Saturday, January 31, 2015

Kisah AKU n End of January 2015

Assalamualaikum, 
Bulan Januari nampaknya bukan bulan yang menguntungkan bagi aku. No sales, weak leads generation, motivation pun agak low, strong prospect pun collapsing each day. Sangat merisaukan, but then still in one piece lagi and ready to kick some assess untuk Februari ni..:-)
Semalam dua orang kawan aku kat ofis ni dah resigned for a better job opportunity. Of course, rasa happy untuk diorang, and pada masa yang sama I know after this, my work routine akan jadi gloomy sikit without these guys yang memang havoc ni. Yang belah kanan tu Bob, yang kiri pulak Asri. Sedih pulak rasanya semalam, tapi nak buat macam mana. Ada peluang yang lagi better, grab je lah ye bro. Aku pun tak tau lagi apa nasib aku kat company ni. :-)
Malam semalam macam biasalah berembun sampai ke pagi. Malam minggu, malam berkarok dan melepak dengan brotherhood..huhu
Dapat bilik hujung pulak semalam. Dah la dekat dengan toilet, meja pun takde. Tu yang pakai tong sampah..haha
Semua masalah bulan Januari aku hilang beb bila jumpa diorang ni..
Tunjuk biceps pulak bro ni, tau lah tough..:-p

Habis karok, gerak KL terus minum malam sampailah 3 pagi. Macam tu lah rutin orang takde awek ni..lol. Tak bersedia lagi lah nak bagi komitmen, kerja pun belum stabil lagi ni. Tunggu lah ekonomi dah kuat sikit, baru lah boleh ready sikit

P/S: Orang kuat tidur ni biasanya lonely. Benarkah?

Saturday, January 24, 2015

Kisah AKU n Realiti Hidup

Assalamualaikum,
Dulu aku ingat hidup ni semudah main The Sims, siapa pernah main francais game ni tahu lah macam mana senangnya hidup. Kalau takde duit, taip "Motherlode", senang je dapat 50 000 Simoleons. Kira macam loan tak berbayar gitu, haha. 
Tang kerja pulak pun boleh tahan mudah - hari pertama kerja cam biasa, balik rumah keluar kereta terus dapat promotion, so hari kedua kerja dah ada title baru dan kemudiannya berterusan lah sampai hari kesepuluh bila dah jadi level paling tinggi dalam company tu, haha..damn..bapak tak logik, unless bapak kau owner company tu..lol
Okay, relationship pun memang gila kelakar bagi aku dalam The Sims ni. Kau kenal awek ni pagi tu, terjumpa kat Central Park. Sembang gila-gila sampai ke malam, first kiss time midnight, kapel time tu jugak dan..
Esoknya buat wedding party, haha

Tapi realitinya kawan-kawan,

Duit, bukan macam dalam Sims yang kita boleh taip cheat then tiba-tiba terjatuh 50 000 atas riba. Nak tunggu gaji bulanan pun bagai nak gila beb..haha. Job promotion susah sangat nak dapat even kalau kita perform or over-achiever pun but it depends kat firm tu lah, sebab ni subjektif jugak. Relationship lagilah - takde maknanya kenal 2-3 hari terus married. Kenal 2-3 tahun pun belum tentu lagi..:-p

So, siapa-siapa yang layan The Sims ni, jangan terbawa sangat kat dunia realiti ni. Hidup perlukan kesabaran, sebab ia boleh jadi kasar dengan kita.

Sunday, January 18, 2015

Kisah AKU n Games Review - European War IV Napoleon

Assalamualaikum,

Bertemu lagi dalam segmen Games Review, segmen yang mengupas permainan dan juga aplikasi Android yang latest mahupun outdated, but mostly yang dikupas kat dalam blog ni yang outdated punya..haha. Okay lah, game yang menjadi pilihan untuk direview hari ini ialah European War IV - Napoleon.
Ini lah dia main menu untuk EWN yang dibangunkan oleh Easy Tech. FYI, Easy Tech juga merupakan developer untuk game Glory of Generals yang telah pun aku review beberapa bulan lepas. 
 
Dah nama title pun Napoleon, so background game ini mengambil tempat ketika zaman kebangkitan Empayar Perancis dibawah Napoleon Bonaparte. Ada 5 campaign yang kita kena complete kan to beat this game, and of course - you need to win it level by level, in order to unlock the other campaign which is boleh tahan susah jugaklah.
Each of the campaign pulak memuatkan a number of playable battle yang perlu dimenangi players dalam masa/turns yang ditetapkan, with some specific objectives yang kena dicapai. 
Ada jugak mode conquest untuk player yang maybe dah boring melenjan campaign tapi tak lepas-lepas (macam aku..lol). Conquest mode ni lagi open, dengan turn limit sebanyak 999 turn dan juga freedom untuk wage war dengan mana-mana faction yang terlibat. Of course, takde objektif yang spesifik pun dalam mode ni by contrast of campaign mode.
Headquarter pulak ialah tempat untuk player unlock new generals, upgrade unit level dan juga purchase special item untuk future uses dalam both of modes yang ada.
Similar to most of apps yang ada kat Android Market tu, gold star yang vital untuk tujuan upgrade/unlock boleh dibeli dengan harga yang boleh tahan mahal jugak..haha 
Screenshot dalam the Battle of Three Emperor. Payah jugak battle ni, berkali-kali try tak menang lagi. Puas dah main sampai kena pasang Le Marseillaise, pun takde function..haha. Kemon lah Farid, kalau dalam realiti pun Napoleon boleh menang, takkan dalam game pun kau tak mampu..pfft
Tak fair beb, satu lawan tiga, huu. Oh lupa pulak nak inform, dalam game ni unit-unit semuanya direka based on zaman Napoleon tu. No tanks, fighter planes, sniper segala bagai. It's the age of musketeers, cavalry, cannon, kapal kayu dan juga ironclad. Tapi ni yang buat seronok sebab lain sikit rasanya bila command unit-unit 'primitif' ni..hihi

Okay lah, overall score for game ni memang best sebab membawa a typical warboard game ke satu tahap yang baru dengan menampilkan era Zaman Napoleon. Gameplay memang ada satu tahap yang payah sikit but achievable, but ada jugak yang senang sangat. Grafik cukup kemas, audio pulak..erm, since aku main game ni pun dok ulang Le Marseillaise, so tak berapa dengar penataan bunyi dia..:-p 
Buat korang yang minat game RTS macam ni, this is a must-try apps!

Saturday, January 17, 2015

Kisah AKU n No Luck

Assalamualaikum,

Yesterday I lost 2 deals, possibly 4 delegates amounting USD 6000 to comes in but tiba-tiba pulled back atas alasan business travel walaupun tempoh hari dah agreed to send the form.

Minggu yang sama jugak semua negotiation from Pantai Timur collapsed. Strong negotiation sejak Disember 2014 hilang macam tu je. Bukan nak salahkan bencana banjir luar biasa yang membuatkan these top management ni terpaksa pulled back for untuk tujuan rekontruksi, kalau ikutkan ada possibilities 3 deals to comes in amounting another USD 5000. Sebagai manusia, kita sendiri faham kan yang mereka ni perlukan additional budget untuk recover.

So, minggu ni memang a bad week for me. Lost a potential of USD 11000 in a single week and probably the biggest closing yang aku hampir buat. Rasa macam dah lost hope pulak nak berkerja kat industri ni. Dapat jugak rasa yang jodoh aku dengan firma ni tak lama dah. Berharap yang Big Boss Tariq dapat panggil aku report duty bulan 3 ni dengan ORSB instead of bulan 5 macam yang dijanjikan.

Anyway Freddy, jangan putus harapan. Rezeki tu ada. Ada yang lebih baik menanti. Insya Allah.

Sunday, January 11, 2015

Kisah AKU n Karok Time!

Assalamualaikum,

Apa cite ni Farid, dah 10 hari tak update blog? Haha, damn..busy lah sekarang ni. Bertimbun kerja doe, dengan nak pindah ofis lagi - so memang kena pecut sikit bulan 1-2 ni. Sebab tu lah aku value sangat hujung minggu, walaupun still nak kena buat market research - but, masa dua hari tu cukuplah nak melepak dengan kengkawan, topup tidur dan reorganize balik untuk new week. Okay lah, panjang lebor benor mukadimah nya ni..haha.
Malam semalam is the "routine day" dengan Brotherhood Sg Buaya, memang setiap minggu macam ni. Tak melepak kat Medan, jadi lah kutu rayau kat area Rawang, and KL tu. Walaupun penat kerja tu still ada, tapi bila jumpa diorang ni hilang terus penat aku..:-)
So semalam kami berkarok setelah hampir 2 bulan tak memuaskan nafsu jamban yang bergelora ni..lol, last pergi bulan 9 lepas. Petang semalam aku ke Gopeng visit my bro, plus beli stok makanan dia (biasalah budak kolej), sampai je rumah dalam pukul 8.30 malam, tau-tau si Dolah dah ada depan rumah ..haha
Semalam lenjan lagu sentimental je, takde nak lagu-lagu tarik ni. Karang tak pasal-pasal, nak call client takde suara pulak..haha.
Diorang ni je lah kawan-kawan rapat yang aku ada kat Sg Buaya ni. Yang lain semua bajet A Class lah sangat sampai kawan-kawan lama pun buat-buat tak ingat. Kadang-kadang ada je terserempak time beli nasi lemak, topup dsb tapi tegur pun tak hingin. :-)
Masing-masing dah berkerjaya. Afiq and Dolah sekarang ni bertugas sebagai Account Assistant kat Gombak, aku pulak macam yang korang tahu lah ye. Tapi, bulan 3 ni Afiq tu sambung degree dalam Pendidikan kat UPSI. Elok lah tu bro, pengalaman kau jadi guru sandaran pun rasanya collectively dah nak setahun jugak. Grad nanti terus jadi cikgu kat sekolah lama kita bro, kau kasi hentam sikit generasi-generasi gadget + anti-sosial ni..haha!

Tu lah dia entri bosan minggu ni, sebenarnya nak keep this blog updated je..haha. Tu yang main pakai taruk je cite ni. Tengoklah, minggu depan ada lah satu dua entri berkhasiat sikit..:-p

Thursday, January 1, 2015

Kisah AKU n 2015 Resolution

Assalamualaikum 2015!

Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas lagi oleh Allah, Tuhan Maha Pencipta sekalian alam. Aku panjatkan syukur diatas nikmat kehidupan dan rezeki yang dilimpahkanNya. Tahun 2014 telahpun pergi meninggalkan diari hidupku dengan kisah suka dan duka.

Azam 2014 mencatatkan success rate sebanyak 95%, yang 5% tu still considered as failed walaupun bukanlah objektif utama. So, since yang failed tu pun aku malas nak heret lagi, tahun ni aku decide untuk remove kan ia dari senarai resolution. Untuk tahun ni, ada penambahan dan juga ada pengurangan, sebab aku pun sekarang ni dah bekerja, bukan student lagi - memang ada slight alteration dalam Azam 2015 aku kali ni.
  1. Blog - Tahun ni dah masuk 5 tahun aku jadi blogger. Akan ku pertahankan blog ni sampai ke akhir hayat ku..huhu
  2. Kerjaya - By the end of this year, aku nak gaji bersih dalam lingkungan RM 3000 - RM3500. Hell Yeah!! Tak campur komisyen apa-apa, elaun dan sebagainya. Increase in seniority level pun mungkin boleh jadi one of mission dalam kerjaya ni.
  3. Aset - Nak ada kereta yang bayar deposit, monthly installment etc. pakai duit sendiri..:-) Raya tahun ni Insya Allah nak balik kampung drive my own car..huu. Rumah mungkin boleh queue dulu.
  4. Family - Bukan nak buat family sendiri tau...hee. Kat sini azam aku untuk berbakti untuk keluarga aku terutamanya mak dan ayah. Mungkin bawak pergi bercuti, umrah etc.
  5. Certificate - Plan nak amik certificate dalam Project Management pulak, maybe CAPM, PMP ataupun PRINCE. Depends on budget.
So guys, that's my resolution untuk tahun 2015 ni. Lain kan kali ni, of course lah sebab hala tuju hidup aku pun dah berubah daripada seorang student ke seorang employee. Semoga list-list ni diberkati Allah dan dipermudahkan perjalanannya. Amin.