Thursday, June 28, 2012

Kisah AKU n Barang Rumah?

Salam semua, huu..happy ni baru habis satu paper. Hekeleh! baru satu paper dah poyo gila mamat ni. Ala, bukan apa - paper Industrial Relations ni killer paper tau. Dah la buat waktu opening final examination ni, memang lega gila lah sebab dah lepas. Habis je paper ni tadi, terus pergi FUU nak check carry mark untuk LAW299 - sampai je, kecewa gila dapat 27.4 je, wuu..macam mana nak A ni.? Pastu pergi FSPPP, check carry mark ADS465 pulak. Alahai, 30 pun tak sampai - dapat 29.5 je. Tapi highest, huu. Waktu ni aku dah menyirap gila, bayangkan satu carry mark pun yang above 30. Rasa macam bakal teruk je result aku ni.

Tapi, steady je. Sebab semester ni tak target banyak pun. Akupun keluar dari FSPPP and singgah Bintang jap, nak beli barang rumah (Mujahid yang cakap, sebab rumah kitorang takde dapur gas..huu). Pergi sorang je, takdenya berdua. Boring jugak, kekadang jeles jugak tengok siapa-siapa yang kapel dekat-dekat ni. Ada je masa nak keluar, makan sesama.
Lalala ~ berjalan-jalan cari stok. Ramai jugak siswi UiTM shopping hari ni, mesti nak beli stok waktu exam kan? Untunglah pergi shopping ada teman, saya ni sorang je. So tak payah lah nak tengok-tengok. 
Amik kau, dulu mak ayah yang beli. Sekarang ni beli sendiri je, huu. Air kotak tu yang penting sebenarnya, hehe..
Semuanya RM 33.50. Terima Kasih, sila datang lagi.
Nasib baik muat..kalau tak camne la aku nak bawak semua barang ni tadi..Kalau lah aku tak kisah pasal duit ayah dulu, gerenti sekarang ni pakai kereta sebijik, ngeh2x..
Balik je makan jap, takde selera pulak nak makan nasik hari ni. Maybe carry mark tu punya pasal kot. Nampaknya, aku kena kerja keras lagi ni.. Berusaha!!

Kisah AKU n A War Diary : Battle for ADS465


Battle for ADS465
Date : 28 June 2012
Belligrent : Imperial Army of Farid
        Army of ADS465
Result : Inconclusive
Location : Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam
Strength : Several Mastered Chapter
       Carry Mark - 29.5

The Battle for ADS 465 was fought between the Imperial Army of Farid against the
army of ADS465. The battle involved over 10 division of chapter, making it the largest
battle so far experienced by Farid's Imperial Army.

PRELUDE

4 days before the battle, the preparation was badly made, where the Imperialist were unable to focus on the difficult enemy section - the armored division of Employment Act 1955, later Farid recall his strength to concentrate on the weakness of Trade Union and Industrial Relation Act, where he knew several fact about his enemy. The preparation also being hampered by several other problem - lack of communication with the reinforcement that standby inside the fortification of Perindu, UiTM Shah Alam. They're unable to give Farid a sufficient spot question before the battle and Farid, however pretty much understand the risk of spot question. So, he ignored the vital point and proceed to cover all of the chapter in the book.

THE BATTLE
At 8.30AM, half an hour before the battle - a scout manage to link up with Farid and gave several information.
"An enemy divison of Wages, Recognition, NUTP are on their way - focus"
Faisal Abd Rashid, 13th Cavalry

Farid then signal his Imperial Guard to recheck the section, and luckily he did not have any difficulties in memorizing the fact because, he had cover all chapter before the battle. At 9AM, the sounds of the gun mark the beginning of the battle. Opening the question paper very quickly. An enemy division moving fast towards the left flank of Farid's Army
1- Industrial Action - Strike
2- Employment Act - Leaves
3- Trade Union
4- Industrial Court
5- Due Inquiry
6- Harmonious Environment

Smiling, He already aware of the risk. The scout gave a totally wrong information. But, despite of that Farid's army especially the Mind and Hand Division managed to absorb the ADS465 attack and encircled the enemy, defeating the Strikes, Trade Union and Industrial Court without taking too much casualties. Half an hour before the battle is over, due to the lack of ammunition, the due inquiry was partially abandoned - Farid's Mind Division had fought so badly to recover the position but it seems that they need to retreat. At 12 PM - the battle is concluded.

Sunday, June 24, 2012

Kisah AKU n Farewell Party BA2C

Salam semua, tadi several classmate yang setia dengan aku (Loyalist, ngeh2x) ada buat jamuan perpisahan sebelum menamatkan semester dua dan juga bermulanya peperiksaan akhir kami. Berikut adalah detail event kitorang.

Tempat: Tasik depan PKNS, Shah Alam
Masa: 8.00 - 10.00 malam
Jemputan : 12 orang
Bayaran: RM10 per head
Tentatif: 8.00 - 8.30   - Ketibaan jemputan
             8.30 - 9.00   - Makan (KFC, Nasi Lemak Jati, Sate Haji Samuri)
             9.00 - 10.00 - Roundtable

Hari ni tugas aku memang jadi photographer. Alah, korang macam tak kenal je aku ni. Suka sangat amik gambar walaupun kamera henset tak cantik. Tapi, tujuan aku amik gambar ni sebab well, I'm blogger and aku lagi senang untuk publish picture hasil usaha sendiri. Biar kamera takde flash ,at least effort nak amik tu ada..huu, rugi pulak tak bawak cybershot kat rumah.
Wajah-wajah ceria mereka. Ni list nama yang datang event. Complete 12 orang jemputan dapat luangkan masa. Mereka termasuklah aku, Joe, Yat, Yasin, Helmy, Pok Jad, Wan, Faiz, Syafa, Zaza, Eyka dan Izzah. Kami ni dah jadi classmate sejak part 1 lagi, and that's why aku plan tarik diorang untuk jamuan ni. Bukan aku tak expect classmate lain untuk join but bagi aku, kurang rapat so macam takut semua jadi awkward.
Semester depan serius nak bawak cybershot aku. Supaya aku mampu nak snap moment yang indah macam ni dengan lebih clear.
Kalau korang semua perasan, tempat ni pernah jadi tempat aku and kawan-kawan CA buat CDO birthday Atikah. Tempat yang sama, pencahayaan yang sama but keriuhan yang berlainan.
Tengok makanan tadi, memang berbaloi RM10 aku. Tak sia-sia berlapar hari tu. Sebab kalau makan petang tadi, takut kenyang pulak.
Sebelum makan, bacaan doa dibacakan oleh Helmy (bukan yang tadah tangan tu, itu namanya Wan)
Kekadang tengok balik rasa sedih sangat, sebab teringat sekejap yang waktu asasi dulu Abg Nezam Crew pun ada buat benda yang sama macam ni, kesannya sekarang - kitorang jadi renggang and hubungan tak seutuh waktu zaman asasi. Takut sangat yang 12 kami ni bawak haluan sendiri pulak.
Yasin and Kak Syafa. Yasin ni bukanlah BA2C sebenarnya tapi sebab ada subjek dia join BA2C, maka aku decide untuk masukkan dia dalam list jemputan. Semester depan sepatutnya kau rejoin kitorang balik. huu
Ni pulak waktu sesi roundtable. Dimana each of us kenalah memberi ucapan, luahan hati tak kisahlah buruk ke baik. Jujur malam ni, boleh menyelamatkan hubungan sesama kita juga. Best roundtable ni, banyak jugak secret, cakap belakang yang aku dan yang lain dapat. Bayangkan dah dua semester, mesti ada punya ketidakpuasan hati.
Waktu ni nak balik dah, around 10.30 PM. Walaupun tak clear but at least still memorable and valuable buat aku. 
Ni collage aku buat tadi, picture-picture waktu roundtable. Macam-macam ekspresi ada. Bila tengok serius rasa sedih and rindu.

Akhir kata, mereka ni merupakan kumpulan yang secara jujurnya aku katakan, yang paling berdisiplin diantara classmate-classmate yang lain - attendance yang baik, tak banyak soal dengan tindakan aku, takde komplain from lecturer dan professor, yang kurang bawak masalah kat aku, yang bayar yuran kelas awal, yang bila takde notes mintak personally kat aku (sebab ada yang tunggu bila takde note baru terhegeh-hegeh nak jumpa aku), yang selalu buat aku ketawa, yang selalu bagi aku semangat untuk aku terus menjalankan tanggungjawab. Selamat maju jaya semua. Terima kasih kerana sudi datang memeriahkan majlis perpisahan kita ni, semoga ukhuwah yang terjalin menjadi semakin kuat dan bertahan. 

p/s: Sem depan aku memang tak berniat dah nak jadi CR. Serius ni.


Saturday, June 23, 2012

Kisah AKU n Final Examination

Salam semua, final dah nak dekat. Cuma ada beberapa hari saja lagi untuk menyambut paper yang pertama. Sesungguhnya peperiksaan akhir semester adalah satu benda yang termasuk dalam senarai keutamaan aku untuk tiap-tiap semester but untuk kali ni, aku tak tau lah kenapa ianya terkeluar sebaba terlampau aktif dengan macam-macam benda untuk sem ni. So, macam biasa seperti tradisi sebelum ni - aku akan cuba letak standard and target untuk semua subject based on performance dalam kelas as well as pemahaman aku dalam subjek itu sendiri.
ADS 465 - Perhubungan Industri or Industrial Relation. Kurang bersedia, and aku target at most B+, at least B for this paper.
ECO 415 - Ekonomi. Separuh sedia, target at most A, at least B
ADS 460 - Management Principles & Practices. Hampir bersedia, subjek paling aku minat dalam kelas ditambah dengan motivasi yang tinggi terhadap pensyarah yang mengajar aku. Target at most A, at least B.
LAW 299 - Business Law. Separuh sedia, tapi dibantu oleh pensyarah dari segi area yang patut difokus untuk exam. Target at most B+, at least B.
QMT 412 - Business Statistic. Kurang bersedia and ini paper yang aku paling risau. Target at most B, at least C.
ADS 404 - Introduction to Public Administration. Hampir bersedia, salah satu subjek favourite. Target at most A, at least B

InsyaAllah aku akan cuba dapatkan seperti apa yang aku target. Untuk semester ni, aku tak target DL sebab aku tahu banyak subjek penghalang, macam kempunan lagi nak strive for that untuk sem ni but later on, aku cuba untuk semester yang mendatang.
Nampaknya jentera minda dan jasad aku sekali lagi bakal berperang, kali ni mereka semua kekurangan dari segi persiapan dan juga tenaga tambahan. Apa-apa pun, wish me luck, and doakan kejayaan aku. Semoga Allah merahmati dan memberikan kejayaan kepada kita semua.

Kisah AKU n "Operation Cleaning For Freedom"

Salam semua, hari ni takde benda nak buat. Bangun pun pukul 10 pagi tadi tengok takde siapa kat rumah. Haa, ni lah masanya untuk aku laksanakan "Operation Cleaning For Freedom". Dah lama plan nak bersihkan bilik, yelah..lepas ni dah nak exam. Orang cakap, nak belajar bilik kena kemas dan bersih so that kita pun tak tertekan. Plus, esok parents aku nak datang rumah. Mestilah kena kemaskan bilik, kat rumah pembersih kat sini, lain pulak ye dop..huu, and lagi satu. Rutin mengemas ni kenalah selalu diamalkan, nanti dah kahwin senang lah, tak de nak buli isteri tiap-tiap minggu. Ok la, so I present to you - "Operation Cleaning For Freedom"
Baju-baju ni minggu lepas punya, tak angkat-angkat lagi..huu, malas betul.
Ni asalnya tempat aku sidai baju, this is titik terkotor sekali dalam bilik aku, dari jauh tak nampak. Bila tengok dekat, MasyaAllah..sebab hari tu ada leaking sikit kat siling atas dia tu, so habuk-habuk tu melekat sebab campur air leaking tu.
Sapu sampah u olls, berkain pelikat and tak pakai baju. huu, santai je la. kira okay la tu, cuba kalau berspender je..ngeh2x. Bukan ada perempuan pun, err..agak-agak ada orang dengar tak aku melalak sorang-sorang tadi.
Ni la kotoran kat titik kotor tu. Banyak kan, getah pun ada sekali..hii
Tak puas dengan tu, aku nak sapu jugak bawah tilam aku tu. Memang selerak habis bilik aku tadi, macam tongkang pecah gila.
                                 
Kemas dan bersih seperti biasa.
Lipat kain yang minggu lepas punya, kalau mak aku bukak almari baju aku boleh pengsan dia..huu
Yang ni pun clear balik, tapi lepas ni nak sangkut baju yang tengah dok machine sementara aku bersihkan bilik ni.
Baju nak pakai waktu exam nanti, cam biasalah tradisi pakai formal.
Haa, ni nota yang tak dituntut and lebihan budak kelas aku. Aku tak tau nak buat apa, tanya diorang kata dah dapat semua, tapi macam mana ada lebih ni. Sedangkan waktu photostate, aku dah kira betul-betul. Erm takpelah, oleh sebab aku dah tanya tapi takde siapa nak tuntut, aku declare ni semua hak aku - jual boleh dapat duit..huu
Meja tempat aku bakal berperang fizikal dan mental. Sekarang ni kemaslah, tengok lah nanti. Selama mana kekemasan in bertahan, huu..

Thursday, June 21, 2012

Kisah AKU n Sepetang di EMAS 2

Salam semua, minggu ni ialah minggu lecture terakhir untuk semester dua, cepat je masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku daftar untuk part 2 ni. Aku contact Prof Zul semalam just nak tanya ada tutor ke tak, katanya ada untuk bagi semua assignment, mid term paper and carry mark. Tunggu punya tunggu, dah 4.45 pun still tak masuk, rupa-rupanya ada berapa kerat lagi budak kelas BA2A and BA2B yang tengah consult dengan Prof. Aku persuade Prof untuk explain kat student BA2C yang dah start boring and bengang, last-last Prof Zul cakap siapa yang nak settlekan and tau markah, boleh tunggu dia..yang tak nak boleh balik, so aku decide untuk tunggu sebab nanti kena jugak nak tau markah-markah tu, just for speculative and evaluation purpose, as well as benchmarking.
Ni before Prof masuk kelas, tak ramai pun. Ada lah dalam 20 orang je tadi. 
Ni pulak waktu Prof dah declare yang tutor untuk semester ni dah habis, tapi diorang ni pun sama macam aku jugak, nak settle semua benda dengan Prof hari ni.
Budak kelas lain memang lama lagi nak settle, so memang agak lama jugak la kami tunggu tadi. But, kitorang guna masa yang ada untuk discuss tentang jamuan perpisahan kelas BA2C ni, insyaAllah hari Sabtu ni. 
Kumpulan sasaran aku untuk jamuan ni cuma student-student yang union (BA1E and BA2C). Fuhh, statistic gitu. Maksudnya kawan-kawan yang dulunya sekelas dengan aku waktu part 1 (BA1E) dan yang sekarang ni BA2C. Then, bila finalize balik ada dalam 12 orang (Aku, Joe, Yat, Helmy, Yasin, Pok Jad, Faiz, Wan, Eyka, Syafa, Zaza dan Izzah..kitorang cuba jugak tarik Bro Sabry..kalau-kalau dia nak join la)
Aku tak expect yang budak-budak BA2C yang lain akan join jamuan kitorang.Itupun lepas aku buat pemerhatian selama satu semester ni, agak susah nak berkawan dengan diorang. Ke aku yang tak friendly? Tapi aku yakin, aku memang dah failed dalam tugasan untuk menyatukan diorang semua.
So, yang tinggal cuma beberapa orang yang aku letak nama diorang tu la. Berharap sangat yang kami akan terus jadi classmate sampai keakhir pengajian kami disini nanti. Nampak sangat wujud puak dalam kelas ni, ngeh2x..memang tak dapat dielakkan. Bukan apa, aku berani mengaku kumpulan yang inilah paling kurang menyusahkan aku - rekod kedatangan baik, yuran kelas bayar, cuma kalau ada yang lambat datang tu takpelah.
Lepas tu kami bergerak ke bilik komputer depan bilik Prof, senang nak tengok kalau group lain tu dah habis consult ke belum. Kat sini, Joe dapat berita baik. Tersenyum je sepanjang petang tadi. Tahniah Joe, apa tunggu lagi. Masuk la line, biar si SK tu melepas nak perempuan idaman kau tu.
Kami masuk bilik Prof Zul dalam pukul 6.30. Tak lama pun sembang, Prof Zul komen sorang-sorang then balik. Tapi adalah dalam satu jam jugak dalam bilik Prof. Seronok jugak sembang dengan pengajar veteran ni, semua benda nak kongsi. Seronok jugak, sebab dapat tengok excitement and karenah Prof ni, kelakar sebenarnya. 
Tapi yang paling aku happy, akhirnya Prof Zul sebut nama aku dengan betul jugak tadi..First time, nama Farid tu kedengaran dari mulut beliau, huu. Untuk semester ni, bersepah-sepah nama dah Prof bagi kat aku - Che Mad, Mad Malaya, Ahmad Razi, Rashid, Daud..huu, aku pun macam dah tak kisah sangat. Belum campur budak-budak tu panggil aku Farouq lagi..
Ni markah aku dapat for midterm test tadi, 34 per 40, tak la banyak mana pun tapi bangga la jugak sebab dua-dua esei question dapat 9.5 per 10..huu, quite an achievement la. Cuma slack kat true and false je, tapi takpe aku bersyukur atas markah ni Ya Allah. Semoga carry mark aku pun secantik ni jugak. Amin

So, esok lecture LAW yang terakhir dan juga sebagai penutup minggu kuliah semester dua aku di UiTM. Insyallah, ada lagi entri yang bakal menunggu, mungkin untuk preparation for final examination and also jamuan perpisahan tu. Salam

Sunday, June 17, 2012

Kisah AKU n Selamat Hari Bapa

Happy Father's Day kepada sesiapa yang dah berjaya, huu..yang bakal dapat anak tu pun apa salahnya - Happy Father's Day in advance eh..So, 17 Jun 2012 ni hari untuk kita memperingati jasa dan pengorbanan bapa kita, walaupun dalam Islam setiap hari kita perlu mengingati tapi tanggla 17 Jun ni yang specialnya ramai orang celebrate serentak and clear sambutannya, kat facebook, blog etc. Aku pun tak terlepas jugak.
Ni aku punya post awal pagi tadi..err, awal la sangat. Huu

Ada sebab kenapa aku berani letak ayah aku sebagai punca kejayaan aku selama aku hidup ni. Ceyh, berjaya lah sangat tapi at least ada lah hasilnya. ngek.

Firstly, disiplin. Aku mengaku aku anak yang paling degil sekali kat rumah, ayah selalu rotan aku even dah besar pun. Waktu sekolah menengah takdelah, bukan takde tapi tak sekerap waktu sekolah rendah. Nakal aku lain macam sikit compare dengan adik beradik aku yang lain. Walaupun tinggal kat bandar tapi perangai cam budak kampung, asal main bola je mesti berlumpur satu badan..huu, calar balar tu memang tak dapat nak dielakkan lah. Pernah satu hari ayah aku datang "jemput" aku waktu aku tengah syok main bola dalam hujan. Tak lebat tapi bahaya la kan. Seronoknya kena marah depan kawan-kawan, balik je aku merajuk tapi pastu baru aku tahu yang beliau risau kalau apa-apa jadi kat aku. Disiplin memang tak lari dari darah family aku. Arwah datuk aku (juga seorang bapa, of course lah), seorang pegawai dalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Selalu menceritakan kat aku tentang keperwiraan pejuang-pejuang tanah air, bagaimana disiplin seorang patriot dapat memberi kemenangan walaupun dikepung musuh ramai. Contoh yang selalu beliau ceritakan, Leftenan Adnan. Sebab tu aku amat mengagumi tentera. Sebab walaupun ada orang cakap kebanyakan tentera belajar tak habis, tapi perlu diingat disiplin hidup diorang tak sama dengan disiplin kita. Sebab tu at least aku cuba hidup berdisiplin, hidup beretika, amanah dan sentiasa berintegriti.

Secondly, menepati masa. Ayah aku memang seorang yang punctual. Aku yakin trait menepati masa aku memang 100% ikut ayah aku. Beliau selalu datang tempat kerja awal, balik pun sama. Macam waktu aku kerja kat Onyx dulu, kan aku pergi sekali dengan ayah aku. Pukul 8 punch card, pukul 5 balik..kalau terlambat sikit, maka lambat sikit lah ayah balik. So, aku kenalah tunggu kat depan Tower 1 tu. Ayah cakap, paling pantang kalau tunggu orang yang tak menepati masa, katanya tak hormat. Samalah, aku memang bengang tahap gaban kat orang-orang macam ni. Contohnya macam hari tu, kata nak main badminton pukul 3, last-last 3.30 baru sampai. Eh, korang tak fikir ke kat aku yang dok luar ni. Nak berkejar, korang dok dalam sepatutnya boleh sampai lagi awal daripada aku. Kecewa, Joe cakap pukul 3 diorang tidur lagi. Kalau macam nilah perangai, memang korang kerja paling tahan pun sebulan dua je. Kekadang aku berfikir, apalah masalahnya sampai tak dapat nak on time. The greatest punctuality ever aku waktu aku ada 3 benda yang sangat penting yang melibatkan aku, benda ni jadi 2 minggu lepas dan semuanya berlaku pada hari yang sama -  aku ada meeting dengan team forum (5.30 -7.00), pastu tengok perkembangan tempat event aku waktu jadi Pengarah Program (7.00 -8.00) and then last CA meeting (8.00-11.00). Gila betul, sumpah exhausted tapi amazingly berjaya jugak sampai destinasi. Aku cerita kat ayah, beliau cakap - nanti waktu kerja expect more than all of these. Tak faham pun aku, sebab waktu kerja Onyx dulu just jadi Trainee je, so tak expose banyak lagi.

Thirdly, komitmen. Ni memang favourite topik. Kalau nak bagi speech pasal komitmen ni bagilah kat aku. Gerenti korang boring. Aku selalu bagi motivasi kat kawan-kawan Tunas, BA2C yang lain pasal komitmen but some of them macam lepas celah kangkang je benda ni. Abg Suhairy pun selalu cakap benda yang sama. Kita ambil contoh kat atas tadi pasal punctuality - CA, Pengarah Program, Team Forum - that's my commitment that need to be fulfill immediately. Korang rasa, pada mulanya aku mampu ke nak manage masa nak hadap semua tu dalam usia macam ni, yang still kurang ilmu, takde pengalaman langsung. Rasa cam kena sacrifice satu event then loncat event lain. Tapi aku tak boleh, bagi aku "commitment is never rely on what priority they are, eg : if the event is important then we will go for it and skip the less important, that's wrong. ianya bergantung kepada sejauh mana orang didalam tu memerlukan kita sebagai salah satu elemen dalam kumpulan. That team forum badly need me because I'm one of the panelist, I should know the flow so that things will go smoothly on the competition. I'm the Pengarah Program, those bureau under my supervision need my guidance. Finally CA, although for me it's less important at that time compare to the other two but I felt, my duty towards the university and faculty are just hard to overlooked. So, macam mana aku deal dengan benda-benda ni. Aku datang je semua, message kat diorang kalau terlambat sikit maaf sangat, but at least kita tunjuk komitmen nak datang. Aku manusia biasa, walaupun mampu nak attend semua tu, tapi aku tertinggal satu lagi komitmen. Kepada BA2C, aku terlupa nak buat photocopy handout LAW299 untuk korang, huu..sory2.

Finally, berdikari. Dulu waktu aku sekolah, ayah tak ajar aku nak berdikari ni. Pergi sekolah kena hantar, balik pun kena amik. Waktu Form 5 je kena pergi balik sendiri. Tapi once aku masuk universiti, the real test pun dimulakan. Waktu asasi, hah amik kau, hidup lah dengan elaun government tu. Untuk 2 semester aku bertarung and dapat simpan sikit, tak silap aku RM400 kot. Then tak habis kat situ, ayah recommend aku dalam Onyx, then aku dihantar berkerja. Kat sini, aku belajar susah payah bergelar seorang pekerja - pergi balik, OT, trainer ajar deal dengan bank, foreign embassy, ministry, plus gaya hidup korporat.huuh..best jugak. 1.2K per month bagi aku agak banyak, and alhamdulillah, habis je kerja banyak jugak aku save dalam account. Waktu semester degree yang pertama still berjalan lagi cabaran ayah tu, tapi ada insentif. Semester kedua yang sekarang ni, duduk luar jadi NR. Tapi aku rasa macam so far sangat baik hidup ni. Ada la sorang kawan aku cakap, katanya kalau dok kolej dapat sampai kelas awal..Ceyh, blah la. Kelas pun selalu ponteng, datang lambat. Ada hati nak compare dengan aku yang dok luar ni, tak malu ke? Kalaulah ayah tak bagi aku hidup berdikari, ayah akan bermati-matian untuk appeal kolej untuk aku. Tapi ayah tak nak, ayah nak tengok aku berdikari, cuba adapt dengan suasana persekitaran yang baru, tambahnya lagi sampai bila aku nak duduk dalam je, nanti dah kahwin pun duduk dalam kolej lagi..huu. Sekarang ni aku dah nampak permainan ayah, patutlah dulu ayah selalu cakap - sampai masa ayah akan dedahkan tentang dunia ni satu persatu kat aku and sekarang ni aku still lagi dalam proses pembelajaran.

Apa-apapun, terima kasih kat my beloved dad, En.Gani B. Haji Mohd Daud kerana telah mengajar saya tentang kehidupan. Jasamu akan kukenang sampai ke akhir hayatku. Berharap sangat yang aku mampu mendidik dan mengajar anak-anak aku benda yang sama agar mereka pun boleh menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Cik M, jika saya terlalai nanti, ingat-ingatkan saya tau.

Sunday, June 10, 2012

Kisah AKU n CDO 2

Salam semua, lepas bulan yang memenatkan aku realize memang susah nak study secara drastik, so aku baru teringat yang hari tu ada plan nak keluar dengan kawan-kawan kat FSPPP. Untuk melepaskan tekanan dan juga celebrate kejayaan forum aku semalam (personal je).
Gerak lepas zuhur tadi, venue kali ni kat Plaza Alam Sentral. Huh, macam takde tempat lain. Bukan apa, kat sini je yang dekat. Malaslah nak pergi berjimba jauh-jauh ni.
Main bowling, satu game je sebab ramai orang. Nasib baik dah booking awal-awal. Hari ni kurang bernasib baik lah..huu
Main satu game lagi syok kot, sebab tangan pun takde injured cam hari tu.
Ni bukan wanted list, cuma muka dia memang camtu.
Kad birthday yang hari tu punya, tak wish lagi..huu
Lepas tu, g karok jap..ni je part yang paling best waktu CDO ni..hew3x
Kali ni, semua orang mesti ada satu lagu solo.
and aku nyanyi lagu fevret, pernah dinyanyikan depan classmate waktu kelas Sir Harcharan time asasi dulu - Without You by Air Supply.
Happy tak kami..
ni raja karok tau, semua OK je.
Finally, lagu penutup kami yang laki nyanyi ramai-ramai - lagu Karam, passing2 mic sampai dah konfius turn sape, haa
Boring ke apa diorang ni?
Habis karok, solat Maghrib dulu then dinner kat McDonald PKNS. Waktu ni, Tiqah dah balik sebab ada komitmen lain.
Mesti jugak nak amik gambar, mana boleh miss.
Before balik, ada drama sikit kat Tasik. Aku serius tak masuk campur prank tu tapi tak pasal-pasal kena jugak. Bayangkan 3 bus stop kitorang tunggu sebab nak pintas bas budak-budak perempuan tu. Nak mintak maaf..huu, Sory la..gurau-gurau je tadi.

So, that's the end untuk CDO 2 ni. Lepas ni, aku just nak settlekan report and pelarasan peruntukan dengan S/U and bendahari Forum aku, buat handout LAW299 untuk BA2C, attend program Ketuanan Melayu hari Selasa ni and after that - I guess aku dah boleh fokus untuk final paper. Wish Me Luck!