Assalamualaikum semua, apa ni Farid tajuk macam lagu Slam ja? mood tak baik ke bro? Yes, memang agak gloomy sikit minggu ni.
Rasa macam tak percaya yang untuk kelas Management Accounting, aku dah failed 2 quizzes and satu test. Suppose to have another final chances - which is the optional third quiz and a compulsory test. There must be a reason behind this. Sometimes, nak menyesal pun dah terlambat. Rasa kalau boleh putar balik masa Part 2 dulu, aku tak sepatutnya isi borang TUNAS SMF. Jujur aku cakap, prestasi aku belakangan ni agak menurun. Macam yang aku dah cakap, time management sangat crucial jika anda seorang yang inginkan kelainan dalam diri, to be exact menyertai persatuan-persatuan dalaman di fakulti, ataupun diperingkat universiti. Dalam case aku, SMF.
Dulu waktu Part 1, aku seorang mahasiswa yang sangat pasif - hidup aku dipenuhi dengan elemen 3K - Kuliah, Kolej, Kafe. Tak amik berat pun pasal fakulti, yang aku tau study untuk berjaya and dapat kerja bagus walaupun sebelum masuk degree, manager aku kat Onyx ada cakap mereka tak pandang student-student yang ulat buku sangat, katanya we need a special talent, those who contribute to their respective university. Aku tak amik kisah pun sebab bagi aku yang naif ketika itu - "Mana ada camtu, mestilah nak yang result mantopp.."
Waktu Part 2, aku dah terkesan dengan kata-kata manager tu, ditambah pula dengan dorongan beberapa lecturer terutamanya Prof Zul - katanya "Nowadays, company need a versatile manpower, a global employee which can adapt on a contingent situation". Oleh sebab itulah, aku membuat anjakan paradigma dalam diri aku - isi borang TUNAS dan kemudiannya berlakulah satu siri episod suka-duka aku dalam persatuan SMF. Meeting, Modul, CDO, Teambuilding etc. Semuanya untuk train kami menjadi seorang SMF yang bagus untuk menggantikan mereka.
Part 3 pulak, the real test begun. Modul, Program, Meeting, Ponteng Kelas, Tidur Lewat etc. Semuanya dah lali dalam kepala otak aku ni. Yang paling tensen, program Debat tempoh hari - menyaksikan hampir kesemua committee terpaksa bekerja lebih masa sebab time constraint. Skip kelas time tu memang tak dapat nak cakaplah, nak urus benda itu, benda ni. Tapi, berkat kesabaran berjaya jugak aku tempuhi. Sdr Amirfiqri, MPP FSPPP ada cakap jangan jadikan SMF sebagai bebanan tapi anggaplah ia sebagai satu platform untuk menyediakan kami semua untuk bekerja dengan baik lepas grad nanti, menepati masa, sentiasa memberi komitmen, memahami tingkah laku manusia yang pelbagai dan lain-lain.
So, sesuai dengan tajuk entri malam ni. Tak mungkinku berpaling dari tempat untuk praktikal di FSPPP ni.
Wednesday, November 28, 2012
Monday, November 26, 2012
Kisah AKU n Pertandingan Debat Piala Dekan FSPPP 2012
Assalamualaikum semua, baru ringan sikit kepala otak aku ni. Program Debat sudahpun melabuhkan tirainya semalam - rasa macam tak percaya pulak yang kami dah selesaikan program ini. Banyak suka duka dan pengajaran yang kami dapat sepanjang menguruskan program ni. So, untuk single entri kali ini, I present to you perjalanan program ni dari kaca mata aku.
Minggu terakhir sebelum program, pressure semakin terasa dan bertambah. Macam penambahan pelik-pelik yang buat aku kusut last-last minute ni. Picture credit to Idzard, EXCO Penerbitan & Maklumat
Tak lengkap cerita kalau aku tak bagitau post aku dalam ni. Dalam program ni, aku memegang jawatan Ketua EXCO Perancangan Strategik. Bertanggungjawab dalam pencarian venue final, sidang-sidang di fakulti, barang-barang teknikal dan juga pengangkutan kontinjen.
Orait, let us jump terus untuk hari kedua program, iaitu hari Sabtu sebab Jumaat tu taklimat sahaja. Seawal pukul 7.00 pagi aku dah ke fakulti untuk membuka kelas-kelas yang digunakan sebagai dewan bersidang.
Sementara menunggu update from pengangkutan. Aku set up laptop, mic untuk tujuan roll call bagi debaters. Oops lupa pulak nak bagitau, untuk program debat ni ianya disertai oleh kampus-kampus FSPPP dari cawangan Shah Alam, Melaka, Kuantan, Merbok, Kota Samarahan, Kelantan.
Lepas breakfast, aku, Joe and Shukri pergi ke venue final kami di Dewan Sri Meranti untuk tujuan pengemasan dan juga penyusunan dewan. Dewan ni untuk tujuan makan dapat menampung seramai 150 tetamu, kalau seminar mungkin mencapai 500 orang.
Ashraf from CASS, serta Abbas from SIMECTRA jugak datang membantu - basically pada hari Sabtu tu aku memang ada kat situ je sampai pukul 5 petang - sebabnya kami semua ingat nak completekan hiasan dan juga susunan dewan tu
Waktu ni tengah estimate pesilat-pesilat punya performance untuk malam final.Takut tersepak Dekan pulak, huu
Mendengar briefing dari Joe, Timbalan Pengarah Program. Picture credit to Idzard, EXCO Penerbitan & Maklumat
Makanan ada disediakan, terima kasih kat Joe dan Ashraf sebab sanggup ulang-alik dari Dewan ke fakulti.
Susunan asal meja hakim - difahamkan asalnya ada tiga tapi last-last ada tujuh, nasib baik sempat set up.
Huu, muka ceria sebab waktu ni rasa macam beban dah nak habis. Picture credit to Abbas
Meja VVIP dan juga laluan masuk. Ni belum letak skirting lagi.
Untuk hari kedua, iaitu Ahad. Macam biasa aku ke fakulti dalam pukul 7.30 pagi. Buka pintu dewan bersidang, setup laptop and mic semua. Lepas breakfast lari ke Dewan Sri Menanti untuk inspection progress. Untuk hari Ahad ni takde benda sangat,sebab kebanyakan effort ditujukan untuk hiasan dewan yang kebanyakannya dijalankan oleh EXCO Tugas-Tugas Khas. Aku pulak tiba-tiba jadi bidan terjun untuk buat video korporat dan montaj program, alhamudulillah sempat siap beberapa minit sebelum program..huu
Piala Pusingan Pertandingan Debat Piala Dekan FSPPP SeMalaysia 2012
Hadiah-hadiah untuk kontinjen yang hebat berhentam, serta anugerah pendebat terbaik.
Meja VIP untuk Dekan, Timbalan Dekan, Hakim yang telah siap dihias oleh Nazieff Caterer. Salah satu sebab kenapa kami pilih dewan ni kerana tiada caterer yang terikat. Kalau dewan-dewan lain kebanyakkannya mengikat caterer dan biasanya mahal.
Meja VIP yang terdiri daripada MPP dan juga JPK Meranti sebagai tanda penghargaan atas kerjasama mereka dalam menjayakan program ini.
Inilah workstation aku, asalnya aku malam semalam agak rilek jugak..tapi tiba-tiba kena cooperate dengan EXCO Penerbitan & Maklumat..huu, kelam kabut jugak dengan flow EXCO tu semalam.
Idzard dan Joe, serba ungu dah macam pengantin..huu, gurau-gurau.
Ini photographer untuk program malam semalam. Idzard from SMF, classmate aku dengan Joe jugak.
Ketekunan, yang tak boleh blah bila pasang lagu-lagu traditional. Rasa macam kenduri kahwin je, huu
Final Persidangan Debat Bahasa Melayu bermula, kedua-dua pihak memberikan hujah yang bernas yang membuatkan aku pun ikut berfikir jugak. Untuk pertandingan akhir ini - UiTM Sarawak (Pembangkang) menentang UiTM Melaka (Kerajaan)
Abg Wan, ex SMF membuat penampilan istimewa menjadi MC untuk program malam ni
Penonton-penonton yang hadir asyik mendengar hentaman kedua belah pihak.
Usai sidang debat berakhir, majlis diserikan dengan persembahan dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Teringat pulak kat Mujahid semalam.
Tepat pukul 11, majlis bersurai. Kelegaan jelas terpampang di riak muka kedua-dua orang penting didalam program ni. Saudara Ashraf dan Joe.
Tumpang lega jugak, cuma lepas ni tinggal nak contact fasiliti untuk amik barang-barang diorang plus PA sistem semua.
Pendebat dari Melaka yang menjadi Naib Johan. So, pemenangnya ialah UiTM Sarawak! Tahniah dari Shah Alam.
Oopps, tak boleh balik dulu. Kemas bagi macam keadaan asal kata staf Meranti beberapa hari lepas. So, kerahan tenaga sepenuhnya dilakukan semalam dan alhamdulillah, berjaya jugak kami kemas dalam masa satu jam.
Tengah sedap-sedap berehat duduk kat atas stage, tiba-tiba hampir kesemua commiitte yang majoritinya SMF datang kat aku sambil bawak kek. Akupun tengok jam, laa..dah pukul 12.10 malam - it's 26 November 2012. Hari jadi aku, huu. Terharu gila semalam, pastu Sdr Amirfiqri, MPP FSPPP.suap kek kat aku lah pulak, seingat aku mak je yang pernah buat macam tu. By the way, terima kasih guys. So far, ini sambutan birthday yang marvelous sebab aku sendiri hampir tak perasan tarikh tu.
In conclusion, program debat kali ni dilihat memberi impak yang besar buat aku. Kata ayah, once program ni habis and aku berpuas hati - ianya membuktikan yang kami semua boleh berkerja didalam tekanan dan kekangan masa. Tahniah untuk jawatankuasa pelaksana yang diketuai Sdr. Ferzae dalam menjayakan debat ini. UiTM Dihatiku, FSPPP Dihatiku!!
Tuesday, November 20, 2012
Kisah AKU n Trip HPD232 Part 2
Salam semua, entri ni ialah sambungan daripada part 1 untuk trip Penang-Kedah yang dianjurkan oleh group HPD232 (Pemikiran Pemimpin Negara) untuk memenuhi silibus kokurikulum student-student yang mengambil kursus ini.
Hari kedua kami bertolak ke Kedah, to be exact this is our last day untuk trip Penang-Kedah ni. Mood cuti aku pun hilang bila ada yang dok remind aku pasal assignment, program etc.
Sebelum meninggalkan Kolej Intan
Ni pulak student Shah alam jugak, program Konvoi UiTM Shah Alam - Seri Iskandar - Penang anjuran JPNR, ada jugak aku masuk meeting diorang hari tu
Bye UiTM Penang, seronok dok kat sini walaupun sekejap. Before bertolak kami breakfast dulu kat Permatang Pauh
Orait, ni destinasi pertama kat Kedah - Rumah kelahiran Tun M. Macam tak percaya bila dapat menjejakkan kaki ke rumah kelahiran PM terulung Malaysia ni
Yat and Faiz.
Saya pun tak nak terlepas jugak, tu seluar semalam..hee, malas nak kotorkan yang baru.
Kat sini jugak ada menempatkan kompleks-kompleks pameran yang mempunyai kaitan dengan Tun M, yang aku paling suka galeri yang menyimpan memori beliau dengan UMNO
Kat bawah rumah Tun M, huu..
Keboringan sambil tunggu siswi-siswi yang tak nak balik..apa diorang buat kat situ pun aku tak tau. huu
Next stop pulak kat Muzium Padi. aku tak taulah apa signifikan nya melawat tempat ni, tapi nak buat camna..aku kan tumpang je trip ni
Itu sebenarnya lukisan tau, bukannya real. 360 degree lukisan yang memperlihatkan keindahan sawah padi sekitar Gunung Keriang
Antara alatan yang digunakan untuk memperoleh hasil padi zaman dahulu kala
Hijaukan Kedah ni, pandang kiri sawah padi, kanan pun sawah padi jugak. Masuk depan sikit, bendera hijau putih..kii
Destinasi seterusnya Menara Alor Setar - aku rasa style nya lebih kurang Menara Taming Sari Melaka, cuma bezanya design menara ni iaitu berbentuk seperti tangkai padi.
Mengintai amoi dari jarak jauh..huu
Bak kata Faiz, muka JMB..hehe
Lepas Zuhur kami bergerak ke Alor Setar, dengarnya diorang nak ke Pekan Rabu..tempat apa ni? Yang kelakarnya nama Pekan Rabu tapi bukak hari-hari..hii
Lepas decide yang kat situ takde apa-apa sangat untuk golongan muda belia macam kitorang ni - kitorang pun decide untuk balik ke bas UiTM. Sedikit gambar yang aku snap untuk mengelak keboringan menunggu siswi yang gila shopping. Aku pun tak tau diorang beli apa kat tempat tu.
Yat yang keboringan, selamba je letak kaki atas lutut aku..:-)
Ingatkan dah habis, rupa-rupanya ada singgah lagi - kali ni pulak kat terminal bas kat Penang. Tak ingat pulak, tapi En. Syuhairi kata kat situ jeruk memang famous. Aku mana lah makan jeruk, so menunggu lagilah dalam tu - budak-budak tu masuk bas je ..fuhh, berbondong-bondong beg plastik penuh dengan jeruk..hebat betul lah
Pukul 6.30 bas meninggalkan bumi Pulau Mutiara - jalan sesak teruk, pukul 9.30 malam bas berhenti rehat di R&R Sungai Perak Selatan. Pukul 2.00 bas akhirnya touchdown kat Pusat Koku UiTM sekaligus mengakhiri trip kami. Perasaan sangat seronok walaupun sekejap sebab untuk trip ni ianya leisure, takde rule yang ketat, plus duit pun habis dalam RM 20 je..