Monday, February 28, 2011

Kisah AKU n 28.2.2010

Hello everyone hari ini mungkin bagiku ialah salah satu hari yang terbaik dalam hidup aku..walaupun bangun agak lewat tadi(pukul 0800 sedangkan kelas pukul 0830, at least sempat jugak sampai kelas jugak tadi..), cuaca pun okay hari ni,tak hujan,tak panas pun macam diri aku..okayh la, hari ini aku dijadualkan untuk deliver speech aku untuk markah assessment bel332, dapat markah untuk global issue(mtc088), submit term paper 2, dapat carrier mark untuk social psychology(mtc 039) and exam bel342..

first task for this day: speech

pergh..memang permulaan buruk betul, aku memulakan speech aku dengan title..then, suddenly madam carol tanya "is this a persuasive speech"..aku pulak menjawab.."i think you have approved my topic for a long time ago..thats mean it is a persuasive speech..", madam carol bagi greenlight suruh aku proceed..minute later, beliau suruh aku stop..and tanya soalan yang sama..plus "i think you have change your topic..",aku pulak bergegas ke meja beliau and memang terkejut apabila mengetahui yang title aku agak tersasar dan memang lain daripada topik yang aku nak deliver untuk hari ni..memang pelik betul pasal aku pun tak tau bila pulak aku tukar title ni ,selepas beberapa saat berbincang dengan madam carol, aku memutuskan untuk teruskan jugak(kalau tak,buat esok and aku tak nak)..tapi segala draf yang aku perlukan untuk speech hari ini memang total craps plus useless shit and aku terpaksa la jugak spontan buat kali kedua dalam kelas beliau..(hari tu,waktu practice..)

spontan memang best..pasal ia macam terkeluar tak sengaja..tapi aku pastikan ia bersesuaian dengan topik baru aku ni.."history should become an important aspect and subject for the students at school"..banyak jugak la nota,facts,example yang aku kena tukar..even main ideas pun..so, korang boleh la bayangkan perasaan aku waktu tu..markah beb, bukan practise..

mula-mula agak gementar tapi dah pertengahan apa yang dalam mind aku termuntah-muntah keluar..itu lah part yang seronok bila spontan..

so, i end my speech dengan perasaan gembira because dapat sekali lagi beraksi spontan plus cuak jugak takut apa yang aku delivered tadi tak kena dengan topik..memang redha je la pasal ni..tapi aku tak expect banyak pun untuk subjek bel332 ni..

aku nak skip satu happy event hari ni, nak habis entri ni baru aku cerita kayh..so lets move on to the others story which is exam bel342..

sebelum exam..aku tak baca apa pun pasal exam ni..sibuk buat term paper 2 punya pasal..:-p

mr.rizki selepas examination..erm, soalan subjektif aku tak la experience difficulties sangat tapi soalan essay tu buat aku termenung jauh sampai masa tinggal 20 minit je lagi..btw, sempat la jugak siap..

mr.nezam..gerenti A++ dalam tangan..oops, forgot to tell something, sir harcarhan dengan baik hatinya delayed our term paper 2 submission to this wednesday..sayang beliau..:-)


haaah..inilah happy event yang aku maksudkan hari ni, yang triggered kelenjar kegembiraan aku hari ni..memang aku tak sangka gila doe, aku berjaya mendapat no 2 dalam kelas untuk test sir irmohizam hari tu..(first, of course la abg nezam..congratz brader..), and dengan itu aku dihadiahkan sebuah buku yang diberi nama "helming the times" ataupun "menakhoda zaman", buku ini ditulis oleh our beloved prime minister, datuk seri najib tun razak..belum sempat baca pun, nanti ada masa aku review okayh..tapi apa-apa pun...

taadaaa..ni yang paling penting, autograph from dato sir haji irmohizam ibrahim..terima kasih sir, saya janji akan score subjek global issue..bagi aku buku ni memang satu penghargaan buat aku dan juga pengubat duka kerana gagal memasuki senarai anugerah dekan hari tu..and again thank you sir..
................the end........................

Wednesday, February 23, 2011

Kisah AKU n Pilihanraya Kampus UiTM Shah Alam (FUU)


Semalam telah berlangsungnya PRK UiTM Shah Alam..this is the first time aku dapat experience mengundi ni, best juga rasanya because kat sekolah dulu takde pilihanraya sekolah, semua ketua-ketua dipilih melalui kroni-kroni cikgu..(even aku pun..ha3x..), so..jom la ikuti pengalaman aku ni, erm lupa pula nak kasitaw, aku dan kawan-kawan mengundi untuk calan from fakulti undang-undang, fakulti tempat aku menuntut ilmu sekarang..

suasana sebelum mengundi..perang poster bermula lebih awal dengan jentera keempat-empat calon daripada fakulti undang-undang menaikkan poster-poster serta banner mereka 2-3 hari sebelum hari pengundian..salah seorang daripada calon, mr.farid zuhri ada la juga datang bilik aku hari tu, nak pancing undi dan menyebarkan manifesto la katakan..calon yang bertanding untuk FUU ialah mr.farid zuhri, mr. norazrein azlan ong, miss najihah dan miss afifah..

0830: hari pengundian..suasana di sekitar taman babylon..agak padat dengan pelajar-pelajar yang mengunjungi booth-booth daripada persatuan-persatuan dalam fakulti undang-undang such as law society.

0930: kelas LWP02J,LWP02K and LWP02L diescort oleh mr. izzuan izaidi azmi ke tempat pengundian, ketika beratur menunggu giliran ke tempat mengundi, suasana agak cemas..kelihatan mr.muhaimin and mr.suhairi disitu..muhaimin memang malang hari tu, beliau dipaksa berpatah balik kerana telupa nak bawak matrik kad..kesian, buat penat je beliau beratur panjang-panjang..

mr.suhairi selepas selamat memilih calon favourite nya..

aku pulak..

1230: ketika ini pengundian still going on, keadaan di taman babylon juga still penuh..

saya telah mengundi..anda??

agak-agak bila pulak aku boleh bertanding ek..??

mestilah kalau aku dapat sambung ke peringkat ijazah kan..insyallah kalau ada rezeki aku pun nak bertanding jugak la..:-)

so..kalau aku bertanding nanti, vote for farid okayh..wi3x..
erm..apakah keputusan pilihanraya bagi kawasan FUU semalam..aku dengar cerita yang sahih ni tapi tak pasti la samada jumlah undi tu betul ke tak..

1. Mr.Farid 1000
2. Miss Afifah 900
3. Mr. Norazrein Azlan 700
4. Miss AmiraH Najihah 700

maka berakhirlah kisah dan pengalaman aku semalam..diharap calon-calon yang menang tu dapatlah melaksanakan manifesto-manifesto yang dijanjikan tu..janganlah seperti menanam tebu ditepi bibir..

..................the end.......................

Saturday, February 19, 2011

Kisah AKU n Seminar Komunikasi Bersama Personaliti TV3

Hello guys, hari ini aku and some of the roomies (mr.khaliq,mr.yasin, and mr.wan zul) pergi menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Kolej Anggerik,UiTM Shah Alam..so, aku nak la story kami nya experience hari ni berjumpa dengan 2 orang personaliti TV3 yang famous gitu..

sebelum berlepas ke Dewan Annexe..

yasin dah exhausted..then, mr.wan zul datang memimpin dia sepanjang perjalanan..

mr.wan zul..hot tak beliau??

waktu program LDK bersama ally iskandar..nampaknya mr.wan zul ni memang bersemangat nak tinggalkan dunia glamour FUU(fakulti undang-undang) kepada yang lebih glam iaitu A&D(art and design)..sesi bersama ally iskandar menekankan aspek komunikasi secara spontan..banyak juga tips yang aku dapat daripada beliau..

ally iskandar dikerumuni peminat-peminat uitm..mostly gurls(of course)

aku and ally iskandar..wiw3x

waktu rehat digunakan untuk lunch and..

solat zohor..

mr.khaliq : nanti kite kahwin,you belikan i yang ade diamond besar tu ek..
mr.wan zul : *sigh*

sesi petang bersama ahmad fedtri yahya..waah, beliau ni memang mempunyai karisma yang tinggi, dengan suaranya yang lunak merdu and style nya yang bersahaja..tapi, waktu sesi beliau ni,aku agak merasa nervous pasal beliau ni suka memanggil orang kedepan..macam cikgu add math aku dulu..tapi,alhamdulillah, hari ni aku tak de peluang nak expose pun..erm, terlupa pula, ahmad fedtri yahya didalam sesinya menekankan komunikasi formal seperti protokol dan upacara yang melibatkan YDPA,kerabat diraja dan menteri..:-)

dapat lagi bergambar..kali ni dengan ahmad fedtri yahya..yeay!!

bergambar dengan banner program..

bersama mereka..kawan-kawan yang baik hati dan hensem.."kau ada ke kawan cam ni..kau ade??"

sedih pun ada juga terasa dihati..kerana program asasi hampir tamat..sob3x

so conclusion untuk hari ni..memang best dan banyak memberi pengajaran akepada aku dan peserta seminar bahawa komunikasi amat penting dalam kehidupan, samada formal atau kasual..diharap aku dapat gunakan ilmu ni sebaik mungkin dalam kehidupan seharian aku..:-)
......................the end.........................

Tuesday, February 15, 2011

Kisah AKU n Law 2 : Defences To Negligence..

Sejak baru-baru ni aku rasa berminat la pulak untuk mengajar orang..mungkin sebab dengan cara ni aku jadi lebih ingat topik itu kot..for today lesson, aku plan nak ajar pasal law of tort, iaitu defence to negligence..erm, sebelum tu aku nak kenalkan korang dengan tort law, ini ialah salah satu subjek yang aku belajar kat uitm ni, subjek ni(MTC087) diajar oleh madam ilyana yang comel tu..wi3x..
Defence to negligence ada 5 iaitu:

a)Volenti Non Fit Injuria
b)Contributory Negligence
c)Mechanical Defect
d)Inevitable Accident
e)Exclusion Clauses

1. Volenti Non Fit Injuria membawa maksud "to a willing person is done"..
dalam kes seperti ini, plaintiff itu telah mengandaikan risiko kecederaan yang bakal menimpanya..tetapi antara condition untuk defendant can raise defence ialah:
a)Plaintiff sepenuhnya mengetahui risiko samada nature or extent.
b)Plaintiff expressly membenarkan untuk melepaskan sebarang claim untuk damages yang menimpanya.
contoh: Plaintiff tau yang kawasan air terjun(defendant-pihak pengurusan) tu bahaya, so defendant bolehlah guna cara ni untuk defend..

2. Contibutory Negligence pula membawa maksud plaintiff telah melanggar the duty of care untuk keselamatan sendiri..yang bermaksud plaintiff gagal untuk mengambil safety precaution terhadap diri dia dan property nya.
contoh: Plaintiff tak pakai topi keledar then kena langgar dengan Defendant, so defendant boleh menggunakan kaedah ni untuk defend diri dia..

3. Mechanical Defect
Ia berkaitan dengan issue samada satu benda itu properly work or not, ada proper inspection and maintenance dilakukan terhadap sesuatu benda itu..
contoh: defendant boleh membuktikan samada record servisnya baik dan sesuatu barang itu(kereta) berfungsi dengan baik..

4. Inevitable Accident
"Kemalangan yang tidak dapat dielakkan"..ia memerlukan defendant untuk membuktikan sebab kemalangan itu berlaku yang membawa kepada kemalangan itu..
contoh: kegagalan brek untuk berfungsi ialah latent defect, tetapi jika defendant telah employed skilled driver untuk membawa kereta itu, no negligence could be attributed to him..

5.Exclusion Clauses
An exclusion clause is a term in a contract that seeks to restrict the rights of the parties to the contract..actually, yang ni tak faham sangat..thihihi..

So guys maka itulah apa yang aku study pagi tadi..dalam kelas tak nak fokus..
...................the end........................

Kisah AKU n World War 1

Kita akan ingat satu topik itu apabila kita ajar orang..itu memang dah terbukti dah, that why la ramai lecturer ataupun sesiapa yang bergelar pengajar akan menjadi semakin cerdik..so, dalam blog ni pun..aku seiring dengan wawasan 2020 untuk menjadi seorang malaysian yang produktif dan efisyen nak jugak mengajar korang tentang apa yang aku belajar kat uitm ni..salah satu subjek yang aku belajar kat sini ialah global issue..subjek ni diajar oleh dato sir irmohizam ibrahim..subjek ni ternyata berjaya menarik perhatian aku as it discuss about the world issue..yang paling best ialah topik WW1,USSR,UN,Commonwealth and jugak League Nation..erm,ni disebabkan kesemua topik yang aku listkan semuanya berkait antara satu sama lain..tapi, aku paling suka ww1..so, aku nak mengajar la sikit pasal topik ni..tak banyak pun,just introduction,causes,aftermath..aku tak nak la usik pasal battle takut tersasar pulak objektifnya..apa yang aku nak terangkan ni ialah silibus ek,just ada la sikit tambah-tambah..so,mari kita mulakan yea murid-murid..

kita akan start dengan introduction..ww1 ialah satu global conflict yang berlangsung selama 4 tahun bermula dari 1914-1918..
1.Kenapa ia digelar ww1 sedangkan kebanyakan pertempuran berlaku kat europe??
Oh..itu ialah satu soalan yang bagus..jawapannya kerana ia melibatkan semua koloni-koloni mereka yang berperang..contohnya, ketika itu tanah melayu menjadi koloni british,walaupun tidak mengalami pertempuran..tetapi secara automatik ia termasuk didalam konflik kerana effect keatas ekonomi dan sosial..
2.Berapakah jumlah casualties yang dicatatkan dalam conflict ni??
Erm..dalam kira-kira 15-20 million people..
3.Apakah punca-puncanya??
Erm, ni aku akan terangkan satu-satu..dari apa yang aku belajar, ada 7 kesemuanya.

First ialah the tension between the germans and the britons.
Why??..ketika itu kaiserlichemarine ataupun the imperial german navy berhasrat untuk
dominate the sea..Kaiser Wilhelm 3 mengarahkan pembinaan kapal selam dengan kuantiti yang banyak..pada masa yang sama, the british royal navy juga sedang dalam proses untuk menguatkan lagi navy diorang dengan pembinaan dreadnought, dan juga the establishment of the grand fleet..
Kesan: Ketika konflik berada di pertengahan, the british grand fleet under the command of Admiral John Jelicoe collded with Kaiserlichemarine under the command of Admiral Franz Hipper didalam pertempuran Jutland pada tahun 1916..kesan daripada inconclusive battle tu, Kaiserlichemarine tidak berani lagi menyaingi the grand fleet.

the second cause was the tension between the germans and french..
why??: sebelum berlakunya ww1, ada satu konflik yang singkat terjadi between the french and the prussian pada 1870-1871..didalam konflik itu, pihak france telah kalah teruk dan terpaksa menyerahkan kawasan Alsace-Lorraine kepada pihak german..
Kesan: Historian mempercayai bahawa salah satu sebab france masuk ww1 kerana nak reclaim balik tanah tu..

kesan yang ketiga ialah krisis di balkan, sebetulnya aku nak kaitkan ia dengan 2 other causes iaitu patriotisme and nasionalisme..bagi aku, ia memang berkait rapat..dalam buku ketiga-tiga point ni dia separate kan..
why??: sebelum berlakunya ww1, kawasan balkan yang berada dibawah naungan empayar austria-hungary cuba untuk menuntut kemerdekaan dan membentuk negara yang berdaulat dan bebas..selain itu, kawasan di balkan juga mempunyai pengaruh yang kuat from the russian kat belah utara dan juga ottoman kat area selatan..
kesan: adalah dipercayai bahawa sebab berlakunya konflik kerana russia memberi sokongan yang agak kuat kepada serbia dan austria hungary melihatnya sebagai satu ancaman..

kesan yang keenam ialah pembentukan sistem pakatan di eropah
why??: sistem pakatan telah lama menjadi tradisi untuk kerajaan dan empayar di eropah, ia dibentuk untuk menjalin hubungan dalam betuk militari dan ekonomi, disamping dapat memberi bantuan if ada conflict yang berlaku..sebelum berlakunya ww1, terdapat 2 pakatan iaitu central power yang terdiri daripada german,austia-hungary,kingdom of bulgaria dan turki uthmaniyah..satu lagi pakatan dinamakn triple entente, formed by the great britain,russian and france..
kesan: Sistem ni menambahkan lagi tension diantara warring states..dimana semua pihak berlumba-lumba menambahkan kekuatan militari..triple entente kemudiannya disertai oleh US apabila kapal penumpang Lusitania ditenggelamkan oleh kapal selam jerman..

and finally yang paling crucial, yang betul-betul menyebabkan konflik ni ialah pembunuhan archduke franz ferdinand..
why??: Archduke Franz Ferdinand ialah pewaris kerajaan Austro-Hungary, pada 28th June 1814 ketika melawat Sarajevo, beliau dan juga isterinya, Countess Sophie telah dibunuh oleh seorang nasionalis Serbia bernama Gavrilo Princip, seorang member of the BlackHand..
Kesan: Austria Hungary menuntut Serbia untuk beranggungjawab dalam insiden itu tapi ditolak..
Maka, konflik yang dinanti akhirnya berlaku selama 4 tahun dan akhirnya pada 11 november 1918, armistice ditandatangan oleh pihak yang kalah(LOSER)..Treaty Of Versailles ditandatangani dan kesannya amatlah buruk sekali dan ternyata memberi kesan yang besar utuk benua eropah dan dunia ketika itu..

1.Runtuhnya sistem dinasti dan empayar di dunia ketika itu:
a)Hohenzollern- German Empire - Kaiser Wilhelm 3
b)Habsburg- Austro-Hungary - Emperor Charles 1
c)Romanov- Imperial Russia - Tsar Nicholas 2
d)Kalifah- Turki Uthmaniyah - Mehmed 5

2.Pembentukan negara baru dan juga permulaan idealogi baru..
a)Communism- USSR - Vladimir Lenin(Bolshevik)
b)Fascism- Italy - Bennito Mussolini(Fascist)
c)Nazism- Germany - Adolf Hitler(Nazi)

3.Treaty Of Versailles
a)Limitation of the German army and land..(mungkin ini yang menyebabkan orang german marah dan terjadinya perang dunia kedua pulak..)

so guys..maka habislah sesi pengajaran kita hari ni..actually, ni based on apa yang aku faham la but kalau korang nak tau lagi bolehlah check out mana-mana site yang menawarkan topik ni dengan lagi mendalam..terima kasih kerana membaca diharap dapatlah faham apa yang saya sampaikan ni..

....................the end......................

Friday, February 11, 2011

Kisah AKU n Poker

Hello guys...today aku nak story sikit pasal kegilaan baru roomies aku, iaitu poker..

Huh..nak dijadikan cerita, asalnya kami berlapan keluar pergi dinner semalam, then mr.khaliq secara tiba-tiba bertanya.."jom main poker..",aku pulak menjawab dengan selamba.."erm..aku pernah main dulu,tapi ingat-ingat lupa la..",mr khaliq berkata.."okay..", then dia terus berangkat meninggalkan kami
10 minutes later..
beliau datang sembil membawa deck poker yang still bau kedai.."aik, brader ni serius rupanya.."getus hati kecilku(saspen)..

pada mulanya, hanya beberapa orang je yang main..aku pulak still cuba nak ingat balik game ni..daripada style "cangkul", uno style, 21 dan juga the real poker..finally,mr.afiq parthi yang accidently datang menziarah mr.mujahid menjadi tutor kitorang dalam permainan the real poker..then, aku putuskan untuk join diorang..at first, just nak try je..tetapi lama-lama macam seronok walaupun kalah banyak kali..ha3x

mr yasin..handal jugak brader ni walaupun newbie dalam poker ni..

mr.wan zul, pun sama jugak,walaupun baru main tapi boleh membuatkan hati yang lain resah gelisah..err wan, aku suspect ko la yang sabotage aku semalam..

mr.khaliq, mungkin diantara kitorang, dia yang banyak experience dalam game ni..

mr.farid..aku agak keliru dengan style baru ni..actually tak biasa..

khaliq sampai buat research tu..kelakar tol..

santai je mr.khaliq main..

memang havoc jugak main semalam dengan insiden yang hampir membawa ke perang mulut, perang saraf yang dilancarkan memang sometimes buat aku goyang jugak dengan term2 baru yang diperkenalkan such as bon, jongkong emas..yang paling kelakar, "mereka" charged aku dengan tuduhan menyorok kad..gila doe, aku tak tau menahu la dalam hal tu(kemenangan dibatalkan..sob3x..)..
akhirnya, permainan yang bermula dalam pukul 10 malam tu berakhir dalam pukul 4.30 pagi..memang addicted betul la main poker ni..buat sesape nak try, JANGAN, pasal game ni macam dadah..boleh buat ketagih ooo..

p/s: guys,bila nak main ngan chip??
...............the end.......................