Sunday, April 26, 2015

Kisah AKU n An Evening at USJ

Assalamualaikum,

Mak ayah ada kat Perak sekarang ni menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku kat Ipoh, dengar-dengarnya lepas Maghrib tadi baru gerak dari kampung ke Rawang. So, hari ni aku diberi tugas untuk menghantar satu-satunya akak aku ni ke Subang Jaya untuk menghadiri event anjuran company dia.
Kami gerak dari Sungai Buaya dalam pukul 11, ingat gerak awal takut sesat. Last-last sampai pukul 12, sedangkan event pukul 1.
Singgah lunch dulu. Kecik je badan aku ni macam budak sekolah sedangkan umur dah 23..:-)
Akak aku ni Project Executive kat Public Synergy Power ni, application developer dalam bidang public security. So, event tadi tu a part of diorang punya road tour kat kawasan Rukun Tetangga area Subang Jaya ni..:-)
Ni lah venue event tadi, kat Dewan Komuniti USJ 2/4S. Event ni dianjurkan dengan kerjasama IPD Subang Jaya, Rukun Tetangga USJ 2/4S dan juga PSP. Trueventus takde apa-apa role tau dalam ni, aku observer je tadi..hehe
Ingat tadi nak berjalan-jalan lah kat area Subang Jaya ni, window shopping kat Sunway tu. Tiba-tiba terfikir pulak nanti nak topup minyak lagi, duit pun bukan ada sangat belum gaji ni. So, aku decide untuk lepak dan tunggu je sepanjang 3 jam tu.:-p
Time ni lah nak test tengok movie dalam kereta aku ni..huu, rasa awesome betul pakai Myvi ni..:-)
Another part yang awesome dalam ni, seat yang boleh dibaringkan which is good for having a good power nap. Tapi cuaca boleh tahan panas tadi, so tak de function jugak walaupun parking bawah pokok.
Amik bantal dalam kereta and then sambung tidur macam orang takde rumah kat pondok ni..haha. Ada jugak lah some residen kat sini yang tengok aku semacam tadi, mesti ingat aku ni gelandangan..lol
Dalam pukul 3.30 tu cuaca nampak redup sikit so aku berjalan-jalan lah kat kejiranan ni. Memang bersih dan kemas, landskap cantik, taman rekreasi terjaga. Confirm KRT diorang rajin buat kerja..:-)
Gian nak main buaian..haha, seronok betul tadi. Dah lama beb tak main benda-benda macam ni. Aku pun tak ingat bila last main buai ni..haha
Dalam pukul 4.20, the event was concluded. Balik Rawang ikut Guthrie lagi cepat sampai sebenarnya walaupun berderet tol. Pukul 5 dah sampai our hometown..:-)
Singgah McD Rawang and had an early dinner with my sis. Semalam KFC, hari ni McD, mana badan tak naik. Jemu lah makan nasi hari-hari, sekali sekala nak makan fast food hari minggu macam ni.

Sampai rumah pukul 5.45, cuci kereta and motor sikit, pastu terbungkang sampai lah pukul 8 tadi.

P/S: Minggu ni kerja 4 hari je, malam Khamis nak ke Pangkor..yeah!!

Saturday, April 25, 2015

Kisah AKU n A Day at Festival City

Assalamualaikum,

Malam ni nak story sikit aktiviti aku tadi. Malas nak sentuh laptop nak buat database, research dan sebagainya. Dah naik muak aku dengan kerja-kerja ni, tolonglah bagi aku kerja berkait sikit dengan management..please!!! haha - daring benor confession kau ni Fred.
Aku jumpa my boss dekat Setapak for a further discussion mengenai satu event kami. Seawal pukul 9.30 pagi aku dah bergerak dari Rawang ke Setapak. Lepas je discussion, aku merayau-rayau sekitar area ni. Terperasan lah sebuah mall yang dinamakan Festival City ni. Tanpa membuang masa, aku pun masuk sekejap. Nak jugak tengok dalam ni ada apa.

Macam-macam ada rupanya. Karok ada, panggung wayang ada, boling pun ada. Pendek kata semua adalah. Alang-alang dah sampai aku pun layan Avengers: Age of Ultron, memang A+ betul movie ni, lagi-lagi part battle yang last time nak defend tower tu. Korang yang belum tengok, nanti ada masa pergilah tengok cerita ni. Highly recommended untuk penggemar cerita sains fiksyen.
Habis je melayan movie, singgah berkarok sejam. Nyanyi lagu ketuhanan je tadi. Haha
Tapau Papa John untuk Along dulu before meninggalkan Festival City. 
Jalan sesak kat MRR2, aku sampai Rawang dah nak dekat pukul 6.30 tadi. Singgah topup minyak and Touch N Go and then terus ke Sungai Buaya. Sampai rumah baik punya terlelap..:-p

P/S: Lemau gile, malam ni nak sambung lepak dengan bros

Sunday, April 12, 2015

Kisah AKU n Malam 11 April

Assalamualaikum,

Nampaknya minggu kedua April menyaksikan aku berjaya hit the board lagi dengan satu deals from Indonesia. Alhamdulillah, semoga rentak ni dapat aku kekalkan dan improve lagi untuk minggu-minggu yang mendatang. Baiklah, tak nak buat intro panjang lebar cuma nak story tentang aktiviti malam minggu aku dengan kengkawan kat Sg Buaya ni (setiap minggu cerita pasal diorang ni, tak boring ke?)

Semalam aku dengan Afiq merayau-rayau kat Setapak, nak jumpa kawan lama dia kat Poli dulu. Dolah pulak takde sebab ada family matters kat Tapah. So, kami gerak dalam pukul 8.30 dari Rawang, sampai kira-kira pukul 10. First stop pergi amik Ijat kat Apartment Seri Cempaka, then terus ke Metro Mall.
Memang nice betul tempat karok ni, design cantik, audio superb and lagu pun up to date. Biasalah, area KL kot, lain lah Rawang tu..haha
Aku ni sebenarnya jarang karok dengan orang yang tak berapa nak kenal, but with Ijat ni, orangnya ramah, senang masuk kepala dan juga kelakar. So, takde reason kenapa aku nak tolak bila dia ajak karok sekali (which is my favourite hobby..lol)
Peace! Asalnya takde plan pun nak keluar semalam, dah tiba-tiba si Afiq tu ngajak sekali. Tu yang join jugak..-)
Say hello to Ijat guys! Budak Kuala Pilah ni, kawan Afiq time belajar kat Poli PD dulu, sekarang ni kerja as an Accountant kat KL ni..-)
Memang semalam hari peace sedunia ke apa?
Tah apa yang aku fikir tu? Bukan main termenung jauh lagi..-p 
Dalam pukul 11.30 kami gerak dari Metro Mall, singgah dinner kat Pudu and then melawat Uptown Danau Kota. First time datang sini, tapi nak compare segala uptown yang aku pernah pergi, Uptown Shah Alam jugak the best!

Dalam pukul 1, kami pun drop Ijat kat apartment dia and terus bergerak meninggalkan Kuala Lumpur.

Sunday, April 5, 2015

Kisah AKU n Santai Sabtu

Assalamualaikum,

Bulan Mac nampaknya takde rezeki nak hit the board, but permulaan April nampak cerah when I managed to secured one deal (1595 USD) from Malaysia. Tapi entri hari ni, takdenya nak panjang lebar cerita pasal deal tu but aku nak story sikit tentang aktiviti aku dan Brotherhood Rawang semalam. 
Semalam, kami bertiga pergi tengok cerita Fast & Furious 7. Dari minggu lepas lagi si Dolah tu dah booked tiket untuk kitorang, semangat betul..haha 
Memang A+ lah cerita ni, walaupun aku ni jarang tengok cerita-cerita kereta ni but I must admit yang directornya memang deliver movie yang berkualiti tinggi, baik dari segi jalan cerita, penataan bunyi, sampailah impak yang meletup-letup..-)
Lepas je melayan movie, kami beralih ke aktiviti wajib awal bulan iaitu berkarok secara berjemaah. Tapi semalam tak karok tempat biasa, kitorang try port lain but dekat area-area situ jugak. Memang awkward jugak dengan sistem kat sini, tiba-tiba ada remote control pulak, selalunya touch screen je..:-p
Kat port baru ni semuanya okay - harga lebih kurang dengan tempat lama but apa yang best, it comes with refreshment dan juga snacks. Audio superb, mic pun tak banyak problem and yang paling penting lagu mostly updated.
Ni la dia kawan hidup mati aku kat Sungai Buaya, mana ada yang lain dah. Dengan diorang lah tempat nak menyembang, melepak..:-)
Fast & Furious 7 dah bagi A+, port karok yang baru ni pun deserved A+ jugak!
Dalam pukul 11 malam, kami check out and had our dinner kat Rawang. Gila beb! Aku makan semalam Nasi Lemak je pagi tu, around 9 pagi. Memang kebulur tahap gaban, tapi bila makanan dah sampai tak lalu pulak nak habiskan.

P/S: Rasa macam nak tengok bola kat SSA lah, bila next home game?