Thursday, November 27, 2014

Kisah AKU n Happy Birthday 2014

Assalmualaikum, 
Yeah! I am officially 22 years old now. Haha. It's great, isn't. Dah 22 tahun aku hidup kat dunia ni. Syukur kepada Allah kerana memberi peluang untukku terus bernafas di muka bumiNya ini.
Hari Sabtu lepas aku bawak family pergi Shah Alam, then sekali lah celebrate birthday aku in advance kat De Palma SA. Time tu sebenarnya tak sihat sangat, sekarang ni pun baru start recover (hari ni gua MC beb, kena tonsil lah pulak)
Jumlah yang wish pun semakin tahun semakin berkurang. Entah lah, maybe sebab aku pun dah tak aktif sangat kat Facebook tu. Mak aku yang first wish, diikuti kakak dan adik aku, and after that my dad. 

So, 22. Apa achievement setakat ni Farid? Erm, alhamdulillah degree ada, kerja ada. Maybe after this aku nak buy my own car (bayar sendiri full), and juga rumah. Tengok lah ekonomi dulu, kasi stabil. Sekarang ni nak kena pandai manage kewangan, ramai orang muda bankrup sebab mismanaged kewangan diorang. Aku tak nak lah jadi camtu..:-) Kahwin? Erm, so far takde lagi dalam short term plan ni, ikut flow je lah.
Birthday gift from my dad. Sejak zaman student lagi nak buku ni, tapi tak sempat nak beli..:-) Thanks En. Gani.

P/S: Hari ni genap setahun lah nampaknya eh?

Sunday, November 23, 2014

Kisah AKU n Rutin Kerja

Assalamualaikum,

Baru boleh update blog ni. Ingatkan nak update semalam, tapi tak berapa sihat pulak. Ni pun baru je habis buat research for Vietnam' market. Macam ni lah rutin sejak berkerjaya ni, ingatkan cuti boleh la melepak, tapi serupa macam kerja jugak. Okay lah, entri hari ni nak cerita pasal rutin harian aku kat ofis, and expected to keep repeating each days..:-)
Sampai ofis pukul 8 pagi, baca paper, isi air dalam botol. Sambil update pitch' database.
IN-OUT. Time aku amik ni tak serabut lagi, esok aku snap yang paling latest..hehe
Menunggu 8.30 pagi untuk memulakan operasi pitching..:-)
Say hello to my little friend! Meet "Freddy" - my best pal. 3/4 masa aku kat ofis ni habis dengan si Freddy ni lah. 8.30 pagi to 12.30, lunch then sambung balik pukul 2-5 petang.
5.30 aku chow, solat Asar kat Masjid Jamek sementara tunggu ayah and akak aku. 
Biasa kitorang naik bas SJ pukul 7 petang, takde rushing sangat, plus jalan pun dah tak jem time tu. Otw nak balik aku tak tidur pun dalam bas, takut sampai rumah ngantuk. Bukan apa, even lepas balik pun, still ada sikit lagi kerja nak disettlekan. Kalau lambat hantar daily database, takut esoknya menyusahkan manager pulak. Better siapkan dulu.

So, itulah rutin kerja aku. Walaupun nature kerja ni tak macam ada exact routine as compared to typical administrative works, tapi for me - it's still routine - when you do exactly the same things for each day in your career..betul tak?

Thursday, November 20, 2014

Kisah AKU n I'm Married?

Assalamualaikum,

Hari ni short entry je. Sejak bekerja ni kena pandai curi masa sikit untuk update blog.
Tengok ni status kat fb aku semalam. Ni betul-betul conversation tau, bukan reka-reka. Pelik betul, Jumaat lepas si Bob tanya anak aku dah berapa orang. Yang si Nurul ni pulak mati-mati caya yang aku ni dah kahwin. Yang si Miles ni pun satu, selamba je kata aku pergi amik wife aku kat klinik and finally, si Marcus pulak ingat semua yang laki yang pakai cincin dah married..haha

Memang lol..:-p

P/S: Aku baru 22 beb!


Saturday, November 15, 2014

Kisah AKU n BadmintonED!

Assalamualaikum,

Petang tadi aku sempat meluangkan masa dengan bersukan. Dah lama beb tak bersukan ni, even Rushfit pun dah asyik tak sempat je nak buat. Maklumlah sekarang ni kan dah berkerjaya, huu. So, hari minggu je lah nak beriadah, sambil mengeluarkan peluh dan lemak berlebihan kat dalam badan ni..haha
Aktiviti aku petang ni ialah berbadminton. Main kat Golf Club je, murah sikit and tak ramai orang compare dengan yang kat Rawang tu, Antara rakan-rakan seperjuangan yang join tadi ialah bestie-bestie aku, Afiq and Dolah.
Adik aku si Faris tu pun ada jugak. 
Uncle Akram (baju biru-putih), jiran aku pun ada jugak join menambahkan forum..:-)
And of course, aku sendiri dan juga my dad. Cukuplah jugak ada 3 regu tadi. :-)
Kami book court dalam 2 jam, main berganti-ganti regu. Takde lah penat sangat walaupun dah hampir 5 bulan tak main badminton ni. Last main rasanya time semester 6 tu dengan Joe and the gang.
Nak kata pancit, tak lah sangat. Tapi ada lah rasa berat sikit. Ni semua lemak terkumpul punya pasal..haha
Puas gila main tadi. Lenjan jugak 3 full game double and satu single lawan Uncle Akram. Memang A+ lah walaupun dah lama tak menyentuh reket Carbonex aku tu..:-)

Dalam 7.30 petang kami pun dissolve. Maghrib jap kat surau Golf Club tu and terus menikmati secawan teh tarik kat Salam Sentosa. Memang terbaik pekena air panas hujan-hujan ni..huu

P/S: Minggu depan tak tau apa plan, apa-apapun esok gua nak training buat pitch..lolz

Friday, November 14, 2014

Kisah AKU n Welcome Aboard!

Assalamualaikum, 

Hari ni genap 4 bulan aku menganggur. Tapi, hari ni jugaklah hari bersejarah bagi aku kerana telah menamatkan pengangguran. Alhamdulillah, dapat jugak kerja ye dop? huu
Minggu lepas dah aku dapat e-mel from Trueventus SB yang mengatakan aku layak untuk final stage, iaitu Training School selama 5 hari kat situ, and once I complete the 5-days training, aku sah menjadi probation employee mereka selama 3 bulan. Kalau perform and reach target, dapat lah jadi permanent which itu yang jadi objektif aku sekarang ni.
Since Training School ni start 9.30 pagi, aku gerak dari rumah pukul 7.30 and amik train pukul 8 pagi. But, minggu depan dah start masuk 8.30, so maybe aku akan parking kereta kat Terminal Bukit Beruntung and naik bas dari situ. Just like old time, mate!
HQ Trueventus ni terletak kat Plaza Sentral, ada branch kat Manila dan bakal expand to Australia. Even office kat KL ni pun nak expand untuk menampung business requirement yang semakin tinggi.
Meet Marcus, and takde dalam gambar David. Kami lah staff baru kat sini. Hari-hari pergi lunch dengan diorang except tadi. 1 Malaysia beb, Marcus is Chinese, while David is Indian..;-)

Training School selama 5 hari ni mengajar kami tentang culture company, structure, remuneration package, communication and presentation skills, job-related skills (market research, trial pitch, etc.) dan banyak lagi. Kami juga telah diberi projek untuk diselesaikan dalam masa 3 bulan ni, bersama task force untuk projek itu.
2 hari first je aku balik naik train, sebab keluar pukul 4.30 petang. 3 hari lagi aku follow sekali kakak and ayah aku. By next week, aku dah start office hour until 5.30 PM.
Insya Allah, I can do this. Kata Mr. Haslan, my manager - the most important things dalam this industy are hardcore research, plenty of pitch and consistent faxed out. Dapat buat 3 ni, Insya Allah dapat survive and reach monthly target..:-)

P/S: Best working environment kat sini, semua staff friendly and supportive. 

Thursday, November 6, 2014

Kisah AKU n Job Interview - Trueventus SB

Assalamualaikum,

Hari ni suka aku nak share pengalaman aku menghadiri sebuah interview di Trueventus SB. Ianya merupakan sebuah event management firm yang terletak di Plaza Sentral, KL. Just half a klick from KL Sentral which is good sebab semua jenis public transportation are easily accessible here..:-)

Interview ni marked the 11th and 12th session of interview yang aku dah merasa. Ini lah proses interview paling cepat yang pernah aku rasa tau. Dapat call for interview hari Selasa, first interview semalam, second interview tadi. Bukan main cepat kan?

Tak payah la nak cite macam mana aku pergi sana dari rumah, kita jump terus ke pengisian interview-interview ni. Okay, untuk first interview aku terus ditanya tentang passion dan juga work-motivation, berserta apa objektif yang ingin dicapai untuk position ni. Ada jugak tanya pasal life goals. Tapi, apa yang buat aku pelik, normally first interview akan ada introduction on kita punya family, academic, working background kan? strength? and weakness? Tapi, semalam langsung takde beb! haha, terus dia bagi remuneration package and then, let's talk business, lol. Yang banyaknya diskus pasal career advancement kat company ni, how commission work etc. Lama jugak semalam, ada lah dalam setengah jam.

Second interview oleh BD Manager lagi intense, soalan-soalan interview berkaitan job-related situation, job description/scope - camna nak buat market analysis, how to track and monitor client, dan juga level of communication. Walaupun singkat sikit dari first interview, yang second ni aku terasa lama sangat, maybe yang interview pun nampak serious je..:-p

So far itu je information yang aku boleh supply pasal interview questions kat Trueventus SB ni. Kata interviewer tadi, ada 2 layer of interview, and if korang lepas dua-dua interview ni, korang akan diberi employment offer letter and akan diminta untuk hadirkan diri untuk training and induction selama 5 hari kat corporate office diorang ni. Goodluck kepada siapa-siapa yang akan berinterview kat sini ye. All the best!

Monday, November 3, 2014

Kisah AKU n Global Scholar Solutions

Assalamualaikum,
Sementara belum ada kerja tetap ni, aku memutuskan untuk buat freelance. Dari tak buat apa kat rumah, adalah lagi bagus untuk aku melibatkan diri dengan kerja-kerja freelance ni. Kerja pun dari rumah, kalau ada projek duit pun dapat kan? :-)
So, hari ni terasa nak promote sikit servicing firms dimana aku berkhidmat sekarang. Global Scholar Solution (GSS) ni merupakan sebuah firma yang memberikan servis didalam bidang akademik particularly kepada researcher-researcher universiti di Malaysia ini, baik didalam kursus Master ataupun Doktor Falsafah. Ianya mengumpulkan a team of freelance academic writers, dan juga virtual research assistants yang bertujuan untuk membantu student-student yang menjalankan research.

Antara servis-servis yang ditawarkan termasuklah:
  1. Data Collection - Research Proposal, Literature Review, Special Chapter
  2. Data Editing - Translation, Proofreading
  3. Data Interpretation - SPSS, Amos, Smart PLS etc.
Aku pulak specialize on some tugasan particularly dalam Literature Review dan juga Translation, and maybe extend ke SPSS Data Analysis if required. Kat GSS ni, semua jenis expertise ada - ranging from Business Administration sampailah ke Engineering. Nama pun a team of VRA..:-)
And of course, each of us ada bidang masing-masing. Macam aku, kemampuan membuat LR dan translation aku terhad untuk subject matter yang macam kat gambar atas ni, based on qualification aku. Payment pulak depends kat projek, but mostly starting rate bermula dengan RM 300> dan boleh mencecah ke RM 1200> .

So far, semuanya okay and aku pun tengah ada on-going project. Seronok rasanya dapat tolong orang buat research ni, terasa macam nak buat je research lagi, nak improvise research time degree hari tu. :-)

Korang yang tengah buat research tu, dan perlukan pertolongan kami. Jangan segan-segan untuk klik ke link ini untuk membuat service order. Kami, di GSS sedia membantu meringankan beban korang yang membuat research..buat research memang penat, so, some of you might need an extra hand kan, and that should be us!