempat lahir. Education background, extra co ketika belajar dan juga ringkasan kerjaya. 
  2. Cabaran dalam pekerjaan dan bagaimana kita menghadapi cabaran itu. 
  3. Huraian Ringkas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?
  4. 8 Teras PTD dan teras mana yang kita nak berkhidmat, iaitu Kementerian mana?
Selepas ditanya mengenai Kementerian yang dipilih. Soalan-soalan Panel kebanyakan dituju kearah pengetahuan kita mengenai Kementerian tersebut, isu semasa dan juga knowledge kita mengenai Kementerian itu.
  1. Kenapa memilih Kementerian Luar Negeri?
  2. Apa kekuatan yang kita ada untuk mereka memilih kita didalam Kementerian itu?
Jika kita menjawab knowledge yang tinggi didalam soalan tu. Maka kita akan dihujani dengan pelbagai soalan berkait dengan Kementerian tu..
  1. Terangkan Dasar Luar Negara Malaysia dari Zaman TAR hingga DSN?
  2. Apa itu ASEAN?
  3. Huraikan ASEAN Economic Community dan kepentingan kepada Malaysia
  4. Apa itu TPPA?
  5. Berikan impak negatif TPPA kepada Malaysia?
  6. Terangkan mengenai Regional Cooperation(kat sini kena psiko beb..haha)
  7. Berapakah Malaysian foreign mission yang ada di dunia?
  8. Kenapa jumlah Singapore foreign mission lebih kecil berbanding Malaysia?
  9. Apa itu Konsul?
Haa, tu lah dia kawan-kawan. Risiko yang kita kena ambil kalau meletakkan ilmu yang kita ada menjadi taruhan. Alhamdulillah, memang makanan aku dan soalan-soalan yang diberi semuanya aku jawab. Tapi tak sure macam mana Panel interpret, sama ada berpuas hati atau tidak. Itu aku serahkan kepada Allah. But it doesn't matter, korang letak kekuatan dari segi komunikasi ke, apa ke. Aku yakin memang dia akan tanya soalan berkait macam ni. Panel memberi peluang kita bertanya soalan dan kemudiannya bersurai. Aku keluar dalam jam 1.30. Rasa sekejap je aku dalam bilik tu, tapi kawan-kawan kata bukan main lama aku dalam tu..haha

Habis je sesi temuduga, aku tunggu giliran Ashraf. Lepas tu sambung bersembang dengan dia kat Lobi sampai nak dekat pukul 3 petang. Bukan apa, aku ada tugas lagi yang nak kena buat ni. Tapi apa-apa pun, kita selfie satu round..huu
Haa, ni lah tugasnya. Patah balik ke Bangsar, ambil Along from kerja. Luckily dia balik pukul 4 semalam. So, sesak pun dalam bandar, lepas je Istana Negara clear dah jalan dan kami sampai ke rumah dalam jam 5 petang.

Tu lah pengalaman aku menjalani temuduga PTD M41. Memang menguji ketahanan mental dari segi bagaimana Panel menguji kita dengan melontar pertanyaan bertalu-talu, dan membuatkan kita berasa ragu-ragu dengan pendirian kita. Memang bersyukur sangat dah sampai ke stage terakhir ni walaupun ini kali pertama aku dipanggil. Apa-apapun keputusan interview ini, aku serahkan kepada Allah. Aku redha dan terima dengan seikhlas hati. Akhir kata, selamat maju jaya kepada agensi yang terlibat didalam pengambilan Kadet PTD pada tahun ini, terutamanya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Terima Kasih!

Monday, April 11, 2016

Kisah AKU n Ifah's Wedding @ One City

Assalamualaikum,

Petang semalam aku menghadiri sebuah majlis perkahwinan rakan seperjuangan ketika menuntut di UiTM dahulu. Rasanya korang sedia maklum kan pasal majlis ni melalui entri reunion di NU Sentral about a couple weeks back? Alah, yang aku dapat kad bercetak tu. Haa, takpelah tak payah struggle nak buat-buat ingat. Baca je lah entri ni..:-)
Berbaju serba merah dan bersongkok hitam (mengikut tema lah konon, ni semua Abang Nezam punya kerja), aku gerak dari Rawang sekitar jam 11.45 pagi. Nasib baik lah ada GPS kereta ni, so tak payah susah-susah nak mapping guna invitation card ni..
Tiba di One City, USJ tepat jam 12.45 tengah hari. Call budak-budak lain, semuanya belum gerak dari rumah masing-masing. Sudahnya nak dekat sejam jugak aku tunggu dalam kereta tu..:-p
Majlis berlangsung di Grand Ballroom Level 4, The Place - One City berhadapan SkyPark. Yang diorang tadi boleh terkonfius naik Level 4 kat Skypark tu, memang takde apa-apa lah kat sana..haha
Nice table decoration. Eh, macam kenal je makhluk dalam gambar ni? Okay, jom aku perkenalkan rakan-rakan seperjuangan yang turut hadir memeriahkan majlis tadi.
Muhaimin, datang dari Kuching semata-mata untuk sama menyaksikan hari bersejarah rakan kami, Afifah.
Afiqah dari Kelana Jaya, and our Prince of Setiawangsa , Rizki. Diorang bertiga datang satu kereta tadi. Gambar ni memang funny sebab time tu Rizki kena pitch join MLM dengan Auntie Who? Aku pulak buat-buat bersembang business dengan Iqa to avoid being pitch as well..haha
En. Ferdiansyah dari Rawang. Dia ni yang paling jauh tadi, but the earliest yang sampai. Eh, mana our god-brother yang sepatutnya tetamu paling penting? Entah lah - WhatsApp tak reply, call tak angkat. So we assumed he's MIA for the whole day.
Cantik kan pelamin ni? Kudos to the designer, simple yet eye catching! 
A formal picture with Raja Sehari yang diraikan semalam. Pn. Afifah dan juga pasangannya En. Zikri..:-)
Selfie satu round dulu!
Bergambar bersama En. Zikri. Amik berkat raja sehari..hee
Iqa with our stunning Ifah, Queen of the Day!
Bila ada majlis perkahwinan melibatkan batch ni, memang masa yang sesuai sangat untuk berjumpa dengan kawan-kawan satu batch yang lain even though not in the same class. Introducing, Zulhilmi Zabri in far right, selalu spar badminton dengan dia kat court Perindu.
Roommate in my Asasi day, Khaliq. Sekali tengok dah macam YB bergambar pulak aku ni..haha
With Muhaimin. Ramai lagi lah our batch yang datang memeriahkan majlis tadi, tapi tak sempat nak bergambar. Mana taknya, diorang nak balik, kitorang baru nak makan..:-)
Eh-eh, baru tinggal henset sekejap kat tangan si Rizki ni. Sempat lagi selfie tu..huhu
Around 4 PM, kami berempat meninggalkan dewan dan bergerak ke our next stop. Nak pergi mana?
Sambung mengeteh kat Old Town sambil bersembang mengenai progress hidup kami selepas bergraduat dan juga future plan. Macam aku dan Iqa, we left UiTM about 2 years back and sejak tu kami dah bina solid foundation in our career, cuma setakat ni aku terkandas (being retrenched last week) but I promise - I'll bounce back! When life give you hard time, don't ever say "Why Me" but always keep positive and think "Try Me, Try Me Harder". Muhaimin and Rizki had just graduated from LLB and I'm sure they will commence their career soon..:-)
We dismissed at 6PM, I made my way to Shah Alam. Ada plan lagi yang tak settle ni..hehe
Tu diaa, sambung melepak lagi dengan Brotherhood Shah Alam. Last jumpa diorang bulan 8 tahun lepas, dan sekali dah jumpa tadi memang tak ingat dunia lah bersembang. Dari jam 8 malam sampailah nak ke pukul 12.30!
Muka rabak dah sebenarnya. Dari pagi sampai ke tengah malam berjimba. Balik tadi lalu Guthrie pun dah tak fikir apa. Lantak lah orang kata highway ni haunted ke, yang penting aku nak sampai cepat. Tapi kan nak dijadikan cerita, kat pertengahan jalan somewhere between Bukit Jelutong - Elmina, dalam jam 12.45 tengah malam, aku tercium bau busuk beb! Dah la jalan punya gelap, kereta aku sebijik je sepanjang jalan tu. Sumpah menggigil gua pegang stereng tadi sambil keeping my eyes front. Time tu baru ada akal nak fikir, bengong betul ko ni Farid..:-p
Alhamdulillah, selamat sampai rumah kira-kira jam 1.05 pagi. Lepas ni rasanya kalau dah lewat sangat, better ikut PLUS je. Lambat sikit pun takpe, asalkan ada kereta banyak kat situ. By the way, thanks Ifah untuk goody bag ni.

Okay lah guys, nak tidur sekejap. Kot lah kena hantar ayah kerja pagi ni since Along MC. Buat Saudari Afifah dan Saudara Zikri, selamat pengantin baru aku ucapkan. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh/solehah dan ikatan korang berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

Sunday, April 10, 2016

Kisah AKU n Sesat!

Assalamualaikum,

Eh tak tidur lagi? Mata tak boleh nak pejam, tidur lama sangat pagi tadi. So, sementara nak menunggu Subuh ni, apa kata aku share aktiviti malam semalam. 

First of all, Newcastle kalah lagi semalam, which is shit seperti biasa and now pintu relegation dah boleh nampak seluas-luasnya. Ada baki 7 games left untuk Rafael Benitez salvage apa yang tinggal dalam skuad ni. Honestly, aku tak salahkan dia pun kalau Newcastle terkeluar this season, semuanya salah "Three Stooges" - Mike Ashley, Lee Charnley dan juga Steve McClaren tu. They should accountable for the destruction of Black-White's pride!
Okay, dah tu sembang pasal bola. Bukan korang kenal pun team yang aku support tu..haha. Hari Jumaat lepas sempat bersembahyang di Bandar Sungai Buaya. Lama dah tak solat Jumaat kat surau ni..:-)
Semalam, aku ke Uptown Shah Alam bersama my dad, En. Gani. A quality time between father and son. Bukan selalu keluar jalan-jalan berdua dengan ayah. Sejak menganggur ni mana ada dah pergi balik kerja sama-sama. See, resignation tu menyebabkan masa seorang anak lelaki dan ayah dihancurkan..haha. Tak boleh blah punya statement..:-p
Seawal pukul 8 malam kami dah keluar rumah. Pintu masuk UiTM kat Seksyen 7 ni dari dulu, kini dan selamanya sesak. Dari zaman aku belajar, sampailah nak dekat dua tahun aku tinggalkan UiTM. Dia punya sesak, dari traffic light sampai nak ke simpang pasar malam dekat food-court Flat PKNS tu..haha. 
Mencuci mata sambil membeli sehelai blazer (dah kenapa beli blazer ni..haha) dan seluar slack. Maklumlah, pinggang dah melebar. So, ada lah satu dua seluar yang memang kena decommissioned dan perlu diganti..haha.
Teman ayah makan kat food court Uptown. Aku minum je since ada plan lain lepas tu. But, apa yang best tentang Uptown Shah Alam ni - dari dulu sampai sekarang punyalah ramai awek-awek. Mana taknya, berapa banyak IPT ada kat Shah Alam ni. UiTM, UNISEL, MSU, Politeknik, Kolej PTPL etc. So, memang port baik punya nak cuci mata.
Rompakan berbayar malam tadi, UA Boutique ni memang favourite aku. Asal sampai Uptown Shah Alam, mesti paling-paling pun satu beg diorang ni aku bawak balik. Tak percaya, pergi lah check entri-entri lama aku..:-p
Apa ni? Haa, ni lah nak cerita. Asalnya plan dengan Dolah nak lepak dengan Afiq kat Setia Alam. Simple je plan kami - Dolah akan drive from Sungai Buaya ke Uptown, amik aku kat situ. But, dia kena amik aku before 10 malam, since aku tak nak bagi ayah aku drive lalu Guthrie around that time. Ye lah, ayah pun bukan sihat sangat, plus jalan tu bukan "elok" sangat.
But, si Dolah ni pulak kata dia baru nak gerak pukul 10. Much upset me lah. So, aku pun tukar plan ASAP. Aku akan ke Setia Alam, tunggu diorang kat sana so that ayah boleh balik awal. Aku cadangkan Setia City Mall, but Afiq suggest try pergi rumah dia di Apartment Seri Jati. Takde problem pun nak ke Setia Alam dari Uptown, but nak ke rumah dia tu aku tak tau. Shit happens, GPS kereta jammed , Waze pulak asyik disconnected and finally, I found myself lost entah kemana. Laluan 1210 ni sebenarnya Jalan Meru-Sungai Buloh, nak tembus LATAR from Bandar Coalfield. Sudahnya, aku contact Afiq untuk called off our lepak malam tu since jam pun dah pukul 11.30 PM. Sebab aku fikir kalau sampai pun, berapa lama sangatlah nak lepak sebab bro tu pun pukul 8 pagi dah kena masuk kerja.
Exit highway around 12AM, memang kebulur gila time tu. Sia-sia je aku kosongkan perut semalam..haha. Aku hantar ayah ke rumah dulu, and terus ke Medan Selera. Sampai-sampai je tengok gelap. Gila. Takkan nak berlapar kot. Fuck No! At the end, I had my late dinner kat Salam Sentosa Bukit Beruntung. Sanggup sampai kesana tu nak cari makan..haha. 

Itu lah cerita aku semalam. Entah apa-apa kan? Okay lah, nak main game sekejap sementara tunggu azan ni. Petang ni aku nak ke majlis perkahwinan Ifah kat Puchong. So, better get some good sleep. Jangan terlajak tidur sudah..:-)

Monday, April 4, 2016

Kisah AKU n Welcome April!

Assalamualaikum,

Eh, tak tidur lagi bro? Of course lah, bukannya kerja pun esok..haha. So, ingat tengah malam ni nak update sikit cerita tentang aktiviti hujung minggu aku. Biasa lah, awal bulan kan? Mesti ada cerita cliche punya..haha
Hari Sabtu jadi driver. Pergi melawat rumah kawan ayah di Taman Bukit Permata, Gombak. Aku pun tak tau apa function datang sini sampai ke petang..:-p
Sampai pukul 4 jugak kami kat sini. Rumah orang-orang kaya ni, atas bukit. Tapi panas dia tak payah cakap lah. Sampai kuning kaler rumput kat sini. Lepas Asar, terus tertidur sampai pukul 8.30 malam. Tengok jam memang menggelupur habis since janji nak pickup brotherhood untuk aktiviti malam kami. Nasib baik Afiq volunteer amik, jimat minyak..hehe
Since kami sampai Rawang pun dah nak pukul 10. Most of tempat karok dah full house and waiting time ada yang sampai 50 minit. Dolah pun suggest untuk ke karaoke center berhampiran CC Matrix kat Pasar Besar Rawang. 
Tapi sini memang bapak mahal beb! RM 38 for one fucking hour! Mula-mula reluctant jugak, last-last we paid RM 60 for 2 jam. With no complimentary snacks and refreshment given. Pfftt..
But, apa yang bestnya kat sini. Audio memang superb, pakai wireless mic which is good. Lagu mostly updated and kadang-kadang boleh ternampak amoi seksi lalu lalang. Sebab center ni owned by the Chinese and mostly yang datang karok pun kaum-kaum diorang jugak..haha
Berbaloi rasanya buat exercise 30 minit lepas kerja everyday. Nampak ada isi dah lengan aku tu..hihi. Buat basic je, takde angkat berat berkilo-kilo pun..:-)
Haha..dah kenapa si Dolah ni. Semalam kitorang buat challenge, menyanyi dengan freestyle. Ada yang meniarap, baring, cangkung..haha
Habis karok around 12.30, singgah dinner kat Afzal. Time ni aku buat announcement tentang resignation aku. Semua terkejut and show their support, sampai ada yang offer untuk carikan kerja untuk aku. Thanks guys, korang memang kawan terbaik yang aku ada. But, don't worry. I'll be fine.
Terlebih flash. Korang nampak 2 orang belakang aku tu? Tu tengah pujuk awek masing-masing, menangis segala bagai. Ingat drama TV3 ke apa, haha..
2AM - Kami dah ready nak gerak from Afzal, then Afiq bersuara "Weyh, awal lagi. Jom merayau KL" Mula-mula ingat dia bergurau je, last-last betul sampai ke KL kitorang semalam..haha. Sudahnya, pukul 5 pagi sampai rumah. Bukan apa, sejak Afiq masuk Domino, kami bertiga jarang melepak macam ni. Tu yang lepaskan rindu tu..haha

Okay lah guys, tu saja cerita awal bulan kami. Tak meriah mana pun, aku pun tengah lancarkan cost-cutting measure ni as a result of my resignation last week. Still boleh nak bersuka ria, tapi dengan kadar sederhana lah. Tapi, macam aku cakap dalam entri-entri lepas. Don't worry, I know what I'm doing now.