Wednesday, December 31, 2014

Kisah AKU n Memories 2014

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari terakhir untuk tahun 2014 yang sememangnya merupakan tahun yang sukar bagi rakyat Malaysia, dengan Insiden Lahad Datu, misteri kehilangan pesawat MH370, Tragedi MH17, banjir luar biasa dan juga yang terbaru, terhempasnya pesawat Air Asia QZ8501. Baiklah, seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan bangganya nak share some of highlight 2014 dalam hidup aku, dan juga komen-komen berkenaan Azam 2014. Jom tengok!

January 2014:
Berpraktikal di OROGENIC Group Berhad di Bukit Jelutong selama dua bulan sebagai Contract Management Intern. Berpeluang menerokai selok-belok pengurusan kontrak dan tender dibawah pengawasan En. Hizaruddin.

February 2014
Officially certified as Six Sigma Practitioner.

March 2014:
Sekali lagi menjadi SR untuk FSPPP didalam Ekspo Selangkah Ke UiTM

April 2014
Masih berkhidmat mencurahkan bakti kepada FSPPP dan UiTM dengan perlantikan sebagai EXCO didalam Persatuan Ehwal Asia Tenggara UiTM

May 2014
Meraih Emas bagi Mens Fourth dalam SUKOL 2014, mewakili Team Non Resident
Head - Publicity & Multimedia didalam Dialog Hubungan Malaysia - Singapura yang disampaikan oleh Duta Besar Singapura ke Malaysia, H.E Ong Keng Yong.

June 2014
Malam Pra-Graduan - PROVOGUE Night!!
VIVA Day - presentation Research Paper.

July 2014
Menamatkan pengajian didalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran. Alhamdulillah

September 2014
Graduatian Trip Perhentian bersama awek-awek time Foundation..haha

November 2014
Memulakan kerjaya sebagai BD Professional di Trueventus SB.

December 2014
C-Day! Officially bergelar degree holder. Syukur kepada Allah.

Okay, jom kita selak sikit azam tahun 2013, ada tak yang belum tercapai lagi tu?

  1. CGPA - Peningkatan drastik dicapai pada semester terakhir. Jauh dengan apa yang diharapkan. Terima kasih Semester Enam!
  2. SUKOL 2014 - Dapat join jugak Team NR dan memenangi pingat Emas dalam kejohanan kali ini!
  3. Blogging - Insya Allah, selagi hayat dikandung badan - blog ni akan terus hidup bagi memberi inspirasi kepada the uninspired..:-)
  4. Pasangan - Tak nampak tanda-tanda pun yang aku bersedia untuk any serious relationship..lol
  5. Boling Padang - Tahun yang excellent untuk aku dalam game ni. Tapi lepas ni rasanya dah boleh kot lap bowls aku tu. Dah jarang main..huk
  6. Graduation - Alhamdulillah, berjaya jugak grad on time. Tahniah juga kepada kawan-kawan Batch 2011 yang bergraduat sekali.
  7. Kerja - Walaupun tak dapat bekerja dalam bahagian Kualiti dan juga Hartanah seperti yang diharapkan, but still employed tahun ni pun merupakan antara satu achievement yang boleh dibanggakan. 
  8. Quality Certificate - Berjaya memegang dua sijil didalam bidang pengurusan kualiti dengan Yellow Belt of Six Sigma dan juga Yellow Belt of Lean Six Sigma pada bulan Februari. 
Erm, resolution 2014 memang terbaik. 95% tercapai, dan yang lagi tak sangka - semuanya tercapai dengan excellent sekali, melebihi apa yang dijangka. Tahniah Farid!

2014 sememangnya antara tahun terbaik yang pernah aku rasa. Walaupun Malaysia bersedih, tapi individually, 2014 jarang buat aku berduka, malah apa yang ditarget, semuanya mengena (kecuali satu tu je, which is not important pun). Terima kasih 2014 atas kenangan yang hebat.

Saturday, December 27, 2014

Kisah AKU n Career Overview - Corporate Sales

Assalamualaikum,

Hari ni suka aku nak update berkenaan dengan career overview sebagai seorang Corporate Sales professional. Aku sure, some of korang yang tersinggah kat entri ni have little or no knowledge about CS ni kan? Jujurnya waktu mula-mula aku menerima job offer dalam SC ni pun aku tak berapa jelas tentang apa sebenarnya kerjaya disebalik CS ni. Of course, nama CS ni sahaja dah gempak - tu yang membuatkan aku accept the offer..lol

Kerjaya CS ni merupakan gabungan diantara strategic analysis, marketing dan sales dimana professional-professional yang terjerumus dalam kerjaya ni perlu utilize strategic analysis didalam market research mereka. From there, a strategic marketing techniques bermula dengan finding a quality leads, akan membawa kepada quality negotiation dan juga quality sales. Sesuai dengan namanya, the role of these professional ialah to develop the business - tak kira lah to maintain the existing clients or expand the line through penetration of new market.

Apa yang diorang ni buat time office hour eh?
  1. Market Research - Identifying new business opportunities through analytic research on every potential aspect seperti market segment, competition, pricing, market strategies dan sebagainya.
  2. Cold Calling - Prospecting potential clients through cold call memang merupakan satu proses yang sangat mencabar. But, itu yang membuatkan CS professional seorang yang kental, dan hati kering..lolzy :-p
  3. Negotiating - A successful introduction on cold call akan membawa kepada negotiation dimana CS professional is the one yang akan seal the deal for firma itu. 

Ni yang paling asas lah, ada je lagi sebenarnya but it depends on the size of the organization. Untuk firma yang lagi besar, diorang ada Strategic Planning or Corporate Development units sebagai addition dalam BD Department - role yang lagi sophisticated dan juga memerlukan strong knowledge didalam business strategic management compare to yang tiga kat atas ni. :-)

Basically untuk aku sendiri, tiga benda tu je yang aku buat pun. Tapi,
Office hour aku saja dipenuhi dengan coldcalling dan negotiating. 150 calls a day! Jarang lah aku gunakan office hour untuk update database and cari fresh leads.
Ni lah dia satu lagi workstation aku kat rumah. Ni lah tempat aku buat market research, update database dan juga hone cold call skills aku..haha. Damn, I hate cold call! Siapa yang buat kerja-kerja ni pun mesti setuju kan dengan aku..:-)

So, itu lah career overview seorang CS professional. Untuk siapa-siapa yang nak terjun dalam bidang ni, you all mesti ada strong research dan juga communication skills, and of course, hati mesti kering, sebab untuk memulakan kerjaya dalam bidang ni, cold calling is a must dan korang mesti kena hadap even you hate it to death. But, come to think about this positively, cold call jika diterima dengan baik boleh membina perwatakan berani dan juga ketahanan mental yang kuat untuk kareer kita dimasa akan datang..hehe

Wednesday, December 24, 2014

Kisah AKU n Happy Holiday!

Assalamualaikum,
Selamat bercuti kepada rakan-rakan beragama Kristian yang menyambut Hari Natal esok dan juga selamat menyambut Tahun Baru kepada korang semua. Office gua start cuti esok sampai Khamis minggu depan..haha. Memandangkan ayah aku pun dah nak berangkat ke Sudan bulan 1 ni, kakak aku pun still kerja minggu depan, mak pun tak berapa nak sihat dan juga adik aku pun Matrik tak kasi cuti - so, end of this year kami takde kemana-mana pun seperti tahun-tahun lepas. 

But, bila dah kerja ni cuti seminggu ni rasa macam satu peluang untuk reform balik semangat yang hilang. Apa-apa pun, banyak plan nak buat cuti ni antaranya:
  1. Gunting rambut, shave bulu-bulu yang ada..lol
  2. Cari fresh leads - at least start OAB nanti mest ada 200 fresh contact.
  3. Personal follow up and tracking
  4. Tidur yang cukup - ni lah yang paling penting sekali..haha, biasa aku tidur sehari 6 jam je. :-p
  5. Business proposal dengan Fareez - nak jadi Land Broker..:-)
  6. RUSHFITTTT!!
So, itu lah dia. Kalau time study dulu plan cuti semester. Dah kerja ni jadi plan cuti kerja..haha

Sunday, December 14, 2014

Kisah AKU n Konvo 2.0

Assalamualaikum,

Hari ni nak share sikit some of gambar-gambar studio time konvo aku 2 minggu lepas. Actually, dah lama jugak dapat pictures ni, tapi baru ada peluang nak update entri. :-)
Muhammad Farid B. Abd Gani - Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dengan Kepujian. Bergelar sarjana jugak aku, dulu berangan je..huu. Bila tengok gambar ni rasa puas gila beb, rasa macam terbayar segala suka-duka hidup sebagai seorang pelajar UiTM dulu..:-)
Ketika menerima Skrol Ijazah daripada Vice Chancellor UiTM- Tan Sri Dato Ir. Sahol Hamid.
Bersama mak ayah tersayang yang banyak menyumbang sokongan fizikal dan mental. Dah macam anak tunggal pulak deh, dengan adik beradik and sedara mara yang tak datang time hari bersejarah aku ni..lol. Rasa bangga pulak bila mak cakap, aku cucu first yang hold degree untuk family belah mak..:-)
Ni pulak dengan akak aku - juga merupakan salah seorang dari penerima ijazah bagi Istiadat Konvokesyen Ke-81 di UiTM Melaka - degree holder didalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan - Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian. Gila tak bangga mak bapak kitorang bila dua-dua kami berjaya menamatkan pengajian pada masa yang hampir sama.

Itulah some of gambar-gambar studio yang aku nak kongsikan dengan korang yang sudi melawat blog ni. Buat junior-junior yang masih menuntut, diharap belajar bersungguh-sungguh dan keep your focus, dah nak semester last ni memang senang hilang fokus. Whatever it is, I wish you all the best of luck okay!


Saturday, December 13, 2014

Kisah AKU n Trueventus Cuban Night!

Assalamualaikum, 

Perghh, bukan main lama lagi tak update blog aku ni. Ada 2 minggu jugak rasanya, rekod baru ni..Busy bai sekarang, kerja siang malam - nak spend time buat benda lain pun tak free. Hujung minggu lah yang paling heaven aku rasa..huu. Okay lah, hari ni nak story pasal satu event yang aku join semalam bersama Trueventus Malaysia ni - It's the Annual X-Mas Party 2014!
Event ni organized by small committee member yang terdiri daripada 3 staff iaitu Min, Moses dan Sim Yee. Teringat pulak time organize modul-modul kat UiTM dulu, team 3-4 orang je tapi nak handle beratus-ratus student..:-)
Opulent Lounge, Nagaba KL merupakan the venue for this party. Korang jangan fikir lain eh pasal entri ni. Alhamdulillah, aku masih clean dan ingat agama aku..:-) Tujuan aku datang ni bukan nak celebrate perayaan diorang ni, tapi atas kapasiti seorang staff yang menghargai usaha Big Boss John dalam meraikan staff-staff nya sekali didalam annual party ni.
Tema pada malam semalam ialah Cuban Night. Yang paling simple ialah dengan dress yourself with a fedora, or hat dan juga membawa the infamous Cuban Cigar..huu
Buffet memang the best semalam especially Rosemary Chicken, Beef Lasagna, Lamb Steak etc, memang marvelous habaq hang! :-p
P/S: Dari kiri - Haslan, Somad, Fareez, Hendra, Tom, Aizat.
Cheers Mate! Kami minum "Ladies Drink" je, huu. Coke and Sprite je yang mampu telan pun..:-)
Winning Team untuk game pertama - Team Orange.
Dah macam Innuendo pulak budak-budak ni..:-p
Lupa pulak nak introduce some of colleagues aku kat sini. Dari kiri - Freddy, Hendra, Asri, Syafiq dan Min.
Second game - serious shit dah rasa macam zaman-zaman malas aku kat UiTM dulu bila masuk part macam ni..haha
Suhana dan Nurul yang glowing macam bidadari..:-p
Nurul yang always happy dan kelakar gila..:-p
Bersama Herr Manager, person yang bertanggungjawab membawa aku masuk ke dalam company ni - Mr. Haslan.
With Miles yang perangai gila-gila..lol. Erm btw, aku tak smoking eh - tu prop je nak kasi match dengan tema Cuban ni. Harap maklum.
Dalam pukul 11, the event was concluded. Memang mantap dan terbaik betul malam semalam, enjoy gila - aku yang tak pernah menari ni pun tiba-tiba masuk auto-mode ikut beat..lol. Balik je, kami terus ke Taman Melati, lepak kat D'Mamak Corner jap pekena Teh Tarik secawan dua. Nak dapatkan rasa Malaysia tu balik..kah3x..:-p
Dapat doorgift from Trueventus - best kan cawan ni? Nama aku kat sini Farid Gani @ Freddy Gunner..lol gila kan? Tapi bila pitch company dalam market Europe memang berkesan..hehe

P/S: Sayang pulak dengan company ni..huu. Tapi tu lah, bulan 3 tahun depan Big Boss Tariq from ORSB dah personally call aku untuk ready to report duty. Chill Freddy, enjoy lah masa-masa kau kat sini ye..:-)

Monday, December 1, 2014

Kisah AKU n C-Day!

Assalamualaikum,

Hari ni satu lagi my achievement dah safely unlocked. Walaupun dah confirm graduated bulan 8 tahun hari tu, tapi sebagai seorang mahasiswa, tak lengkap rasanya kalau tak sambut convocation bagi officially menamatkan pengajian dengan bergaya..hehe and for me that's my C-Day!
Disinilah dewan yang menyaksikan seorang pelajar berkaca mata dari Rawang ni menerima skrol ijazahnya. Aku dan rakan-rakan seperjuangan from FSPPP ialah Sidang 14 bagi Istiadat Konvokesyen UiTM ke 81 ni.
Bergambar bersama mak ayah sebelum berkumpul bagi perarakan masuk graduan-graduan.
Nak jugak amik gambar sorang-sorang..huu

Pukul 7.30, Sidang 14 dibuka oleh Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dato Ir. Sahol Hamid Abu Bakar. Tak sangka beb dapat skrol ijazah from VC UiTM sendiri..:-)
Sedikit gambar didalam DATC, credit to Yasin. Kamera henset aku cibai sikit, ada hati nak snap banyak-banyak. Spoil betul lah, asal ada event penting je mesti kamera macam shit. Selalu tau..huu. Nasib baik lah ada Cybershot tu, kalau tak...haha
Bergambar sekali lagi bersama mak ayah tersayang. Aku dapat rasa kegembiraan mereka tatkala melihat aku menyambut mereka diluar dengan skrol ijazah ditangan. Pelukan dan titis mata ikhlas dari mak, dan senyuman puas ayah aku.
Terima kasih kepada ayah, En. Gani Daud yang bertungkus lumus mencari rezeki bagi menyekolahkanku dari kecil sehinggalah aku berjaya mengenggam segulung ijazah ini. Bagi ayah, pendidikan merupakan salah satu elemen penting didalam kehidupan - knowledge is power.
Dan sudah tentu buat ibuku, Pn Sulina Abu Bakar, yang membesarkan aku dari kecil, mengajar aku erti kehidupan. Terima kasih mak,,:-)
Ni semua untuk mak ayah. Nak pakaikan diorang jubah aku, tapi tak nak pulak..:-(
Ramai betul tetamu dan para graduan tadi. Teringat pulak time zaman-zaman belajar dulu..:-p
Sesi bergambar bersama-sama rakan seperjuangan, but still rasa terkilan sebab tak dapat snap picture dengan bestfriend aku sepanjang belajar kat UiTM ni, Joe and Pok Jad..:-(
Satu lagi gambar mak ayah aku, before aku nak pulangkan balik jubah konvo ni.,:-)
Aku tak selalu amik gambar dengan perempuan even time study dulu pun, but si Zaza ni nak sangat amik gambar dengan aku - so, for the sake of our friendship dari semester satu sampailah la ni. Biarkan ia jadi a pieces of our memory ye..:-)
Tudiaa skrol aku..huhu. Second Class Upper pun jadi lah, yang penting sepanjang aku belajar kat UiTM ni semuanya balance - akademik okay, sukan okay, organisasi okay. At least aku takde korbankan salah satu to achieve the other one. Of course lah rasa terkilan sebab tak dapat First Class, but it's okay - benda dah lepas..:-p
 
Balik Rawang dalam pukul 3 petang, singgah makan jap kat Traffic Light Restaurant. Khamis ni kakak aku pulak yang konvo, tahniah in advance ye Along - sori tak dapat nak datang, tak boleh amik cuti lagi. Nanti si John tu marah aku lagi..:-(
Eh apa lagi ni? dikesempatan ni aku nak mengucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat didalam menjadikan perjuangan aku dalam mengejar segulung ijazah ni sampai kepenghujungnya:

  1. Keluarga: Tanpa family yang menjadi tulang belakang aku baik dari segi moral, kewangan etc, mana mungkin aku boleh mencapai apa yang aku idamkan selama ni.
  2. Pensyarah: Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan sepanjang 3+1 tahun saya menuntut di UiTM ni. Akan saya gunakan ilmu yang dicedok ni untuk agama, bangsa dan negara,
  3. Cikgu: Guru yang mengajar sejak tadika, sekolah rendah dan kemudiannya sekolah menengah semuanya memainkan peranan penting dalam perjuangan aku. Tanpa mereka yang mengajar dari asas, jangan mimpi lah aku nak ke menara gading.
  4. Kawan: Kawan, ada yang bagus ada yang macam lahanat. Tapi nama pun kawan, walau buruk macam mana perangai - tapi mereka lah yang ada disisi bila family jauh dimata. 
  5. EX - Bukan EX5, tapi bekas kekasih. Terima kasih jugak ye Mida, kalau tak cakap nanti tak kenang budi pulak..haha. Thanks sebab teman aku selama 4 semester, eventhough at the middle time kita break tu aku tengah bergelut dengan projek paper, research proposal, SAF etc. Walaupun berat nak cakap, tapi aku terpaksa mengaku yang sepanjang kita bersama, kau lah antara sumber inspirasi aku dalam perjuangan mengenggam ijazah ni. Dah-dah, kalau kau baca jangan emo pulak..haha, semoga bahagia la ye dengan FA kau tu, Cheers! 
So, itu lah dia cerita konvokesyen aku ni. Maybe akan ada version nombor dua bila gambar-gambar from UiTM dan juga Photo Center sampai nanti okay. Till then, take care. Tahniah kepada graduan-graduan yang sedang atau dah berkonvo. Yang belum tu sabar-sabar dulu ye, masa korang akan tiba jugak nanti. I pray for your success!