Saturday, February 27, 2016

Kisah AKU n Bro Baim's Wedding

Assalamualaikum,

Petang tadi aku menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Bukan seorang kenalan, tapi merupakan kawan kepada kakak aku ketika dia menuntut di UiTM dulu. Asalnya nak ikut Afiq and Dolah menghadiri wedding Ijat kat Kuala Pilah, tapi atas misled information berkenaan tarikh yang clash dengan majlis ni. Aku pun 'pilih' untuk attend majlis di Bukit Damansara ni. Bukan sebab apa, tapi sebab akak aku dah booking aku 2 minggu awal..haha
 
Kami bergerak dari rumah sekitar jam 12 tengah hari, sampai ke destinasi dalam pukul 1. Ni semua sesat punya pasal, GPS pun satu asyik nak lost signal je memanjang..haha
Aku kalau jalan-jalan KL ni memang kalau boleh cuba elak. Tapi since si akak ni dah payung minyak dengan TnGo, terpaksalah redah..:-p
Ni lah venue bagi majlis persandingan petang tadi - Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Jalan Setiabudi, Bukit Damansara. Kawasan elit ni, kiri kanan rumah besar-besar..;-)
Sampai je, Along terus berkumpul dengan kawan-kawan dia ni. Dah macam tangga pulak aku tengok..haha. Introducing from right - Athirah, Sofea dan juga Darina
Majlis ni buat dalam Dewan Masjid, so berkaki ayam je kami tadi. Asal kepala macam besar je..huu
Makan dulu sementara menunggu ketibaan pengantin-pengantin. Haa, lupa pulak nak inform. Dalam majlis ni ada dua pasang pengantin - adik dan kakak bersama pasangan masing-masing.
Pasangan mempelai pertama - yang kaler purple tu.
Yang kedua - ni lah kawan kakak aku. Saudara Ibrahim namanya, dikenali dengan panggilan Baim.
Bergambar bersama bekas rakan-rakan seperjuangan UiTM. Tahniah bro! 
Akak aku pos gambar ni kat group whatsapp diorang, ada yang tanya - "Yang brader amik selfie tu budak fakulti mana eh?" Haha, mungkin muka aku sebaya diorang barangkali..:-p
Around 2.15 PM, kami bergerak pulang ke rumah masing-masing. Sempat lah mini reunion tadi geng akak aku ni. Yang group aku ni tah bila lah nak reunionnya..:-(
Balik tadi boleh pulak tersilap jalan masuk Pusat Bandar. Sudahnya sangkut jalan jammed dari Masjid Jamek sampailah ke Tol Duta..haha, dah macam time kerja kat company lama pulak rasanya menghadap jalan jammed camni..:-)

So, itu lah dia cerita ringkas petang ni. Buat Saudara Ibrahim, tahniah saya ucapkan. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Okay, malam ni nak buat apa? Lepak sekejap lah, jumpa kawan-kawan bagi reda sikit problem aku ni.

Sunday, February 21, 2016

Kisah AKU n PAC PTD M41 @ INTURA

Assalamualaikum,

Entri ini merupakan kesinambungan dari entri berkaitan perjalanan aku ke Sungai Petani. Seperti yang dijanjikan, suka aku nak share pengalaman aku berkursus bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi pengambilan Kadet Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41 di INTURA, Sungai Petani. Please be noted that tiada gambar yang diambil semasa aktiviti kerana kami diarahkan untuk menurut perintah supaya tidak mengeluarkan sebarang gejet semasa proses saringan. Jadi, gambar yang ada semuanya ketika waktu riadah dan juga selepas tamatnya kursus aku disini.

Seawal 7 pagi lagi kaunter pendaftaran dibuka. Bernombor 050, aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain diminta untuk berkumpul bagi saringan kesihatan dan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk menguji ketahanan fizikal, stamina dan juga endurance kami. Ukuran nilai BMI memang sangat penting disini, dimana nilai optimum 22-29 perlu dicapai, otherwise calon akan tersingkir awal. Selain itu, ujian-ujian kecergasan juga perlu ditempuh calon untuk melayakkan diri ke ujian seterusnya - iaitu penulisan. Disini, calon akan diberi masa 2 jam. 1 jam untuk esei BM dan another one hour for English Essay. Soalan yang diberikan untuk menguji tahap cakna calon mengenai general knowledge dan isu semasa yang berlaku di Malaysia dan juga dunia. Selesai sahaja menamatkan ujian penulisan, calon-calon akan diminta untuk check-in di Hotel INTURA dan diberi masa yang cukup untuk berehat.
Yup, ini lah bilik hotel kami. Memang selesa, lengkap dengan aircond, heater, TV dan juga meja belajar. Ingatkan pegawai tu main cakap je hotel, tapi rupanya memang betul..haha
Meja belajar yang akan digunakan sepanjang malam..haha. By the way, satu bilik memuatkan dua penghuni. Nanti sat aku introduce my room mate.
Pemandangan dari balkoni bilik. Takde apa yang menarik pun sebab menghadap blok lain.:-)
Introducing my room mate, Dhiyauddin dari Shah Alam. Datang sini dengan family, merupakan lulusan Glarmorgan University, Wales. Seperti aku, dia juga sangat aktif didalam persatuan dan juga sukan ragbi. Mempunyai karekter yang strong dan sangat outspoken. But, he's taken ye girls..:-)
Haa hat ni pulak namanya Farid. Datang sini sorang-sorang, lulusan Universiti Teknologi MARA Malaysia. Sangat aktif dalam persatuan dan lawn bowls. Karekter yang berubah-berubah mengikut kesesuaian dan adakalanya sukar difahami..and well, he's taken too..:-p
Ni gambar selepas aktiviti LDK. Aktiviti LDK merupakan satu aktiviti yang sangat penting bagi calon-calon. Disini lah tempat untuk kita showcase apa yang ada pada diri kita. Calon akan dinilai secara individu oleh pegawai-pegawai bertugas. Siapa yang berani expose, merekalah yang ada advantage. Macam aku semalam tak lah terlampau expose dan tak lah terlampau senyap. Cuma, still ada rasa tak puas dengan performance yang aku tunjukkan. I should be more proactive, I guess.
Shortly after LDK, calon akan diletakkan didalam kumpulan masing-masing dan pembahagian tajuk untuk aktiviti hari kedua akan diberi on the spot. So, malam tu aku, Din dan Syafiq berjaga sampai pukul 3 pagi untuk menyiapkan hujah-hujah untuk pengucapan awam dan public speaking.

Hari Ahad merupakan hari terakhir kami berkursus. Ada 3 sesi yang dijalankan. Yang pertama ialah pengucapan awam, diikuti dengan public speaking dan menutup kursus pada hari ini ialah group discussion. Topik telah diberikan sehari lebih awal, jadi calon mempunyai ample time untuk bersiap menyediakan hujah-hujah yang akan digunakan.
Haa ni lah group kami, Group 3. Gambar ni diambil setelah kami menyelesaikan sesi terakhir. Sekitar jam 12 tengah hari, satu jam lebih awal dari masa yang ditetapkan.
Gambar formal untuk kenang-kenangan. Picture credit to Iqmal (baju kaler pink tu..)
Joining civil service merupakan salah satu impian aku and that's why I enrolled for Administrative Science's Degree back then at UiTM. Cita-cita aku untuk menjadi seorang pentadbir yang memberikan sepenuh dedikasi dan komitmen untuk berkhidmat kepada Raja dan Negara. Sebenarnya tak sangka pun dipanggil untuk menyertai kursus ni. Bersyukur sangat, cuma apa keputusannya selepas ni. Aku redha dan terima dengan seikhlas hati..:-)
Walaupun I'm the youngest among them. Tapi ketuaanku terserlah. Maybe I should shave lah before datang hari tu. Tak pasal-pasal ada yang cakap umur aku 28, dah kahwin lah..bla, bla, bla...;-p
Jam 12.15, aku bergerak meninggalkan INTURA dengan kenangan manis yang tentunya akan ku simpan. Bukan sahaja diblog ini, tapi didalam ingatanku. Selamat berjaya kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain. In Sha Allah, ada masa kita ketemu lagi..:-)
Singgah isi minyak dan beli 3 tin nescafe, one for each hour. Serius lemau bila drive petang tadi, demi bantal kat rumah. Aku gagahkan jugak..haha
Singgah di R&R Sungai Perak, solat Zuhur dan had my lunch. Ramai jugak terjumpa dengan kawan-kawan yang on the way ke Selatan. Tapi bezanya diorang dengan family, aku keseorangan..hii
4.20 PM - Selamat tiba di Bandar Sungai Buaya. Sampai rumah tunggu Asar, then terbungkang sampai lah pukul 7. Ngantuk gile beb!
Apa-apapun, a special thanks I bid to my blueish friend ni. Tanpa beliau ni tak mungkin aku dapat join kursus PAC ni. Menemani aku sepanjang hampir 800km perjalanan tanpa ragam. Dah tambah lagi 2 negeri - Pulau Pinang & Kedah..huu

Jadi, bagi mengakhiri entri PAC pada malam ni. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada urus setia yang bertugas menjaga kebajikan kami di INTURA. Sesungguhnya jasa tuan/puan dalam melatih kami amat besar nilainya. Akhir kata, selamat maju jaya kepada SPA, JPA dan agensi-agensi yang terlibat didalam proses pengambilan Kadet PTD yang baru.

Saya Yang Menurut Perintah,
Farid Gani

Kisah AKU n Quick Retreat @ Sungai Petani

Assalamualaikum,
Fuhh, letih betul minggu ni. Penat atas jalan je. Menempuh perjalanan hampir 800 km pergi balik secara bersendirian merupakan satu pengalaman baru bagi aku. Untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja menghabiskan kursus Program Assessment Center (PAC) anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41 di Institut Tadbiran Awam Negara Zon Utara (INTURA) di Sungai Petani. PAC ni merupakan stage kedua dari 3 stage yang perlu diselesaikan untuk layak menjadi seorang PTD. Tapi entri yang ni bukan mengenai PAC lah, tapi more to aktiviti yang aku lakukan sebelum check in kat INTURA tu.
Aku amik annual leave pada Jumaat yang lepas. Seawal 7.30 pagi lagi aku dah bergerak dari Sungai Buaya ke Sungai Petani. Perjalanan sejauh hampir 400 km ni mengambil masa kira-kira 3-4 jam bergantung kepada kelajuan pemandu.
Singgah di R&R Sungai Perak untuk breakfast dan cool down kereta..:-)
Tiba di Sungai Petani sekitar jam 11.30 pagi. 
Disini aku memilih untuk menginap di Big Orange Hotel. Dah survey dan booking siap-siap hotel ni, so memang terus check in. Letak beg, berehat sebentar dan keluar untuk solat Jumaat di masjid berdekatan. 
Sedikit gambar didalam bilik hotel aku yang cute ni..huu. Memang selesa dan sangat recommended untuk sesiapa yang travel secara solo. Dengan harga RM 55 kita akan dapat sebuah bilik dengan single bed, lengkap dengan running hot water, TV dan berpenghawa dingin. Selain tu, breakfast ada disediakan dalam pakej dan juga wifi yang memang tak terkata lajunya.
Nampak tu laju ke tak wifi dia? Ni semua aku download satu malam je..haha. Puas hati bhai..:-)
Jom bernarsis sikit dengan cermin bilik air hotel ni..haha
Lepas solat Jumaat, aku terus ketiduran sampailah pukul 5 petang. Memang down jugak bangun lewat sebab kalau ikutkan plannya nak ke Pusat Arkeologi Lembah Bujang, tapi confirm dah tutup. So, aku pun decide untuk bersiar-siar di sekitar Bandar Sungai Petani ni and apa yang famous kat sini selain Menara Jam dan Mee Udang? Sudah tentunya Amanjaya Mall!
A typical mall dengan pusat bowling, karaoke, panggung wayang, flagstore dan a variety of F&B restaurant etc. Kebetulan, ada pertandingan mewarna hari tu, sempat lah snap gambar ni..huu
Had my early dinner di Merrybrown. Teringat pulak time kerja kat Trueventus dulu, selalu makan set ni..:-)
Since aku still ada banyak masa yang terluang (sebab malas nak fikir study dah malam tu..huu), aku memilih untuk menonton Deadpool berseorangan..haha. Macam tak biasa tengok wayang sorang-sorang. Tapi, serius cerita ni memang cliche superhero movie but apa yang buatkan ianya menarik dan tak boring ialah....it's damn f**k**g funny!!!
Left the Mall around 9PM, still banyak masa tapi aku memilih untuk terus balik ke hotel since esoknya kena bangun awal. Better get things prepared early, takut nanti kelam kabut pulak.
Selfie dulu..haha. Tak habis-habis, aku ni nampak je muka garang. Tapi dalam hati ada taman syurgawi beb..haha

Okay, nak tau pengalaman aku ber-PAC, nantikan entri seterusnya. Till then, adieu!

Sunday, February 14, 2016

Kisah AKU n Sister's Engagement Day

Assalamualaikum,

Hari ni suka aku nak share cerita majlis pertunangan kakak aku, Nur Darina dan juga pasangannya, Syazwan yang telah berlangsung semalam di rumah keluarga kami di Bandar Sungai Buaya. Simple je majlisnya, tapi kaya dengan adat dan budaya orang Melayu dimana.....Dah-dah, ni bukan blog pendidikan..haha. Okay, tanpa membuang masa untuk introduction hambar aku, jom selak sikit apa yang ada untuk entri petang ni.
Seawal jam 7 pagi aku dah bangun (dipaksa..haha) untuk menolong mak ayah untuk membuat persiapan terakhir untuk majlis pertunangan kakak aku ni. Susun meja, kerusi, meja buffet, hiasan dan sebagainya..:-)
Settle je kemas kat bawah, sambung tidur balik, haha. Ngantuk bai, malam tu aku tidur pukul 4. Around 10 aku bersiap mandi, dan memulakan tugas sebagai coordinator dan unofficial photographer bagi majlis ini..:-)
Dari kiri - Acu Nani, Iman, Opah, Mak dan Damia.
Ketibaan rombongan meminang keluarga belah lelaki. Sekitar jam 11.30 pagi.
Faris bersama anak Acik Fendi, Rayyan. Ni lah budak yang aku cakap suka senyum sorang-sorang. Naik seram aku dibuatnya..haha
Barang-barang hantaran dari kedua-dua belah pihak.
Jam 12 tengah hari, rundingan meminang dijalankan untuk mencapai persetujuan tentang tarikh bla, bla, bla...:-p
Kaum wanita dari pihak keluarga perempuan. Cuma satu family je dari belah emak yang tak datang semalam or tak hantar wakil iaitu family Acik Joe. Belah ayah pulak yang datang satu family je iaitu Pak Long dan isterinya.
Acik Fendi dan Acu Keon yang datang all the way from Putrajaya dan Shah Alam. Bersembang kat luar je, since kat dalam dah padat.
Aku jadi photographer tak berbayar je semalam, since ayah ada hired photographer professional special, Acet untuk majlis ni..:-)
Eh..ada pulak sesi fotografi diorang ni. Takpe-takpe, dah ada orang bayarkan photographer tu. Amik lah gambar sampai lebam..:-p
Haa, ni lah dia tunangan kakak aku, Syazwan namanya.
Along bersama aku. Tak sangka beb, akak aku ni dah nak kahwin..haha
Selfie sikit!
Along bersama adik lelaki kami. Korang tengok camna besarnya si Faris ni sekarang..haha
Aku bersama bakal abang ipar, In Sha Allah seperti yang dipersetujui. Majlis nikah dan sanding akan dijalankan pada Disember ini.
Shortly after rundingan selesai, sedikit jamuan makan disediakan dari pihak kami untuk keluarga belah lelaki dan juga jiran-jiran yang hadir memeriahkan majlis.
Bakal besan bersembang. Yang baju kotak-kotak ni ialah ayah kepada Syazwan, En. Shamsuddin namanya.
Eh-eh, dah kenapa makcik ni? Haa, itu lah dia bakal mak mertua kakak, dan besan mak aku..:-)
Sesi mini photoshoot sementara menunggu gerombolan kawan-kawan Along yang datang lewat sedikit semalam.
Sekitar jam 3 petang, majlis selesai dengan jayanya. Seronok semalam dapat be a part untuk majlis pertunangan kakak aku sorang ni, disamping dapat berkumpul dengan keluarga yang hadir, dan juga jiran-jirang yang sudi meramaikan majlis. Tak sabar rasanya nak tunggu bulan 12 ni untuk majlis kahwin diorang pulak..:-)

P/S: Habis je majlis, jiran-jiran semua dok pakat tanya turn aku pulak. Bertenang semua, kasi settle my sister ni dulu, then In Sha Allah my turn akan datang. Amin.