Friday, May 31, 2013

Kisah AKU n Raikan Cinta di Namsan Tower

Assalamualaikum semua, mesti dah tak sabar kan nak baca entri Korea aku kan? huu, bajet macam ramai readers pulak saya ni..hii. Ok lah, ni entri penutup untuk hari kelima aku di Korea, cuma tinggal hari ni je untuk meluangkan masa berada dibumi yang colorful ni. Hari Sabtu pukul 6 pagi dah nak kena ada kat airport.
Malam semalam, aku, Joe, Pok Jad, Ida dengan Pn Tuan Nooriani decide untuk pergi melawat Namsan Tower, itupun sebab dalam ramai-ramai kitorang je yang tak pergi atas tu lagi.
Naik lif untuk ke cable car station.
Beli tiket two-way berharga 8000 won.
Namsan Tower ialah the highest point kat Seoul ni. Antara tarikan utama tempat ni ialah love padlock. Dimana couple akan lock mangga cinta diorang tu kat area-area yang disediakan. Best kan? That's why ramai pengunjung yang aku perasan semalam mostly couple. Siap peluk, cium semua..huu, real gila..:-p
Memang sejuk kat atas ni, even pakai gloves pun. Baju dah la nipis..huk
Kat tower ni ada cafe, souvenir shop, mini mart (olive-clive), observation deck, love-shaped bench dan banyak lagi fasiliti yang direka khas untuk pasangan kekasih.
Singgah kat souvenir shop, aku beli padlock dengan harga 4000 won. Kunci apa kat sini? Letak nama aku dan X je, X tu siapa-siapa pun boleh jadi nanti. Haha
Dalam pukul 10.30 malam, kami pun turun dan pulang ke guesthouse. Sakit jugak kaki aku sebab non stop berjalan dari pagi semalam. Ok guys, cuma tinggal satu hari penuh je aku kat sini lagi, so I guess entri Korea pun cuma tinggal dalam 1-2 je lagi..Apa-apapun teruskan membaca. Anyogi gaseyo..!!

Kisah AKU n Shopping di Namdaemon Market

Assalamualaikum semua, sselepas je melawat Namsangol Hanok Village, kami dibawa oleh Nazirul, our tourist guide ke Namdaemon. Sebuah syurga membeil belah, dengan harga yang berpatutan - sesuai sangat untuk membawa balik souvenir untuk kawan-kawan..
Kalau 2-3 hari lepas asyik hujan je berturut-turut kat Korea, tapi semalam cuaca panas but suhu still dingin. So guys, inilah Namdaemon Market - of course ada 2 tarikan kat sini - brooch dan juga souvenir.
Tempat ni memang sesak, so kami di bahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan ke brooch sector dulu, and the other pergi cari souvenir yang lain
Group yang aku join pergi tempat brooch dulu, rambang mata aku nak pilih. Since budget aku pun terhad, so kenalah berbelanja dengan baik kalau tak nak berlapar..haa
Beli untuk mak, along dan makcik-makcik-)
Lepas tu kami switch pulak, kitorang ke souvenir punya area - kat sini lagilah nak berambang-rambang mata aku. Tapi tak banyak pun aku spend kat sini sebab first day hari tu aku dah spend kat discount mart area Myeong-dong. Harga pun lebih kurang sama je.
Tengok apa tu Farid?
Waah..banyak nya kraf tangan orang Korea ni, kalau banyak duit bawak semua aku nak beli..huk. Tapi takpe lah, aku travel ni pun atas kapasiti seorang student. So, next time lah..:-)
Diorang ni borong jugak lah tadi. Ada lah minimum dua beg plastik.
Namdaemon Market yang sentiasa sibuk. Ni macam lebih kurang area Pasar Seni kat KL.
Tengok tu, berbondong-bondong beg plastik..aku nasib baik satu je..:-p
Kami dibawa lunch di Dongdaemon oleh Nazirul, kedai burger ni halal, huu - dapat jugak makan daging ayam..:-)
Nyum-nyum, for 3500 won, berbaloi jugak lah. Lebih kurang harga McChicken kot..
Dongdaemon ni jual barang-barang ekslusif macam sutera, baju designer etd. Since time ni aku pun just tinggal 25000 won je, so malaslah join and lepak dengan beberapa kawan kat Cheongyecheon River yang dah visit waktu first day hari tu..
Doota Mall, sebuah pusat membeli belah eksklusif terletak di Doosan Tower, diatas subway station Dongdaemon. Yang ni memang aku dengan Joe duduk kat luar je lah..haa, bukan apa kitorang ada tinggal 2 hari je lagi - kira 25000 won (RM70) yang ada tu untuk makan and beli susu pisang..:-p

Baiklah kawan-kawan, teruskan membaca satu lagi entri penutup untuk hari kelima aku ye. Till then, take care and lots of love..:-)

Kisah AKU n Pagi Di Namsangol Hanok Village

Assalamualaikum semua, maaf terlewat update blog ni sehari, malam semalam aku keluar tu la yang tak sempat nak update untuk hari kelima. But, untuk hari keenam kami di Korea iaitu hari ini, aktiviti bebas so aku gunakan pagi ni untuk update aktivit semalam ok.
Breakfast di pantri dulu sebelum meneruskan aktiviti kami disini.
Untuk semalam, kami tak jalan jauh-jauh pun macam hari-hari sebelumnya yang sampai naik subway transit. Semalam just naik subway direct je ke destinasi
So, inilah destinasi pertama kami - melawat Namsangol Hanok Village iaitu didalam bahasa kita sebut sebagai Kampong Rumah Tradisi.
Apa yang menariknya tempat ni is that ianya memberikan pengalaman kepada pengunjung untuk merasai pengalaman rakyat Korea ketika era Joseon Dynasty
Salah satu rutin harian rakyat Korea ketika itu
Namsangol Hanok Village termauk dalam list 5 tempat yang tercantik di Seoul. Ianya mesti dilawati kalau korang dah sampai Seoul.
Berjalan-jalan di Tembok Besar China..huu, eh takdelah ni jalan masuk ke Kapsul Masa Seoul.
Kapsul masa ini menyimpan 600 barang yang telah ditutup pada 29.11.1994 dan akan dibuka pada 24.11.2394 untuk meraikan 1000 tahun kelahiran Seoul. Kita pun ada kapsul masa jugak iaitu kat Putrajaya dimana kapsul masa Wawasan 2020 disimpan - Insyallah pada 2020, Tun M sendiri yang akan membukanya, sebab beliaulah yang mengasaskan Wawasan 2020.
Dah kenapa happy sangat ni?
Atototo, comelnya budak-budak ni..:-) Sepanjang aku berada kat Korea ni, aku perhatikan mereka ada budaya yang mencintai dan menghargai sejarah negara mereka. Ni maybe ada lawatan tadika kot..huu, tapi good lah sebab dah ajar budak-budak ni awal-awal lagi.
Huu, ni jelah gambar dengan Korean yang aku ada dalam henset..:-)
Taegeukgi - bendera kebangsaan Korea Selatan. Ok readers, cuba teka apa nama bendera kebangsaan negara kita, Malaysia?
Nanti nak bawak bakal isteri datang sini lah..try pakai traditional Korean wedding dress..:-)
Ok lah, jom kita pergi next entry..!! Ooops terlupa, Happy 400th entry !!

Wednesday, May 29, 2013

Kisah AKU n Sepetang Di Han River

Assalamualaikum, anyong haseyo! entri ni sambungan untuk aktivit kami lepas melawat SNU. Bas dalam universiti keluar meninggalkan SNU dan membawa kami Seoul National University Station. Perut pun terasa lapar, maklumlah nak cari makanan halal kat sini memanglah susah.
Adalah aku terbaca tadi kat SNU, kepesatan Korea Selatan dibantu oleh Sungai Han - tertanya-tanya jugak kenapa. Korang tau tak?
Akupun bukak la mobile phone dengan harapan ada wifi and amazingly boleh guna, huu..kalau kat Shah Alam, wifi Selangor ada tapi kena register segala bagai..huk
Serius kat sini sejuk gila, mengikut perkiraan aku lokasi Korea Selatan yang terletak diantara Russia di barat dan kutub utara yang membawa angin dingin menjadi punca kegigilan kami tadi..haa
Lepas bungkus pizza 8 kotak, kami pun bergerak ke Sungai Han. Bajet nak berpiknik la kat sana, tapi sayang hujan la plop..huk
63 Building, first tengok dalam cite MyGirl. :-p
Satu kotak kongsi 4 orang - so sorang dapat 2 slices. Since daging diragui kat sini, kami makan pizza sweet potato je..huu - balik Malaysia ni aku nak makan daging banyak-banyak..:-)
Ini lah Sungai Han - nadi penggerak kemajuan pesat Korea Selatan. Kenapa? Ianya dinamakan The Miracle of Han River oleh pakar ekonomi. Seperti yang kita tau Korea Selatan merupakan sebuah negara yang terjejas teruk akibat Perang Korea 1950. Sungai merupakan nadi penggerak sesebuah negara, sejarah telahpun membuktikan tamadun dibina berdekatan delta, sungai etc. Jadi, The Miracle of Han River ini sebenarnya menggambarkan post war development dari segi pertumbuhan ekonomi, industrialisasi, pendidikan dan juga technology achievement yang membawa Korea yang kita tahu sekarang ini.
En Zul dan Pn Tuan Nooriani berlatarbelakangkan Jambatan Banpo.
Kat sini pun menggigil jugak , sebab hujan renyai. Serius beku tangan aku tadi, dekat dengan sungai pulak tu..huu
On the way nak balik singgah beli susu pisang dulu..haa then terus ke guest house. Sampai je terus tidur sampai pukul 0800 malam waktu Korea..huu. Ok lah, itu jelah perjalanan aktiviti kami hari ni. Insyallah esok akan ada entri lagi yang menanti. Anyoghi gaseyo!!