Assalamualaikum kawan-kawan, petang tadi aku meluangkan masa bersama beberapa orang rakan seperjuangan untuk bermain badminton. Dah lama plan nak main sebenarnya tapi asyik tangguh sebab agak busy dengan assignment, kerja SASea dan sebagainya. Yang bestnya, time kami main semalam ialah hari dimana Team Piala Thomas Malaysia menetang Jepun didalam pusingan akhir. So, kitorang amik mood final ni..hee
Dah lama sebenarnya aku tak main badminton kat court, rasa-rasanya last aku main semester lepas time Abang Fariz ajak aku with beberapa orang rakan SMF. Cuba klik link ni. Pergh, 29 September 2013 beb, dah nak setengah tahun tu..haha
Ni Helmy, selalu spar badminton dengan dia ni dulu dan selalunya aku menang..ahaha, nak buat camna, true story bro!
Tak payah cakap lagi mamat ni, Captain Joe yang tak pernah bagi aku menang walau satu set pun sejak Part 1 dulu..even tadi pun dia menang straight set lawan aku..haha
Currently ranking kedua dibelakang Joe dan masih kekal since Pok Jad tak dapat join tadi. :-)
Macam biasalah, ada snap gambar sikit dan juga record video. Dulu record beb untuk analisis, bapak struggle gila..haha, sekarang ni just suka-suka je..:-)
Diantara kami berempat, Joe ni tak pernah kalah even satu set pun bila spar dengan kitorang. Aku hampir-hampir dulu pun dapat 18. :-p
Screenshot time aku spar dengan Helmy. Walaupun dah hampir setengah tahun tak main, tapi still unggul lagi la dapat menang straight set tadi..hehe. Tak sabar nak lawan Pok Jad untuk confirmkan ranking aku..haha, poyo!
Memikior cara nak kalahkan Captain Joe..
Taniah kepada Team Jepun atas kejayaan merangkul Piala Thomas, tahniah juga kepada Team Malaysia kerana telah menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika match final tadi. Cuba lagi pada edisi 2016!
Minggu depan rasa nak main lagi ni since kami pun tengah cuti Gawai. Tiba-tiba rasa ketagih pulak bila dapat pegang reket dan shuttle. Joe, cepat arrange dengan budak-budak BCA tu. The more the merrier isn't?