Assalamualaikum semua, negara kita masih berduka lagi dengan kehilangan pesawat MH370 dan aku pun turut merasakan benda yang sama. Bukan sahaja keselamatan penumpang dan anak kapal, malah untuk keseluruhan krew SAR yang terlibat. Tak lupa jugak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak untuk negara-negara yang turut serta menyertai operasi terutamanya United States of America dan juga ASEAN community.
Ok lah, entri hari ni takde kaitan pun dengan MH370 ni, intro je..:-)
Saja lah hari ni nak cerita pasal lagu yang jadi fevret aku selama ni, tau-tau dah hafal pun..Mana taknya, bawak motor nyanyi lagu ni, drive pun pasang lagu ni jugak sampai ayah aku pun komplen..haha. Dalam jamban pun sama, and yang paling selalu, before tidur sambil membayangkan bakal jodoh aku yang setakat ni tak muncul-muncul..huu
Jodoh Berdua nama diberi, memang terbaik dari studio..haha. Kalau hayati liriknya memang menyentuh perasaan. Hafiz Hamidun ni memang sedap suaranya, first aku dengar suara dia ni time layan lagu-lagu UNIC. So, entri ni nak ulas sikit lah setiap rangkap. Erm, by the way, ni opinion aku tau, kalau ada yang korang tak berkenan tu harap maaf lah. Aku ni bukan selalu nak review lagu..huu
Jika cinta mampu untuk ku ukirkan,
Garisannya penuh dengan pengharapan,
Sentiasa dalam doaku,
Menyimpan rasa ingin bertemu,
Insan yang masih rahsia dan teristimewa
Hrmm, apa yang aku faham kat sini, jodoh kita itu telah ditentukan, tapi apakah kuasa kita untuk mengetahui siapakah yang sebenarnya pemilik hati itu. Maka, kita perlu lah sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan si dia yang bakal menjadi jodoh kita. Ye lah, kadang-kadang kita couple tapi clash, maknanya di situ mungkin jodoh kita itu bukan bersama si dia.
Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir,
Sungguh aku percaya ketentuan yang Esa,
Jodoh berdua begitulah takdir
Disini pula, diunjurkan bahawa bagi setiap insanNya yang bersabar dalam pencarian bakal pemilik hati akan dikurniakan Allah kerana ianya merupakan ketentuanNya dan takdir hidup kita.Maka, apa yang perlu kita lakukan ialah sentiasa bersabar, memanjatkan doa dalam menunggu detik disatukan yakni nikah. Subhanallah, hebat betul kekuasaan Tuhan Maha Pencipta kita.
Yang terlihat kini hanya anugerah,
dan melafazkan janji yang terindah
Kat rangkap ni pulak, apa yang aku faham mungkin berkaitan nikah, dimana penantian yang ditunggu-tunggu selama ini berakhir dengan anugerah Allah iaitu jodoh. Lafaz janji terindah tu barangkali akad yang mengikat cinta halal dan penuh syariat diantara dua insan.
Sentiasa dalam doaku,
Menyimpan rasa ingin bertemu,
Insan yang masih rahsia,
Dan teristimewa
Seperti yang aku dah mention kat atas, jodoh kita merupakan satu rahsia. Kita tak boleh senang-senang je cakap bila dah jumpa awek, terus kita bagitau yang dia adalah jodoh kita. Betul, ada yang bercinta dan berjanji untuk berkahwin, tapi persoalannya, betul kah si dia merupakan jodoh kita? Even aku kapel dulu pun bukan main berjanji untuk menamatkan percintaan dengan pernikahan, tapi, at the end - tak kesampaian. Sebagai Muslim, aku percaya ada hikmah disebaliknya.
Bersedialah menunggu di garis penghujung,
Insya Allah ke Syurga,
Bersatu kasih kita..
Di rangkap terakhir ini, mungkin apa yang cuba disampaikan ialah cinta halal, suci dan penuh syariat yang dianjurkan dalam Islam. Maybe ada yang memilih untuk bercinta sebelum kahwin which can be labelled di tengah garisan, bila penghujung tu masih samar-samar. Cinta penghujung garisan yakni yang halal itu merupakan yang terbaik.
Jadi, buat sesiapa yang merasa keseorangan tanpa teman istimewa disisi. Dengarlah lagu ni Insya Allah segala kegelisahan yang dihadapi berkurangan. Aku start dengar lagu ni exactly after terputusnya hubungan aku dengan si dia. Alhamdulillah, perlahan-perlahan aku berjaya lupakannya, dan stay in the right track dan fokus kearah karier masa hadapan, pensijilan aku dalam Six Sigma pada bulan lepas membuktikan aku boleh terus maju tanpa someone yang special malah membuatkan aku lebih cekal. Itu yang lebih penting daripada terus berduka.